Bab 2

Romance Completed 327063

JANTUNGku mula berdegup laju. Dalam hatiku bermacam-macam ayat al-Quran aku baca. Pintu diketuk dengan kuat sekali. Ya Allah kalau pecah pintu rumah aku ni, aku tuntut betul-betul orang tu.

Sepantas kilat aku berlari ke dalam bilikku lalu ku kunci. Aku pasti orang yang ketuk pintu rumah aku mesti orang yang nak ambik aku.

Sunyi seketika buat beberapa minit sebelum..

Brakk!

Aku mula panik. Pintu ruang tamu aku pecah! Otak ku ligat mencari cara macam mana nak melarikan diri dari orang-orang suruhan itu. Tiba-tiba mataku terpandang jendela toilet aku yang kecil tapi muatlah untuk badan aku yang molek ni.

Sebenarnya aku merancang ingin bersembunyi dahulu lalu sesudah sahaja kereta orang-orang tu pergi, aku ikutlah mereka dari belakang. Bijak tak?

Aku menarik sebuah kerusi ke tandas. Nasib baik aku pakai baju T dan seluar Jeans aku. Kalau masih melekat baju sekolah aku, memanglah naya jawabnye. Belum pun sempat kakiku mencecah permukaan kerusi, pintu bilik ku di tolak kasar menyebabkan hampir saja pintu bilik aku rosak.

Ya Allah berapa banyak pintu dah mereka rosakkan. Dah lah pintu kayu, sepatutnya mereka faham lah sikit yang kami ni tak MAMPU. Huhu..

Dua tubuh manusia yang berbadan sasa yang bertopeng menghampiriku. Aku dengan cepat bertindak menaiki kerusi tersebut dan melangkah keluar melalui jendela itu. Tapi sungguh malang nasibku hari ini. Kakiku ditarik menyebabkan aku jatuh terhempap diatas badan lelaki tersebut. Aku melirik ke arah pintu ku yang terbuka luas.

Ini peluang emas. Dengan kesempatan yang ada, aku bangun dan ingin menuju ke pintu tersebut dan... Nasib malang masih memihak aku. Badan aku di tarik lalu meletakkan badan aku di atas bahu salah seorang daripada orang-orang suruhan itu.

"Oi lepaslah! Apa ni aku boleh jalan sendiri lah! Oh sh*t my back!" Rontaku sambil tanganku memukul punggung lelaki itu. Namun sia-sia sahaja. Dia malahan berdiam diri tanpa bereaksi.

"Can you please shut up?! All you need to do is calm down and don't try to run away from us. Understand little cute girl?" Katanya dalam nada lembut tetapi berbaur ancaman. Gerun aku mendengarnya.

Sesampainya di kereta milik mereka, badanku dilempar begitu sahaja ke dalam perut kereta di bahagian penumpang belakang. Aku sedikit meringis kerana kepalaku seperti terhantuk dengan sesuatu.

No way! Takkan lah aku kena culik macam dalam novel-novel tu kemudian nak di bunuh? Ah no no way!

Aku memperbetulkan kedudukanku menjadi posisi duduk. Tanganku bersilang di dadaku.

"Korang nak bawa saya pergi mana?" Tanyaku datar.

Mereka berdua hanya berdiam sahaja tidak menghiraukan soalanku. Hell! Ada mulut takkan tak guna?

"Guys?" Panggilku.

Tiba-tiba sahaja lelaki yang berada di sebelah lelaki yang memandu itu memusingkan badannya sambil mengacukan pistol tepat didepan wajahku. Memang nahas lah aku.

"What did I tell you just now? please shut up right?"

Aku menelan liurku yang terasa seperti pasir. Dengan cepat aku mengangguk.

Terasa lama bagiku perjalanan ini membuatkan mataku semakin memberat. Perlahan-lahan kelopak mataku menutup dan akhirnya aku tertidur.

"Woi bangun!" Kejut seseorang dengan nada kasar. Amboi tak boleh berlembut ke cik abang? Eh.. Did I say abang? Laju mataku terbuka luas. Aku memandang sekelilingku sebelum mataku beralih memandang lelaki yang berada di hadapanku atau lebih tepat lagi salah seorang lelaki yang menculik aku. Cuma yang aku tengok dia seorang je, yang seorang lagi entah ke mana.

"Errr encik..?"

"Call me Zedd." Jawab lelaki itu dingin.

"Oh okay abang Zedd. Where are we now? I haven't seen this place before."

"We're now at the night club and you young lady, get out from this car or else.."

Aku sedikit terkejut dengan jawapannya. Night club? Memang tidak asing lagi bagiku mendengar perkataan 'night club' cuma aku belum pernah menjejakkan kakiku ke sini dan tidak akan! Tapi apa ni?! Kenapa perjumpaan di night club dan bukan di sekurang-kurangnya kat rumah dia or mana-mana tempat selain NIGHT CLUB!

"Or else what abang Zedd?" Tanyaku sambil membuat muka pelik.

"Or else I'll call my boss to.."

"I don't care. Yang penting saya tak nak masuk fullstop!" Potongku cepat. Di sebalik topengnya, ada senyuman sinis di bibirnya yang menakutkan.

"Okay, if you say so."

Dia terus meninggalkan ku keseorangan di luar. Alamak! Dia betul-betul panggil ke? Aku melirik ke kiri dan kanan. Liur ku telan berkali-kali. Sana orang mabuk sini pun orang mabuk. Aku memandang pintu 'night club' tersebut lama. Masih ragu-ragu.

Seorang lelaki yang berpakaian formal dan nampaknya tidak teratur dan kemas keluar melalui pintu itu. Rambutnya acak-acakan tapi masih terselit kekacakannya. Serius! Kacak. Lelaki tersebut menghampiriku sambil diiringi oleh lelaki yang aku panggil 'abang Zedd'.

"So what's the problem miss Ira?" Tanyanya sambil mengelus lembut rambut panjangku. Dia tahu nama aku?

Oh yes, aku bukan seperti gadis lain bertudung. Cuma hatiku belum terbuka untuk memakai tudung walaupun pada hakikatnya aku sembahyang 5 waktu.

Aku menepis kasar tangannya.

"Maaf walaupun saya tak bertudung tapi saya masih menjaga batas okay? Oh ye UNCLE nak apa?" Sengaja aku menekankan perkataan 'uncle' walaupun sebenarnya umur dia dalam lingkungan 25-an. Muda lagi sebenarnye.

"I'm sorry but am I that old?" Tanyanya keras sambil mengawal perasaan marahnya. Mahu saja aku gelak kuat kerana tengok muka dia yang merah padam. Marah lah tu.

Aku mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya tanpa rasa bersalah. Dengan perasaan marah dia mencempung tubuh kecil ku lalu membawaku masuk ke dalam kelab tersebut. Aku sedikit meronta kerana tidak setuju diperlakukan seperti itu. Dia ingat badan aku tiang lektrik nak angkat? Gile lah.

"Let me go sh*t! I can walk by myself okay? You don't need to do this to me!" Jeritku di telinganya memandangkan suasana kelab malam pada masa tu tersebut terlampau bising. Namun jeritan dan pukulan kecik dari ku tidak dihiraukan.

Kemudian dia membawa ku masuk ke dalam sebuah bilik VIP di mana hanya aku, dia, dua pengawalnya yang menjaga pintu dan abang aku. Abang?!

"Abang!" Panggilku kuat sebaik sahaja dia menurunkan ku. Aku terkocoh-kocoh mendapatkan abang aku yang terkulai lemah di sebuah. Mukanya penuh dengan lebam akibat pukulan dan tamparan seseorang.

"Abang kenapa? Who did this to you? Do I know him? Why he did this to you?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulutku. Panik mula menguasai diriku.

"Why are you here Ira? Airil aku dah cakap jangan libatkan adik aku dalam hal ni. Ni antara aku dan kau je."

Oh jadi lelaki ni nama dia Airil. Kacak! Eh no Ira! Jangan cakap kau dah terpikat dengan dia! Kau masih budak kecik.

"But I have to Aiman. How many times do I have to tell you? Hutang tetap di bayar."

"Ira why are you here?" Tanya Haikal Aiman. Aku membawa tanganku memegang pipinya sambil cuba menahan airmataku yang bila-bila masa gugur.

"Abang, I'm here because I want to save you. Kenapa ni bang? Mereka buat apa kat abang?" Tanyaku lagi dalam nada yang serak. Namun tanpa ku sedari sepasang mata telah memandangiku dari belakang.

"Kalau macam tu, hmmm.. Kau serahkan je adik kau dan aku anggap semua hutang kau lunas." Kata Airil tiba-tiba membuat aku tersentak begitu juga Haikal Aiman. Haikal Aiman memandang Airil tajam.

"Airil tolong beri aku sedikit masa je lagi. Aku janji aku bayar hutang kau tu. Tolong jangan libatkan adik aku dalam hal ni." Kata Haikal Aiman separuh merayu. Dia cuba bangun dari sofa sambil memegang perutnya yang terasa senak akibat pukulan tadi lalu menghampiri Airil.

"You're too late Haikal Aiman. I gave you some time before but you just wasted it like that." Kata Airil sinis.

Mataku berkaca-kaca memandang abangku dan Airil silih berganti. Patutkah aku mengorbankan diriku dengan berkahwin dengan Airil di awal usiaku 18 tahun? Bukankah aku terlalu muda untuk berkahwin?

"Abang, biar Ira korban diri Ira untuk abang. Biar Ira lunaskan hutang abang kat Airil. Abang jangan sedih, suatu hari nanti Ira pasti balik ke pangkuan abang. Tunggu Ira.." Kataku sebak. Aku perlu korbankan diriku walaupun ini akan menghancurkan masa depanku. Tapi Allah itu sentiasa ada kan?

"No Ira no! Bukan ini caranya kita menyelesaikan masalah! Kita ada cara lain lagi. Please Ira don't ever you sacrifice yourself for this stupid thing.."

"Hey Haikal Aiman. Cara apa lagi? Cara duit? I'm sorry you're too late. Dari mana kau nak cari duit sebanyak 50,000? Mencuri?" Celah Airil sinis.

"Airil please. Jangan libatkan adik aku.. She's only 18." Rayu Haikal Aiman sambil memegang kaki Airil. Namun Airil tidak mengendahkannya. Malahan dia hanya memandang Haikal Aiman sinis.

"I said NO!" Jerkahnya kuat kemudian menendang badan Haikal Aiman menjauh dari dirinya. Cepat-cepat aku membantu Aiman mendudukkan dia di sofa kembali.

"Abang.. Biar Ira korbankan diri Ira. Takpe.. Suatu hari nanti Ira pasti pulang."

Air mataku mula berjatuhan. Jari Haikal Aiman mengesat air mataku lembut. Aku hanya mampu tersenyum hambar. Lalu aku bangkit bangun dan menghampiri Airil yang berdiri tidak jauh dariku.

Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Baiklah. Tapi encik, saya cuma nak satu permintaan. Nikahi saya," kataku sebagai permintaanku.

Terbit segaris senyuman kemenangan dibibirnya.

"Okay."

Kemudian dia melemparkan sebuah file di atas meja. Aku mengambilnya dengan tangan terketar-ketar.

"Sign this." Arahnya dingin. Aku mengangguk sekilas lalu mengambil sebatang pen dan menurunkan tandatangan tanpa membaca isi kandungannya. Selepas sahaja aku menurunkan tandatangan, aku segera mendapatkan Haikal Aiman lalu membawanya keluar dari tempat tersebut.

Ya Allah betulkah keputusan yang aku buat ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience