BAB 8

Humor Completed 78146

HARI ini Aisyah bangun awal untuk ke tempat kerja.Cuti lagi dia jari Aisyah batalkan saja.Bila pandang ke tingkat atas dia tidak nampak pun kelibat Adam.Dia berkira-kira mahu memberitahu Adam atau tidak.Bila teringat kembali apa yang Adam cakap semalam dia tidak jadi menunggu Adam turun.Adam dah cakap jangan minta izin kan jadi Aisyah tak perlu buat begitu.

Aisyah tak mahu sepanjang masa dengar Adam membebel.Boleh sakit telinga tau.Baik buat hal sendiri.Lagi pun buat apa nak sedih sepanjang masa.Dia pun ada benda yang berfaedah nak di buat.

Mujur dapat teksi seawal pagi.Aisyah sampai di rumah temannya Iffa.Nasib Iffa sudah pergi kerja.Jadi tak ada lah sesi soal jawab.Segera Aisyah masuk ke dalam kereta Honda Jazz miliknya yang ditinggalkan di rumah Iffa.

Sebelum ini Aisyah memang tinggal bersama Iffa.Mereka bekerja di wisma yang sama.Wisma Anak Yatim Darul Sakinah.Apa yang arwah Haji Hamid usahakan selama ini,diteruskan oleh Aisyah bersama sepupunya Habib.Nasib tak jauh mana pun dari rumah Adam.

"Aisyah..."panggil Iffa.Terkejut Iffa bila Aisyah muncul.Setahu dia Aisyah baru saja empat hari bernikah.

"Awalnya kau masuk kerja.Bukan cuti kau ada lagi dua hari ker?"

"Aku saja cancel lagi dua hari tu.Rindu pula nak dengar suara kau."Aisyah gelak-gelak.

"Rindu juga kau dekat aku ya.Ingat dah ada suami,aku dah dilupakan dah."Iffa pura-pura merajuk.

"Mana boleh lupa.Kawan potpet aku ni.."di cubit pipi kanan Iffa.Terjerit kecil Iffa dibuatnya.

"Habib ada kat sini tau."beritahu Iffa.Aisyah kembali ke tempat duduknya.Masa dia nikah tempoh hari abang sepupunya ini tak ada.Ada urusan dekat Ipoh.Aisyah tahu Habib cuba mengelak dari hadir ke majlis pernikahannya.

Dalam diam rupanya abang sepupu menaruh perasaan pada nya.Aisyah bukan memilih cuma dia dah anggap Habib macam abang kandung.Jadi memang sukar bagi Aisyah nak terima.Hati dan perasaan tak boleh di paksa.Dia tiada perasaan cinta pada Habib.Yang ada cuma perasaan kasih dan sayang pada sepupu seperti adik beradik kandung.

Iffa sigung lengan Aisyah sambil menunjuk arah bilik Habib.Aisyah jongket bahu.Selalu Habib akan membelikan sarapan pagi buat Aisyah.Yang untungnya, Iffa.Dapat makan sarapan percuma.Boleh di katakan hari-hari.Habib pun dari pagi bawa ke petang terperap dalam bilik.Makan tengahari pun main kirim saja.

Aisyah tak pelik sangat sebab dia tahu kenapa Habib jadi begitu.Sebelum nikah Habib ada luahkan perasaan pada Aisyah.Aisyah tolak secara baik.Dia tak mahu hubungan kekeluargaan antara dia dan Habib retak.Jadi dia terima saja lamaran dari Dato Rais.

ADAM masih di pejabat.Jam di tangan di renungnya seketika sudah hampir pukul lima petang.Dalam fikiran terselit juga tentang Aisyah.Dia dah cuba usir tapi ingatan tu sesekali datang juga.

Sejak bangun pagi tadi,kelibat Aisyah tidak kelihatan.Ke mana gadis itu pergi pun dia tak tahu.Tak kan dah lari dari rumah.Tapi pakaian nya elok tersusun kemas dalam almari.Jangan tak tahu Adam terpaksa masuk ke dalam bilik Aisyah untuk memastikan gadis itu tidak lari dari rumah.Kalau lari habis lah.Baba tak akan letak nama dia dalam senarai pemegang harta.

Buka saja pintu rumah,bau wangi masakan terapung di udara.Adam kerutkan kening.Jam dah pukul enam.Jadi dia balik sebelum aku.Nak saja Adam sergah Aisyah dan bertanya.Tapi dia tak jadi.Egonya menghalang.Kata tak nak ambil tahu buat apa nak tanya.Kan..kan..

Perlahan kaki di bawa ke dapur.Di lihat Aisyah sibuk memasak hingga tak perasan akan kehadirannya.Adam berdehem seketika.Terkejut Aisyah dibuatnya.

"Maaf Tuan Adam.Saya pinjam dapur sekejap.Nanti saya kemaskan balik.Tuan Adam nak makan?"tanya Aisyah lembut.Dalam perut dah kecut.Ingat tuan rumah balik malam.

"Huh!aku tak akan makan apa yang kau masak.Entah-entah kau letak guna-guna.Mana lah tahu kan."Sinis sekali.Pada hal perut dah berkeroncong minta di isi.Masak nasi goreng rupanya.Patutlah bau semerbak.Sempat Adam panjangkan leher melihat ke dalam kuali.

Aisyah terdiam seketika.Sambil mengucap dalam hati.Sampai macam tu sekali Adam fikir.

"Tuan Adam,saya tak kisah kalau Tuan Adam tak nak makan.Tapi jangan cakap saya letak yang bukan-bukan."

"Perempuan macam kau ni selalu berlagak suci.Aku kenal sangat."

"Ikut suka tuan lah nak cakap apa.Saya masih ada pegangan agama."

"I see.."Adam cebik kan bibir seolah mengejek.

"Aku lupa.Kau anak Haji kan.Tak kan nak berperangai buruk pula.Lain lah macam aku.Tak ada pegangan agama.Solat pun tungang langgang.Tapi yang aku pelik,kenapa kau terima nak bernikah dengan aku?ker kau ni gila kan harta baba aku."Adam gelak sinis.

Aisyah ketap bibir geram.Muka dah merah menahan amarah.

"Ikut suka lah Tuan Adam nak cakap apa pun.Saya akan pergi bila sampai masa nya.Harta berlambak pun kalau ke jalan yang salah tak guna juga."Terus Aisyah masuk ke bilik.Malas nak bertekak dengan Adam.Buat sakit hati saja.

Adam terkesima.Berani rupanya gadis ini.Ingatkan pendiam.Muka dah comel makin bertambah comel bila marah.Pipi tu makin merah bila marah, tak payah letak pemerah pipi dah pun.Eh Adam!apa kau melalut ni.Tujuan kau nak sakitkan hati dia kan.Ni dah terpuji...lain benar tujuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience