BAB 13

Romance Completed 14051

“Ada hati kat Farish lah tu.” Selamba Yazir bersuara. Wani hampir tersembur nasi, cepat-cepat dia menutup mulutnya dengan tangan.

“Abang jangan nak memandai.” Wani jegil mata seluas-luasnya.

“Dia balik rumah dia, katanya dia tak dapat tidur rumah ni.”

“Rumah dia? Sebelah ni bukan rumah dia ke?” Wani pandang Puan Salmah tak berkelip.

“Sebelah ni rumah parents dia, bulan depan family dia pindah masuk. Farish cuma tolong-tolong masukkan barang sebelum family dia sampai. Family dia dah 15 tahun berhijrah ke Kanada tapi parents dia dah ambil keputusan nak pindah Malaysia balik,” terang pula Encik Razlan panjang lebar.

“Yeke.” Suara Wani kedengaran kecewa.

“Masa dia ada kamu asyik nak masam muka aje, bila dah tak ada dicari-cari. Umi suka dengan Farish tu, hormat orang tua, kerja pun elok. Kalau jadi menantu lagi umi suka.”

Muka Wani sudah bertukar merah lebih cepat dari traffic light. Dia pandang wajah ibunya kemudian bapanya. Sumpah dia malu. Entah macam mana dia terbayangkan Farish turut duduk di meja makan itu sambil tersenyum sinis menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Hatinya tiba-tiba jadi tidak keruan.

Selesai sahaja solat Isyak, Wani terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Baru sahaja dia hendak terlena, telinganya menangkap bunyi getar di telefonnya. Dia mencapai telefon di atas meja di tepi katil. Ada mesej masuk.

“Assalammualaikum.” Pendek sahaja mesej yang diterima dari nombor yang tidak dikenalinya. Wani mengerut dahi.

“Siapa ni?” balas Wani, telefon diletak kembali di atas meja. Hatinya berdebar-debar.

10 minit, 15 minit, 20 minit…. Akhirnya telefon bergetar lagi, laju sahaja tangan Wani menggapai telefon. Mesej yang diterima terus dibuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience