Bab 60

Romance Completed 207871

Hampir dua bulan juga Intan membuang peluh di gym bilik bawah ni. Kesihatan Intan juga sudah pulih.

Bahkan semakin baik dari sebelum koma. Ini semua berkat Caden yang banyak membantunya selama ini.

Makin menggunung kasih dan sayang Intan pada Caden. Carlos pula kadang-kadang bila free akan ikut bersama Intan dan Caden jogging di taman rekreasi berhampiran dengan rumah.

Caden pula, masih lagi melakukan kerjanya dari rumah, jika ada yang penting baru dia akan hadir ke pejabat.

Selebihnya Carlos yang menguruskan. Agak-agak, berapa gaji Carlos kan. Mesti mahal.

Eh eh kau ni Intan, sibuk dengan gaji orang. Tak payah sibuk, fikir pasal kesihatan kau yang penting.

Kata Dr. Dani, tunggu pemeriksaan akhir esok. Jika Intan sudah pulih sepenuhnya, In Sha Allah sudah boleh mula bertugas semula.

Tidak sabar rasanya untuk kembali bertugas setelah rehat dalam tempoh yang lama.

Rindu pada rakan-rakan setugas, rindu pada kesibukan kerja.

Hampir terlupa pula dengan latihan tembak.

Intan perlu hadiri latihan tembak untuk membolehkan dia menggunakan senjata api.

Permohonan pemakaian senjata api tetap juga perlu diperbaharui memandangkan tempoh yang sebelum ini sudah tamat dan tidak sempat diperbaharui.

Dalam ralit kepala memikirkan macam perkara, tangannya masih lagi dengan dumb bell dari tadi.

Intan menggunakan dumb bell yang untuk menguatkankan lagi otot lengannya, sekejap di kiri, sekejap di kanan.

Inilah rutin hariannya dan Caden pula setia menemaninya selain dia juga turut workout bersama.

Caden sudah berpeluh--peluh bergusti dengan punching bagnya. Berurat lengan itu apabila tumbukan dilepaskan.

Bergema bilik.

Dengan peluh yang meleleh di wajah dan leher serta badan yang berkilat kerana basah. Seksi sungguh.

Caden pula sengaja tidak memakai baju, panas katanya. Lagipun bukan ada orang lain, hanya mereka berdua sahaja.

Caden yang rasa seperti ada mata yang memerhatikannya pantas berpaling pada Intan yang tidak jauh dari tempatnya.

Senyuman paling manis diberikan pada Intan.

Terpaku Intan dengan pemandangan itu, terlepas dumb bell di tangan. Mujur tak timpa kaki.

"Auch" jerit Intan

Laju Caden mendapatkan Intan.

"Sayang!" panggil Caden sambil melutut di tepi Intan.

"Kenapa ni. Nasib baik tak timpa kaki" bimbang Caden jika berlaku sesuatu pada Intan.

Dumb bell yang jatuh di lantai dikutip dan disimpan di tempatnya.

Kemudian dia kembali pada Intan bersama tuala dan botol air yang diambil di meja.

Botol air diserahkan pada Intan yang sudahpun melabuhkan duduk di atas lantai tempat dia berada tadi.

Caden mengambil tempat di tepi Intan sambil duduknya menghadap sisi kanan Intan lalu dia juga meneguk air untuk hilangkan dahaga.

Sesudah itu, tuala dipegang dan laju tangannya membantu mengeringkan wajah, leher serta lengan Intan yang basah dengan peluh.

Intan hanya diam, suka bila dirinya dimanja begitu.

"Pusing sebelah kiri pula" arah Caden pada Intan.

Intan mengubah duduknya supaya Caden menghadap sisi kirinya pula.

Botol air ditangan dibuka penutipnya dan air diteguk. Hilang haus.

"Okey, pusing depan" kata Caden pada Intan yang sedang meneguk air.

Intan duduk menghadap Caden dan rapat dicelah kakinya yang terbuka.

Lain macam pulak kedudukan mereka.

Laju tangannya mengeringkan anak rambut Intan yang basah, kemudian wajahnya dan turun ke leher.

Apabila sampai di dada, tangan Caden terhenti apabila melihat peluh meleleh di celahan dada yang terdedah itu.

Tertelan liurnya. Sudah la dia berpuasa dalam tempoh yang lama, tiga bulan semenjak Intan koma hingga sekarang.

Ini dihidangkan pula dengan pemandangan begini. Mencabar betul.

Kau yang gatal nak tolong lapkan. Hadap je la.

Kalau dah tau tak kuat, tak payah rajin sangat. Kata hati Caden.

Kalau tak buat, rugi pulak. Dapat pegang pun jadilah dari tak dapat apa-apa langsung. Amboi.. Fikiran..

"Abang.. Abang.. Kenapa ni?" soal Intan pada Caden yang tiba-tiba sahaja diam tangannya dari mengeringkan tubuh Intan.

Intan menggoyang-goyangkan tangan di hadapan wajah Caden.

Dapat dilihat tajam sahaja pandangan mata Caden ke arah dadanya.

Ting! Idea datang.

Intan senyum jahat! Hahahaha

Intan kemudian membuka singlet yang dipakai, hanya tinggal sportbra sahaja.

Terserlah dadanya yang putih kemerahan.

Tangan naik mengesat peluh dengan jarinya di dada. Sengaja diperlahankan pergerakan tangannya itu.

Terkebil-kebil Caden memandang sambil laju liur ditelan.

"Tak nak tolong lapkan ke? Kalau tak nak, bak sini tuala tu, sayang lap sendiri" tegur Intan pada Caden dan acah-acah mahu mengambil tuala di tangannya.

Laju tangan Caden menyembunyikan tuala di belakang badannya.

"Sini la tuala tu" suara Intan sudah tinggi sedikit nadanya.

Sengajakan. Kau pun sama gatal. Kena ngap nanti baru tau.

Okey juga.. Dah lama tak kena ngap. Hihihi

Elok, sama-sama gatal.

Menjadi baru tau.

"Ee.. Dah tak nak lap, sini la tuala tu" marah Intan lalu diterkam tubuh Caden di depannya untuk mengambil tuala yang disembunyikan di belakang badan.

Ntah bagaimana silapnya..

Buk!

Caden terlentang ke belakang dengan dada Intan menimpa wajahnya.

Lembut macam marshmallow.

Bulat mata Caden dengan situasi itu.

Kalut Intan nak bangun tetapi tangan Caden terlebih pantas melilit pinggangnya.

Intan memandang ke bawah untuk melihat wajah Caden yang terlindung. Memerah wajah itu.

"Abang, sayang nak bangun, lepas la" pinta Intan.

Risau pulak. Buatnya dia mau kat sini, haru..

Caden hanya diam cuma tangannya sahaja sudah mula bergerak di belakang badan Intan dan kini sudah melekat pada kedua-dua punggung Intan yang pejal.

Ah, sudah. Dia nak buat apa pulak, dah la badan peluh-peluh macam ni.

Jangan nak buat pasal la Caden.

Memang la gym bilik bawah ni private area. Tiada yang akan datang tapi agak-agak la.

Caden kemudian bangun duduk sementara Intan didudukkan di atas ribaannya dengan kaki Intan di kiri dan kanan pinggang Caden

Seksi dan bahaya sungguh kedudukan mereka sekarang ini.

Intan cuba untuk lepaskan diri tapi apabila melihat pandangan Caden yang sesuatu itu, tidak jadi untuk dia bangun.

Caden melilit kemas tangannya di pinggang Intan. Matanya tidak lepas dari memandang bibir Intan.

Perlahan Caden merapatkan wajahnya pada wajah Intan lalu bibir Intan ditindih lembut.

Lama dalam keadaan itu dengan lidah yang saling bertingkah.

Tangan Intan sudah naik memeluk leher Caden. Pautan bibir dilepaskan apabila nafas mencungap.

"Sayang.." seru Caden dengan suara yang dengar dan tidak itu.

"Can I.." soal Caden pada Intan.

Faham benar Intan dengan pandangan itu.

"Here?" soal Intan. Biar betul dia ni, takkan kat sini.

"Why not, we have fun here. Please sayang.." ucap Caden sambil bibirnya sudah merayap di leher putih Intan.

Tangan kanannya pula sudah naik memegang dada itu.

Intan sudah terpejam mata menikmatinya. Perlahan kepala diangguk.

"Thanks sayang" ucap Caden lalu memulakan langkahnya untuk tujuan yang satu itu.

Sudah lama dia menahan diri, tapi hari ini sudah tidak mampu dibendung lagi perasaan itu.

Mengerang Intan di atas ribaan menerima belaian Caden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience