BRQ 1: YOU ARE FIRED!

Romance Completed 72144

Pak!

"Ini last gaji awak! Lepas ini tidak payah datang kerja lagi!" ujar seorang lelaki dalam lingkungan 30an itu dengan tegas. Dia melemparkan sepucuk sampul putih yang berisi duit gaji ke atas meja.

"Tapi, Encik Dani! Apa, salah saya? Saya tidak curi! Zati yang perangkap.." bela Mawar namun tidak sempat dia menghabiskan kata, tuturnya itu telah dibidas.

"Sudah, Mawar! Saya tidak mahu dengar! Ambil duit awak ini dan berambus. Kalau awak masih kerja kat sini lagi entah apa lagi yang nak dicurinya. Inilah dia, kalau membesar itu tanpa mak bapak! Menyusahkan orang je!" jeling lelaki berbadan gempal itu pada Mawar yang sedang kaku berdiri.

Pandangan Mawar bergetar. Bibirnya menggigil menahan rasa. Hatinya jauh lebih terhiris dan pedih dengan kata-kata itu seakannya menikam tanpa henti. Sekelip mata, air matanya laju bertakung penuh menanti gugur. Perlahan dia mengambil sampul putih itu dan melangkah pergi. Tidak sanggup dia menghadap orang yang berhati kering sebegitu.

"Tsk.. Tskk.. Ergh.. Tsk.." Mawar menangisi hal tadi di sepanjang perjalanan dia menapak ke hentian LRT yang terdekat. Dia tidak peduli akan orang yang lalu-lalang. Dia juga tidak kisah dan tidak malu jika ada mata yang ralit memandangnya. Kerana ianya tangisan tanpa suara. Baginya, lebih laju gerabak LRT yang bergerak maka lebih cepat kesedihannya itu akan terubat.

Pap!

Pap!

Pap!

Pap!

Bunyi tepukan tangan oleh seorang wanita muda yang berambut panjang paras pinggang itu kedengaran agak kuat seusai masuk ke bilik Encik Dani. Dia diiringi oleh seorang lagi wanita yang membuntutinya merangkap pekerja Encik Dani.

"Bagus! Perempuan itu dah blah kan? Ini, upah kau Zati. Dan, ini upah kau. Tutup mulut macam tiada apa yang berlaku. Dan, antara kita mestilah tidak saling kenal mulai hari ini!" pesan wanita muda yang memakai dress ketat mengikut alur tubuh. Dia mencampak dua pucuk sampul yang agak tebal buat mereka berdua di atas meja kerana berjaya menghalau Mawar. Hatinya berbunga puas!

Zati dan Dani laju menangkap sampul mereka bak mendapat emas berkilo.

"Ya, terima kasih cik! Terima kasih. Kita orang tidak akan buka mulut. Mawar? Siapa itu, tidak kenallah." sengih Zati melebar sambil mengintai-ngintai sampul duitnya.

Wanita itu berpuas hati dan menyeringai sinis. Dia memakai kaca mata hitamnya semula lalu mengibas rambut yang mengurai disertai dengan langkah kaki untuk beredar. Sejurus pergi, mulut Zati dan Dani ternganga melihat jumlah duit yang diberi. Agak banyak untuk usaha mereka yang tidak seberapa setimpal itu. Ini, betul-betul orang kata rezeki terpijak!

Seorang lelaki yang tegap berotot namun tidak terlalu menonjol, berkot serba hitam berdiri tegak memandang tepat wajah lelaki yang sedang menggigil melutut di atas lantai.

"Aku cakap tembak! Tembaklah! Kau tunggu apa?!" pekik Aysar menahan marah. Waktunya terasa bagai terbuang jika dia masih berada di sini dengan lebih lama.

Lelaki yang melutut itu menelan air liur.

"Ma.. maaf, Tuan! Saya tid.. tidak boleh bunuh.."

Nufail tergagap-gagap lalu menggeleng kepala. Matanya terbuntang melihat sasaran yang akan ditembaknya itu seakan bergelut untuk minta dilepaskan diri. Seluruh tubuhnya menggigil sejuk walhal baru sahaja bola matanya melihat sepucuk pistol di tangan Aysar. Inikan pula mahu terus menembak bunuh? Boleh terkencing dalam seluar!

Aysar berdiri geram mencekak pinggang.

"Zack, kau bawa budak penakut macam ini untuk join kita?! Hei, kalau dia jumpa musuhlah belum sempat dia capai pistol, kepala mamat ini dah bersepai dulu tahu!" bebel Aysar seraya menjeling.

Zack mengeluh kecil.

"Relakslah Aysar.." pinta Zack yang berkulit hitam manis.

Aysar menghulurkan sepucuk pistol FN 5.7 miliknya pada Zack yang merangkap sebagai pembantu juga kawan baiknya.

"Ambil, bunuh dia!" arah Aysar tanpa rasa bersalah.

Zack ternganga.

"Dia tidak berani nak tembak, jadi kau jelah yang tembak budak ini. Kalau dia dah cam kita semua, aku rasa dia tidak punya sebarang alasan lagi untuk dia terus hidup!" sambung Aysar.

"Woi! Aku bawa bukan nak suruh dia jadi jaguh penembak macam kau itu. Dia cuma berguna untuk kerja dalaman. Biarlah dia tolong Mona!" bela Zack. Diambilnya senjata api itu dan meletakkannya semula di atas meja.

Wajah Aysar sedikit berkerut seraya meredakan sedikit amarahnya sebentar tadi.

"Buktikan!"

Aysar melabuhkan punggung di atas kerusi dan menatap tajam wajah Nufail yang sedang kecut perut bak asam keping. Bermakna, lelaki itu punya satu lagi peluang sebelum dirinya menempah maut semula.

Pap!

"Kau tunjuklah kau pandai godam benda alah itu!" Zack menepuk sekilas bahu Nufail. Dia tidak mahu malam ini dirinya terpaksa bekerja lebih masa pula untuk membersihkan mayat manusia!

Nufail terkedip-kedip kebingungan. Lekas dia mencapai komputer ribanya yang dibawa dan menghidupkannya. Jari-jemarinya laju menekan pelbagai butang yang ada sehingga dia bersedia menunjukkan sesuatu pada Aysar.

Sreettt..

Nufail mendekatkan komputer ribanya pada Aysar. Dia menolak cermin mata empat segi di batang hidungnya yang sedang meluruh itu ke atas semula. Dadanya tidak berhenti berombak meski tubuhnya sekering tulang. Dia mengharapkan belas ihsan dari Tuan Aysar walau sekelumit. Aysar ralit melihat segenap inci ruang yang terpapar di dalam skrin komputer riba itu. Matanya membulat kerana terkejut.

"Err, saya detect frekuensi dari phone Tuan Aysar. Then, saya.. dapat link terus ke CCTV dari rumah Tuan. Jadi, ini rakaman yang.. sedang berlangsung sekarang.." terang Nufail takut-takut.

Zack tersengih dan menepuk puji bahu Nufail. Terasa bangga pula pada budak muda yang berumur 18 tahun itu. Kalaulah dirinya, wifi rumah pun passwordnya ingat-ingat lupa!

"Kan aku dah cakap, budak ini berguna!" Zack menoleh memandang Aysar sambil mengangkat kening tebalnya beberapa kali.

Aysar menelan air liur dan terus mencapai pistolnya di atas meja itu. Dia berdiri tegak dan mengacukan pistol hitam itu tepat pada kepala Nufail. Zack tergamam.

"Tuannnnn!!" rayu Nufail. Dia memejamkan mata kerana Aysar tetap berkeras mahu membunuh dirinya. Gigil tubuhnya tiba-tiba semakin kuat.

Bangg!!

Aysar beredar selepas pelurunya berjaya menusuk mangsa dengan tepat. Bunyi hembusan nafas yang tercungap-cungap dari tadi semakin menghilang sepi. Perlahan Nufail membuka kelopak matanya. Dia menekap dadanya kerana syukur masih hidup. Dia melihat mangsa tembakan Aysar pula. Ya, tikus itu berlumuran darah dan mati serta-merta di dalam sangkar kecil itu!

"Arghh! Ya Allah, aku hidup lagi!" ujar Nufail seperti mahu menangis. Dia meraup wajahnya dan memandang Aysar yang berlalu dengan ekor mata.

Zack tersengih menggeleng melihat adegan percuma itu. Dia menepuk belakang bahu Nufail beberapa kali agar lelaki itu kembali tenang.

"Kenapa.. Tuan Aysar pergi macam itu je Tuan Zack?" tanya Nufail walau degup jantungnya masih jua laju.

"Kalau Aysar dah angkat kaki itu maksudnya, kau diterima kerjalah! Dia tidak akan cakap benda yang manis-manis depan kau. Kalau benda itu sesuatu yang dia benci memang kau dah arwah dah tadi. Haih. Tidak habis-habis dengan control macho dia itu, padahal dalam hati itu ada taman bunga!" Zack menggeleng kepala kerana dia begitu kenal akan perangai Syed Aysar yang dikenalinya sejak zaman sekolah menengah lagi.

Seraya menapak di bahu jalan, Mawar merenung sayu kasut hitamnya yang sudah berlubang di hujung jari kaki kanan. Jika hari hujan, air yang merempuh masuk itu boleh saja dituang keluar semula!

Tangan Mawar masih memegang sampul putih yang dia dapat dari majikannya Encik Dani. Genap sebulan dia bekerja di kedai serbaneka itu tapi ini pula yang terjadi. Dari stesen LRT ke rumahnya itu terasa singkat pula hari ini. Kerana, jika boleh dia tidak mahu pulang awal. Berjalan kaki dan menghirup udara malam seperti ini bagaikan sebuah terapi jiwa buat diri Mawar.

Vrooommmmmmm!!!!

Pecutan dari motor Kawasaki Ninja yang lalu betul-betul di sebelah Mawar dari belakang itu membuatkan tubuh Mawar terhuyung-hayang menongkah arus. Sampul putih yang dipegangnya juga ghaib diterbangkan angin. Mawar ternganga melihat sampul itu melangkah 'pergi' diawang-awangan.

"Tidak! Tidak! Tidak! Duit akuuuu!!" teriak Mawar seraya kakinya laju mengejar hasil titik peluhnya yang tidak seberapa itu.

Pap!

Sampul Mawar itu selamat ditangkap oleh pemuda yang menaiki motorsikal berkuasa tinggi yang sudah pun berhenti di bahu jalan.

"Hei, awak! Bak sini, itu duit sayalah! Hergh.. Hergh.. Penatnya!" pinta Mawar yang mengah berlari.

Pemuda itu turun dari motorsikalnya dan mengangkat tinggi sampul putih itu ke udara dengan tangan panjangnya. Mawar terus menjengketkan kakinya untuk mencapai. Namun, tidak berjaya kerana pemuda itu semakin meninggikan lagi tangannya.

Mata Mawar terbuka luas. Giginya diketap kuat. Dia melihat pemuda itu bertopi keledar penuh dan motorsikal mewahnya berwarna merah kehitaman.

Sah, memang perangai persis syaitan lelaki ini!

"Eh, awak ini kenapa?! Pulangkan balik duit saya! Bagi balik. Bagilah balikkk!" Mawar melompat-lompat di depan lelaki itu untuk mencapai sampulnya namun kakinya tanpa sengaja telah tersandung dan tubuhnya hampir terjelepok ke belakang.

"Arghhh!" jerit Mawar. Mulutnya ternganga luas. Dia merasakan sesuatu sedang melingkar di belakang pinggangnya yang menjadi punca dirinya masih jua belum terjelepok. Dan, wajah Mawar hampir saja mencium cermin gelap topi keledar lelaki itu. Seluruh wajah Mawar terus membahang kerana sentuhan dari lelaki aneh di hadapannya.

"Hai, sayang! Kalau kita ditakdirkan berjumpa lagi, mesti awak ini jodoh saya!" sakat pemuda bersuara garau itu dengan senyuman di sebalik topi keledar yang masih belum dibuka.

Pap!

Mawar terkejut kerana tiba-tiba lelaki itu boleh bersuara pula. Dia segera menolak dada bidang lelaki itu dan merampas laju sampul surat di tangannya.

"Gilaaa!!" teriak Mawar. Dia melajukan langkah untuk melarikan diri. Seram sejuk pula terasa. Baru bersua tidak sampai dua minit dah berani pegang-pegang orang dan cakap macam itu? Mabuk agaknya!

Pemuda itu melihat Mawar yang sudah berlalu pergi dengan jauh. Dia tersenyum sinis lalu tertawa kecil.

"Aku tolong dia, senang-senang dia label aku gila?! Hailah nasib, hasrat hati nak peluk minah seksi sekali terpeluk yang macam mak cik kantin daaa!"

Lelaki itu mengeluh seraya menggeleng. Memang dasar mak cik pun. Tudung bawal dah serupa ustazah mengajar KAFA. Dengan beg galas dan kasut sukan yang dah lusuh. Eh, macam budak sekolah baru balik merentas desa pun ya juga!

Klak!

Mawar masuk ke dalam rumah dengan hati yang berat. Dia menuju ke dapur dan memasuki lorong kecil untuk ke biliknya yang serba kecil. Bilik yang dia membesar dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Kemudian, Mawar keluar semula selepas meletakkan beg.

Jam di telefon bimbitnya menunjukkan sudah pukul 12 tengah malam. Dia memandang sinki dapur yang penuh dengan pinggan dan cawan yang tidak dibasuh. Dia melihat bakul laundry di sisi dapur basah itu juga. Tersadainya berbakul-bakul pakaian kotor yang meminta untuk dicuci.

"Haa, baru reti nak balik? Ini, gosok! Aku nak pakai esok pagi! Jangan kau berani-berani nak rosakkan baju mahal aku ini eh!" sergah Qisha seraya memberi amaran pada Mawar. Dia melemparkan baju hitamnya di atas sebuah kerusi dan berlalu pergi dengan jelingan yang tajam. Sejak tadi dia menunggu kepulangan Mawar itu. Sehari tidak memberi arahan pada Mawar ibarat tidak lengkap hidup!

Serta-merta air mata Mawar bertakung. Menahan getar tubuh yang tiada kesudahan. Lututnya terasa lemah tiada berdaya. Dalam kedinginan malam, sekelip mata Mawar sudah mendakap erat tubuhnya di hamparan lantai. Entah kali ke berapa dia sudah menangis di lantai yang sama ini, yang pasti ianya jauh tidak terkira.

"Tsk.. Tsk.. Ya Allah.. Kenapa? Kenapa aku kena lalui semua ini? Kenapa aku tidak boleh hidup bahagia macam orang lain? Tsk.. Erghh.. Tsk.. Erghh.. Ya Allah, adakalanya aku tidak kuat!" luah Mawar seraya menitiskan air mata. Beberapa kali dia mengelus kedua pipinya yang berlesung pipit itu. Perasaannya sungguh hiba dan hatinya terasa hancur berderai.

Rutin hariannya sejak 8 tahun yang lalu masih jua sama sehingga ke hari ini. Tiada satu hari pun yang berubah sejak ibu dan ayahnya tiada lagi di sisi. Yang semakin berubah, adalah jiwanya yang semakin kosong tanpa sebarang rasa dan jua cinta!

Kalaulah di dunia nyata, kisah Cinderella itu wujud. Aku sudi untuk bersabar dalam menunggunya sang putera!

Terima kasih sudi singgah! Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience