31.

Romance Completed 46657

Aura kini berada di hujung Jambatan tempat nelayan menaikkan hasil tangkapan.

Dia yang masih teresam didalam kereta menyemba kan wajahnya pada bantal bulat yang memang ada didalam kereta tu.

"Kenapa mesti aku yang tanggung sakit ni Ya Allah. Kenapa?" Tanya Aura.

"Apa salah aku. Hingga aku harus dihukum macam ni." Kata Aura lagi.

Tangisannya berlagu terdengar sayu. Sakit hati dikhianati suami sendiri.

Ting!!

Pesanan masuk kedalam phonenya. Dia mengesat wajahnya yang basah dek kerana air mata.

Nombor tak dikenali menghantar pesanan padanya.

-ABANG LUTHFAN NI. AURA KAT MANA? ABANG TAHU AURA TERKEJUT DENGAN KEJADIAN TADI. ABANG YANG MINTA UTHMAN BANTU ABANG DAPATKAN BUKTI MELATI FIDAK PERNAH CINTAKAN ABANG DAN HANYA MAHUKAN DUIT ABANG. ABANG JUGA TAHU AURA DAN UTHMAN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA 4 BULAN LEPAS. SEBAB UTHMAN TAK PERNAH MERAHSIAKAN APA APA DARI ABANG. PERCAYALAH APA YANG AURA LIHAT TADI ADALAH TIDAK BENAR. ABANG AKAN BAGI BUKTI RAKAMAN CCTV YANG ABANG PASANG DEKAT BILIK BACAAN. - Luthfan.

Tingg!!

Satu video yang memutarkan apa yang terjadi didalam bilik bacaan tadi.

Aura menangis semahunya. Dia tahu dia telah salah menilai suaminya. Namun dia masih tak boleh terima kejadian tu macam tu je. Dia membalas whatsapp Luthfan.

-MAAFKAN AURA ANDAI AURA MASIH TAK MAMPU TERIMA DENGAN APA YANG AURA NAMPAK DENGAN VIDEO YANG ABANG FAN BERIKAN. BAGI AURA MASA UNTUK AURA TENANGKAN DIRI. AGAR AURA DAPAT BUANG BAYANGAN YANG TERJADI DEPAN MATA AURA. AURA TAK SEKUAT SITI KHADIJAH. AURA HARAP SEMUA FAHAM DENGAN PERMINTAAN AURA. - Aura.

Aura mula mencari nama suaminya dan mula menaip sesuatu.

-MAAFKAN AURA BY. BAGI AURA WAKTU UNTUK MELUPAKAN KEJADIAN TADI. AUFA TAKNAK DERHAKA PADA BY SEBAB AURA TAHU BESAR DOSA AURA KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMI. AURA MOHON IZINKAN TENANGKAN HATI AURA. ABANG LUTHFAN DAH BAGITAHU PERKARA SEBENAR. CUMA SEKARANG AURA NAK ABANG TAHU, AURA DALAM KEADAAN OK. - Aura.

-MAAFKAN BY SAYANG. BY TAK SANGKA SEMUA NI AKAN BUATKAN SAYANG BENCIKAN BY. -Uthman.

-AURA TAK BENCIKAN SUAMI AURA. TAPI BIARLAH WAKTU YANG MENENTUKAN. AURA HANYA MAMPU BERDOA AGAR JODOH KITA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT. - Aura.

Aura berlalu dari sana apabila dia melihat waktunya untuk menemui Rasyid dan Rina. Abdul telah menantinya dibawah Kondo tempat tinggal Rasyid dan isterinya. Melissa melihat kereta Aura masuk kedalam Lot parking sebelah kereta suaminya.

"Uth mana?" Tanya Zul pada Aura.

"Dia dekat Banglo Umie." Tipu Aura.

Zul perasan wajah sembab Aura seperti barn sahaja menangis.

"Takpe korang gerak dulu. Aku nak jawap call dari Pangkalan." Kata Zul.

Mereka berlalu meninggalkan Zul disana. Lalu dia menghubungi Uthman.

"Kenapa Aura menangis?" Tanya Zul dalam panggilan.

"Kau jumpa dia dekat mana?" Tanya Uthman.

"Dia ada dengan kitaorang kat Kondo Seri Setia ni. Nak jumpa dengan Daddy dan Mommy Aura." Kata Zul.

"Share location dekat aku. Aku menyusul kesana." Uthman memutuskan panggilan.

Zul menaip dan menghantar pada Uthman, tingkat dan no Konda.

Kini, Aura dan Melissa menanti dekat cermin kaca besar disisi lift.

Abdul menekan lonceng Kondo milik Mateen. Auni keluar dari balim pintu.

"Ooo Peguam Abdul. Masuklah." Kata Auni.

"Siapa?" Tanya Mateen lalu melihat wajah Abdul diluar Kondonya.

"Takpe. Saya hanya nak menemui TanSri Rasyid dan PuanSri Rina saja." Kata Abdul.

"Dah pergilah panggil mereka." Kata Mateen pada Auni yang berjalan masuk kedalam kondo.

Tak lama keluar Rasyid dan Rina dengan pakaian selekeh dan koyak tersarung di tubuh mereka.

Aura melihat keadaan Keduanya sangat mengesankan hatinya.

"Abdul?" Rasyid pelik melihat Abdul peguam Arwah Bondanya berada didepan mata mereka.

"Cakaplah. Mereka banyak lagi kerja nak dibuat dekat dalam." Tempelak Mateen.

"Ada apa Abdul kau nak jumpa kami?" Tanya Rasyid.

"Ada yang nak jumpa dengan kamu berdua." Kata Abdul.

"Siapa?" Tanya Rina.

"Tu." Tunjuk Abdul pada Aura dan Melissa.

"Aura?" Panggil Rina tak percaya.

Mateen yang mendengar Rina menyebut nama Aura keluar dari dalam Kondo.

"Mana Aura?" Tanya Mateen.

"Dd. Mimih." Panggil Aura.

Mateen melihat dua orang gadis ditepi lift.

"Aura? Betulke Aura?" Tanya Rasyid.

"Dd." Aura menghampiri Rasyid dan Rina. Namun apa yang jadi Mateen dengan sekejap menolak tubuh Rasyid kesisi hingga dia tersungkur.

"Dd!!" Teriak Aura melihat Daddynya jatuh dikaki Abdul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience