BAB 26

Humor Completed 26062

KENAPA monyok ni?"tegur Attar bila nampak Iris kelihatan muram.

Attar duduk disebelah Iris.Tubuh Iris di peluk rapat.Dia suka memanjakan Iris dengan sentuhan kasih sayang nya.Iris pun suka bila Attar memanjakan dia.

"Kenapa nampak sedih sangat ni?meh abang bagi ceria balik."bibir Iris di cium kecil.Iris jeling kecil pada Attar.Orang tengah susah hati dia boleh cium-cium pulak.

"Abang...Iris nak tanya ni?"

"Ya..sayang..ada apa?"sambil tangan menggelus rambut Iris.

"Kalau Iris..tak boleh mengandung macam mana?"dengan muka serius dia pandang muka Attar.Dah dua bulan mereka kahwin tapi masih tiada tanda-tanda Iris mengandung.Iris berasa kecewa setiapa kali datang bulan.Dia mengharap sangat.

Attar senyum kecil.Ingat nak tanya apa tadi.

"Sayang..jangan terlalu fikirkan sangat.Insyallah ada rezeki kita nanti.Kalau bukan rezeki kita lagi pun tak apa..Mungkin rezeki kita sesuatu yang lain."pujuk Attar.

Attar tarik Iris ke dalam pelukan nya.Di peluk Iris kejap-kejap.

"Dah jangan fikir lagi.Abang dah ada sayang pun cukup.Bukan senang tau nak dapat sayang."ubun-ubun Iris dicium penuh kasih.

"Apa kata sayang buat pahala?"Attar kenyit mata.Iris terpinga.

"Buat pahala?"Iris cubit perlahan perut Attar.

Berdecit Attar ketawa.

"Sayang tu fikir yang bukan-bukan.Abang nak minum kopi tolong buatkan,boleh tak?"Attar kecilkan mata sambil tersengih.

"Oh..kopi.Ingatkan apa tadi.."gumam Iris perlahan.

"Pahala yang tu pun abang nak bagi juga."pipi Iris dicium lembut turun ke leher.Iris menolak perlahan.Makin Iris tolak makin galak Attar mengusik.

"Abang..tadi kata nak kopi."

"Mmmm...tak jadi lah.Abang nak...nak...nak yang lain."Terjerit kecil Iris bila Attar bingkas bangun dan menutup suis lampu bilik.Bisikan cinta bertalu-talu meniti di bibir Attar.Sesungguhnya Iris rasa dihargai dan disayangi.Walau baru dua bulan usia pernikahan mereka.Hari-hari dia berdoa agar jodoh dia dan Attar berpanjangan.

Tidak perlu Iris ungkapkan lagi perjalanan hidup dia dan Attar.Melihat senyuman dan kecerian Iris dan Attar sudah tentu lah menggambarkan yang mereka tengah bahagia bersama.Sayang dan cinta Iris terhadap Attar makin mendalam dari sehari ke sehari.

"Cinta abang melebihi cinta Iris pada abang.Abang tak sanggup kehilangan Iris lagi.."ucap Attar sambil peluk dan cium Iris.Ciuman Attar umpama ubat yang mampu menanggalkan segala parut lama di hati Iris.

Setiap masa terluang,mereka sering menghabiskan bersama.Selagi ada kesempatan waktu,suara Attar sering menjadi penghibur hati Iris.Attar tak pernah membelakangkan Iris dalam segala hal.Termasuklah menziarahi pusara Wahida.Di angkutnya Iris sekali.

Iris hairan semasa mengemas bilik stor tak ada satu pun gambar Wahida.Yang ada gambar beramai waktu hari konvokesyen.Dia teringin juga nak tengok gambar Wahida namun hampa tak ada satu pun.

Iris duduk bersandar di sofa sambil memicit tengkuk yang lengah.Lama sangat dia duduk bersila atas lantai stor.Namun apa yang di cari tiada di situ.

"Lah..kat sini rupanya sayang.Abang balik terus naik bilik cari sayang tak ada.Sayang pergi mana?"soal Attar.

Pakaian kerja sudah diganti ke pakaian santai.

Iris senyum nipis.Lupa dia Attar sudah balik dari seminar.

"Ada kat stor tadi."

"Kenapa muka tu macam runsing saja.Sayang cari apa dalam stor?"tanya Attar.

"Gambar."keluh Iris hampa.

"Gambar apa?"Attar kerutkan kening.Setahu Attar barang dia saja yang ada dalam stor.Barang Iris semua dekat atas.

"Gambar kak Wahida."kata Iris perlahan.Takut Attar marah.


Attar tercenggang.


"Nak buat apa?"tanya Attar kehairanan.


"Iris nak tengok rupa kak Wahida."


"Oh...abang tak ada simpan gambar dia."


"Kenapa?abang buang semua dah ker?"Iris rasa hampa.


"Gambar ramai-ramai ada lah.Gambar dia sorang memang tak ada."


"Maksud Iris gambar kahwin abang dengan dia."kata Iris penuh berhati-hati.


"Mana ada gambar kahwin.Abang nikah pun dekat hospital.Dia kan aakit.Jadi tak ada majlis apa pun."terang Attar.


Berkerut kening Iris dibuatnya.


"Takkan abang tak pernah tangkap gambar berdua dengan dia."tanya Iris lagi tidak puas hati.


"Memang tak ada.Abang dengan dia tak pernah bercinta pun.Wahida meninggal seminggu selepas bernikah.Dia tak sempat masuk ke rumah abang pun."


"Allahuakbar..kesiannya.."Iris tutup mulut.Airmata mula bergenang.Sedih.


"Sayang ni sensitif sangat sekarang.."kata Attar sambil kesat airmata Iris.


"Kesiannya kak Wahida.Tak sempat nak rasa hidup berumahtangga dengan abang."


"Dia memang dah tahu.Sebab tu dia nak abang halalkan dia supaya tiada batasan antara abang dengan dia.Dia nak abang uruskan jenazah dia.Sebenarnya dia memang suka kan abang.Tapi masa tu abang dah ada seseorang dalam hati.Tak mungkin abang boleh terima cinta dia."ujar Attar panjang lebar.


"Jadi abang tahu dia cintakan abang?"


Attar angguk kecil.


Maknanya cinta Wahida tidak kesampaian.Kiranya Wahida sudah tahu hayatnya tidak lama jadi dia minta Attar menikahi dia.


"Mak tahu pasal ni?"soal Iris.


"Tahu.Mula mak tak izinkan tapi memandangkan Wahida yatim piatu,mak pun setuju juga."

"Baiknya hati abang.Sanggup menjaga kak Wahida hingga akhir hayat"


Attar kemam bibir.Dia pun tak sangka boleh bernikah dengan arwah Wahida.Mungkin atas dasar simpati.Tiada langsung perasaan cinta.Yang ada hanya kasih pada seorang sahabat.

"Jujur abang kata kan hanya Iris yang pertama dan terakhir dalam hati abang."


Terus Iris peluk Attar.Tak sangka Attar begitu menyintai Iris.Kenapa baru sekarang Iris tahu?Kenapa dari mula Iris tak kahwin dengan Attar?Kenapa Iris harus bertemu dengan Harith dulu dari Attar?

"Tapi tadi abang cakap dah ada seseorang dalam hati abang?siapa?"soal Iris ingin tahu.Rasa sedikit cemburu bila Attar cakap begitu.

"Mana boleh abang bagitahu.Itu rahsia abang."Attar kulum senyuman dia sengaja nak mengusik Iris.

Iris mucungkan mulut.

"Iris tak nak tahu ker siapa?"Attar senyum senget.

"Simpan lah rahsia abang sorang-sorang.Iris nak pergi dapur."kata Iris malas dan segera mahu bangun.

Attar segera menahan sambil ketawa kecil.

"Merajuk la tu..."katanya sambil ketawa lagi

Iris jeling kecil.

"Ya lah, kata rahsia.Simpan saja lah.Tak nak Iris tahu."rajuk Iris.

"Sayang ni kuat merajuk sekarang.."Attar masih dengan sisa ketawa .

Di pegang kedua belah pipi Iris dan menghadap ke mukanya.Attar renung ke dalam mata Iris.

"Siapa lagi kalau bukan...Iris.."kata Attar sambil mencium pipi Iris bertalu-talu.Terus Iris senyum gembira.Pinggang Attar di geleteknya.

"Abang ni sengaja kan...biar abang ketawa tak berhenti.."sambil tangan terus mengeletek pinggang Attar.Geram Attar mempermainkannya.

Terbahak-bahak Atar ketawa.

Bersama Attar dia rasa satu kelainan.Attar sentiasa ada bila Iris perlukan.Dia bukan saja seorang suami yang baik malah dia juga menjadi pendengar yang setia.Setiap kali Iris ada masalah,dia akan mendengar apa yang Iris nak luahkan.Macam 'magic' bila luahkan pada Attar,masalah yang berat menjadi ringan.

Attar sentiasa tenang dalam menangani masalah.Sejuk hati Iris setiap kali memandang wajah Attar.Perasaan Iris pada Attar makin hari makin bertambah sayang.

Kadang Attar terlebih manja kan Iris.Tapi itu tak buatkan Iris ambil kesempatan.Hilang segala duka lama,kini hanya sebuah hati yang terlihat bahagia.Tiada lagi airmata yang menghiasai pipi Iris.Yang ada hanya kuntuman senyuman yang sentiasa mekar meniti di bibir.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience