BAB 26

Romance Completed 43245

"Uncle Muthu!!"

Jerit Anis Raihanna.

Dia segera ke penghadang antara rumah Afiq Raihan dengan Uncle Muthu. Terjongket jongket dirinya mahu memanggil jirannya.

Dia ternampak lelaki itu sedang berborak bersama keluarganya di halaman rumah mereka. Anis cuba menarik perhatian keluarga tersebut. Berkali-kali dia memanggil nama lelaki itu.

"Uncle Muthu! Uncle!"

Namun mereka sekeluarga tidak mendengari suara Anis Raihanna. Baru saja, dia mahu mencuba sekali lagi..

"Uhuk! Uhuk!"

Kedengaran Afiq Raihan terbatuk-batuk bagi mengeluarkan air dari tubuhnya. Anis Raihanna bergegas mendapatkan suaminya.

"Afiq, kau ok tak ni? Boleh bernafas lagi ke tak?" soal Anis Raihanna cemas.

Pada masa yang sama, dia lega kerana tiada apa apa yang berlaku kepada suaminya.

"Kau ni! Selamatkan orang pun tak tau ke hah? Boleh pulak panggil pak cik tu nak CPR kan aku. Kalau aku betul betul lemas tadi macam mana. Arwah dah agaknya" marah Afiq Raihan tak puas hati.

Geram pulak dia rasa bila Anis mintak tolong pak cik tu. Boleh je kan kalau dia tolong sendiri. Lagipun mereka suami isteri yang sah.

Memang tak lah Afiq nak pak cik tu yang tolong! Sebab tu jugak dia cepat cepat sedarkan diri. Kalau pak cik tu betul betul tolong macam mana? Euww!

Pakk! Pakk! Pakk!

Ha ambik kau. Berkali kali Anis pukul lengan dan badan Afiq. Ingat lawak sangat lah tu buat macam tu! Gurau tak bertempat!

"Aduh! Sakit lah gila!" marah Afiq Raihan. Dia mendesis kesakitan.

"Kau tu yang gila! Lawak ke hah buat macam tu! Aku panggil Uncle Muthu CPR kan kau betul betul kang!" ugut Anis Raihanna.

Dia mengetap gigi dengan kuat. Lengan bajunya telah disinsing sehingga ke siku. Dia merenung tajam ke arah Afiq Raihan.

Tak guna punya suami! Suka kan kenakan aku. Meh sini aku ajar sikit. Baru reti nak sakit bagai. Hati aku yang sakit ni apa dia tahu hah!

Anis Raihanna menghampiri Afiq Raihan dengan lebih dekat. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Afiq Raihan mengesot ke belakang apabila Anis menghampiri. Seram pulak rasanya bila tengok wajah isterinya sekarang ni.

"Eh kenapa nak jauh dari aku ni? Bukan kau nak aku bagi CPR kat kau ke hah?" sinis Anis Raihanna berkata. Dia semakin mendekatkan dirinya.

Afiq Raihan telan air liur. Dia tak tahu nasib dia sekarang ni. Semakin dekat Anis menghampirinya, semakin dia mengesot ke belakang.

Kini, kolam renang berada dibelakangnya. Tiada cara lagi untuk dia menjauhkan diri daripada Anis Raihanna. Seraya itu, dia berdiri.

Setiap kali dia mahu melarikan diri, Anis Raihanna pantas menghalangnya.

"Eh,nak pergi mana? Meh la. Meh sini." kata Anis Raihanna. Bibirnya masih tersenyum nakal.
Dia mengepung Afiq Raihan.

Kali ni, Anis Raihanna mendekatkan kedudukan muka mereka berdua pula. Macam mana dia dapat keberanian tu pun dia tak tahu.

Afiq Raihan pula yang takut sekarang ni. Dia hanya berdiri kaku. Entah hilang ke mana keberanian dia sebelum ni pun dia tak pasti. Hahaha

Anis Raihanna mula membisikkan sesuatu ke telinga suaminya.

"Nak aku bagi CPR kan?..." bisik Anis Raihanna lembut.

Afiq Raihan terkedu. Tak pernah lagi Anis Raihanna bercakap dengan dia menggunakan nada sebegitu. Dia menunggu kata kata gadis itu lagi.

"Boleh......." Anis Raihanna sengaja meleretkan kata katanya.
" Blahhh!"

Anis Raihanna segera menolak tubuh Afiq Raihan ke dalam kolam. Dia tersenyum kepuasan.

Padan muka! Gatal sangat kan! Biar lemas terus dalam kolam tu. Aman hidup aku!

Tak semena-mena, Afiq Raihan terjatuh ke dalam kolam. Tapi dia sempat menarik Anis Raihanna bersamanya.

"Splash!!"

Mereka berdua selamat terjun ke dalam kolam.

"Ahhh kau ni! Cari pasal la!" bentak Anis Raihanna. Dia berpegang pada bahagian tepi kolam tersebut. Dia memandang Afiq Raihan tak puas hati.

"Eh..aku pulak salah. Kau yang tolak aku dulukan. Aku apalagi tarik lah kau sekali. Tak adil kalau aku sorang je jatuh." bidas Afiq Raihan.

Dia meraup rambutnya ke belakang. Sengaja dia menjelir lidah kepada Anis. Apa ingat dia tak sakit hati kena tipu macam tadi. Heh.

"Ishh...tunggu kau. Aku siku kang lengan kau tu. Kita tengok kau mampu tak lagi nak jelir lidah macam tu."balas Anis Raihanna.
Menyirap darah dia.

"Oh ya? Berenang pun kau tak reti! Ada hati nak siku aku.

Meh la kata nak siku tadi" perli Afiq Raihan. Dia makin galak mengenakan Anis.

Anis Raihanna membulatkan mata. Tangannya mengepal penumbuk. Matanya tidak lepas memerhati tingkah suaminya.

Wah makin melampau eh mamat ni. Ada yang arwah jugak sat gi ni.

"Eh boleh ke tuu nak datang sini?" sindir Afiq Raihan. Dia tersenyum mengejek.

"Oh lupa. Boleh blah kann. Hahaha" Afiq Raihan ketawa terbahak bahak. Seronok sangat dapat balas dendam.

Tetapi keseronokan yang dirasakan oleh dirinya tidak kekal lama.

"Splash! Splash! Splash!"

Anis Raihanna memercikkan air dengan banyak tepat ke muka Afiq Raihan.

"Hahaha..padan muka kau! Minum lah air tu banyak banyak!" ejek Anis Raihanna.

Dia pula yang ketawa terbahak bahak apabila air tersebut masuk ke dalam mulut Afiq yang terbuka tu. Tu lah gelakkan aku lagi kan. Hahaha.

"Burr"

Afiq Raihan menyembur air yang termasuk ke dalam mulutnya. Dia mengelap mulutnya dengan tangan. Hampir saja dia tertelan air tersebut.

"Eiii tak guna punya minah! Ha rasakan!" balas Afiq Raihan. Kini dia pula yang memercikkan air kepada isterinya. Dia menghamburkan tawa.

Anis apalagi, makin banyak dia percikkan air ke muka Afiq Raihan sebagai tanda balas dendam. Dia ketawa mengekek.

Pada malam yang tenang itu, mereka terlalu asyik bermain air. Tak sedar umur dah lanjut. Perangai macam budak budak ribena lagi. Apa nak jadilah pasangan suami isteri ni.. Haihh

???

"Macam mana perempuan tu boleh hidup lagi! Kau reti buat kerja ke tak hah!" tengking seorang lelaki kepada orang suruhannya. Tak sangka perkara senang pun tak dapat dituruti.

"Maafkan saya, Tuan. Saya dah buat seperti yang dirancang. Tapi entah kenapa perempuan tu tak kemalangan." tenang gadis itu membalas.

Sedikit pun dia tak gentar dengan tengkingan majikannya. Dia hanya menunduk kepala. Itu merupakan sebagai tanda penghormatan dia kepada majikannya.

Jika bukan lelaki dihadapannya kini, siapalah dia sekarang. Kerana lelaki itu juga dia menceburkan diri dalam bidang yang salah ini.

"Dah keluar! Aku nak kau ekori mereka berdua mulai hari ni." arah lelaki tersebut. Dia mengetap rahangnya.

Tangan mengepal penumbuk. Rasa marah mula menguasai dirinya. Kenapa susah sangat nak hancurkan hidup kau hah, Afiq Raihan!

Gadis itu segera beredar dari situ. Kalau dia berada disitu lagi pasti tempias amukan lelaki tersebut akan dilampiaskan kepada dirinya.

"Pastikan kau tak tertangkap" arah lelaki itu tanpa memandang gadis tersebut.

Gadis itu berhenti seketika. Dia mendengar arahan seterusnya dengan teliti.

"Kalau ada orang tahu tentang rancangan kita.."

"Hapuskan dia"

Gadis itu tersenyum sinis. Bukan dia tak pernah buat kerja sebegitu. Dia segera mengatur langkah keluar.

???

"Fakhrul macam mana kau dah ada petunjuk?" soal Haiqal Iskandar.

"Setakat ni, aku dah jumpa orang yang sabotaj kereta Anis. Cuma dia kata ada orang yang upah dia dengan bayaran yang lumayan." jawab Fakhrul.

Dia merupakan rakan sekerja Haiqal Iskandar semasa lelaki itu menjadi penyiasat persendirian dahulu.

Kini Fakhrul sahaja yang masih bekerja sebagai penyiasat persendirian.

Haiqal Iskandar terpaksa meminta tolong rakan sekerjanya. Memandangkan tak menang tangan dia mahu menguruskan kes tersebut. Lagi lagi kedudukannya yang jauh makin menyukarkan dia untuk meneruskan siasatan.

"Kau dah lapor pada pihak polis? Macam mana dengan keselamatan Anis?" soal Haiqal Iskandar lagi.

"Dah,jangan risau. Lepas ni aku dengan pihak polis akan soal siasat lelaki tu dengan lebih lanjut.

Tentang Anis pulak, aku akan pantau dia pergi mana mana." balas Fakhrul lagi. Dia terlebih dahulu telah bertindak.

"Lega sikit hati aku ni. Rul, maafkan aku susahkan kau. Tak sepatutnya aku libatkan kau sekali." kata Haiqal Iskandar. Dia serba salah kerana menyusahkan sahabatnya.

"Tak ada hal lah Is. Lagipun, aku rindu nak buat kerja ni dengan kau. Aku ikhlas nak tolong kau." jawab Fakhrul. Ya dia sememangnya rindu untuk bekerja Haiqal Iskandar.

"Terima kasih Rul. Kaulah kawan aku dunia akhirat aku!" jawab Haiqal Iskandar teruja. Terharu dengan bantuan yang diberikan oleh Fakhrul.

"Hahaha..sama sama kasih bro. Nanti kau kena belanja aku makan ah." usik Fakhrul. Dia tergelak kecil.

"Itu tak ada hal lah. Kau nak apa pun aku belanja!" seloroh Haiqal Iskandar pula.

"Kalau macam tu aku nak kau boleh?" soal Fakhrul. Dia tahan ketawa.

"Woi! Kau,nasib aku jauh tau. Kalau tak lunyai dah aku kerjakan." marah Haiqal Iskandar. Buang tebiat ke apa mamat ni. Memintak betul!

"Hahahahaha..aku gurau je..Okaylah, aku kena letak dulu ni. Assalamualaikum" kata Fakhrul sebelum menamatkan panggilan.

Haiqal Iskandar mengelengkan kepala. Dia tersenyum senget. Rindu pulak dengan mamat sorang tu.

???

"Menguap tutup mulut tu! Masuk setan nanti!" tegur Afiq Raihan. Dia kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

"Kau ah ni. Sibuk sangat nak mandi kolam tu semalam kan. Tengok aku yang mengantuk sekarang. Huarghh" kata Anis Raihanna tak puas hati. Dia menutup mulutnya apabila menguap sesekali.

Macam mana tak mengantuk kalau semalam main air sampai lewat malam. Anis mengambil peluang untuk melelapkan mata. Lagipun, lambat lagi nak sampai pejabat.

"Ha jangan nak tidur. Kau tu kalau tidur, tidur mati. Aku jugak yang susah nanti" Afiq Raihan memberi amaran. Matanya kekal pada jalan raya.

Tetapi tiada balasan daripada Anis Raihanna. Dengkuran halus mula kedengaran.

Afiq Raihan menoleh sekilas isterinya. Dia mengeluh. Lena betul minah tu tidur.

"Aku baru cakap jangan tidur. Tapi kau boleh rileks tidur dengan lenanya lagi. Hish" omel Afiq Raihan.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di pejabat. Afiq Raihan mengejut isterinya.

"Hoi, bangunlah. Bangunlah.." kata Afiq Raihan. Dia menggoyangkan tubuh isterinya.

Seraya itu, Afiq membetulkan rambut di cermin kereta. Kejap selak ke kiri kemudian ke kanan pulak. Baik kau belah je tengah kan senang haih.

"Dah sampai ke? Huarghh lega dapat tidur kejap." Anis Raihanna mengeliat. Digosok matanya beberapa kali.

Dia membetulkan tudungnya yang sudah senget sebelah tu. Rambut yang terkeluar sedikit ditolak menggunakan jarinya.

"Wei nampak sangat macam baru bangun tidur ke? " soal Anis Raihanna kepada Afiq Raihan.

Afiq Raihan menoleh ke sebelah apabila dipanggil. Riak muka tiada perasaan dipamerkan.

"Dengan mata macam panda tu. Confirm orang ingat kau tak mandi lagi tau. Lap sikit air liur basi tu. Habis kereta aku tercemar." rungut Afiq Raihan. Tangan masih ligat membetulkan rambut. Dia tersenyum sinis.

Anis Raihanna segera menilik mukanya di cermin. Risau jika benar benar ada air liur basi diwajahnya. Malunya!

Anis membuat riak muka tak puas hati. Dia menjeling tajam Afiq Raihan. Tak guna dia tipu aku!

Sekelip mata, Anis Raihanna menggosok rambut Afiq Raihan sehingga kusut masai. Macam orang gila dah rupanya.

Afiq Raihan menjerit tanda tak puas hati. Jelingan maut dihadiahkan kepada isterinya.

"Woi sini kau! Rosak dah rambut aku!"

"Padan muka! Buwerkk!"

Anis Raihanna terus melarikan diri. Dia tersenyum kepuasan.

???

"Eh Puan. Selamat pagi. Mana Tuan? Bukan selalu dengan Puan ke?" soal Sofea ramah.

"Selamat pagi Sofea. Panggil Anis je la ye. Tuan lambat sikit hari ni. Nanti dia sampai la tu" jawab Anis Raihanna. Dia tersengih kerang.

"Oh. Anis nak apa apa ke? Saya nak ke pantry kejap. Kopi ke?" kata Sofea lagi. Dia makin selesa dengan isteri majikannya.

"Boleh juga kalau kopi. Hilang sikit mengantuk ni. Hehe. Terima kasih Sofea" balas Anis Raihanna.

"Ermm Sofea. Buatkan untuk saya jugak ye. Tapi kurang manis." celah Afiq Raihan yang baru tiba.

"Baik Tuan. Saya pergi dulu." kata Sofea sebelum berlalu pergi. Bibirnya mengukir senyuman.

Anis Raihanna pula terus mengatur langkah ke tempatnya. Terkejut juga dia bila Afiq Raihan tiba tiba berada di situ.

Namun lengannya sempat ditarik oleh Afiq Raihan. Dia segera menoleh. Matanya meliarkan pandangan ke sekeliling. Risau jika ada mata yang memandang.

"Kau nak apa? Kita dekat pejabat ni. Jangan buat hal!" kata Anis Raihanna separuh berbisik.

"Kau dah rosakkan rambut aku lepas tu blah. Kau yang cari pasal dulu kan." bidas Afiq Raihan selamba.

"Eiii..kau ni. Benda kecik pun nak ungkit ke hah. Childish!" perli Anis Raihanna. Matanya dikecilkan ke arah Afiq Raihan.

"Fine. Tak nak salam suami ke hah? Nak masuk neraka?" perli Afiq Raihan pula.

"Tak habis habis. Meh tangan tu. Nak potong. Eh salam." kata Anis Raihanna acuh tak acuh. Dia membuat riak muka menyampah.

Afiq menghulurkan tangannya. Lalu, disambut oleh Anis Raihanna. Cepat cepat Anis mencium tangan suaminya. Dia segera mengatur langkah ke tempatnya.

"Eh,jap."

"Apa lagi kau nak-" kata kata Anis Raihanna terhenti.

Chup!

Satu ciuman mendarat didahinya. Serta merta mukanya mula memerah.

"Ha baru boleh masuk syurga." kata Afiq Raihan sebelum berlalu pergi. Sempat dia menggosok kepala Anis Raihanna. Sehingga senget benget tudung minah tu.

Anis Raihanna berlalu pergi ke tempatnya dengan perasaan malu. Hatinya tidak habis habis menyumpah seranah Afiq Raihan.

"Saja ah tu nak buat aku malu kan. Eiii geramnya! Mana nak letak muka aku ni kalau orang lain nampak." rungut Anis Raihanna.

Namun pada akhirnya, dia tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience