17 : Senda Loka

Drama Series 5510

         TELINGA sayup sayup terdengar suara bicara berhampirannya. Mata perisat dibuka perlahan bersama kerutan seribu diwajah. Dia bangun perlahan dari baringan. Kepala berdenyut denyut dipegang. Mencucuk terasa sakit dari belakang. Dia sentuh kepalanya, dibalut?

"Apa kau orang luar?" kemunculan seorang perempuan muda membuatkannya terjerit kecil terperanjat.

Bella urut dada. Tanpa balas pertanyaan perempuan itu, mata melingas ke sekeliling. Lama meneliti sekitar bilik itu yang hanya terdapat tikar dan beberapa alat memasak orang orang lama. Seketika Bella tersedar. Matanya membulat.

"Saya kat mana ni? Kenapa saya dibawa ke sini? Maaf saya nak balik. Terima kasih rawat luka saya. Terima kasih sekali lagi." ujar Bella tergesa gesa bangun berdiri walau kepala masih sakit namun dia hiraukan. Mungkin perempuan muda itu yang selamat dan rawat dia.

Tapi sekarang dia tak fikir banyak, dia cuma nak balik.

Bella menyelak pelepah kelapa yang menjadi pintu. Terpempan melihat suasana diluar. Dia berdiri kaku disitu. Lidah terasa kelu suara tersekat dikerongkong. Peluh mula merenik memenuhi wajah cantik nya.

Dah malam! Dia terdiam bagai patung cendana.

Perempuan muda tadi datang berdiri didepannya sambil menayang sengih. Bella terpana sekali lagi, comel dan cantik sekali perempuan didepannya ini. Wajahnya melayu tulen, matanya bulat ditambah bulu mata yang cantik lebat. Rambut hitam ikal mayang, panjang mencecah bawah punggung. Pemakaian juga seperti orang orang lama dahulu. Sekuntum bunga raya disisip tepi telinga. Perempuan muda itu tampak seperti seumuran dengannya.

Bella tersedar dari lamunan pantas geleng kepala. "Awak orang sini ke? boleh tunjuk jalan keluar tak? Saya tersesat." ujarnya penuh pengharapan.

Dia tak fikir hal lain, dia cuma risau Rafael bimbang tentangnya dan Aniq... Bedebah itu! Dia nak belasah cukup cukup lelaki itu! Teruk dia kena kali ni, sampai sesat tengah hutan.

Perempuan itu menyenget kepala comel."Kenapa nak keluar?" polos.

Bella garu kepala yang tak gatal. Hak alah banyak tanya pulak minah pendek ni. Dah aku nak balik lah! Takkan nak mereput kat sini.

Bingung nak terangkan bagaimana. Bella menarik nafas cuba bertenang. Kalau dia menonong keluar waktu gelap begini memang cari nahas juga. Tak tahu bahaya yang akan menimpa tambah pula dia mana tahu jalan keluar! Buatnya tersesat kali kedua.

Dia terkedu kerana mendapat tawa dari Delima. Sempat dia terkulat kulat bila mendapat huluran salam dari perempuan itu.

"Aku Delima. Anak perempuan tok penghulu di kampung ini. Kau pula?" perempuan bernama Delima itu tampak ramah perkenalkan diri.

"Bella. Boleh saya jumpa tok penghulu? Mesti dia tahu jalan keluar. Kat  mana nak jumpa tok penghulu tu?" soal Bella tanpa basa basi.

Delima terlihat kurang suka mendengar itu. Muncung manja mulut. "Bella aneh sekali nama kau. Tak perlu la kau pulang. Jadi kawanku disini. Aku bo... san tiada kawan. Tiada yang mahu jadi temanku."

Bella buat buat tertarik. "Kenapa ek agak agak? Sebab kau comel sangat kot..." jujurnya tak berapa ikhlas.

Aduh dia nak buat sesi meluah perasaan pulak dah! Aku nak balik lah! Bella kawal riaknya agar tetap tenang. Tak tahu apa ngamukkan perempuan comel itu jika dia bertindak kasar.

Bersinar mata Delima apabila ceritanya diberi perhatian. "Betul itu! Wanita di kampung ni semua tak mahu berkawan denganku. Sebabkan lelaki idaman mereka suka padaku. Padahal aku tak mahu pun... salah aku kah jadi terlampau cantik?"

Erk! Bella cengkam bajunya sendiri mengumpul kesabaran. Senyum kekok diberikan. Ringan saja tangannya nak cekik perempuan perasan lawa depannya saat ini.

"Dalam hutan pun ada perempuan pickme ke. Patut la tak ada orang nak kawan..." ngumam Bella cukup telinganya saja dengar.

Kehairanan Delima. "Apa itu pickme? Manusiakah?"

Bella ketawa janggal. "Apa tu? Aku tak cakap apa pun. Nyanyi saja tadi... haha..." tajam benor telinga kau!

Gadis itu mengecil mata melihatnya seperti tak percaya.

"Kalau macam tu aku cari sendiri lah tok penghulu yang kau cakap tu. Err... tak ada lampu ke? Gelap betul kat luar tu. Pinjam boleh?" dengan muka seposen Bella tayang bersama sengihan kekok. Aduh tak pernah dia meminta begini.

"Lampu? Apa lampu? Kenapa pelik benar bahasa kau... asing ditelingaku. Apa orang luar bicara begitu?" malah dibalas dengan soalan dari Delima.

Kesabarannya makin menipis. Dengan Aniq pun tak macam ni. Sekurangnya malaun tu faham dia cakap. Namun Bella tetap berusaha untuk bertenang setenang mungkin.

"Pelita ke atau api. Ada?"

Delima akhirnya faham. "Ooo lilin. Ada ada, tunggu sekejap aku ambil." Dia berjalan masuk kedalam bilik lalu kembali semula membawa sebatang lilin merah.

"Mari aku hantarkan." Delima mendahului kedepan.

Bella berkerut keliru kemudian tergesa mengiringi langkah Delima didalam gelap malam.

"Lilin ada pulak..."

Bella teringat akan sesuatu. "Delima, aku nak tanya. Sebelum aku pengsan tadi, kau ada nampak dua lelaki bawa tombak? Dia orang yang kejar aku tiba tiba. Entah pape la..." dia mula merasa kesal dan takut pula jika terserempak dengan lelaki yang kejarnya petang tadi.

"Oh mereka. Itu Pawana dan Fadli, mereka orang kampung di sini. Maafkan mereka dah bersikap kasar dengan kau." balas Delima bersama senyum manis.

Bella angguk faham. Salahnya juga dah mencuri buah orang.

Wait!

Kampung?

Kenapa dia tak perasan? Dari tadi lagi Delima sebut tentang kampung. Dia menunduk berfikir seketika.

"Rupanya ada kampung dalam kampung. Aku tak sangka dalam hutan tebal macam ni ada kampung? Kau orang asli ke?" tampak seperti Bella tertarik.

Delima ketawa merdu. "Hmm... mungkin tidak, mungkin ya..."

Berkerut aneh Bella. Apa punya jawapan macam tu. Malas nak bertanya lagi, dia ikut saja langkah perempuan itu.

5 minit berjalan menyelusuri semak samun akhirnya mereka tiba di kampung yang dikatakan.

"Dah sampai ke?" mata Bella sedikit segar tiba dikampung itu.

Kampung itu terdapat banyak juga rumah kayu mahupun dibina dengan buluh. Pelepah kering dijadikan atap. Rumah rumah itu terlihat normal saja seperti rumah manusia. Tidak la seram mana tiba disini kerana agak terang benderang berkat dari unggun api, pelita dan unggun yang boleh dibawa.

Terlihat beberapa orang lelaki berbadan besar dan sasa kehulur kehilir tampak seperti menjaga keselamatan kampung itu.

"Mari ikut aku."

Bella terpinga mengikut langkah Delima yang agak laju.

Tiba dihadapan sebuah rumah kayu. Rumah itu sangat panjang dan luas seperti rumah orang sarawak.

"Mereka pasti sudah tidur. Mari naik." ujar Delima diikuti Bella menaiki anak tangga.

Terpana Bella melihat keindahan kayu yang terukir cantik dan kekemasan rumah itu. Wahal dia perasan Delima dan orang kampungnya seperti orang yang tak terdedah dengan dunia luar. Kampung ini dijaga ketat oleh penduduk kampung ini sendiri.

"Hah? Apa?" tersentak Bella bila dicuit oleh Delima yang sedang tunduk hormat.

"Tunduk."

Hah? Tunduk? Buat apa? Kepada siapa? Aku hanya tunduk kepada Allah swt! Tidak kepada jin dan iblis! Dalam keadaan terkulat kulat sendirian sempat pula Bella. Tercari cari dimana orang yang disuruh tunduk itu.

Akhirnya pandangan tercatap tepat ke arah seorang wanita tua yang sedang duduk dikelilingi pelayan cantik. Itukah orangnya?

Delima bangun dari tunduk. Bella tak di hiraukan malah pergi ke arah wanita itu lalu mencium kaki wanita itu dengan penuh hormat.

"Itukah orangnya?" tanya Tun Seroja bisik sambil meleret senyum kepada Bella.

"Ya, Tun." ringkas Delima masih tunduk hormat wahal Tun Seroja merupakan ibunya.

Bella merasa tak selesa dengan senyum yang wanita itu lontarkan. Mencanak canak bulu roma. Seram sejuk terasa kerana merasa tidak normal mereka itu dan mereka bukan orang biasa biasa.

Sempat pelik dengan sikap Delima yang tiba tiba berubah diam dari ceria.

Memang la wajib hormat kat mak. Tapi kenapa lain macam cara hormat mereka itu. Sampai cium kaki. Bukankah orang biasanya cium tangan?

"Apa nama kau, nak?"

Pertanyaan Tun Seroja membuat Bella tersentak. Cepat dikawal air mukanya.

"Bella. Err Tun." balas Bella menahan getaran suara agar tak terlalu nampak dia gelabah. Kecut perut mak oi. Nak saja dia terus terang tanpa basa basi yang dia ingin minta tolong supaya dapat keluar dari sini. Tetapi suara tersekat dikerongkong.

Tun Seroja tersenyum lembut kali ini tak seperti tadi membuatkan Bella sedikit lega.

"Tolong maafkan kekasaran anak buahku petang tadi. Kata Delima, kau tersesat. Apa benar?"

Bella angguk dalam paksaan. "Sa-saya nak minta tolong. Boleh tunjuk jalan keluar? Saya takut tersesat lagi."

Tun Seroja tersenyum. "Apa kau tak suka tinggal di sini? Dapat la anakku ini merasa ada teman."

Bella mengetap bibir. Takkan la... Anak dengan mak sama je! Bella kembali berpeluh dingin. Debaran didada usah dibilang la seperti bertemu dengan pembunuh yang dapat bunuh dia bila bila masa saja walaupun tiada tanda tanda bahaya disekitarnya.

"Maafkan saya. Saya suka berkawan dengan Delima. Tapi saya tak boleh ada kat sini, saya kena balik. Ramai orang risaukan saya. Tolong sekali lagi Tun." berbaki semangat yang ada Bella bertegas juga. Kenapa dia perlu ikut kata mereka. Dia bukan penduduk di sini.

Tun Seroja masih tersenyum tenang. Delima menjeling kepadanya.

Sama saja seperti perempuan lain yang tak suka berkawan denganku! getus Delima kesal.

"Esok pagi aku akan hantarkan kau pulang ke tempat asalmu, Nak Bella. Malam ini bermalam dulu di sini." tutur Tun Seroja sangat bersahaja dan tenang bagai air tasik yang tak bergelombang.

"Erk, malam ni tak boleh ke? Rasanya awal lagi." Bella beranikan diri sambil tersengih kerang busuk.

"Malam waktu paling bahaya, Nak Bella. Sebaiknya kau bermalam dulu di sini." balas Tun Seroja bersama senyuman yang sukar ditafsir.

Bella mengangguk mengalah juga. Kalau dia lawan lebih lebih, rasanya buka mata dalam tanah dia. Dia tak tahu sikap mereka namun dia akan percayakan wanita bernama Tun Seroja itu.

"Tunjukkan dia sebuah bilik istimewa untuk orang seperti dia." arah Tun Seroja kepada salah seorang pelayan disisi.

"Baik, Tun."

"Mari ikutku." dua wanita mengiringi Bella untuk dibawa ke bilik.

"Ba-baik." walau hati merasa ada yang tak enak, Bella tepis jua. Dia hanya perlu bermalam semalaman. Esok pagi dia boleh balik.

***********

Rafael berjalan gelisah kekiri kekanan. Cemasnya dari petang makin membukit setelah tiba waktu malam.

"Kemana dia bawa adik saya? Dah tengah malam. Sepatutnya saya tak percayakan dia." Rafael tak dapat kawal jiwa yang bercelaru hingga terlepas amarah kepada mereka yang sedang berkumpul di ruang tamu.

Masing masing bimbang akan kehilangan Bella dan Aniq.

"Sabar, Raf. Umi sendiri pun mujur tak pengsan ni risaukan budak bertuah dua tu. Ya Allah... kat mana anak anak aku..." Puan Salina terduduk di sofa. Lemah lutut nya sebagai seorang ibu pasti lah dia bimbang keselamatan anak.

Rafael yang melihat agak serba salah." Maafkan saya, umi. Saya tak patut cakap macam tu. Maafkan saya."

Puan Salina sudah berjujuran air mata. Ayu di sisi menenangkankan ibunya. Dipeluk umi dari sisi.

Dia sudah beritahu mengenai panggilan terakhir dari Aniq petang tadi. Naik hantu Rafael mendengar kerna dia yakin Bella ada bersama Aniq.

Takkan la hilang serentak. Pasti mereka ada di suatu tempat.

"Saya tak marahkan umi atau keluarga. Tapi saya takkan lepaskan hidup hidup kalau Aniq buat perkara tak elok pada adik saya. Harap awak semua faham..." ujar Rafael sedikit tegas.

Ayu mengangguk tanda mengerti. "Saya faham..."

Rafael berpaling ke arah lain. Jiwanya kacau, fikiran bercelaru. Serabut otaknya penat memikirkan jika sesuatu buruk menimpa adiknya.

"Dia satu satunya harta yang saya ada..." getusnya.

**********

Sementara itu...

Dari arah timur hutan itu, terlihat seorang lelaki sedang mengambil wuduk di air terjun yang deras.

Perutnya berbunyi minta diisi. Sejak tengah hari lagi dia tak sempat menjamah makanan. Mujur saja dia bersarapan nasi goreng pagi tadi. Ada juga sisa tenaga untuk teruskan pencariannya mencari seseorang.

Aniq sudah redha jika dia bakal dimarahi teruk bila pulang kerumah. Baik dia cari Bella sampai jumpa. Salahnya. Ya salah dia, disebabkan dia yang minta bukan bukan yang menyebabkan gadis itu menghilang ditengah hutan tebal ini.

"Mana kau sekarang ni... mesti kau lapar kan... jangan risau aku akan cari kau..." rambutnya basah dikuak ke belakang. Mata dipejam rapat. Dia mahu menyelesaikan solat isyak sebelum meneruskan pencarian. Tak mungkin dia lena tidur sedang gadis itu entah hidup entah mati.

Memikirkan itu saja membuat seorang Aniq kembali kerisauan. Cepat ditegah. Dia beristighfar panjang.

"Aku yakin kau masih hidup..."

Setelah 10 minit mengerjakan solat beralaskan daun. Aniq bangun berdiri untuk teruskan niat asalnya.

Seketika Aniq berdiri tegak. Alunan nyanyian sayup sayup terdengar dari arah air terjun. Dia telan air liur kesat. Erk! Hantukah?

Aniq mengecil mata, pandangan tercatap tepat ke arah seseorang yang sedang mandi berkembang.

Sepantas kilat Aniq pusing tubuhnya. Muka sudah merah padam. Mulut tak henti beristighfar panjang.

"Manusia mana yang mandi tengah tengah malam macam ni... confirm hantu. Selalunya cantik hantu macam tu..." bebel Aniq perlahan-lahan mengintai semula perempuan tadi.

Eh! Ghaib!

Hah sudah! Dah sah sah hantu jembalang air!

"Hah!"

Mau luruh jantung Aniq tika ini kerana disergah tiba tiba. Entah dari mana muncul seorang perempuan cantik. Mungkin wanita yang sedang mandi sebentar tadi.

"Maaf maaf... tak ada niat nak intai warna bra kau. Ingatkan perempuan." tukas Aniq gelabah sambil pejam mata. Kot kot hantu didepannya ini tunjuk muka seram. Perempuan yang dimaksudkan adalah Bella.

Mulanya dia dah nak gembira, fikirnya Bella. Rupanya antu!

Aniq bingung sekejap bila ucapannya disambut gelak tawa dari 'hantu' itu. Mata dibuka perlahan.

"Apa kau orang luar juga? Bertuah aku hari ini dapat bertemu dengan lelaki kacak seperti kau. Di kampung tiada yang sekacak kau, kau tahu." celoteh Delima ceria. Hatinya berbunga sebenarnya berhadapan lelaki asing itu. Baik tubuh mahupun wajahnya sangat sempurna.

Rambut lelaki itu terlihat bergaya. Matanya pula tajam tetapi redup membuatkan Delima terpesona. Wajahnya nampak muda dan tiada cacat cela. Tubuhnya tinggi hingga Delima terpaksa mendongak untuk melihat jejaka tampan itu.

Aniq gosok belakang lehernya. Merona sekejap pipi dipuji begitu. Tapi kalau dia hensem, kenapa Bella tak suka dia? Aneh. Agaknya Bella rabun.

"Aku kena beli cermin mata satu. Kau rabun rupanya selama ni..." gerutu Aniq perlahan. Ya Allah perasannya.

Melihat reaksi dari pemuda itu, Delima sekali lagi tertawa. Menarik sungguh rupa dan sikap lelaki ini!

"Kau mahu ikut aku pulang? Kau pasti lapar. Di rumah banyak makanan. Mari ikut aku."

Terpinga pinga Aniq apabila tangannya ditarik kemas. Entah kemana gadis itu nak bawa dia. Nak ditarik tangan, tapi tenaga bagai nak habis.

Beberapa minit mengikuti langkah gadis tak dikenali itu. Mereka tiba dihadapan sebuah kampung terpencil.

Mata Aniq agak terpana. Gadis itu mendepa tangan bagai gaya untuk perkenalkan kampung itu.

"Selamat datang di Kampung Senda Loka!" senyum Delima meleret leret.

Mata Aniq masih tak berkelip. Tanpa sedar sebaris ayatnya membuat Delima tersentak.

"Keindahan Dunia..."

Delima tertarik lalu mendekati Aniq. "Kau tahu maksud nama kampung ini?"

Aniq angguk teragak. "Ah-ya. Pernah dengar. Tak sangka betul wujud kampung ni."

Delima senyum senyum. Hatinya berdebar debar tika lelaki ini didekatnya. Apa dia sudah jatuh hati? Tak pernah dia alami perasaan membunga ini terhadap mana mana lelaki. Meski ramai mendekatinya.

"Hebat sekali kau, tuan. Apa kau mahu bernikah denganku? Aku suka lelaki seperti kau." malu malu Delima berkata tanpa berlapis.

"Nikah. Oh nikah... Hah nikah?!" punya lambat Aniq pickup. Mau terjojol mata mendengar itu.

"Yaa... kau tak mampu menolak keinginan anak perempuan Tun Seroja." penuh bermakna ayat yang dilontarkan Delima hingga membuat Aniq seram sejuk.

Lain macam perempuan depannya ini. Gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience