PART 2

Crime Completed 8878

Rizal cuma mendiamkan diri sahaja. begitu juga Melati. Kedua-duanya kaku tidak berkata-kata. suasana begitu sunyi dan sepi di antara mereka berdua, walaupun berada di tempat umum. Teh ais limau di hirup perlahan oleh Rizal. Matanya sesekali menjeling ke arah wajah jelita si gadis yang ada di hadapannya.

Melati Insyirah hanya tersenyum. Dia malu apabila dirinya di renung begitu oleh lelaki yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi. "Ada apa abang nak jumpa saya?" Tanya Melati tersipu-sipu. pandangannya di alihkan ke tempat lain. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang agak berserabut apabila rambutnya di tiup angin.
Rizal tersedak. Hampir tersembur air yang dia minum sebentar tadi. Rizal terkejut apabila dirinya di panggil abang oleh Melati.

"Abang tak apa-apa ke?" Tanya Melati. di samping itu, dia menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Rizal. sapu tangan itu di sambut walaupun lelaki itu terasa malu. "Ermm.. macam ni, sebelum kita .. kita..kita berdua di satukan, sssay..abang nak tanya Melati betul-betul, dah fikir masak-masak ke nak jadi isteri abang?" soal Rizal tergagap-gagap. wajahnya yang hitam manis menjadi basah akibat peluh dingin yang merecik dari liang pori-pori kulitnya.

"Kenapa abang tanya Mel macam tu? Mel tak kisah bang. sebab Mel percaya, mak dan ayah akan jodohkan Mel dengan lelaki yang baik-baik" Jawab Melati dengan yakin.

"Melati tak kenal abang lagi macam mana. kalau abang ni jenis lelaki jahat, Melati juga yang akan menyesal" Rizal cuba menguji sejauh mana keikhlasan hati gadis itu dalam menerima dirinya. "Tak apa, Mel tak kisah. Mel dah biasa jumpa dengan lelaki yang macam abang cakap tu" jawab Mel dengan senyuman sinis.

Melati menyandar di kerusi. sesekali rambutnya yang perang dan berikal di pintal-pintal. wajahnya yang cantik jelita seiras Rita Rudaini memandang tajam ke wajah Rizal. "Aku tak akan menyesal jumpa kau, tapi... kau yang akan menyesal bila kenal aku. jangan harap, kau ada peluang untuk sakitkan hati aku!" getusnya sendiri di dalam hati.

"Menung jauh nampak? teringatkan seseorang ke?" soal Rizal sekadar ingin menduga. "Eh tak adalah, Mel mana ada boyfriend. sebab tu, Mak dan Ayah jodohkan kita berdua."

"Ye ke? gadis secantik Mel, seorang yang manja macam ni, takkan tak ada yang berkenan?"

"Ada, tapi semua dah mati" jawab Mel bersahaja.

"Mati? mati sebab apa?"

"Mati excident bang" balas Melati bersahaja.
Rizal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. kemudian, dia memandang lagi wajah Melati dengan satu renungan. "Okay, macam ni. Abang setuju dengan cadangan mak ayah kita berdua. tapi, abang nak berterus terang dengan Mel. abang dah ada teman wanita. abang harap, Mel bagi masa pada abang untuk selesaikan masalah abang dengan dia dulu." ujar Rizal berterus terang. gadis itu perlu tahu keadaan dan situasi dirinya yang sebenar. Dia tidak mahu bakal isterinya menuduhnya melulu jika ada sesuatu yang menghancurkan rumahtangganya kelak, dia tidak mahu menyakiti hati isterinya jika mereka berkahwin nanti.
Melati hanya menghadiahkan sebuah senyuman. Hanya senyuman itu yang di fahami oleh Melati sendiri. senyuman sinis yang berbahaya. Entah apa yang ada di dalam fikirannya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience