50

Romance Series 93217

Seusai solat subuh, Aayra bergegas turun ke dapur bagi menyiapkan sarapan pagi buat suaminya. Sementara Harraz sedang bersiap - siap mahu ke pejabat, adalah lebih baik dia menyediakan apa yang patut. Lagi pula memang sejak dari dahulu, Aayra tidak pernah membiarkan suaminya ke pejabat dengan perut yang kosong. Bahkan sejak kecil lagi Aayra sudah diasuh oleh kedua orang tuanya agar tidak meninggalkan sarapan pagi kerana ianya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan untuk sepanjang hari.

Pinggan yang berisi roti gardenia kosong itu diletakkan di atas meja. Kemudian Aayra menyiapkan pula beberapa biji telur separuh masak beserta sosej stim yang telah direbus sebentar tadi. Begitulah makanan ruji yang sering diambil oleh Harraz setiap pagi tanpa jemu.

“Good morning, abang! Do you want a cup of tea or a glass of milk?" Soa Aayra lembut.

“Good morning, sayang. A glass of milk please." Ujar Harraz seraya menarik kerusi di ruangan meja makan itu.

Aayra mengangguk lalu dituangnya susu ke dalam gelas yang disediakan. Kemudian dihulurkan kepada Harraz dengan senyuman yang mekar di bibir. Sejak kejadian yang menimpa keluarga mereka beberapa minggu yang lalu, hubungan Aayra dan Harraz kembali terjalin mesra. Bahkan setiap detik Harraz akan sentiasa berada di sisinya dan terus meniupkan semangat buat Aayra. Tidak pernah sekali pun Harraz membiarkan dirinya menanggung kesedihan berseorangan.

“Abang.." Panggil Aayra memecah kesunyian.

Kunyahan Harraz terhenti lalu dia menatap wajah Aayra lembut. Tangan isterinya digenggam erat seakan sedang memberitahu Aayra bahawa dia sedia mendengar apa yang bakal diungkapkan isterinya itu.

“Ya, sayang. Ada apa - apa yang sayang nak bagitahu abang ke?" Soal Harraz lembut.

Aayra menggeleng. Bukan itu tujuan sebenarnya dia memanggil Harraz. Namun demi tidak membuatkan suaminya lebih tertanya - tanya, Aayra mengukir sebuah senyuman yang cukup manis buat pandangan Harraz.

“Sebenarnya sayang nak minta maaf dengan abang." Ujar Aayra.

“Minta maaf? Minta maaf untuk apa?" Soal Harraz lagi. Sejujurnya dia tidak mengerti mengapa Aayra perlu memohon maaf kepadanya. Baginya Aayra tidak pernah melakukan apa - apa kesalahan kepadanya.

“Sayang tahu abang lupa. Tapi sayang tak pernah lupa tentang hal itu. Sebab tu sayang nak minta maaf sangat - sangat dengan abang. Sayang tahu sayang bukan isteri yang terbaik untuk abang. Tapi sayang mohon supaya abang bagi sayang peluang untuk sayang perbaiki segala kelemahan sayang. Sayang sayangkan abang." Luah Aayra lalu kedua - dua tangan suaminya dicium tanda mohon maaf.

Harraz semakin tidak mengerti. Tiada satu pun kata - kata Aayra itu difahaminya. Dahinya berkerut - kerut seakan memikirkan sesuatu.

“Apa maksud sayang ni? Abang tak faham. Apa yang abang lupa? Cuba sayang explain dekat abang satu persatu." Pinta Harraz.

Aayra tersenyum kecil. Agak lucu baginya saat melihat wajah suaminya dalam keadaan penasaran seperti itu.

“Abang ingat tak seminggu sebelum arwah Ramona meninggal, kita berdua ada perselisihan faham sikit? Masa tu abang ignore je sayang kat rumah ni. Abang buat macam sayang tak wujud. Semuanya gara - gara sayang ceritakan kepada abang tentang perasaan Ezmal kepada sayang. Ingat tak?"

Aayra mendekati suaminya lalu dia memeluk bahu Harraz dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Harraz.

“Oh ya, abang dah ingat!! Ya Allah, sayang. Benda dah lepas kan? Kenapa sayang perlu ungkitkan lagi? Lagipun abang betul - betul dah lupakan hal tu. Dah takde apa lagi untuk dimaafkan. Abang pun salah juga dalam hal ni. Sepatutnya..." Belum sempat Harraz menghabiskan ayatnya, Aayra terlebih dahulu meletakkan jarinya di bibir Harraz.

“Nope!! Abang tak salah dalam hal ni. Sayang yang salah. Sayang tahu abang merajuk dan terasa hati dengan sayang tentang hal itu. Jadi pagi ni, sayang nak jelaskan segala - galanya kepada abang. Sayang harap abang sudi dengar." Ujar Aayra seraya melabuhkan kembali punggungnya di atas kerusi berhadapan Harraz.

“Ok! Ok! Ceritalah. Abang sedia mendengar." Entah mengapa tiba - tiba jantung Harraz berdegup kencang.

Harraz diulit kebimbangan. Bimbang jika apa yang bakal diluahkan isterinya itu bisa merobek hatinya lagi. Namun melihatkan kepada reaksi dan perlakuan Aayra saat ini, Harraz yakin bahawa luahan hati isterinya itu seakan memihak kepadanya. Bersama helaan nafas yang perlahan, Harraz membuka hatinya untuk menerima apa jua keputusan Aayra dengan hati yang lapang.

“Sebelum sayang mulakan cerita sayang, abang ada nak tanya sayang apa - apa tak? Jujur aje ok? Sayang janji sayang akan jawab dengan hati yang terbuka." Soal Aayra.

Harraz menggeleng perlahan. Rasanya tiada apa yang dia ingin tahu saat ini melainkan tentang perasaan Aayra terhadap Ezmal. Namun Harraz cuba mengawal emosinya sebaik mungkin kerana dia tahu apa yang bakal diluahkan Aayra sebentar nanti pasti ada hubung kaitnya dengan perasaannya terhadap Ezmal.

“Ok. Kalau macam tu, sayang terus ceritakan jelah ya? Tentu abang nak tahu apa perasaan sayang terhadap Ezmal selama ini kan?" Aayra cuba menduga reaksi suaminya walhal dia tahu memang itulah yang Harraz nanti - nantikan selama ini.

Harraz mengangguk perlahan. Jantungnya semakin berdegup kencang. Tiba - tiba dia merasakan suasana di dalam rumah itu agak panas membahang. Namun dia cuba mengawal perasaan itu dengan sebaik - baiknya.

“Sejujurnya ya. Memang suatu ketika dahulu sayang pernah menyimpan perasaan terhadap Ezmal. Sayang tak dapat nak
menipu diri sendiri betapa sayang sangat menyukainya." Aayra mematikan ceritanya di situ bagi melihat reaksi suaminya.

Ternyata Harraz tampak tenang saat mendengar akan kenyataan itu. Namun tiada siapa yang tahu apa yang bermain di dalam fikiran serta hatinya saat ini. Demi tidak membuang masa, Aayra meneruskan kembali ceritanya.

“Namun perasaan itu sayang hanya pendamkan di dalam hati sahaja. Takde sesiapa pun yang tahu even Abang Aayrel sendiri. Lagipun masa tu Ezmal kan dah ada Ramona. Jadi mana mungkin sayang sanggup nak merampas kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sayang sendiri. So, lama kelamaan sayang cuba buang perasaan itu jauh - jauh. Pada mulanya memang agak sukar tetapi selepas sahaja insiden di mana Ezmal memarahi sayang di depan Ramona tu terjadi, serta merta perasaan sayang sayang terhadap Ezmal hilang begitu sahaja. Malah dari sayang terus bertukar menjadi benci. Bagi sayang, Ezmal bukan seorang lelaki yang matang. Dia tak tahu nak membezakan soal kerja dan soal peribadi sehingga sanggup memarahi sayang hanya kerana satu kesilapan kecil." Luah Aayra panjang lebar.

Harraz masih diam membisu. Tidak sedikit pun dia terasa ingin mencelah cerita isterinya itu. Sebaliknya dia semakin teruja ingin mengetahui cerita selanjutnya.

“Pada mulanya memang sayang agak kecewa. Kecewa dengan sikap ketidak profesionalan yang ditunjukkan Ezmal. Tapi sayang malas nak ambil port masa tu sehinggalah abang datang menghulurkan bantuan untuk menjadi pendengar setia." Terdapat senyuman kecil yang mekar di bibir Aayra saat ini. Bahkan wajahnya juga tampak sedikit berseri - seri.

Harraz turut tersenyum. Berbunga rasa hatinya saat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah isterinya. Dari situ, Harraz yakin betapa Aayra sangat menyayanginya.

“Kehadiran abang pada waktu itu boleh dikatakan agak tepat. Yelah, hati tengah sakit kan time tu. Nak nak pulak yang maki kita tu orang yang kita suka. Geram je rasa. Ikutkan hati ni nak je tumbuk - tumbuk muka dia tu." Omel Aayra geram.

Harraz tertawa geli hati. Kepala Aayra digosok - gosok perlahan sebelum hidung mancung isterinya ditarik perlahan. Dalam keadaan begini pun, Aayra masih sempat berseloroh.

“Then kenapa tak tumbuk je time tu? Yang pergi menangis tu kenapa?" Usik Harraz.
Aayra menjeling tanda protes. Lengan Harraz dicubit perlahan.

“Ishh, abang ni. Tak kan lah sayang nak pergi tumbuknya muka Ezmal tu dalam keadaan dia tengah mengamuk macam tu. Karang tak pasal - pasal isteri abang ni masuk hospital."

Sekali lagi jawapan balas Aayra itu mengundang tawa besar Harraz. Dalam keadaan begini pun Aayra masih sempat bergurau. Malah aksi yang ditunjukkannya sebentar tadi benar - benar mencuit hati Harraz.

“Ok then, so since when did you begin to realize that you have fallen in love with me?" Soal Harraz ingin tahu.

Tawa Aayra langsung terhenti apabila suaminya bertanyakan soalan itu. Bibirnya menjadi kelu. Manakala otaknya ligat menyusun kata - kata untuk diberikan kepada suaminya. Namun tiba - tiba Aayra mendapat satu idea. Bibirnya mula terukir dengan sebuah senyuman yang cukup menawan. Perlahan - lahan tubuh suaminya didekati. Tanpa banyak bicara, Aayra langsung melabuhkan punggungnya di atas riba Harraz. Leher Harraz dirangkul mesra kemudian kepalanya sengaja dilentokkan di atas bahu suaminya.

“Sejak sayang sedar yang abang benar - benar memukau jiwa sayang. Setiap kali melihat abang, jiwa sayang bergelora dan
keinginan untuk memiliki abang begitu membuak - buak." Bisik Aayra dengan nada yang sangat menggoda di telinga Harraz.

Harraz terpaku saat mendengar jawapan Aayra. Tiba - tiba jantungnya berdegup kencang. Nafas Aayra yang menghembus telinganya benar - benar telah menaikkan gelora rasanya. Apatah lagi saat ini Aayra dengan manjanya duduk di atas ribaannya.
Aayra tersenyum nakal melihat reaksi suaminya dan dengan sengaja dia meninggalkan kesan ‘love bite’ yang pekat di leher Harraz.

“Sayang, kenapa nakal sangat ni?" Soal Harraz dengan nada yang ditahan - tahan.

“Saja. Rinduuu." Bisik Aayra lagi. Kali ini nadanya lebih menggoda.

Harraz seakan faham isyarat yang diberikan isterinya lalu tanpa membuang masa, dia mengangkat tubuh Aayra menuju ke atas. Sejujurnya dia juga sangat merindui sentuhan dan belaian isterinya. Tanpa mempedulikan masa yang semakin menginjak pantas, Harraz segera melunaskan keinginannya terlebih dahulu. Aayra tersenyum bahagia. Ternyata godaannya membuahkan hasil dan akhirnya kedua - duanya hanyut di lautan asmara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience