Bab 55

Romance Completed 78329

“Kau dah gila ke apa hah Danial?! Selama ni aku setuju dengan rancangan kau tapi tak bermakna kau boleh cederakan dia macam tu je!” Terkejut Madam Valona sebaik saja dapat tahu keadaan Gia sekarang ni dan semua tu perbuatan dari orang suruhan Danial.

“Yang kau kisah sangat pasal dia dah kenapa? Selama ni kau bukannya pernah kisah pun pasal dia kan?” Kepalanya yang masih lagi terasa berdenyut akibat pukulan Gia semalam dituam dengan ais batu.

“Apa pun dia masih anak aku!”

“Huh! Kau cakap macamlah selama ni kau anggap dia tu anak kau? Cuba kau ingat balik macam mana cara layanan kau dekat dia dulu? Dari dia kecik sampailah besar macam ni. Dah kenapa kau tiba-tiba nak concern pasal dia? Hmmm?”

Danial memandang Madam Valona dengan pandangan tertanya-tanya. Kalau dulu Madam Valona tak pernah berontak apa yang dia buat dekat Gia tapi sekarang ni berontak pulak? Ke…

“Ke kau ni sebenarnya dah tak boleh nak ikut plan aku? Sebab tulah kau cakap macam ni kan? Kau jangan lupa kalau kau cuba-cuba untuk back up anak kau yang tak mengenang budi tu, nyawa kau melayang! Bukan setakat kau je tapi anak-anak kau pun aku seksa hidup diorang!”

Ugutan Danial membuatkan Madam Valona terasa sesak dada. Dapat dia rasakan yang Danial makin melampau sekarang ni. Kalau dia tahu Danial akan bertindak sampai sejauh ini, dia takkan pernah setuju dengan semua rancangan Danial. Dia boleh setuju pun sebab dia takut rahsianya dibocor.

“Rahsia apa yang kamu berdua sorokkan selama ni dari pengetahuan saya?! Apa yang kamu cuba buatkan ni Danial?!” Danial yang tadinya sedap-sedap tuam kepalanya terus terbangun dari kerusi sebaik saja terdengar suara daddynya.

Madam Valona dah pucat mukanya. Danial berdiri di sebelah Madam Valona.

“Maksud daddy?”

“Danial tak payah nak berpura-pura dengan daddy! You too! Korang berdua berkomplot apa hah pasal Gia? Tak cukup lagi hapuskan bukti kejadian sekarang ni korang nak buat apa pulak?!” Dah lama dia pendam pasal ni tapi baru hari ni dia dapat lepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Sungguh dia tak sanggup melihat Gia teraniaya macam ni disebabkan kerakusan dua manusia di hadapannya ini. Kalau bukan dengan bantuan Eric, mungkin dia takkan tahu benda apa yang Danial dan Madam Valona buat selama ini. Tambah-tambah lagi bila dia dapat tahu Danial buat kerja haram selama ni di belakang dia!

“Calm down please…” Madam Valona memegang lengan Mr. Scott Padilla. Tak sangka pulak dia apa yang mereka cakapkan tadi rupa-rupanya didengari oleh suaminya.

“Awak tak payah nak komplot lagi! Cakap terus-terang sekarang jugak!”

Lola yang melihat kejadian itu dari dapur bergerak ke hujung dapur lalu mendail nombor Vitalika sebab Vitalika pernah pesan dekatnya kalau ada apa-apa berkaitan dengan Danial dan mummy dan juga melibatkan Gia, terus call dia. Lola hanya mengikut perintah.

“Hello Vi!”

“Yes Lola? Anything happened there?”

“Sekarang ni daddy tengah naik angin dengan Danial dan mummy Vi.”

“Huh? Why?”

“Diorang ada sebut pasal Gia tapi tak jelas diorang cakapkan apa tadi sebab Lola duduk jauh sikit. Tapi, apa yang Lola pasti daddy Vi dah tahu yang Danial dengan mummy Vi komplot hapuskan semua bukti tu.”

“Hah? Macam mana pulak daddy boleh tahu?”

“Itulah Lola tak tahu. Mungkin dia dapat tahu dari abang Eric ke?”

“Ok tak apa. Lola curi-curi dengar perbualan diorang untuk Vi ok? One more! Jangan bagitahu kak Gia lagi!”

“Ok…” panggilan diputuskan Lola lalu dia kembali jadi penyiasat jadian tak berbayar.

“Selama ni daddy anggap Danial dah berubah seratus-peratus! Tapi, rupanya tak! Apa salah daddy selama ni sampaikan Danial bertekad buat macam ni hah?!”

“Apa daddy ni?! Danial tak buat apa pun! Yang daddy suka sangat cari kesalahan Danial ni dah kenapa hah?!” Entah-entah dah tahu apa benda yang aku buat dekat belakang dia selama ni? Bahaya ni!

“Masih nak tipu daddy lagi ke?!”

“Fine! Daddy nak tahu sangat pun?! Yes! Memang selama
ni Danial buat benda yang macam daddy fikir! Kenapa?! Daddy tak puas hati?!”

“But why?!”

“Nothing! Just for fun!”

“Danial tahu tak memperdagangkan manusia lepas tu jual dadah tu satu benda yang haram hah?! Silap-silap Danial kena tangkap dengan polis sebab kerja ni!”

“Polis takkan tahu kalau daddy tak bagi tahu! Lagi satu, daddy jangan berani nak bagitahu dekat polis kalau daddy tak nak nyawa daddy melayang!”

Sakit jantungnya terus menyerang. Mr. Scott Padilla rebah di atas lantai rumah tak sedarkan diri.

“You! You!” Cuak Madam Valona dibuatnya bila suaminya tak sedarkan diri di atas lantai. Dia memandang Danial yang hanya beriak biasa. Seolah-olah tak ada perasaan langsung.

“Danial! What are you waiting for?! Call ambulance!!!”

“Why should I? That was not my fault!” Danial berjalan selama ke biliknya.

“Lola! Call the ambulance now! Emergency!”

“Yes madam!”

TELEFON bimbit Gia berbunyi di dalam poket seluar Luqman. Luqman menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit Gia dan memandang nama pemanggil. Jericho. Panggilan dijawab.

“Hello Gia! Emergency!!!”

“Sorry. This is Luqman. Is there anything happened?”

“Luqman?! Where is Gia?”

Pandangannya dihalakan ke arah Gia yang masih lagi lena sebelum menjawab soalan Jericho. “She fell asleep after taking the medicine. Why? Is anything wrong? You can tell me.”

“Gia’s dad…”

“What’s wrong with him?” Takut perbualannya dengan
Jericho menganggu lena Gia, Luqman keluar dari wad.

“Gia’s dad passed away just now because of heart attack.”

“Rest in peace for him. It’s okay Jericho, you don’t have to worry about Gia. I will tell her when she wakes up. Which hospital are you right now?”

“Cebu Doctor’s University Hospital.”

“Alright thank you. Anything I will update you!”

“Thanks Luqman!”

Sebaik panggilan diputuskan, Luqman menyimpan kembali telefon Gia ke dalam kocek seluarnya. Dia memandang Gia dari cermin pintu wad. Macam mana aku nak bagitahu Gia yang daddy dia dah tak ada? Dia boleh terima ke berita ni nanti?

Luqman menolak pintu wad dan menghampiri Gia. Dia cuba fikirkan ayat yang sesuai untuk bagitahu dekat Gia tapi otaknya seolah-olah beku. Apa yang dia mampu fikir sekarang ni kalau dia bagitahu dekat Gia berita ni nanti, Gia dapat terima ke? Apa reaction Gia?

Luqman...yang kau nak kisah sangat ni dah kenapa dia dapat terima ke tak kenyataan yang daddy dia dah tak ada? Itu bukan urusan kau! Kau kena ingat! Situasi kau dengan dia sekarang ni sama! Win-win situation! Kau kehilangan tunang yang kau cinta, dia kehilangan daddy yang dia sayang!

Apa pulak macam tu? Sekalipun aku bencikan dia tapi tak adalah aku nak fikir sampai ke tahap macam ni sekali sebab aku faham perasaan tu. Pedih dan sakitnya kehilangan orang tersayang tu macam mana. Dalam waktu ni aku tak boleh selfish nak fikirkan pasal dendam dan marah aku dekat dia.

Kenapa? Kau dah start sukakan dia ke?
Jangan nak putar belit ok? Aku tak sukakan dia tapi aku cuma kesian dengan dia. Dia dah buat baik dengan aku selama ni, takkanlah aku tak boleh nak balas budi kebaikan dia dekat aku dengan ibu? Even mulut aku ni jahat tapi tak bermakna apa yang keluar dekat mulut aku sama dengan apa yang hati aku rasa.

Cara kau ni Luqman bukan sebab kau nak balas kebaikan dia je tapi kau ada maksud lain jugak ni. Senang cakap kau memang dah sukakan dia. Mengaku jelah Luqman!
Tak! Aku tak suka dia. Hati dan perasaan aku masih lagi dengan arwah Dariya. Rasa tu takkan dapat aku padam sampai bila-bila.

Perlahan-lahan dia cuba mencelikkan matanya. Lepas habiskan drip botol ke empat, barulah dia terasa badan dia segar dari yang selalu. Dia memandang Luqman yang sepertinya resah memikirkan sesuatu.

“Luq…awak dah kenapa?” Soalnya perlahan dalam keadaan suaranya serak. Tekaknya terasa sedikit kering.

“Kau dah sedar? Macam mana? Feel better?” Gia mengangguk.

“Luq…awak tak jawab lagi soalan saya.”

“Emmm…aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau. Tapi nantilah lepas kau discharge tengahari ni aku bagitahu kau ok?”

“Ada apa ke Luq?”

“Nanti aku bagitahu. Apa yang penting kau jangan stress ok?”

Gia terpaksa akur walhal hatinya dah meronta-ronta nak
tahu apa benda yang Luqman nak bagitahu dekat dia sebenarnya. Aku harap bukan berita buruklah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience