BAB 40

Romantic Comedy Completed 82737

"APA yang Maz dah buat ni?abang ingat Maz dah berubah.Abang kecewa sangat-sangat dengan sikap Maz."kali ini kesilapan isterinya tidak dapat dimaafkan lagi.Dah banyak kali dia bertolak ansur dengan Datin Mazni.Tapi kali ini kesabaran dia teruji lagi.

"Maz sebenarnya..."Datin Mazni cuba berkata sesuatu.Adam pula memotong percakapan Datin Mazni.

"Mummy,Adam dah muak sangat dengan sikap mummy.Adam dah bahagia dengan Aisyah.Kenapa mummy buat Adam macam ni?"Adam raup muka.Nak ditengking dan marah tak boleh nanti jatuh dosa.Dihadapannya ialah wanita yang mengandung dan melahirkan dia ke dunia.

Betapa kelam kabut bercampur marah bila dapat tahu siang tadi Aisyah balik ke Darul Sakinah dengan Habib.Puncanya Julia dan mummy.Kenapa perempuan tu mesti muncul kembali.Tak tahu malu agaknya.Datang pula mahu meruntuhkan rumahtangga orang.

"Dengar mummy nak terang dulu."lirih suara Datin Mazni.Anak dan suami benar-benar marah akannya.

"Kalau macam ni sikap mummy.Adam tak akan balik sini sampai bila-bila."

"Jangan buat mummy macam tu Adam."rayu Datin Mazni bersama esak tangisan yang mula kendengaran.

"Maafkan mummy,Adam.Mummy tak ada niat nak buat rumahtangga Adam dan Aisyah runtuh.Mummy..sayangkan Aisyah."luah Datin Mazni buatkan Adam dan Dato Rais terkejut mendengar.

"Mummy cakap apa tadi?"Adam pandang muka mummy dan baba silih berganti.

"Percaya lah.Mummy juga sayangkan Aisyah.Mummy tak akan sakitkan hati Aisyah lagi.Memang Julia ada datang siang tadi.."

Datin Mazni menyambung cerita tentang kedatangan tidak di undang Julia di taman siang tadi.

Pang!

Terkejut Julia bila Datin Mazni menampar pipinya.Saat itu Aisyah sudah masuk ke dalam rumah.

"Kenapa mummy tampar Julia."tanya sedikit meninggi Julia sambil memegang pipi kanannya.Agak perit juga penampar Datin Mazni.

"Itu yang Julia patut terima.Sepatutnya dah lama Julia makan penampar.Julia tipu mummy.Julia hanya mempergunakan Adam.Julia sebenarnya dah banyak kali gugur kandungan.Mummy kecewa sangat dengan Julia.Julia tak jujur.Selama dengan Adam.Julia ada hubungan dengan lelaki lain.Julia tipu Adam.Tipu mummy."

Julia agak terkejut.Macam mana Datin Mazni boleh tahu.Sedangkan dia dah simpan kemas rahsianya selama ini.

"Mummy,Julia..."Julia nak bela diri tetapi Datin Mazni tunjuk isyarat berhenti bercakap.

"Julia datang sini pun sebab Dato Richard dah buang Julia kan.Dia pun dah tak mahu simpan Julia lagi."

"Mummy,Julia boleh terangkan."Julia gelabah.

"Sudah Julia.Mummy tak nak Julia ganggu Adam lagi.Adam dah bahagia bersama Aisyah.Julia sendiri dah pilih jalan hidup Julia.Jadi jangan datang dalam hidup Adam lagi.Memamg mummy bersalah bagi Julia harapan tapi mummy juga tak akan biarkan kebahagian Adam dan Aisyah dipertaruhkan lagi."kali ini Datin Mazni benar-benar serius.

"Mummy dah tak sayangkan Julia?"Julia mulai sebak.Dah la mama dan papa pun dah buang dia.Dia tak ada tempat nak bergantung lagi.

"Mummy sayang Julia.Tapi mummy juga sayangkan Aisyah.Aisyah menantu yang baik.Tak tergamak mummy nak hancurkan perasaannya lagi.Memang mummy yang bersalah sebab pentingkan diri sendiri."Datin Mazni mulai sebak.

"Masa mummy sakit hanya dia yang sudi menjaga mummy.Tak pernah mummy dengar dia mengeluh atau merungut.Hari-hari dia temankan mummy.Bagi semangat untuk mummy pulih."

"Masa tu mana Julia?Julia tak pedulikan mummy terlantar sakit.Tak kan Julia dah lupa apa yang Julia cakap.Julia malu nak usung mummy dengan kerusi roda.Julia jijik tengok mummy dah tak sempurna macam dulu."sambung Datin Mazni lagi.Dia tak lupa apa yang Julia cakap padanya.Tega sungguh Julia berkata demikian.

"Pergilah Julia.Mummy dah maafkan Julia.Cuma jangan muncul lagi dalam hidup Adam.Mummy hanya boleh terima hubungan kita sebagai kenalan tidak sebagai ahli keluarga."

Julia yang masih memegang pipi tesentak mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Datin Mazni.Silapnya juga tinggalkan Adam.Kini segalanya telah berakhir.Lagi mau tunjuk muka dah dengar dari mulut mummy sendiri kan.Orang tak sudi buat apa nak desak lagi.Dia tahu Datin Mazni tak akan berdiam diri kalau dia terus mendesak.Dia kenal sangat dengan sikap Datin Mazni yang satu ni.

Perlahan dia melangkah pergi dari situ.Tak perlu nak menangih kasih lagi jika diri sendiri pun tak pernah memahami erti kasih sayang dan cinta sebenar.

Adam dan Dato Rais menarik nafas lega.Rupanya mummy dah lama terima Aisyah.Doa mereka selama dimakbulkan.

"Mummy malu sebenarnya pada Aisyah.Tapi mummy tak tahu macam mana nak mulakan semula.Cari dia Adam."Mummy kesat airmata yang mengalir laju.Bergunung salahnya pada Aisyah.

"Maafkan mummy Adam."Adam juga turut menangis kegembiraan.

"Maafkan Adam, mummy.Adam tak boleh hidup tanpa Aisyah.Dia bidadari syurga buat Adam.Adam sayangkan Aisyah.Cintakan Aisyah.Hidup Adam tak ada makna tanpa Aisyah di sisi..Aisyah nyawa Adam."luah Adam tanpa rasa malu.Biar mummy betapa cintanya Adam pada Aisyah.

"Eloklah kita cari Aisyah.Baba pun rasa bersalah sangat.Baba tak tunaikan janji baba pada arwah Hamid.Banyak jasa arwah pada kita sekeluarga.Apa yang kita ada sekarang adalah ehsan dari arwah.Saat baba hilang segalanya arwah yang hulurkan bantuan tanpa meminta balasan satu sen pun."

Dato Rais sambung lagi.

"Aisyah sebenarnya lagi berharta dari kita.Tetapi mereka sekeluarga tak pernah menunjuk akan kekayaan sebenar.Arwah tak suka tonjolkan diri.Saat baba jatuh arwah yang tolong baba bangkit kembali.Sebab tu baba rasa terhutang budi sangat pada arwah.Baba malu bila arwah tak mahu dibalas jasa.Jadi baba sendiri yang cadangkan Aisyah sebagai menantu baba.Arwah menolak.Dia tak mahu Adam rasa terpaksa menerima Aisyah.Aisyah anak yang baik dan taat pada orang tua.Baba tak salah pilih."jelas Dato Rais.

Datin Mazni bertimpa rasa bersalah.Malu selama dia menghina Aisyah.Rupanya dia hidup mewah pun atas ehsan bapa Aisyah.Betapa kerdilnya diri.Bila hidup bertuhankan kemewahan hingga menganggap orang lain miskin dan hina.Rupanya dia lagi 'miskin' dari Aisyah.Miskin akhlak dan adab.Miskin segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience