Kami memasuki pasaraya AEON untuk membeli barang barang basah. Kata Hamka, dia ingin memasak nasi dagang. Aku terliur juga nasi dagang sebenarnya, baru sekali aku merasa makanan popular orang Terengganu itu sepanjang aku hidup.
"Nak tolak troli."
"Dah kenapa rajin sangat?" Hamka memandang aku sambil mengerutkan dahinya.
"Saje." Aku menolak tangan Hamka yang sedang memegang troli. Sebenarnya, aku tak pernah ada pengalaman tolak troli. Dulu aku dan ibu tak pernah datang ke pasaraya besar, kalau setakat kedai runcit tu bolehlah. Di kedai runcit mana ada troli, bakul pun tak ada.
Hamka mengajakku menuju ke bahagian yang menempatkan barangan basah. Dia yang memegang troli di hadapan menariknya dengan laju menyebabkan aku hampir tergelincir kerana lantai yang licin.
Dia memilih tiga ekor ikan tongkol untuk digulai. Selepas itu dia memilih halia, bawang merah dan macam macam lagi. Kerja aku pula hanya menimbang barang barang yang dipilihnya. Tidak lupa juga beras untuk membuat nasi dagang rempah ratus.
"Rose nak apa?" Tanya Hamka. Kedua dua belah keningnya digerakkan atas bawah. Oh, nak main kening ya?
"Nak belanja ke?" Aku menaikkan kening sebelah kiri.
"Ha ah." Hamka turut menaikkan keningnya. Nak tiru aku lah tu.
"Nak Kinder Bueno dengan Cadbury. Nak banyak." Aku membuat muka comel dan mengelipkan mata berulang ulang kali.
Hamka tergelak memandangku sebelum menarik tanganku mengikutinya. Aku baru sahaja hendak menarik tangan tapi memikirkan dia hendak belanja harini, aku batalkan saja niatku itu. Aku mengambil sebanyak mungkin coklat coklat yang menjadi kesukaanku itu. Hamka hanya mendiamkan dirinya sambil berpeluk tubuh.
"Cukup tak duit?" Aku mengangkat kening sebelah kanan pula kali ini.
"Cukup la. Kalau tak, tak tanya pulak tadi." Kali ini dia tidak mengangkat kening sebelah kanannya. Aku yakin dia tidak boleh mengangkat kening sebelah kanannya.
"Jom." Aku menarik tangannya untuk berlalu namun dia tetap tidak berganjak. Baru saja hendak bertanya kenapa, aku baru tersedar apa yang aku lakukan. Aku terus melepaskan pegangan tanganku.
"Okay. Aku takde hak." Kataku sebelum berlalu ke arah troli yang ditinggalkan kami sebentar tadi. Aku tersenyum sendirian sambil memikirkan betapa bodohnya perbuatanku sebentar tadi.
Apabila kami sudah melabuhkan punggung di tempat duduk masing masing, Hamka menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkan AEON. Keadaan di jalan raya yang sesak menyebabkan aku kebosanan di dalam kereta. Berpaling keluar, silau kerana sinar mentari. Berpaling ke dalam, sakit mata melihat Hamka. Tapi ditatap juga wajah yang dirindui itu.
"Rose, pandang apa?" Tanya Hamka tanpa berpaling ke arahku.
"Mana ada aku pandang. Aku tutup matalah." Aku segera menutup mataku dan berpaling daripada memandang Hamka.
"Kenapa perangai Rose dah berubah?" Hamka bertanya lagi. Lagaknya sudah macam wartawan, banyak sangat soalan yang ditanya.
Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab soalannya, "Dulu aku nak berubah jadi baik, sebab tu perangai aku baik. Tapi sekarang, aku rasa tuhan dah tak sayang aku. Malang je nasib. Baik aku jadi jahat. Dah takde Rose yang lemah lembut macam dulu. Rose yang kasar je ada."
Hamka hanya mendiamkan diri. Kalau bukan kerana aku nak Kinder Bueno dan Cadbury, tak ada nya aku berbaik baik dengan kau. Nanti kat rumah, aku mula balik perang dingin kita. Aku bukan Rose yang mudah dipujuk rayu macam dulu lagi. Aku Rose yang baru.
"Weh." Aku menolak bahu Hamka yang sedang kusyuk memandu.
"Ye? Tahulah Rose dah kasar, tapi janganlah berkasar dengan Hamka." Hamka menegur sikapku dengan intonasi yang lembut.
"Aku nak tanya ni. Dulu kau alim sampai pandang aku pun tak. Tapi sekarang jauh berubah. Pehal?" Aku mengangkat kedua dua belah keningku sambil menunggu jawapannya.
"Dulu Hamka boleh tahan nafsu lagi. Tapi bila setiap hari Rose goda Hamka, Hamka dah tak tahan." Hamka bersuara tenang. Nampak sangat lelaki semua sama je, tak boleh tahan nafsu. Sealim Hamka pun boleh kecundang.
Jap, alim ke kalau gay?
"Lanny tu pehal?" Aku bertanya lagi.
"Tadi Hamka nak cakap, tak bagi." Hamka mula menyindir aku sambil tersenyum sinis.
"Cakap jelah. Kan aku tanya ni." Banyak cakaplah pula Hamka kali ni.
"Lanny dengan Hamka tak ada apa pun. Dia cuma kawan Hamka. Dia memang ada perasaan pada Hamka, tapi Hamka anggap dia sebagai kawan je. Mulanya Hamka tolak, tapi Lanny menjauhkan diri dari Hamka. Hamka cuma terhutang budi pada Lanny sebab dia banyak tolong Hamka. Jadi Hamka rasa bersalah biarkan dia sedih."
Aku mengangguk mendengar penjelasan Hamka. Begitu rupanya kisah dia dengan Lanny. Agaknya apalah yang Lanny tolong dia sehinggakan terhutang budi begitu sekali pada Lanny. Hendak ditanya, tapi berat pula mulut ni hendak bersuara.
***
"Rose, jom solat." Ajak Hamka yang sudah lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat.
Aku hanya memekakkan telinga sambil menikmati Cadbury yang baru dibeli sebentar tadi. Lagipun, perlu ke aku solat sedangkan tuhan sudah tidak sayangkan aku.
"Rose, jom lah." Pujuk Hamka lagi. Kali ini dia sudah melabuhkan punggungnya di birai katilku.
"Aku cakap taknak, taknak lah. Kenapa suka sangat paksa aku?" Aku yang sedang berbaring memandangnya dengan pandangan tajam.
"Kenapa Rose taknak?" Tanya Hamka. Banyak tanya betullah dia ni. Kalaulah aku ada kuasa sihir nak zip mulut orang, dah lama aku buat pada si Hamka ni.
"Aku datang bulan. Dah la, keluar!" Aku menolak badannya yang sasa itu namun seperti biasa tidak memberi apa apa kesan.
"Pagi tadi okay je."
"Tu pagi tadi. Baru je datang tadi." Aku menayangkan muka bosan kepada Hamka sambil menggigit Cadbury tanpa langsung memandang wajahnya.
"Tadi tak ada pun minta nak beli Kotex ke, Libresse ke." Hamka bertanya sambil sebelah keningnya terangkat ke atas.
Aku sudah tiada idea untuk menipu Hamka. Tiba tiba aku terpandang almari pakaianku. "Rose dah ada spair." Aku berkata lalu bangun dan menarik tangannya untuk keluar.
"Maaflah aku terpaksa buat macam ni. Aku tahu aku takde hak."
Selepas menghalaunya keluar, aku duduk di atas katil sambil berfikir.
Ya Allah, betulkah Engkau sudah tidak menyayangi aku lagi? Kenapa terlalu banyak ujian yang kau berikan padaku, tuhan. Adakah benar akan ada bahagia di sebalik derita? Tapi bila Engkau akan memberi aku merasa nikmatnya bahagia itu, tuhan?
Share this novel