Bab 3

Romance Completed 213943

Zya berpamitan dengan keluarga mentuanya. Pipi Adam hendak di cubit, tapi laju Hayla menarik Adam ke tepi. Zya hanya mampu tersenyum hambar. Kakinya keluar melangkah menuju ke kereta Myvi putih yang menanti di luar pagar rumah.

"Zafran pergi mana? Tiba-tiba kau call aku minta ambik." Kila terus melontar pertanyaan sebaik Zya membolos masuk ke dalam perut kereta.

"Ada hal."

Kila mengintai wajah di sebelahnya. Mencari kepastian pada jawapan yang kedengaran agak meragukan.

"Kau berdua bergaduh?" tanyanya terus sebaik kereta mulai bergerak.

"Taklah. Zafran betul-betul ada hal tadi. Aku nak bermalam takda pakaian ganti dengan nak turun mengajar lagi esok. Sorry eh aku terpaksa call minta kau ambik aku dekat sini."

"Ish kau ni... Aku okay je lah, anytime kau perlukan aku tinggal kau bagitau aku je."

Zya tersenyum. Sudah lama dia dan Kila berteman. Sungguh, dia sayangkan persahabatan mereka yang sudah terjalin cukup lama. Susah mahu mencari teman yang sentiasa ada untuk kita. Ada pun yang singgah cuma sementara dan bila perlu saja. Sebab itu, Zya begitu menghargai hubungan pertemanannya dengan Kila.

"Sampai dah..."

"Thanks La."

"No hal lah, benda kecik je pun. Dah, pergi masuk rest cukup-cukup."

Kila menghantar belakang tubuh Zya yang sudah masuk ke dalam rumah dengan pandangan. Telefon atas paha di capai. Nombor seseorang di cari. Tak menunggu waktu lama, panggilannya di angkat.

"Kau nak tau apa reaksi Zya masa aku tanya tu. Dia macam tak ambik kesah langsung pasal Zafran. Aku rasa Zya ada orang lain belakang Zafran. Kau kena bagi warning dekat Zafran, lagipun Zafran kahwin dengan Zya dia bukan kenal sangat pun siapa Zya tu. Aku ni dah cukup lama kenal Zya tu, cukup tau perangai Zya tu macam mana. Ha... Tu lah aku kata jangan tengok muka je nampak baik bila depan kita tapi dekat belakang entah apa dia buat."

Kila tersenyum-senyum mendengar cemuhan Hayla lontarkan pada Zya. Sudah lama kerjanya jadi batu api menghasut sana sini. Memburukkan Zya pada Hayla sehingga wanita yang satu itu mulai tak menyukai Zya. Manusia sepertinya banyak dan bersepah di muka bumi. Paling senang jumpa, paling banyak muka.

____

Zya banyak mendiamkan diri pagi itu, lebih senang menikmati sarapan paginya tanpa bercakap. Zafran meletakkan sudu tepi pinggan. Zya di depan mata di pandangnya lama.

"So, Zya sekarang ni tengah merajuk dengan abang sebab malam tadi? Sampai hari berapa nak merajuk?" nadanya sinis mengusik Zya, mematikan keheningan sejak tadi.

Zya angkat wajah. Semalam dia tunggu Zafran pulang sebab penat sangat mungkin dia tak sedar dia tertidur. Bila bangun pagi, turun ke bawah hendak menyediakan sarapan dia nampak Zafran tertidur atas sofa ruang tamu. Pukul berapa Zafran balik malam tadi Zya langsung tak sedar.

"I'm not. Zya tak merajuk pun." geram Zya bila Zafran memerli dirinya.

Merajuk? Dia tak merajuk tapi lebih pada sakit hati.

"Are you sure? Sebab abang tak pernah nampak Zya macam ni senyap je dengan abang dari tadi. Abang nak bagitau, abang memang tak tau nak layan nak pujuk orang merajuk. So, baguslah kalau Zya tak merajuk. Muka tu, maniskan sikit dengan abang, masam je dari tadi. "

Makin bertambah geram Zya. Zafran memang tak tunjuk rasa bersalah langsung jauh lagi mahu peka akan perasaannya.

"Semalam abang main pergi macam tu je. Dengan umi abah pun abang tak cakap abang nak keluar. Lepas tu abang tak langsung mesej Zya sekurangnya bagitau abang balik pukul berapa. Zya tunggu abang malam tadi abang tau tak. Sekarang ni abang nak expect apa dari Zya. Nak gelak sakan dengan abang?" sedikit keras nada Zya.

"Oh... About that..."

Ya Allah, geramnya Zya! Mimik muka itu sekelumit pun tak tunjuk rasa bersalah. Nadanya seolah mengambil enteng pada kata-kata Zya tadi. Seperti tak memberikan kesan langsung pada Zafran.

"Abang tak pernah minta Zya tunggu abang balik. Kalau Zya nak tidur, Zya tidur je dulu. Buat apa tunggu abang, abang bukan budak lagi."

Segera Zya angkat punggung. Pinggan di bawa ke sinki. Jika dia terus duduk di situ, dia takkan mampu menahan benteng air matanya daripada jatuh tumpah.

"Zya marah dekat abang?" tangannya melingkar di pinggang isterinya. Memeluk dari belakang.

"Kalau sebab semalam Zya marahkan abang, abang tak rasa abang perlu minta maaf dekat Zya. Apa yang abang buat malam tadi abang tak sembunyikan apa-apa dari Zya. Abang bagitau Zya kalau abang nak pergi tengokkan Ayaan. I'll never say sorry when I think that I did nothing wrong. Kata maaf abang terlalu mahal untuk sesuatu benda yang abang rasa betul. Sepatutnya Zya lah yang kena lebih banyak faham abang."

Zya tarik nafas dalam-dalam di lepas cukup perlahan. Telinganya sudah tak mampu menadah setiap butir kata yang keluar dari bibir Zafran.

"Zya cuba... Zya akan cuba faham abang."

"Itu yang abang nak dari Zya. Thanks my lovely wifey." kucupan bibirnya hinggap di bahu Zya.

"Petang semalam orang bengkel call abang, lusa kereta Zya dah boleh ambik dah."

Zya sekadar mengangguk. Kalau bukan sebabkan keretanya sudah dekat seminggu di bengkel, sejak tadi lagi dia dah berangkat pergi tanpa perlu berdepan muka dengan Zafran lebih lama lagi. "Abang, jom gerak sekarang."

Keluar menuju ke garaj kereta, Zya berkerut hairan memandang rumah sebelah mereka sepertinya bakal ada penghuni baru setelah lama kosong. Dua orang lelaki sedang memunggah barang-barang dari dalam lori.
Pelik Zya apabila salah seorang lelaki yang memakai topi di kepala menyapa Zafran dengan mesra.

"Zya..." Zafran memanggil Zya yang masih belum masuk ke dalam kereta lagi.

"Abang kenal ke orang tadi tu?" Zya menyoal sebaik masuk ke dalam kereta.

Serentak, telefon Zafran berbunyi. Segera di angkatnya panggilan telefon.

"Abang on the way hantar Zya. Ayaan sekarang macam mana?"

Tahulah Zya jika yang bercakap dengan Zafran sekarang adalah Fara.

"Please rest well and take care of yourself. Ada apa-apa bagitau abang."

Jujur, hati Zya di bakar api cemburu bila mendengar Zafran lebih pedulikan orang lain dari dirinya. Segera wajah di palingkan ke lain. Zya cuba pekakan telinga tapi apa yang Zafran bualkan dengan Fara begitu jelas di telinganya.

"Zya, abang tak dapat hantar Zya sampai masuk dalam. Abang berhentikan Zya dekat depan pagar. Abang nak cepat singgah jumpa Ayaan."

Zya diam. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.

"Zya..." bahu Zya di sentuh. "Abang cakap dengan Zya ni."

"Zya okay je, mana-mana abang nak berhentikan Zya."

Zafran senyum tipis mendengar jawapan Zya. Keretanya berhenti tidak jauh dari pagar sekolah.

Sebaik pintu kereta di tutup Zya, tanpa berpamitan Zafran terus bergerak pergi. Raut muka Zya berubah keruh. Menahan segala emosi yang bergejolak dalam diri.

"Selamat pagi cikgu."

Sapaan dari pelajar yang melewatinya menyentakkan Zya. Senyum manis sedaya upaya di leret oleh bibirnya. Zya tak mahu sampai melibatkan hal peribadi terbawa-bawa dalam hal kerjanya.

____

Zya melangkah menuju ke arah kereta Zafran. Sedang tangan hendak membuka pintu depan, kedengaran suara Zafran menegahnya.

"Zya duduk dekat belakang, abang bawa Ayaan."

"Zya boleh je pangku Ayaan dekat depan."

"Tak. Ayaan tak mudah dekat dengan orang yang baru dia kenal. Zya duduk je dekat belakang."

Keluhan meniti bibir Zya, akur dia segera membolos masuk ke tempat duduk belakang.
Zya mengintai dahi Ayaan sedang Ayaan dan Zafran sakan berborak di depan.

"Ayaan jatuh dekat mana semalam?" Zya cuba beramah dengan Ayaan.

Ayaan tiba-tiba diam. Tak mahu membalas pertanyaan Zya. Sedangkan dengan Zafran tadi bukan main lagi mesra. Dah macam belangkas asyik berkepit dengan suaminya itu.

"Dekat tangga, salah pijak." Zafran menjawab.

"Takda juga Zya nampak lebam dekat kepala Ayaan." terus terang Zya berkata.

"Apa sangat yang Zya tau. Tak lebam tapi budak sekecik Ayaan reti sakit. Kalau Zya jatuh pun reti juga Zya rasa sakit kan." sinis kedengaran balasan Zafran.

Zya akhirnya memilih diam. Rasanya tiada guna jika dia terus bersuara. Hanya akan menambahkan sakit hatinya saja. Sudah pasti Zafran akan memenangkan Ayaan berbanding dirinya. Tahu, Ayaan masih kecil. Tapi, dia? Dia tak punya hati perasaan. Begitu?

"Abang nak belikan mainan untuk Ayaan, kita singgah sekejap. Ada apa-apa Zya nak beli, Zya beli sekali."

Sebuah shopping mall di singgahi. Zya baru teringat jika jam tangan Zafran sudah putus talinya tak dapat di pakai lagi.

" Abang, jom pergi tengok-tengok jam tangan abang."

"Papa, sana... sana..." jari telunjuk Ayaan menghala pada kedai mainan tidak jauh dari tempat mereka berhenti.

"Ayaan nak pergi sana?"

Ayaan angguk laju. Muka tak sabar.

"Jom..." Zafran menoleh pandang Zya. "Zya pergi mana-mana Zya nak. Dah beli apa Zya nak, text abang."

Zya di tinggalkan lagi. Ajakannya tadi percuma saja. Masih Ayaan yang menang. Lemah kakinya di heret menuju ke supermarket untuk membeli beberapa keperluan barang dapur. Ya, lebih baik dia sendirian. Berjalan bertiga dengan Zafran dan Ayaan dirinya seperti tak wujud. Selalu Ayaan yang memenangi perhatian Zafran.

'Abang dekat mana.'

Pesanan di kirim.

Tak lama, balasan di terima.

'Abang dengan Ayaan ada dekat kedai makan seberang jalan kita nampak tadi. Datang jumpa abang dekat sana.'

Zya menuju pada kedai makan yang di maksudkan Zafran. Dari luar cermin kaca, dia melihat dengan jelas di satu sudut meja tidak hanya Zafran berdua dengan Ayaan tapi Fara juga ada. Dia lihat Fara sedang menyuap Ayaan yang duduk di atas pangkuan Zafran. Mereka ketawa senang. Betul-betul nampak seperti keluarga bahagia. Jika Zya teruskan niat datang mendekat, dirinya hanya akan terlihat seperti penganggu. Parahnya lagi bila dirinya di anggap tidak ada di antara mereka bertiga.

Pelan, kaki Zya mengundur ke belakang. Tanpa di sedari air matanya gugur. Di palingkan tubuhnya pergi dari situ.

'Kenapa belum sampai lagi.'

Pesanan dari Zafran tidak di balas. Telefon di matikan sejurus Zya melangkah masuk ke dalam teksi. Air matanya di kesat dengan belakang tangan. Tak dihiraukan pandangan pelik lelaki separuh umur yang memerhati sekilas dirinya melalui cermin pandang belakang. Hati Zya sangat sakit ketika ini sehingga air matanya terhambur keluar tanpa dapat di tahankan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience