AQEEF melepaskan keluhan berat, setelah hampir selesai mengemas bilik stor. Memandangkan hari ini adalah hari cuti, ada juga lah sedikit masanya itu untuk mengemas bilik.Kalau tidak lelaki itu hanya akan menghabiskan masanya di pejabat.
Anak matanya itu terhenti apabila lelaki itu melihat ada sebuah kotak yang berwarna krim coklat yang berada diatas meja yang berada dekat dengannya.
Rasa penasaran yang makin terasa itu, membuatkan lelaki itu mencapai kotak tersebut, sebaik sahaja lelaki itu membuka kotak tersebut. Bibir lelaki itu mengukir senyuman sendiri apabila melihat beberapa keping gambar zaman persekolahannya dahulu. Sesekali lelaki itu tertawa sendiri melihat wajahnya yang kelihatan nakal itu.
Namun gelak tawanya itu mati sendiri,apabila melihat wajah seorang lelaki yang cukup dia kenali itu. Lelaki yang mengenakan cermin mata, dan baju butang sehingga ke leher, jika dilihat lelaki itu seperti budak skema sahaja yang hanya memikirkan pelajaran tanpa bersosial.
Dia lah Haiyan, seorang lelaki yang tidak mempunyai kawan di zaman persekolahannya. Hidup lelaki itu hanyalah buku, buku dan buku. Disebabkan sikap lelaki itu yang terlalu pendiam membuatkannya tidak mempunyai kawan walaupun seorang. Semua orang menganggap lelaki itu pelik termasuklah Aqeef sendiri.
" Haiyan.. " nama itu meniti di bibirnya itu.
* IMBAS KEMBALI *
BERDEKAH tawa Aqeef saat ini, lagi-lagi apabila dia melihat lelaki itu yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan dihadapannya itu saat ini. Aqeef terus menghembuskan asap rokok yang disedut olehnya itu diwajah lelaki yang sedang mengerang kesakitan itu.
" Uhuk..Uhuk..Uhuk.. " terbatuk-batuk Haiyan tika ini apabila Aqeef menghembuskan asap rokok itu diwajahnya.
" Kau kan yang bagitahu cikgu, kau ni memang tak faham bahasa kan? " soal Aqeef dengan sinis.
" Tak padan dengan bodoh! "
Haiyan mulai ketakutan, mengigil kesejukan kedua belah tangannya itu. Lagi-lagi apabila melihat wajah Aqeef yang begitu tegang saat ini.
Aqeef kini memandang ke arah Muiz dan Haziq dan mengarahkan mereka berdua untuk mengangkat Haiyan yang sudah terbaring diatas lantai itu.
Muiz dan Haziq yang berdiri disebelah Aqeef itu segera menurut perintah, terus mereka mengatur langkah kakinya menghampiri Haiyan yang sedang terbaring lemah itu dan mengangkat lelaki itu.
Lebam-lebam sudah wajah lelaki yang mengenakan baju putih sekolah itu, bingkai cermin mata belah kanan lelaki itu turut pecat akibat Aqeef menumbuk mata lelaki itu.
Aqeef terus mencampakkan putung rokok yang berada ditangannya itu di dalam singki, kini lelaki itu berdiri dihadapan Haiyan sambil menepuk kedua belah pipi lelaki itu dengan sinis.
" Hey, bukak lah mata. Aku tengah cakap dengan kau ni, kau dengar sini baik-baik ya! lagi sekali kau report pasal aku dekat cikgu "
" Memang mampus kau aku kerjakan! kau tahu kan aku macam mana. Aku tak main-main! " Kepala Haiyan itu ditunjal berkali-kali.
Namun Haiyan hanya diam,lelaki itu sudah begitu berasa lemah akibat dipukul teruk oleh Aqeef dan kawan-kawannya itu. Ingin mengeluarkan suara pun tidak larat lagi, sudah lemah seluruh tubuhnya akibat dibelasah dengan teruk oleh Aqeef dan kawan-kawannya.
Aqeef mulai geram, apabila kata-katanya itu tidak dijawab oleh Haiyan. Aqeef terus menghempaskan kepala lelaki itu di dinding dengan kuat.
BAK !
" Hey bodoh! kau dengar tak aku cakap ni! " Jerit Aqeef.
Darah mulai perlahan-lahan mengalir, Aqeef hanya mengukir senyuman melihat darah merah pekat yang sedang mengalir itu. Sudah seperti orang akal sahaja kelihatan.
" Ak..aku dengar, aku janji aku takkan bagitahu cikgu lagi. Aku minta maaf Aqeef.. tolonglah aku merayu jangan pukul aku lagi " Rayu Haiyan perlahan-lahan dia menghampiri Aqeef dan memegang kaki lelaki itu.
Aqeef tertawa bangga, apabila melihat Haiyan yang sedang melutut dihadapannya saat itu.
" Pengemis! " Ujarnya sinis.
Aqeef terus menguis lelaki itu dengan menggunakan kakinya dengan kasar, perlahan-lahan Aqeef menundukkan badannya itu kini lelaki itu memandang tepat ke arah Haiyan.
" Kau dengar sini baik-baik, lagi sekali aku dapat tahu kau petik nama aku. Tangan kau yang tengah pegang kaki aku ni. Aku potong! " ujar Aqeef dengan suara yang sinis.
Haiyan lantas menggelengkan kepalanya itu.
" Dah jom, biar budak bodoh ni dekat sini! rosak mood aku pasal budak skema ni " ujar Aqeef terus kakinya mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Haiyan yang sudah terbaring lemah itu.
Muiz dan Haziq turut tertawa melihat wajah Haiyan yang sudah lebam dan tidak terdaya itu. Perlahan-lahan badan Haiyan rebah ke lantai, dibawah cahaya lampu malap itu ketakutan dan cedera.
" Aqeef, Aqeef! " panggilan nama itu mengejutkan Aqeef yang sedang termenung sejak tadi. Pantas lelaki itu menggeleng kepalanya itu, sambil meraup wajahnya itu. Tanpa sedar air matanya bertakung pada kelopak matanya itu.
Kini kelihatan dihadapannya itu adalah Raisa, iaitu isterinya. Raisa hairan sendiri melihat wajah suaminya itu yang kelihatan pucat sahaja, perlahan-lahan Raisa menghampiri lelaki itu.
" Awak okey tak ni?, awak demam ke? " soal Raisa sebaik sahaja wanita itu ingin meletakkan belakang telapak tangannya itu didahi Aqeef,untuk memeriksa kepanasan lelaki itu.
Aqeef menepis perlahan tangan isterinya itu, terus lelaki itu bangun dari katil. Kotak yang dibuka itu ditutup semula.
" Saya okey " balas Aqeef kakinya terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan bilik stor tersebut.
Raisa memandang tangannya yang ditepis oleh Aqeef itu, ini bukanlah satu perkara yang jarang berlaku. Namun memang sikap Aqeef begitu, sejak awal perkahwinan lagi.
Dia sudah masak dengan perangai dingin Aqeef Maleeq, lelaki itu memang begitu. Perlahan-lahan Raisa melabuhkan duduknya diatas katil.
" Kadang-kadang aku terfikir betul ke Aqeef Maleeq cintakan Raisa Helena.. " bisik hatinya perlahan.
" Sebab aku tak nampak cinta tu pada mata dia, benarkah perasaan aku pada dia. Sama dengan perasaan dia pada aku "
Cincin yang tersarung pada jari manisnya itu ditatap lama, kata Aqeef dahulu ini adalah bukti cintanya pada Raisa.
KEADAAN di meja makan itu kini sunyi sepi sahaja, tanpa sebarang reaksi oleh mana-mana pihak. Raisa memandang ke arah Aqeef yang sedang tertib menikmati makanan yang dimasak olehnya itu. Suasana di meja makan itu kelihatan suram sekali, bersama dibawah cahaya lampu yang malap itu.
" Ermmm Aqeef " suara Raisa itu menghentikan Aqeef yang sedang menyuakan sesudu nasi kedalam mulutnya itu. Dengan pandangan yang dingin itu Aqeef kini memandang ke arah Raisa yang berada berhadapan dengannya itu.
" Saya tengok dekat dapur tu, barang dapur dah habis. Nak tak kita keluar beli barang esok? " soal Raisa memulakan perbualan.
Aqeef melepaskan keluhan perlahan.
" Kita tengah makan kan sekarang ni? perlu ke tanya soalan yang tak berfaedah " balas lelaki itu mendatar.
Raisa terdiam mendengar balasan daripada suaminya tika itu, Raisa mengangguk.
Aqeef memandang ke arah Raisa yang wajahnya kelihatan kecewa mendengar balasan lelaki itu. Aqeef melepaskan keluhan.
" Awak pergi je esok sendiri, nanti saya bagi duit " ujar Aqeef.
" Kita dah terlalu lama, tak keluar bersama. Luangkan masa berdua, walaupun kita duduk serumah tapi kenapa saya rasa macam kita bukan duduk
serumah " suara Raisa kedengaran bergetar.
" Kita jumpa pun jarang,makan sekali lagilah jarang. Hari ni kita dapat makan sama-sama, pun sebab awak cuti "
" Saya.. " belum sempat Raisa menghabiskan tutur katanya itu.
" Stop.. , can you please just shut up Raisa. Boleh tak jangan besarkan benda yang kecik " suara lelaki kedengaran tinggi sedikit.
Air matanya ingin mengalir itu ditahan apabila mendengar lelaki meninggikan suaranya kepada dirinya.
" Awak tak cintakan saya lagi ke Aqeef? "
Aqeef memandang ke arah Raisa yang matanya sudah berkaca-kaca.
" Just stop Raisa! , don't ask me a stupid
question! " Aqeef terus bangun dari kerusi yang lelaki itu duduki dan mengatur langkah kakinya beredar ke dapur.
Bukan dia ingin merosakkan waktu makan Aqeef, cuma dia ingin berbual dengan lelaki itu. Pada masa begini sahajalah dia mampu berbual dan duduk sekali bersama Aqeef. Kalau tidak Aqeef hanya menghabiskan masanya di dalam bilik bacaan sahaja.
PERLAHAN-LAHAN Raisa menutup pintu bilik, kelihatan suaminya itu sudah nyenyak tidur diatas katil. Lama Raisa memandang ke arah Aqeef yang sedang tertidur itu, perlahan-lahan kakinya mengatur langkah ke arah katil dan merebahkan badannya itu diatas katil.
Anak matanya tepat memandang ke arah Aqeef, bibirnya menguntum senyuman apabila dapat melihat wajah Aqeef. Pada waktu sebegini sahajalah wanita itu dapat melihat wajah lelaki yang sungguh dia cintai itu.
Perlahan-lahan Raisa mengangkat tangannya itu, wajah lelaki itu diusap perlahan, wanita itu meletakkan tangannya itu dipipi lelaki itu. Sebelah tangannya itu perlahan-lahan meraih tangan Aqeef.
" Saya sayangkan awak, perasaan saya pada awak. Tetap sama macam dulu " ujar Raisa perlahan.
" I love you so much Aqeef Maleeq, " sebaik saya wanita itu ingin mencium dahi lelaki itu. Wanita itu terhenti itu apabila dia mendengar suara dari lelaki itu, sesuatu yang begitu dia benci apabila mendengarnya.
" Adeena.., Adeena please.. tolong jangan tinggalkan saya. Please I'm begging you Deena.. "
" I tak boleh hidup tanpa you, Deena.. "
Mendengar sahaja nama Adeena yang meniti dibibir suaminya itu, membuatkan secara refleks Raisa menarik tangannya yang kini berada didalam genggaman suaminya itu.
Aqeef terus tersedar dari tidurnya itu, kerana tarikan kuat tangan Raisa itu. Hairan lelaki itu melihat wajah Raisa yang kelihatan tegang saat itu.
" I'm Raisa! Not Deena! Aqeef Maleeq! " suara Raisa meninggi. Terus kakinya mengatur langkah beredar meninggalkan bilik tersebut.
Aqeef menundukkan pandangannya itu, wajahnya itu diraup. Keluhan dilepaskan, lelaki itu mengerling ke arah jam yang terlekat di dinding jam sudah menunjukkan pukul 3:00 pagi.
AQEEF memperbetulkan tali lehernya yang berada di cermin itu, sesekali dia melepaskan keluhan perlahan. Memasang tali leher adalah satu kelemahan terburuk baginya, Raisa yang baru sahaja tiba di bilik memandang ke arah Aqeef yang sedang sibuk mengikat tali lehernya.
Raisa mengatur langkah kakinya ke arah Aqeef yang tekun sekali memasang tali leher itu, Raisa terus mencapai tali leher lelaki itu kini Raisa berdiri berhadapan dengan Aqeef.
" Tak per , I can do this by myself " tolak Aqeef.
" Awak mana reti pasang tali leher Aqeef, nanti lambat pergi kerja " ujar Raisa sambil memasang tali leher suaminya itu.
Aqeef mengalah, benar juga apa yang di katakan oleh Raisa, lelaki itu memang langsung tiada bakat dalam memasang tali leher.
Aqeef mengalihkan pandangannya itu ke tepi, dia tidak mahu berpandangan mata dengan Raisa.
Aqeef ingatkan wanita itu masih marah tentang hal semalam, tapi pada pagi ini mengapa wanita itu kelihatan biasa sahaja.
Setelah beberapa saat memasang tali leher akhirnya siap.
" Kan kemas nampak.. " ujar Raisa sambil mengukir senyuman memandang Aqeef.
Aqeef mengangguk, lelaki itu terus mencapai beg kerjanya yang berada diatas meja. Sebaik sahaja kakinya itu ingin mengatur langkah beredar, tangannya itu dipegang oleh Raisa yang telah menyebabkan jejak langkah kakinya itu terhenti.
Aqeef mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Raisa yang sedang tepat memandang ke arahnya itu.
" Yes? "
" I love you.. " ujar Raisa.
Aqeef mengangguk.
" Thank you.. " perlahan-lahan Aqeef meleraikan pegangan Raisa itu dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan bilik utama itu tersebut untuk bergegas pergi ke kerja dan meninggalkan Raisa sendirian didalam bilik besar itu.
" Thank you? " bisik hatinya perlahan. mengapa jawapan itu membuatkan dia kecewa? bukan itu balasan yang ingin daripada Raisa.
TOK ! TOK ! TOK !
BUNYI ketukan pintu mengejutkan Aqeef yang sedang tekun menaip sesuatu pada papan kekunci tersebut, sebaik sahaja diizinkan masuk lelaki yang mengenakan baju kemeja berwarna biru gelap itu terus mengatur langkah kakinya masuk ke dalam pejabat Aqeef.
" Aikk? kau tak keluar lunch ke Qeef? " Soal Aiman lelaki itu terus melabuhkan duduknya dikerusi berhadapan dengan lelaki itu.
" Kejap lagi lah, aku banyak kerja ni " balas Aqeef malas.
Aiman mengeluh.
" Tak habis-habis kerja kau kan, macam mana lah Raisa boleh tahan dengan sikap kau ni ya " bebel Aiman.
Aqeef kini memandang ke arah Aiman, dengan pandangan tajam. Aiman tersengih, sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Hehehe, janganlah marah. Kito cuma cakap je. Yer lah pelik macam mana Raisa boleh terima "
" Perangai aku ni teruk sangat ke? " soal Aqeef kini dia memandang ke arah Aiman.
" Kau nak aku tipu ke jujur? " soal Aiman.
" Ju.. " belum sempat Aqeef menghabiskan tutur katanya itu. Kawan baiknya itu terus memintas.
" Teruk dan perangai kau tu buruk. Bukan setakat buruk tapi sangat buruk! " jawab Aiman sepantas kilat.
" Nasib muka kau je, tak buruk "
Namun seperti biasa Aqeef Maleeq mana ada reaksi wajah, wajah rasa tidak bersalah ditayangkan.
" Aku tak tahu lah kenapa aku susah sangat nak terima kenyataan yang Raisa tu isteri aku " ujar Aqeef.
Aiman menggeleng sendiri.
" Macam mana kau nak terima Raisa,kalau dalam kepala kau tu ada Adeena " ujar Aiman selamba.
Aqeef terdiam membisu.
" Kau cintakan Raisa tak sebernanya ni? "
" Suami mana tak cintakan isteri dia Man, aku cintakan isteri aku. Tapi dalam masa yang sama, aku susah untuk move on "
" Sangat susah Aiman, tapi aku cuba jugak lawan perasaan ni. Aku cuba sedaya upaya aku untuk matikan rasa aku pada Adeena " ujar Aqeef lagi.
" Dah 6 tahun Qeef, sepatutnya kau dah boleh lupakan Deena. Aku takut kalau satu hari nanti Raisa tawar hati dengan kau.. "
" Tapi aku cintakan Raisa, cuma aku masih terperangkap dalam masa lalu aku.. ,"
" Aku faham, tapi kalau lah satu hari nanti kau jumpa balik dengan Adeena. Dan Adeena nak dekat kau balik, kau akan tinggalkan Raisa ke? " soal Aiman lagi.
Aqeef memandang ke arah Aiman.
" Aku tetap akan pilih Raisa, sebab dia adalah Raisa. Mungkin Raisa rasa aku tak cintakan dia, tapi biarlah hanya aku je yang tahu betapa aku cintakan Raisa Helena " ujar Aqeef perlahan.
Aiman mengangguk,tersenyum sendiri lelaki itu mendengar kata-kata manis yang diucapkan oleh Aqeef. Jarang sekali dia mendengar lelaki itu berkata sedemikian.
Aqeef menggeleng sendiri melihat Aiman yang sedang tersengih-sengih memandang ke arahnya itu, hendak sahaja lelaki itu hempuk kepala Aiman.
" yang kau ni dah kenapa pulak, dah keluar lah. Kan habis lunch hour ni nanti " ujar Aqeef.
" Hehehe baiklah, saya keluar dulu ya Encik Aqeef Maleeq, selamat makan semua fail-fail ni ya,.. " Aiman terus bangun dari kerusi yang sedang lelaki itu duduki itu dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan pejabat milik lelaki itu.
AQEEF menutup laptop yang berada dihadapannya itu, badannya itu pula direnggangkan. Jam yang terlekat di dinding itu di tatap, jam sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi. Sesekali lelaki itu menguap kerana keletihan.
" Haish, setiap malam macam ni. Boleh gila
rasanya, " keluh lelaki itu sendiri.
Namun tiba-tiba sahaja gambar yang dilihat olehnya itu semalam mulai tergiang-giang didalam fikirannya itu. Gambar lelaki yang dia lihat didalam gambar itu, jujur Aqeef katakan dia sungguh berasa bersalah terhadap lelaki itu.
Jika dia mempunyai kesempatan untuk bertemu semua dengan lelaki itu, dia akan meminta maaf dengan segala apa yang telah dia lakukan kepada lelaki itu.
IMBAS KEMBALI....
AQEEF merampas beg galas yang sedang dipakai oleh Haiyan tika ini, cermin mata lelaki itu pula diambil olehnya dan dipijak dihadapan mata lelaki itu. Pecah berderai cermin mata kepunyaan lelaki itu tika ini.
Bagaikan diremuk hatinya itu apabila melihat cermin mata pemberian arwah ibunya itu, dipijak sehingga pecah berderai oleh Aqeef. Tiada satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaannya saat ini.
Haiyan memandang ke arah Aqeef yang sedang mengukir senyuman sinis ke arahnya saat itu, langsung tiada rasa bersalah yang terbit dalam diri lelaki itu.
Muiz terus menolak Haiyan dengan kuat pada sepohon pokok yang berada disitu, kini mereka berada di dalam hutan. Sebernanya sengaja Aqeef membawa lelaki itu masuk ke dalam hutan agar tiada siapa akan nampak apa yang berlaku.
" Kau nak apa lagi Aqeef, aku dah buat apa yang kau suruh " tergagap-gagap suara Haiyan.
" Entahlah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, kalau aku tak pukul kau sehari. Hidup aku tak tenanglah
Haiyan " balas Aqeef dengan nada mengejek.
" Macam mana ehh " Aqeef tertawa sinis.
Muiz dan Haziq yang sedang memegang lengan Haiyan itu ketawa mendengar nada suara mengejek dari Aqeef itu.
" Lepaskanlah aku Aqeef, aku tak buat salah apa-apapun pada kau "
" Yer Ker tak buat salah, cuba kau fikir betul-betul. Betul ke kau tak salah " sinis kedengaran.
" Salah kau sebab menyemakkan pandangan aku. Kau tahu tak aku paling benci dengan orang yang lemah macam kau " kepala Haiyan itu ditunjal.
Aqeef mendekati wajah lelaki itu, satu penumbuk terus melayang diwajah lelaki itu dengan kuat. Satu lagi penumbuk dihadiahkan di bahagian perut lelaki itu.
" Arghhh! " Haiyan mengerang kesakitan kerana tumbukan padu dari lelaki itu.
" Kau tahu tak disebabkan kau mengadu pasal aku dekat cikgu disiplin tu! mak bapak aku tak bagi lagi aku keluar malam! "
" Duit belanja pun mak bapak aku tak bagi sebab daripada mulut bodoh kau ni " ujar Aqeef sambil menyumbat daun-daun kering yang berada diatas lantai itu ke dalam mulut Haiyan.
Terbatuk-batuk lelaki itu saat ini, walaupun dia dan Aqeef adalah sama-sama lelaki. Tapi dia tahu dia tidak akan menang berlawan dengan Aqeef, hanya berdiam dan mengalah itu sahajalah yang mampu Haiyan lakukan.
" Budak bodoh! kau dengar sini selagi kau tak mati sampai kau mampus aku akan seksa hidup kau! " Tengking Aqeef lagi.
Haiyan menyeretkan tubuhnya itu dan ke arah lelaki itu, kaki lelaki itu dipegang. Matanya sudah berkaca-kaca.
" Aku minta maaf Aqeef, ak..aku.. aku tahu aku salah. Aku minta maaf, tolonglah jangan pukul aku lagi Aqeef. "
" Aku sanggup buat sahaja untuk kau, aku merayu Aqeef " rayu lelaki itu.
Aqeef hanya mengukir senyuman sinis, lelaki itu terus menarik rambut lelaki itu sehingga kepala lelaki itu terdongak.
" Aduhh kesian pulak aku tengok budak jual nasi lemak ni, tak per lah. Aku maafkan kau " ujar Aqeef sambil menghulurkan tangannya itu kepada Haiyan yang sedang melutut dihadapannya itu.
Aqeef mengukir senyuman memandang Haiyan.
Haiyan tergamam, apabila secara tiba-tiba sahaja lelaki itu menghulurkan tangannya itu kepada lelaki itu. Muiz dan Haziq yang berada disitu jugak terkejut melihat perubahan lelaki itu secara tiba-tiba.
Haiyan meraih tangan yang dihulurkan oleh Aqeef itu, Aqeef memegang bahu lelaki itu.
" Kau nak aku maafkan kau kan? " soal Aqeef sambil memandang ke arah Haiyan.
Laju Haiyan mengangguk.
" Ehh apahal pulak ni Qeef? takkan kau nak lepaskan budak ni macam tu je " Muiz tidak puas hati dengan tindakan kawan baiknya itu.
" Itu lah, " sambung Haziq geram.
Aqeef mengukir senyuman sinis.
" Kau nampak dua kawan aku ni? "
Haiyan mengangguk,sambil mengesat sedikit darah yang mengalir di tepi bibirnya itu.
" Aku nak kau pukul diorang berdua, kalau kau dapat kalahkan diorang. Aku maafkan kau, dan aku takkan ganggu kau lagi " ujar Aqeef sambil memandang ke arah Haiyan.
Haiyan tergamam, bagaimana dia ingin berlawan dengan Haziq dan Muiz. Dia sudahlah tidak pandai berlawan sudah pastilah dia akan kalah.
Berdekah tawa Muiz dan Haziq saat ini apabila mendengar kata-kata daripada Aqeef tika ini. Sudah pastilah Haiyan akan kalah, lelaki itu sudahlah tidak pandai berlawan.
" Ak..aku.. " belum sempat Haiyan menghabiskan tutur katanya itu.
" Kau tak boleh buat ke? , " Sinis suara Aqeef kedengaran.
Haiyan menggelengkan. Mungkin ini adalah salah satu cara yang boleh membuatkan semua ini akan terhenti.
Aqeef memberikan isyarat mata kepada Haziq dan Muiz, Haziq dan Muiz mengangguk sambil mengukir senyuman sinis.
Beg galas yang sedang dipakai oleh Haiyan itu dibuka dan diletakkan ditepi, saat ini kedua belah tangannya itu mengigil kesejukan. Muiz dan Haziq kini berada dihadapan lelaki itu sambil melipat kedua belah lengan baju mereka.
" Aduh Qeef aku rasa aku tak leh lah pukul dia, kitaorang ni mana pukul perempuan " ujar Muiz dengan nada mengejek.
" Hahahahah kan.. " Haziq tertawa besar.
Haiyan terus melayangkan satu penumbuk ke pipi Muiz dengan kuat, tanpa Muiz Sempat mengelak kerana sibuk mengejek lelaki itu.
" Sial kau! " Muiz naik berang apabila terkena penumbuk lelaki itu.
" Haziq kau pegang dia! " Jerit Muiz.
Haziq lantas mengangguk , dan mengatur langkah kakinya ke arah Haiyan dan memegang kedua belah tangan lelaki itu dengan kuat tanpa lelaki itu dapat bergerak.
Aqeef yang sedang duduk bersandar di pokok itu sudah tertawa terbahak-bahak melihat wajah Muiz akibat ditumbuk oleh Haiyan. Wajah Haiyan yang cuak itu juga membuatkan lelaki itu tertawa besar.
Aqeef terus mencapai kotak rokok yang berada didalam begnya itu dan dibawa keluar satu putung rokok dan lelaki itu mula menghembuskan asap.
" Berani kau tumbuk aku? memang budak tak guna kau ni kan sial! " Satu penumbuk terus singgah diwajah Haiyan.
Bertubi-tubi Muiz menumbuk wajah Haiyan, dan perut lelaki itu dengan kuat sekali. Jika sesiapa melihatnya tika ini, pasti akan berasa pilu lagi-lagi apabila melihat keadaan Haiyan yang sudah mulai lemah.
Haiyan hanya mampu berdiam diri, dan biarkan dirinya dibelasah dengan teruk. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya membiarkan diri dipukul dan disakiti.
BUK!
BUK!
BUK!
" Bodoh!!!!!! " Jerit Muiz lalu menumbuk wajah Haiyan dengan kuat.
Perlahan-lahan badan Haiyan rebah ke lantai,pukulan padu lelaki itu benar-benar membuatkan lelaki itu berasa kesakitan. Sesiapa.. tolong.
Kini Muiz dan Haziq mula memijak keseluruhan tubuh badan lelaki itu dengan kuat, saat ini yang dengar ditelinga lelaki itu hanyalah gelak tawa dari mereka. Mereka kejam! sangat kejam!
Aqeef terus mengatur langkah kakinya ke arah Haiyan, Muiz dan Haziq terus ketepi untuk memberi laluan kepada Aqeef. Saat ini Haiyan memandang ke arah Aqeef yang sedang menghembuskan asap rokok pada wajahnya itu.
" Sakit ke? " soal Aqeef.
" Kesiannya.. balik ni jangan mengadu dengan mak tau.. jadilah jantan sikit " sinis Aqeef berkata.
" Bodoh! " Aqeef terus mencampakkan putung rokok itu di tubuh lelaki itu.
" Dah jom blah! biar budak ni mati dekat sini " ujar Aqeef terus kakinya mengatur langkah meninggalkan hutan tersebut.
Muiz terus mencapai beg milik Haiyan itu dan dicampakkan kepada Haiyan yang sudah terbaring lemah itu. Pandangan lelaki itu kosong, sesekali lelaki itu cuba untuk bangun namun gagal.
Disebabkan dibelasah dengan teruk oleh Muiz dan Haziq itu membuatkan lelaki itu ingin bangun pun tidak terdaya lagi.
Muiz menundukkan badannya itu, dan memandang ke arah Haiyan.
" Aku dah letak kerja sekolah kitaorang semua dalam beg kau, esok hantar dekat kitaorang. Kalau kau tak siapkan mampus kau! " Kepala Haiyan itu ditunjal.
" Wey jomlah Muiz, macam nak hujan ni. Aqeef pun dah tunggu dekat kereta " ujar Haziq.
" Yer lahhh, kau duduk sini diam-diam tau hahahahahahah " bergema tawa Muiz saat ini. Terus lelaki itu bangun dan dengan segera kakinya mengatur langkah beredar meninggalkan Haiyan sendirian. Meninggalkan Haiyan yang terlentar itu.
Kini hanya Haiyan, dibawah pokok besar. Satu persatu titisan hujan mulai mengalir membasahi wajahnya itu. Salahkah untuk seorang lelaki menitiskan air mata?
Perlahan-lahan air matanya mulai gugur satu persatu membasahi pipinya itu.
" I..b..ibu.. " hanya itu sahaja yang meniti dibibir lelaki malang itu.
Pandangannya juga sudah mulai kabur,badannya kini terasa sakit menusuk tubuhnya seolah-olah ribuan jarum menusuk kulitnya.
Setiap hembusan nafas terasa berat dan menyakitkan. Matanya berpinar-pinar dan ia merasa benar-benar lemah.
Tubuhnya terasa bergetar dan ia kesulitan untuk berdiri tegak. Setiap gerakan membuatnya merintih kesakitan. Lelaki itu mencuba menahan tangis, tetapi air mata tak terbendung mengalir di pipinya. Dalam keadaan yang teramat sakit ini, ia merasa seperti dunia berputar di sekitarnya, dan segalanya menjadi kabur. Dan gelap!
KRING ! KRING ! KRING !
BUNYI telefon bimbitnya itu mengejutkan Aqeef yang sedang termenung jauh itu, tanpa lelaki itu sedar ada sedikit air matanya yang menitis dipipinya saat itu apabila terkenangkan zaman persekolahannya dahulu. Jika dapat lelaki itu putarkan waktu semula, dia tidak akan sesekali melakukan perkara kejam tersebut.
Aqeef mengusap wajahnya itu, lelaki itu terus mencapai telefon bimbitnya itu dan melihat nama Aiman yang tertera. Dengan rasa malas terus lelaki itu mengangkat panggilan telefon dari kawan baiknya itu.
" Hey Samdul kau dekat mana ni hah, kau tahu tak pukul berapa sekarang ni " bebel Aiman di corong telefon.
Aqeef mengeluh, lelaki itu mengerling ke arah jam yang terlekat di dinding itu dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 4:30 pagi.
" Yang kau nak bising ni kenapa, sukahati aku lah nak balik pukul berapa. Kenapa kau nak ganti Raisa ke bebel dekat aku? " balas Aqeef menyampah.
" Yang engkau ni, gila ke apa call aku pagi-pagi macam ni. Kau tak der kerja ke "
" Hey Samdul kau ingat aku ni gila ke apa nak call
kau waktu macam ni. Apa kau ingat aku tak der life ke apa " sesekali Aiman menguap kerana mengantuk.
Tak pasal-pasal disebabkan Aqeef dia terjaga daripada tidur.
Aqeef melepaskan keluhan.
" Habistu yang kau call aku waktu macam ni kenapa? , "
" Masalahnya sekarang ni, telefon aku ni nak meletup dah tahu tak. Raisa call, tanya kau kat mana semua. Tolonglah angkat bila Raisa call. "
" Bini kau tu dah kacau tidur aku, dah lah bila aku cakap aku tak tahu. Dia marahnya aku balik " Aiman membuat suara kesian akibat dimarah oleh Raisa.
" Aduhai,yer lah aku nak balik dah ni. Dah kau pergi tidur, esok kalau kau datang lambat. Aku potong gaji kau " Aqeef terus mematikan telefon bimbitnya itu dan dengan pantas mengemas barang-barangnya yang berada diatas meja itu dan bergegas beredar dari pejabatnya itu.
" Kurang asam punya majikan, gaji aku pulak yang dia nak potong. " Aiman mengeluh kasar.
" Nasib dia boss, kalau tak memang aku dah pecat dah pekerja yang tak bertamadun macam si Aqeef Maleeq ni! "
RAISA mengeliatkan seluruh tubuhnya itu, sejak tadi lagi dia tidak tidur kerana menunggu suaminya itu pulang. Pada masa yang sama dia juga risau apabila suaminya itu langsung tidak mengangkat panggilan telefon bimbitnya itu. Bunyi enjin kereta di garaj itu mengejutkan wanita itu.
Kelam-kabut Raisa bangun dari kerusi sofa itu dan mengatur langkah kakinya ke arah pintu untuk membuka pintu, sebaik sahaja Raisa membuka pintu kelihatan kini Aqeef berada dihadapannya saat ini. Wajah lelaki itu kelihatan jelas sekali keletihan.
" Awak pergi mana ni?, kenapa balik lambat tak beritahu saya " ujar Raisa bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada lelaki itu.
" Saya penatlah, saya nak tidur " balas Aqeef kakinya terus mengatur langkah masuk ke dalam.
Raisa terus menutup pintu, lengan lelaki itu ditarik sehingga langkah kakinya itu terhenti.
" Awak dengar ke tak saya tengah cakap dengan awak ni! " ujar Raisa.
Aqeef meraup wajahnya itu, kini dia memandang ke arah Raisa.
" Awak boleh diam tak? saya penat tahu tak. Dengan tak cukup tidurnya " suara Aqeef kedengaran tegas.
" Awak pergi mana hah? sampai lewat malam balik macam ni. Awak tahu tak sekarang ni nak hampir subuh, dan awak baru balik? "
" Macam mana saya nak diam! ke awak pergi cari dia kan! " Tengking Raisa.
Aqeef melepaskan keluhan kasar,.
" Awak ada perempuan lain kan! sebab tu suka sangat balik lambat "
" Bagitahu saya! siapa perempuan tu! Siapa dia hah! apa yang bagus sangat dia berbanding saya! jawablah " jerit Raisa.
Amarahnya kini tidak dapat dibendung lagi, Aqeef sendiri tidak faham dengan sikap Raisa yang tidak habis-habis menuduhnya ada perempuan lain.
" Stop lah cakap benda merepek Raisa! awak ni tak habis-habis libatkan orang luar. Cukuplah buat perangai budak tadika dekat sini " marah Aqeef.
" Awak ingat saya ada masa ke nak curang bagai semua ni, awak ingat saya ni apa hah! "
" Saya banyak kerja lah, tak der masa langsung lah nak ada orang lain. Cukuplah, saya malas lah nak bergaduh dengan awak " Aqeef mengeluh malas.
" Lagipun saya rasa tak perlulah saya nak beritahu awak saya nak pergi mana, saya ni bukan budak kecik semua benda nak
kena report "
" Pandai lah saya jaga diri saya Raisa! Awak tak payah sibuk hal saya " ujar Aqeef dengan suara yang mendatar.
Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu benar-benar melukakan hatinya.
" Saya jangan sibuk hal awak? saya ni isteri awak! saya ada hak! " Ujar Raisa.
" Kenapa ehh,perangai awak ni makin lama makin teruk! Meluat saya dengan perangai awak Raisa Helena! "
Raisa terdiam.
" Meluat? meluat dengan perangai saya? " soal Raisa suaranya kini kedengaran perlahan tidak seperti tadi.
Aqeef mengeluh perlahan, ini lah dia malas ingin bertengkar bersama wanita itu. Dia takut jika dia terlepas kata-kata yang akan menyakiti hati dan perasaan Raisa. Dia tidak bermaksud sebegitu.
" Susah sangat ke awak nak beritahu saya yang awak nak balik lambat. Saya ni isteri awak Aqeef, isteri awak yang sah "
" Susah sangat ke! "
" Stop lah Raisa, boleh tak jangan besarkan benda yang kecik! Ni lah masalah awak, suka sangat besarkan masalah " ujar Aqeef sambil melipat kedua belah baju lengannya itu.
" Suka besarkan masalah? jadi saya je lah pembawa masalah "
" Habistu awak tu bagus sangat lah? awak suami kiriman syurga ke apa! Jadi saya je lah yang buruk? saya je lah yang bermasalah! " ujar wanita itu berkali-kali.
" Saya tahu awak memang ada perempuan lain kan! bagitahu saya siapa dia Aqeef! "
" Awak masih jumpa Adeena kan! "
Aqeef mula berasa kekacauan, dia mulai serabut mendengar suara Raisa yang mendesak dirinya. Dan menuduhnya berjumpa dengan Adeena. Sedangkan dia sudah lama sekali tidak berkomunikasi dengan Adeena.
" Dah lah Raisa diamlah! saya cakap diam! " ujar Aqeef.
Namun Raisa masih lagi terus berkata lelaki itu mempunyai perempuan lain di luar
" Diamlah Raisa Helena! " Tengking Aqeef.
Terkedu Raisa mendengar tengkingan daripada suaminya itu, air matanya yang semakin lama bertakung itu mulai mengalir perlahan membasahi pipinya itu.
Aqeef berdegus geram, lelaki itu memandang ke arah Raisa yang wajahnya sudah lencun dengan tangisan.
" I'm sorry.. " ujarnya perlahan terus kakinya mengatur langkah kakinya meninggalkan Raisa sendirian diruang tamu itu.
Kini hanya Raisa sendirian berdiri diruang tamu itu, air matanya yang mengalir itu dikesat. Salahkah jika dia hanya ingin mengambil berat tentang suaminya itu sendiri.
Share this novel