Get the app for full experience
Malam ini selepas menunaikan sembahyang isyak Haziq menutup lampu di dalam biliknya. Memang selalu bila Haziq dan Izara ingin tidur Haziq akan mematikan lampu. Mereka berdua lebih selesa tidur di dalam gelap. Lebih kurang dalam pukul 2.00 pagi kedengaran bunyi ketukkan pintu di dinding bilik Haziq dan Izara. Tok,tok,tok...Bunyi ketukan pintu bilik. Haziq terbangun lebih dahulu lalu ia membuka pintu. Ketika tangan Haziq ingin membuka pintu bilik,barulah Izara terbangun dan mengosok matanya. Bila Haziq membuka pintu bilik kelihatan di depan pintu biliknya itu adalah Samsiah mak Haziq. "Ada apa ni mak?" tanya Haziq bila melihat muka maknya ...