9.

Romance Completed 46617

"Penatnya." Kata Melissa apabila dia dan Aura baru sampai didalam ruang pejabat miliknya dan Aura.

"Erm." Jawab Aura sepatah.

"Kau tak lapar ke?" Tanya Melissa.

"Perut aku jadi kenyanglah sebab sibuk sangat. Ni pun dah masuk jam 2. Jam 3 kita paksa masuk kedalam perumahan tentera kat hujung sana tu." Kata Aura memberitahu.

"Eh haah lah. Kau dah siapkan kertas kerja yang nak kita bentang nanti?" Tanya Melissa.

Tokk tokk. Farel mengetuk pintu kaca ruangan Melissa dan Aura.

"Jom makan?" Pelawa Farel cuba memujuk hati Aura agar mahu keluar dengannya.

"Jom Aura." Ajak Melissa.

"Kau jelah Mel. Aku sibuk sikit." Kata Aura tanpa memandang wajah Farel.

"Hmm aku pun taknak lah Ril. Aku nak teman Aura siapkan ni." Kata Melissa sambil menunjukkan fail yang berlambak atas mejanya.

"Whatever." Balas Farel dan berlalu dari ruangan mereka.

Begitu juga meja Aura. Didalam Pejabat itu, Aura lah yang pegang kewangan Aura jugalah juru Audit, dan Aura jugalah Jurutera. Sebab tu gajinya sebulan boleh deposit sebiji Banglo.

Namun dia lebih suka menyimpan dari membuang duit gajinya kearah tak tentu. Kerana dalam fikirannya dia nak sambung belajar lagi apabila semua selesai.

"Aura, Kau masih marahkan Farel ke?" Tanya Melissa.

"Kau tahu aku kan. Sekali orang hina aku, Jangan haraplah aku nak bagi muka lagi." Kata Aura.

"Haihhh. Aku tengok Frel macam dend dekat kau tu." Kata Melissa.

"Dendamlah. Kalau boleh bunuh aku sekalian. Habis cerita. Aku tak tanggung fitnah lagi. Dan orang yang tak suka aku dah tak oatah tengok wajah aku lagi." Kata Aura dia dah cukup penat dengan kehidupan yang penuh dengan kepuraan.

"Mel, Lepas dari perumahan tentera tu, Aku terus balik tau. Sebaiknya kau bawa kereta kau terus. Jadi aku takyah hantar kau lagi." Kata Aura.

"Ok aku no hal. Kenapa kau nak balik cepat." Tanya Melissa.

Aura menceritakan pada Melissa tentang perjanjiannya dengan Mateen semalam.

"Kau ingat kau boleh buat ke? Dah lama kau tak pegang jarum akupuntur tu?" Tanya Melissa.

"Doakan aku tau. Aku dah tak sanggup hidup dalam makian dia setiap hari." Kata Aura.

"Aku akan doakan kau. Sentiasa doakan kau." Kata Melissa.

Aura melihat jamnya. Sampai waktu mereka pergi ke oerumahan tentera tu.

"Dah jom." Kata Aura Pada Melissa.

"Ok. Kata Melissa.

"Eh Aura aku lihat baju yang kau pakai ni besar sikit lah." Kata Melissa semasa dalam perjalanan ke lift.

"Mana ada. Sama je. Baju yang selalu aku pakai ke ofis ni." Kata Aura.

"Betullah. Aku tak tipu." Kata Melissa lagi.

"Mengarutlah kau." Aura meninggalkan Melissa yang masih berada didalam lift.

Aura memandu Honda Jazz nya dibelakang kereta Vios milik Melissa dan masuk kedalam Pangkalan Tentera.

"Maaf Cik? Boleh tahu Cik nak kemana?" Tanya pegawai tentera itu.

"Saya nak pergi bertemu Tuan Jamil atas sebab renovation bangunan lama kat belakang tu." Kata Aura.

"Ooo ok. Ni Pas masuk untuk Cik." Kata pegawai itu.

"Terima kasih Tuan." Kata Aura lalu berlalu dari sana.

Uthman dan Zul yang melihat Honda Jazz didepan mereka lama, Zul sempat marah.

"Apa lama sangat minah kat depan ni?" Kata Zul.

"Yang bawak kereta aku, Yang kau oanas ni kenapa?" Tanya Uthman.

"Yelah. Aku pasti mereka dah ada kat sana." Kata Zul.

"Tak habis-habis kau Zul eh. Dari tadi cakap pasal tuuu je." Kata Uthman mulai bosan.

"Tuan." Sapa pegawai itu.

"Sapa?" Tanya Uthman menunjuk Honda Jazz didepannya.

"Ooo Jurutera dari Syarikat Usaha Bersatu Sdn Bhd." Kata pegawai itu lagi.

"Ooo i see. Ok." Balas Uthman dan berlalu masuk kedalam Pangkalan tentera.

Uthman memarking keretanya ditengah antara Honda Jazz dan Vios tadi.

Aura mula melihat Ipad ditangannya.

"Eemm besar jugak projek dekat Indon ni? Hermm tarikh pun ada masa 7 bulan." Aura berfikir sambil keluar dan tanpa perasan dia masuk kedalam kereta Uthman selepas Zul berlalu keluar.

"Ermm Mel, Projek dekat Indon ni aku rasa kita tak mampu ni. Kita serahkan pada Adam and team." Kata Aura tanpa menoleh.

Uthman yang melihat wajah yang selalu muncul dalam ingatannya kini berada didepan mata disisinya kini.

"Awak silap ni?" Kata Uthman.

"Hah?" Aura oerasan suara lelaki disebelahnya.

"Uthman?" Tanya Aura terkejut.

"Sepertinya kuat jodoh kita ni." Kata Uthman.

"Jangan nak mengada." Balas Aura lalu keluar dari kereta Uthman dan masuk kekereta Melissa.

"Siapa?" Tanya Melissa hairan melihat Aura keluar dari kereta disebelahnya.

"Kawan." Kata Aura.

"Ooo kawan. Hensem gilerr kawan kau ni. Masih bujang ke dah ada yang punya?" Tanya Melissa melihat Uthman keluar dari keretanya.

"Entah. Kau tanyalah dia." Kata Aura yang masih melihat Email dari Boss nya Tuan Calvin.

"Aduhhh sakit kepala aku macam ni?" Kata Aura melihat semua email yang diberikan Tuan Calvin padanya.

"Sabar lah. Kenapa ni?" Tanya Melissa menoleh melihat sahabatnya.

"Ni hah. Kau tengok, Kira aku nak serahkan Pada Adam and team. Tapi kau baca apa yang Tuan Calvin balas." Kata Aura.

"Hah dia nak kita yang urus dekat Indon dan Brunei tu. Habis yang dekat London tu macam mana?" Tanya Melissa.

"Sama. Kita juga." Kata Aura menunjukkan email yang baru saja diterimanya dari Tuan Calvin.

"Habis yang kat sini. Dekat Damansara baru kita selesaikan masalah dia, Lepas tu yang dekat sini lagi. Kat Indon, Brunei, London Kita juga?" Melissa mulai bising.

"Sabar je lah. Yang penting masyukkk." Kata Aura.

"Bila kita pergi Brunei?" Tanya Melissa.

"Bulan depan. 20 haribulan." Balas Aura.

"Indon?" Tanya Melissa lagi.

"Indon lama lagi. Kita ada masa 7 bulan renovation baru mula." Kata Aura.

"Haihhh kalau macam tu pusingan kita ni Sari Brunei, balik sini urus bangunan dekat Damansara lepas tu Lodon then baru pergi Indon?" Tanya Melissa.

"Nampak gaya macam tulah." Balas Aura.

"Habistu macam mana kau nak oastikan Mateen sembuh semula kalau perjalanan bisnes ni makan masa?" Tanya Melissa.

"Aku akan pastikan dia boleh berjalan dalam setengah bulan ni. Trust me." Kata Aura.

Mereka akhirnya mengakhiri perbualan mereka dan pergi ke Bilik mesyuarat yang ada ditingkat 5 bangunan utama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience