Dam dum dam dam dum dum dum!!!!!!!
Ya Allah Acu!" Jerit Datin Ayuna.
Hehe mama..'
Kamu ni cubalah slow sikit sound tv tu! Bising tahu tak! Kalau kak long kamu ada..dah sah dia tendang kamu! " marah mamanya.
Alah.. mama! Orang tengah syok ni tengok drama Korea The girl who sees smell.Bukan selalu macam ni Ma! Balas aku.
Mama tahu lah! Tapi janganlah kuat sangat! Mahu tercabut telinga mama dibuatnya.
Pergi hospital kita sambung ya telinga mama yang tercabut tu!
Senang cerita! Aku berseloroh.
Bertuah punya anak! '
Anak mama ni kan memang bertuah! Aku tepuk dada aku dengan tangan kanan dan aku mengangkat ibu jari aku .
Datin Ayuna menggeleng kepalanya.
Mama nak kamu keluar!! Arahan mama membuat aku sedikit terkejut. Takkan hal remeh temeh ni mama nak naik angin sampai halau aku keluar rumah.
Mama jangan macam tu...' nanti Mira nak tinggal kat mana?' Pujuk aku.
Apa yang acu merepek ni?"
Betulah... " air mata aku mula jatuh.
Acu!! Pagi-pagi macam ni pun kamu nak berdrama! Apalah drama korea ni hasuk anak aku ni?!
Habistu mama yang halau Mir keluar! Jawab aku.
Ya Allah! mama tak habis cakap lagi!
Apa dia? " balas aku.
Mama suruh kamu keluar tolong siram bunga kat luar sana tu hah! Jari mama menunding ke arah bunga yang terletak di dalam taman.
Bukan mama nak halau Mira? "
Soal aku.
Buat apa mama nak halau Mira?'
Membazir aja air mata Mira ni! Aku mengesat air mata aku.
Tu lah! Mama belum habis cakap lagi dah pandai2 sampuk. Bebel mama.
Aku tersengih macam kerang busuk.
Off Tv ni! Pergi siram bunga! Arah mama.
Aku mengganguk dan aku mencapai tudung shawl yang aku sangkut di sofa dan membelit-belit shawl itu di atas kepala aku . Kemudian aku mengambil remote Tv dan aku menekan butang off.
Langkahku berjalan ke arah Taman Bunga yang telah dihiasi oleh mama.
Pong!! Pong!! Langkahku terhenti sebaik saja aku mendengar bunyi hon kereta itu. Mcam kenal aja kereta ni? BMW sport? Ohh Andryian!! Aku melangkah ke arah kereta BMW sport milik Andryian.
Aku mengetuk tingkat kereta Andryian.
Tak payah! Saya keluar!' Andryian bersuara dan dia keluar dari perut keretanya.
Share this novel