Bab 10

Drama Completed 5973

Sudah seminggu Saraa bekerja di Restoren Mak Na dan seminggu itu jugalah Adam yang menghantarnya pergi dan balik.
Pada petang itu, Saraa menunggu Adam untuk menjemputnya balik seperti biasa. Sudah lebih 30 minit dia menunggu namun Adam belum juga memunculkan diri. Saraa mencapai telefon bimbit di poket seluar lalu menelefon Adam.
"Hello, assalamualaikum Saraa,"
"Waalaikumsalam. Adam, kau kat mana? Dah setengah jam aku tunggu kau kat sini," rungut Saraa.
"Maafkan aku Saraa. Aku tak sempat nak bagitau kau. Aku tak dapat nak jemput kau hari ni. Ayah aku masuk hospital tengah hari tadi," jawab Adam menerangkan situasinya. Suaranya sedikit lemah.
"Betul ke ni? Sebab apa?" tanya Saraa prihatin.
"Mula-mula kaki dia tertusuk paku, lepastu dia jatuh tangga pulak," jawabnya ringkas.
"Ya Allah! Takpela kau tak payah ambik aku. Pandai-pandaila aku nak balik,"
"Okey. Terima kasih tau Saraa,"
Panggilan diputuskan.
Saraa mengeluh.
"Aku nak balik macam mana ni?" soal Saraa kepada diri sendiri.
"Kenapa tak balik lagi ni, Airisha? Kawan Airisha yang selalu ambik Airisha tu, mana?" tegur Mak Na.
"Ayah Adam masuk hospital la Mak Na. Airisha pun tak tau nak balik macam mana," kata Saraa lalu memuncungkan mulutnya.
"Airisha tunggu sini. Mak Na panggilkan Iqbal. Biar dia je yang hantar Airisha balik," kata Mak Na terus berlalu masuk ke dalam restoren.
'Iqbal? Anak Mak Na yang handsome tu ke?' soal Saraa dalam hati sambil tersenyum.
'Saraa! Control sikit perangai kau!' katanya lagi lalu menampar-nampar pipinya sendiri untuk menyembunyikan senyumannya.
"Kau ni dah kenapa? Kau kena sampuk ke? Nak aku join sekali tampar muka kau?" tegur Iqbal secara tiba-tiba di dalam kereta di hadapannya. Intonasinya mendatar seperti tiada perasaan.
Saraa yang terkejut dengan teguran tersebut hanya tersengih-sengih.
"Dah kenapa pulak kau tersengih-sengih ni? Masuklah!" arahnya keras.
Saraa yang mendengar arahan Iqbal itu terus meminta maaf lalu masuk ke dalam kereta Iqbal.
Kereta Iqbal laju meluncur di jalan raya. Sepanjang perjalanan, mereka tidak berkata apa-apa. Sehingga...
"Apa nama kau?" tanya Iqbal tiba-tiba.
'Seriously?!! Kau tak tau nama aku ke?!!' marah Saraa dalam hati.
"Nama saya Saraa Airisha. Orang selalu panggil Saraa," Saraa memperkenalkan dirinya secara ringkas.
"Habistu kenapa ibu aku panggil kau Airisha?"
"Entah. Suka hati dia la. Airisha tu pun nama saya jugak, kan?"
"So, kau nak aku panggil kau apa?"
"Ikut suka awakla. Tapi saya lebih selesa dengan nama Saraa,"
"Kalau macam tu aku panggil kau Sasha je la,"
"Huh?"
"Suka hati aku la,"
Saraa merenung wajah Iqbal dengan penuh tanda tanya.
"Kau tak payahla nak tenung muka aku macam tu, Saraa. Aku tau la aku handsome. Aku gurau je tadi,"
"Gurau ke macam tu? Muka awak serius je?" Saraa tidak faham dengan perangai Iqbal.
"Kau nak aku senyum ke? Nah," ujar Iqbal lalu menunjukkan senyumannya yang manis itu.
Hati Saraa mula berbunga-bunga.
'CONTROL SARAA CONTROL!' Saraa memalingkan wajahnya ke arah lain untuk menyembunyikan senyumannya.
...
"Assalamualaikum," ucap Saraa lalu terus masuk ke dalam biliknya.
Dia mengunci pintu biliknya, mencapai bantalnya lalu memeluk bantalnya dengan kuat. Dia ketawa sepuas hati. Dia tidak tahu kenapa tetapi hatinya gembira dan dia tidak dapat menahan perasaannya lagi.
Setelah puas ketawa, dia mencapai tuala lalu keluar dari biliknya.
"Hai, Saraa. Happy nampak," tegur ibu yang berada di dapur.
"Happy? Biasa je bu," jawab Saraa
"Tak payah nak tipu ibula. Kalau tak, kenapa Saraa gelak sampai kat dapur ni dengar,"
"Oh, ye ke? Hehe Saraa mandi dulu," Saraa terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Mukanya merona merah menahan malu.
...
Usai solat maghrib, Saraa menonton rancangan televisyen bersama dengan ibu di ruang tamu.
"Mana semua orang, bu? Senyap je," tanya Saraa.
"Ayah kau masih kat hospital lagi. Tak taula dia balik ke tak malam ni. Maksu sekeluarga keluar makan malam," jawab ibu tanpa menoleh ke arah Saraa. Matanya masih tertumpu pada rancangan televisyen yang disukainya itu.
"Kenapa pulak ayah tak balik malam ni?"
"Tadi masa Pak Mail kau tu jatuh tangga, ayah kau ada kat rumah dia. Jadi dia terus ikut Adam bawak Pak Mail pergi hospital naik kereta Adam. Kalau Adam balik, balikla dia. Kalau tak, takla,"
"Ohhh,"
Azan isyak berkumandang. Ibu menutup televisyen lalu mengatur langkah untuk masuk ke dalam bilik.
"Saraa pergi solat. Lepastu kita makan malam sama-sama," pesan ibu sebelum masuk ke dalam bilik.
Saraa mengangguk lalu masuk ke dalam biliknya juga untuk menunaikan solat isyak.
Selesai solat isyak, telefon bimbit Saraa berbunyi menandakan mesej masuk. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefonnya.

'Esok aku jemput kau. Pukul 7:30 pagi'
Saraa tersenyum.
'Iqbal ke ni?'
'Ye la. Sape lagi?'
'Okeyyy'

Saraa menutup telefonnya dan diletakkan di atas katil. Dia keluar dari biliknya untuk ke dapur untuk makan malam bersama ibu.
...
"Lambatlah kau ni," kata Iqbal sambil melihat jam di tangannya.
"Awak kata pukul 7:30 pagi kan? Yang awak datang 15 minit awal dah kenapa?"
Iqbal hanya membiarkan soalan Saraa tidak berjawab dan terus meninggalkan perkarangan rumah Saraa.
"Ish sapa pulak yang jemput Saraa tu?" tanya Mila dengan nada tidak puas hati apabila melihat ada lelaki yang menjemput Saraa.
"Boyfriend dia la kot," jawab Syaza selamba.
"Tak aci la macam ni. Asal handsome je mesti Saraa punya," rungut Mila.
Syaza hanya mendengar sahaja rungutan kakaknya itu tanpa menjawab apa-apa.
'Maksudnya aku ada peluangla nak tackle Adam' katanya dalam hati.
"Apa yang korang bualkan ni?" tanya Maklang.
"Saraa. Ada lelaki yang jemput dia pergi kerja," jawab Mila.
"Ala hasil dia menggatal kat tempat kerja la tu. Dah biasa sangat dah," kata Maklang memburuk-burukkan anak saudaranya.
"Tapi lelaki tu handsome la mak," kata Mila sambil memuncungkan mulutnya.
"Kalau nak bandingkan kau dengan Saraa, kau seribu kali lebih cantik tau. Setakat lelaki macam tu, kau boleh dapat yang lebih baikla," pujuk Maklang.
Mila hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya.
"Eii memyampah pulak Syaza dengar," sampuk Syaza lalu menghirup air teh yang telah lama terhidang.
Maklang dan Mila hanya menjeling.
...
"Petang nanti kawan kau ke yang jemput kau balik?" soal Iqbal.
"Entahla. Saya belum tanya lagi,"
"Tak payahla menyusahkan dia dulu. Dia tengah busy uruskan hal ayah dia tu. Biar aku je yang hantar kau balik petang ni," kata Iqbal.
"Errr baikla,"
Saraa mengambil telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WhatsApp.

'Guys?'
'Yes?' - Areena
'Hujung minggu ni korang free tak? Jom lepak'
'Nak!' - Shazrin
'Kenapa tiba-tiba je ni?' - Syafiqa
'Aku ada cer *wink*'
'Okeyyyy' - Areena

Saraa tersenyum-senyum seorang diri. Iqbal hanya memerhatikannya dengan pelik.
'Wujud rupanya orang yang tersenyum-senyum sorang diri tanpa sebab ni' katanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience