“Hah….betul tu, kau jangan nak babitkan kawan aku si Nori ni Mon, dia tak bersalah dalam hal ini. By the way, apa hal ni? Salah ke aku berkawan dengan Encik Haidid ? Aku belum kawin lagi, tak macam kau,” sambung Carmen .
“Sudahlah tu,” sampuk Kak Ros, “Sekarang ni waktu kerja, pergi buat kerja masing-masing. Kalau ada masalah selain daripada masalah kerja, settle lepas waktu kerja ok? Sudah.. pergi buat kerja masing masing.”
Maimon terus berlari ke tandas, air matanya berderai. Carmen pandang ke arah aku sambil menaikkan bahunya tanda blur. Aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Maimon tu bila dia bersemuka dengan Carmen . Si Maimon tu terasa Carmen telah merampas satu-satunya lelaki yang menjadi tempat dia bergantung. Sementara Carmen pula tidak menyangka yang Maimon ada hati dengan Encik Haidid kerana dia tahu yang Maimon sudah berkahwin.
“Carmen , aku nak cakap sikit dengan kau,” jelas aku sambil merapatkan kerusi aku berdekatan dengan Carmen yang sedang makan.
“Hmm…apa cerita?”
“Kau dengan Encik Haidid ni ada apa apa ke? Sebelum kau jawab, aku ni bukannya nak kepoh tapi untuk pengetahuan kau aku nampak kau dengan Encik Haidid tempoh hari,” jelas aku.
Pada mulanya Carmen hanya tersenyum, dia cuba nak selindung dari aku, tapi bila dia melihat air muka aku yang serius, dia pun bersuara. “Hmm…aku pun tak tahu lah Nori , tapi hati aku ni macam dah suka dengan Encik Haidid tu, memang betul dia tu nampak macam lelaki miang, tapi bila aku dah kenal dia dengan lebih rapat lagi ternyata dia ni lelaki yang ambil berat, dia faham akan perasaan aku bila aku ditinggalkan oleh Adam. He seems very caring towards me.”
“Aku sebagai kawan cuma boleh nasihatkan kau je supaya berhati hati, jangan sampai pisang berbuah dua kali Carmen , sebelum kau buat keputusan apa-apa, kau fikir dulu masak-masak,” balasku.
“Terimakasih Nori , tapi aku hairanlah, macam mana si Maimon tu boleh tahu plak?”
Share this novel