Rate

Prolog

Family Series 1393

"Siapa kau?"

Ammar bertanya tatkala lelaki itu hampir lenghilang di sebalik kabus putih yang tebal itu. Dia cuba menggapai tubuh lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu menghilang begitu sahaja. Dia mahukan jawapan.

"Siapa kau? Apa kaitan kau dengan hidup aku?"

Masih tiada jawapan. Lelaki itu masih berdiri kaku dihadapannya. Dengan satu senyuman diberikan.

Ammar bengang.

"Jawablah!"

"Andai takdir itu masih ada. Kita jumpa lagi." pesan lelaki itu dari jauh.

"Tapi..."

"Biar jasad tidak bersama. Tapi aku sentiasa bersamamu."

"Tunggu!" jerit Ammar. Namun, dalam sekelip mata sahaja, lelaki itu sudah hilang dari pandangannya.

Anmar tersedar dari mimpi. Peluh memercik di dahinya. Deruan nafasnya kelihatan agak laju. Kali ini sudah masuk kali ketiga dia bermimpi tentang benda yang sama. Dia bermimpi bertemu dengab seorang lelaki. Tapi... wajahnya. Ya, wajah lelaki itu!

"Arrgghhh!!!" Ammar menjerit kerana kecewa apabila dia masih belhm dapat mengingat wajah lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience