Bab 8

Romance Completed 12519

IZZAHmasuk ke perpustakaan. Dia meliarkan mata mencari kelibat Harraz.
Menurut Idham, dia ternampak Harraz menuju ke perpustakaan. Izzah
tersenyum apabila sudah terjumpa apa yang dicari. Dia melangkah pantas
ke bahagian rak buku. “Hai, Mr. cute...” Izzah menegur Harraz yang
sedang memilih buku.

Harraz berpaling. Wajahnya berubah terkejut. “Apa yang awak
buat kat sini?”

“Cari awaklah...” Izzah tersengih. Jari jemarinya
bermain-main dengan buku-buku yang terletak elok di atas rak.

Harraz kembali mencari buku di rak, tak mempedulikan Izzah
di belakangnya. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju.

“Awak... kita couple nak tak?” Tanpa segan silu Izzah
bertanya. Tangannya sudah menarik sebuah buku, diselak-selaknya laju
tanpa memandang Harraz.

Terjatuh buku yang dipegang Harraz. Dia menunduk mengutip
buku itu, kemudian diletakkan semula di rak. Dia berpaling ke belakang
merenung tajam ke wajah Izzah.

“Nak tak?” tanya Izzah lagi bersungguh-sungguh. Matanya
dikejip-kejipkan beberapa kali.

“Are you nuts? Awak ni rabun ke? Takpun buta?!” Dia
bersuara keras tapi perlahan. Matanya dijegilkan.

“Saya tak gila dan saya tak rabun malah tak buta. Saya
serius ni. Awak nak tak?” Izzah meletakkan semula buku yang diambilnya tadi.

Harraz mendengus kuat. Dia berlalu meninggalkan Izzah yang
setia menanti jawapan.

Izzah bercekak pinggang. “Tak apa, banyak lagi masa!” Dia
tersenyum sendirian. Dia suka melihat wajah marah Harraz. Nampak
bertambah comel!

*****
USAImakan malam, Harraz melangkah ke gazebo. Dia duduk di situ sambil
merenung tasik buatan. Bunyi air yang mencurah di dalam tasik buatan
mendamaikan suasana malam. Kejadian petang tadi mula berlegar-legar di
mindanya.

Harraz sedang melayari internet di kafe untuk mencari
maklumat berkenaan tugasannya. Sedang dia leka, Aiman tiba-tiba duduk di
depannya.

“Woi, sotong! Aku nak bagi warning kat kau. Jangan
sesekali rapat dengan Izzah. Kalau kau degil, kau tahulah apa akibatnya
nanti!” ugut Aiman sambil meletup-letupkan jari-jemarinya. Nak tunjuk
samsenglah tu.

“Apa yang kau merepek ni, Aiman?” Harraz mengerutkan dahi.
“Siapa Izzah? Bila masa pulak aku rapat dengan mana-mana perempuan?”

“Kau jangan nak pura-pura tak tahulah sotong! Kau ingat aku
tak tahu Izzah selalu terkejar-kejarkan kau? Apa ilmu yang kau pakai hah
sampai Izzah jadi macam tu? Tergila-gila sangat kat kau. Nak kata kau
handsome, handsome lagi aku! Hei, cerminlah diri kau tu dulu, sotong!”
cemuh Aiman. Tangannya ditumbuk pada meja.

Ooo... nama perempuan tu Izzah... Harraz membetulkan cermin
mata yang hampir melorot jatuh. Wajahnya tenang. “Aku dah lama cermin
diri aku. Aku sedar lelaki lembut macam aku ni tak layak untuk bercinta.”

“Hah, sedar pun kau! Ingat eh? Aku nampak kau layan Izzah,
siap kau aku kerjakan!” Aiman mengambil air Harraz lantas meneguknya
hingga habis. Dia tersenyum sinis sebelum berlalu meninggalkan Harraz
yang sudah kecut perut.

“Angah menungkan apa tu?”

Berterabur semua kejadian petang tadi. “Bila masa Iqy ada
kat sini?” Harraz menyoal Iqbal, adiknya yang duduk di depannya.

“Dah 10 minit Iqy kat sini. Apa yang angah menungkan tadi?
Sharelah dengan Iqy. Sharing is caring, right?” Iqbal cuba
memancing bicara Harraz.

“Ada sorang perempuan kat kampus minat kat angah.”

“So?” Dari bersandar, Iqbal sudah menukar posisi duduknya
ke depan. Kedua-dua belah tangan diletakkan di atas meja.

“Dia ajak angah couple tapi angah tak layan dia.” Harraz
mengeluh perlahan. Di ruang matanya terbayang wajah ceria Izzah yang
cuba mengayatnya.

Mata Iqbal sudah terbuntang. “Kenapa angah tak layan?”

“Angah takut dia hanya nak mempermainkan angah macam Salina
tu. Lagipun mana ada perempuan yang suka dengan lelaki lembut macam
angah ni.” Harraz menjelaskan.

“Angah ni terlampau merendah dirilah. Kat luar tu ada je
lelaki lembut yang berkahwin. Angah kena yakin dengan diri sendiri.”
Iqbal memberi semangat.

“Iqy bolehlah cakap macam tu sebab bukan Iqy yang lembut
tapi angah! Iqy tak tahu macam mana hancurnya perasaan angah bila Salina
bagitahu yang dia hanya menyahut cabaran kawan dia je. Sakit hati
angah ni, Iqy. Sakit sangat!” Wajah Harraz bertukar sedih.

Iqbal sudah kehilangan kata-kata.

“Dan sejak dari itulah angah tutup pintu hati angah ni
untuk mana-mana perempuan,” ujar Harraz lagi. “Hahaha...” Tiba-tiba
Harraz ketawa sambil menggelengkan kepala.

“Kenapa angah ketawa?” Iqbal pelik. “Tadi bukan main sedih,
sekarang ketawa pulak?” Dia menggaru kepala yang tak gatal.

“Lawak je kan angah ni? Nak tutup pintu hati gaya macam
ada je perempuan nak kat angah. Padahal dah pernah kena tipu.
Hahaha...” Harraz gelak lagi sambil menggosok wajahnya.

“Apa pulak tak ada orang nak kat angah? Budak perempuan tu
kan suka kat angah? Siap ajak couple lagi.”

Senyuman Harraz mati. “Yang itu pun angah rasa dia nak
mempermainkan angah jugak.” Suaranya mengendur.

“Kenapa pulak?” Iqbal bertambah pelik dengan angahnya.

“Yalah, baru je jumpa tiba-tiba minta couple. Buang
tebiat namanya tu.”

“Alah, manalah tahu yang angah ni cinta pandang pertama dia
ke? Kat dalam dunia ni memang wujud, kan cinta pandang pertama? Sekali
pandang terus jatuh cinta.” Iqbal yakin perempuan itu ikhlas mencintai
angahnya.

Harraz kematian kata-kata. “Angah masuk dalam dululah.”
Harraz bangkit lalu melangkah ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience