BAB 10

Spiritual Completed 1351

Setelah 6 bulan usia perkahwinan kami, akhirnya aku dikhabarkan berita gembira, aku hamil anak sulung kami! Khaiyi sangat seronok sehingga dia membuat sujud syukur. “Ya Allah tak sangka abang akan dapat baby.” Khaiyi mengusap-usap perutku yang sedikit membesar. Usia kandunganku sudah 4 bulan.

“Sayang, abang tengok tak ada mengidam apa-apa pun ke sayang pendam ni?” aku tergelak besar. “Mungkin abang yang tak nampak kot. Ni yang sayang makan sedap-sedap abang bawa ni bukan mengidam?” Giliran Khaiyi gelak besar. “Sahaja je nak nyakat sayang abang ni.” aku tersengih. Kami sangat bahagia. Semua kisah silamku aku lupakan sehingga seorang hamba Allah datang menyerikan hidupku. Aku tidak perlu ada kawan kerana hamba Allah inilah segala-galanya bagiku. Hanya ada dia aku sudah bahagia. Nama dia adalah Muhammad Khaiyi Ali. Kawan-kawannya memanggil dengan gelaran Khai.

Kini usia kandunganku sudah 8 bulan. Hanya sebulan sahaja lagi anak pertama kami akan lahir. Khaiyi sangat-sangat memberikan perhatian kepadaku. Setiap kali checkup mesti dia akan teman. Kata doktor InshaAllah aku bakal melahirkan bayi lelaki.

Mesti semua tertanya tentang kisah silam aku kan? Yang tak boleh aku lupa. Baiklah, pada bab satu sudah aku ceritakan tentang aku di alam sekolah rendah dan menengah. Sekarang aku ceritakan sedikit semasa aku di kolej sewaktu usia 18 tahun dan 19 tahun. Selama 2 tahun aku belajar di Johor.

Aku ada seorang kawan dari sekolah rendah. Tidak terlalu rapat ketika itu tetapi menjadi rapat sejak aku satu kelas semasa tingkatan 4 dan 5. Aku tidak pernah anggapnya kawan baik atau something special, hanya kenalan biasa. Aku juga ada beberapa sebab kerana tidak suka dengan sikapnya. Dia susah untuk menjaga rahsia aku. Aib aku. Dan senang cerita dia gemar menceritakan hal aku secara sukarela kepada orang lain, yang terutama sekali budak-budak kolej dan pensyarah sehingga mereka percaya 100% tanpa memberi aku peluang untuk bercerita. Seorang pun tidak bertanyakan kenapa dan mengapa aku bertindak begitu. Aku tak boleh ceritakan apa yang pernah aku lakukan. Cuma satu sahajalah menipu. Ya, memang aku tahu semua adalah salah aku. Cuma yang aku terkilan adalah, cerita sebenar aku ditambah-tambahkan lagi dengan cerita tokok tambahnya itu supaya membuatkan semua orang percaya dia. Pandang mulia padanya. Sehingga pensyarah juga sejak pekara itu berlaku suka memerli-merli aku. Pensyarah tidak pernah ajak kaunseling dengan aku. Mereka hanya tahu mengejek dan memerli. Membuatkan aku menjadi lebih tertekan dan aku membuat lagi kerja gila yang boleh membuatkan aku tenang. Ya memang jahil. Aku tak ingat Allah. Aku lupa semuanya.

Sekarang aku sudah lupakan semuanya. Kawan menjadi lawan. Zaman sekarang memang agak susah untuk berjumpa dengan kawan yang boleh seiring dengan kita. Kebanyakannya talam dua muka. Anda diluar sana yang pernah kena dengan situasi saya akan tahu macam mana diri kita ketika itu. Sekarang Lia dah tak percaya kawan baik atau sedap dipanggil bestfriend.

Lagi satu Lia nak pesan, jangan pandang hina dengan kawan yang orang nampak dia jahat dan buruk kerana mana tahu satu hari nanti dialah yang sudi bersama kita selagi dia tak pernah ajak kita melakukan kejahatan. Hanya berkawan. Lia ada seorang kawan, memang seorang yang sangat sosial tapi kebaikan dia adalah, dia menjaga aib dan rahsia Lia. Dikuncinya ketat-ketat. Tak pernah membuat pengumuman kepada orang lain. Dia memahami Lia, isi hati Lia. Ketika itu juga ramai orang tak suka dia termasuklah budak kolej dan pensyarah. Sehingga sekarang dia masih lagi menjadi kawan Lia. Selalu berhubung dengan dia, jarang jumpa memandangkan dia sudah sibuk dengan kerjayanya.

“Sayang jauh termenung.” aku tersengih. “Hish nasib baik terkejut abang ni. Sahaja termenung.” jawab aku. Khaiyi menyentuh perutku. “Baby abi buat apa kat dalam tu?” tiba-tiba anakku buat tendangan kecil. Khaiyi menjerit kesukaan. “Eiii tendang abi ya..” aku tergelak. “Sayang jom shopping baju baby sikit. Lepastu untuk barang sayang pantang nanti. Abang dah standby ambil cuti 2 atau 3 bulan nak jaga sayang. Papa on je katanya. Abang Luq dah boleh ambik alih kerja abang.” teruja Khaiyi. “Amboi lamanya, bolehlah manja-manja dengan abang.” kataku dengan manja.
“Manja memang boleh tapi manja sayang dah kena bahagi dua tau.” sengaja aku membuat-buat merajuk. Khaiyi memujukku. “alolo lawanya mulut dia… cium nak?” aku tergelak lalu memukul lengannya. “Tadi ajak shopping jomlah..” Khaiyi tergelak. “Nak shopping ke makan dulu?” tanya Khaiyi.

“Mana-mana tak kisah, sayang sentiasa ikut abang.” Khaiyi tersengih. “Ok jom siap.” segera aku bangun dan bersiap.

Ya setiap hamba, Allah akan berikan kebahagian dan kenikmatan setiap kali hambaNya mengingatiNya. HambaNya mengenaliNya. Mulut hambaNya sentiasa berzikir kepadaNya. SuruhanNya tak pernah kita tinggalkan. LaranganNya kita tinggalkan. InshaAllah kehidupan akan terjamin dengan kerahmatan Allah SWT.

Opps! Sebelum habis nak beritahu, pada 7 Julai, saya selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Muhammad Adam Khaiqyum Bin Muhammad Khaiyi Ali. Seberat 3.1kg pada jam 7:36 malam. Mukanya sebiji seperti abinya dan warna kulitnya seperti uminya. Hahaha. Terima kasih Ya Allah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience