Rate

BAB 35- BULAN PURNAMA

Romance Completed 454604

Di dalam bilik suite yang menempatkan pasangan yang sedang meniti hari -hari bahagia mereka bersama.. Menyulam rasa kasih yang sedang tumbuh segar didalam dua hati yang sudah mengikat menjadi satu..

''kalau kita ke luar negara sempat tak.. Nak buat pasport ?'' Inas.. Yang sedang mengemas pakaian mereka berdua segera berpaling.

'akal apa pula ni? Nak kemana pula? Luar negara.. Aduh! Kadang-kadang aku rasa macam tak sempat nak kejar retak dan langkah dia yang sedang berlari laju tu.. Dah la datang datang sehelai sepinggang.. Ni baju tiba-tiba dah jadi satu bagasi.. Lepas apa pula..'

''arrrmmmm...'' Inas menggumam panjang.. Kemudian dia mengangkat keduanya bahunya kepada Raif..

''tapi-tapi.. perlu ke.. Kan di negara kita masih ada banyak tempat yang cantik-cantik..'' kata Inas..

''hmm.. Tak nak try? keluar negara ke? Tengok negara orang..?'' tanya Raif kembali..

''bukannya tak nak.. Rasanya macam membazir pulak.. '' balas Inas..

''ck.. Ingat nak bagi yang special sikit.. Tapi dia tak nak pula..'' kata Raif, lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil.

''apa kata, kita honeymoon di rumah je!'' Inas memberikan cadangan.

''hah! Rumah?'' Raif yang terbaring terus terduduk diatas katil..

''lagilah.. tak best! Manja rasa dah jemu duduk dalam rumah tu.. Setiap sudut rumah tu manja dah hafal.. Setiap buku yang ada dalam bilik bacaan tu manja dah baca.. Jemu!'' Runggut Raif memasang mata yang bersinar-sinar melihat kepada Inas yang sedang tegak berdiri memandang kearahnya..

''pilih lah.. Nak honeymoon di rumah ataupun.. Dalam malaysia je..'' putus Inas.

''oh! Dah pandai ya sekarang!'' Raif melompat turun dari katil terus berjalan kearah Inas.

''apa! Tak puas hati..?'' tanya Inas mengangkat kedua tangannya menahan agar Raif tak datang menghampirinya.

''memang tak puas hati..'' kedua-dua tangan Inas ditangkapnya..

''manja! Manis nak kemas ni.. Tak nak la.. Tadi kata nak check out kan.. Nanti kalau tak kemas betul-betul ada barang yang tertinggal..'' kata Inas menarik tangannya semula.. Tapi gagal.

''kalau tertinggal pun biarlah.. Janji manis tetap dengan manja..'' Raif mencium tangan Inas yag ada didalam gengamannya..

''ohhh iya.. Kalau manis tertinggal hati manis disini macam mana?'' tanya Inas..

''boleh tinggal ke? Hati manis dah lama manja simpan dalam hati manja.. Tertanam didalam ni..'' Raif membawa tangan Inas lalu menekan di bahagian dadanya beberapa kali.

''yakinnya dia!'' perli Inas sambil mengelengkan kepalanya.

''kenapa! Tak percaya? Tau tak manja dah jatuh cinta sejak mula-mula tengok manis masuk kedalam bilik bacaan manja.. Macam pencuri tu..'' usik Raif.

''manja kata manis ni... pencuri? Sampainya hati.. Muka manis ni nampak macam pencuri ke?'' Raif menganggukkan kepalanya.. Membuatkan rahang Inas jatuh kebawah.. Kemudian Inas menutup kembali mulutnya, menarik muncung yang panjang..

''lah! Ada daisy pulak disini?'' jari Raif menyentuh muncung bibir Inas.

''daisy? Tolong sikit.. Dia yang donald duck..'' Inas menempis tangang Raif, berpaling pergi dan duduk di sofa .

Raif menarik bibirnya tersenyum lebar.. Melihat kepada Inas yang sedang memeluk tubuh duduk di atas sofa.. Raif kemudiannya berjalan dan duduk disamping Inas.. Menyandarkan kepalanya di bahu Inas..

''pencuri yang dah curi hati manja.. Itulah manis..'' tutur Raif perlahan dan lembut..

''Ia lah tu.. Mula cakap manis pencuri .. Lepas tu cakap yang manis ni....''

Cupp... Satu ciuman singgah dibibir Inas sekilas lalu.. terus membisukan Inas.. Terkebil-kebil matanya melihat kepada Raif yang ada disampingnya..

''you have stolen my heart..'' tangan Raif mengelus lembut rambut inas dari atas kepala dan berhenti di bahu inas..

''i don't know if you know.. But I fell you in me.. I remember in your mysterious eyes.. Part of me stays... In the room where we met... And everything slows with my breath..'' tangan Raif bermain di wajah Inas.. menunjuk kepada sepasang mata bundar milik Inas.

''as I watch float cross the floor.. I could swear that I knew you before.. Or mybe we were only strangers.. And you were only a theif that has stolen my heart away...'' kini jari-jari Inas pual di cium Raif.

''I feel like I had enough time on my hands, i know that you're with me still, I have this fear.. One day I'll wake up and you'll be only a dream.. And the night came as it went..''

''and mybe at another night, we were lovers in the moonlight.. I'll be always falling under your spell...'' kini tangan Raif menyentuh pipi Inas dan mengelus lembut di situ.. Menunduk Inas dibuatnya.. Mendengar kata yang terucap oleh Raif sebentar tadi..

''kenapa diam... Tadi bukan main lagi membebel.. Dah hilang kata-kata? '' tanya Raif, kedengaran bunyi gelakkan kecil keluar dari bibir merahnya..

''manja.. Manja tahu kan yang manis ni.. Janda.. Ada banyak lagi wanita di luar sana yang lebih layak dan sesuai buat manja.. Manis ni.. Hanya seorang perempuan biasa.. Yang tak ada apa-apa yang manis boleh berikan kepada manja..'' kepala Inas yang menunduk .. Terus menunduk ke bawah lagi...

''perempuan lain tu tak sama macam manis.. Kenapa? kalau manis janda?.. Ataupun dara?.. Yang penting hati kita.. Keihlasan kita.. '' perlahan lahan Raif mengangkat naik wajah Inas.

'' itu semua masa silam manis.. You past.. Biar ia jadi kenangan buat manis.. Sekarang ni.. Di depan manja.. Adalah Manis..''

''Inas Auliya... Satu-satunya isteri kepada Raif Althaf.. My Queen .. Yang dulunya pencuri hati manja.. Kini dinaikkan pangkat menjadi permaisuri hati manja...'' mereka berdua kemudiannya sama-sama ketawa.. Inas memeluk erat Raif.. Meletakkan kepalanya di dada bidang Raif...

''terima kasih.. Terima kasih terima manis..'' balas Inas perlahan..

''manis...''

''hmm...'' sahut Inas.

''kita honeymoon di luar negara ekk? Tak jauh.. Kita pergi sempadan saja.. Boleh?'' tanya Raif..

''oh... Tadi tu .. Ayat-ayat manis semua tu.. Rupanya nak memujuklah.. Ingatkan dah putus asa.. Rupanya ada motif lain..'' Inas terus mengangkat kepalanya dari dada Raif..

''mana ada.. Manja Ikhlas la.. Manis tak rasa ke..'' kepala Inas ditarik semula dilekatkan di dadanya semula..

''dengar ni.. Dengar betul-betul.. Macam mana jantung manja berdegup kencang.. Tak stabil.. dari tadi.. Manis kata manja main-main.. '' Inas yang berada didada Raif mendekatkan telinganya dan mendengar setiap detak jantung yang di hasilkan kan oleh jantung Raif

'bukan jantung kau saya manja.. Jantung manis juga sama.. Berdegup selaju jantung manja.. Malah lebih lagi..'

Mereka melangkah keluar dari hotel itu bersama-sama.. Inas berpaling melihat kepada bagunan Hotel itu..

'dulu masa aku masuk hotel ni buat pertama kalinya.. Untuk menangkap kecurangan Arman.. Aku ditakdirkan hadir sekali lagi kesini.. Bersama dia...' Inas berpaling ke sebelah kanannya.. Melihat kepada Raif yang seang memandu. Kemudian dia berpaling semula melihat kepada bangunan Hotel itu..

'itu hanya masa silam.. Yang akan menjadi peringatan buat aku.. Dan sekarang ni.. aku dengan dia akan sama-sama mengatur langkah.. Untuk mengecapi rasa bahagia bersama... Terima kasih .. Terima kasih temukan aku dengannya.. ya Allah.. Walaupun sebelum ini aku tersakiti.. Tapi kini kau hadirkan dia sebagai pengubat setiap luka yang pernah ada di hati ini..' bibir Inas melebar memandang kearah Raif..

Raif pula mengerutkan keningnya.. Mengangkat wajahnya sedikit.. Memberi isyarat 'kenapa?' kepadanya.. Inas mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.. Tak perlu dia membalas dengan tutur bicara.. Kerana dua insan itu sedang dilamun cinta.. Setiap garisan yang ditunjukkan di wajah mereka dapat dibaca dengan jelas.. Tangan Raif mencekam pipi inas dengan lembut.. Sampaikan kedua-dua pipi dan mulut inas mengembung dan muncung kehadapan..

''comel betul isteri manja..'' kata Raif mengenyitkan matanya dan melepaskan tangan yang mencengkam pipi Inas..

''baru tau ke? Selama ni tak comel ke?'' tanya Inas memegang kedua-dua pipinya.

''tau... Tapi sekarang ni semakin comel dannn... Chubby...'' usik Raif.

''auuuw...''

''sakit!'' jerit Raif bila pehanya di cubit oleh Inas...

''apa tu! Sakit la manis...'' tanya raif.. Mengosok pehanya.. Pertama kali dalam hidupnya mendapat serangan berbisa begitu...

''apa-apa? Nak lagi? Manja kata manis gemuk!'' tanya Inas tak puas hati...

'memang lah aku semakin gemuk.. Kerja pun tak.. Duduk rumah saja.. Makan pun siap terhidang.. Macam manalah tak gemuk.. Arhhh.. Nak diet..'

''mana ada manja kata gemuk.. Chubby tu berisi.. Dua benda berbeza okay.. Tapi manis macam ni .. Comel.. Tambah-tambah kalau senyum.. Macam bulan purnama...'' puji Raif..

''bulan purnama??!! ''

''bulan purnama tu bulan yang bulat penuh kan? Manja nak kata yang muka manis semakin bulat macam bulan lah ni...?'' ada nada rajuk dalam bicara Inas.. Kedua-dua tangannya dibawa memegang pipinya yang gebu..

''jahat!'' sepatah kata Inas lalu melarikan wajahnya berpaling kepada tingkap, memandang kearah luar..

''manja puji lah.. Bila masa pulak, manja kata muka manis bulat macam bulan..'' Raif mengaru kepalanya.. Dia sendiri buntu bagaimana nak membetulkan apa yang baru dia tuturkan tadi..

''ulang sekali lagi.. Manja dapat lagi cubitan maut manis tadi..'' ugut Inas..

''uuuhh! Takutnya..''

''hari tu kena cakar.. Sekarang cubit pula... Dasyat juga yea... Lepas ni.. Manja kerat kuku manis sampai pendek...'' Raif berpaling menjongketkan keningnya kepada Inas..

''apa pula nak kerat kuku manis.. Kuku manis dah pendek.. Tengok ni..'' Inas menunjukkan jari-jarinya di hadapan Raif.. Tangan Inas disambar oleh Raif.. Meneliti tiap satunya jari milik Inas.

''dah pendek pun.. Tapi cakar manja.. Still pedih..'' tangan Inas di bawa ke bibirnya lalu dicium-cium jari halus itu.

''kita nak kemana?'' tanya Inas.. Raif mengangkat kedua-dua bahunya keatas..

''manja.. Tak kelakar ok?'' kata Inas.. Kembali menarik tangannya..

''manja dah ajak manis honeymoon di luar negara tapi manis tolak.. Mana manja tau kita nak kemana.. Manja mana pernah keluar.. Manis lupa ke.. Yang manja ni lost for a few years before?...haishhh..'' Raif mengelengkan kepalanya..

'lost? Tapi ada hati nak honeymoon ke negara orang... Itu boleh pula.. Tak ingat pula lost ke tak.. Aduhai..'

Jom sambung satu lagi --->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience