BAB 12

Humor Completed 78160

IQBAL ni sejak dari hari tu lagi muka tu tak lekang dengan senyuman.Rasa macam pelik bin ajaib.Selalu tu buat kerja serius memanjang.Nak nampak senyum pun payah.Ni boleh kata lapan jam muka tu asyik menyengih.

Adam terus melulu masuk tanpa mengetuk pintu bilik Iqbal.Dari kaca pintu lagi dia nampak Iqbal senyum sorang-sorang.Tak kan Iqbal tersampuk dek bunian.Terkejut Iqbal bila disergah begitu.

"Ishh kau ni Adam.Masuk tu ketuk lah dulu.Bikin aku terkejut saja."Iqbal pura-pura marah.

"Dari luar lagi aku perhati saja kau ni.Senyum sengih macam kerang busuk.Kau ni sakit ker apa."Adam terus tarik kerusi di hadapan Iqbal dan duduk.

Iqbal tawa kecil.

"Aku tengah bahagia sekarang ni..."beritahunya tanpa segan silu.

Adam jongket sebelah kening.Kenapa lah dengan kawan aku ni.Jangan masuk wad bahagia sudah.

"Kongsi lah dengan aku.Apa yang buat kau tersengih memanjang?"

"Heee...kau tahu tak selama ni,aku tak percaya.Sekarang baru aku benar-benar yakin yang bidadari itu wujud."katanya sambil sengih lagi.

"Bidadari mana lah yang buat kawan aku tak keruan ni?"

"Kalau aku cakap kau mesti tak percaya.Rasa nak saja aku masuk meminang dia sekarang juga."Iqbal begitu teruja sekali.Kali ni bukan main-main.Selalu tu Iqbal yang reject perempuan.Semua tak kena dengan taste dia.

Bukan Iqbal tak pernah jejak kaki ke kelab malam.Disko mana dia dan Adam tak pernah keluar masuk tapi sekarang Iqbal dah berubah.Nak ajak keluar pun susah.

"Kau ni dengan aku pun nak berahsia.Siapa perempuan tu.Aku kenal ker?"Adam pun tak sabar nak tahu.

Iqbal senyum.Dia berdehem seketika sebelum menyanyi kecil.Juara karaoke ni...

Aisyah
Romantisnya cinta mu dengan Nabi..
Dengan baginda kau pernah main lari-lari..
Selalu bersama
Hingga hujung nyawa kau di samping
Rasulullah...

Aisyah...
Sungguh manis oh sinar kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau isteri tercinta..
Ya Aisyah Humaira....

Amboi bukan main merdu lagi Iqbal menyanyi.Lagu ni terus menusuk kalbu bukan Iqbal tapi Adam.

Tersentak Adam seketika.Tak kan Iqbal...dengan...

"Aisyah Humaira.Aku rasa aku dah betul-betul jatuh cinta pandang pertama.."luah Iqbal tanpa selindung.Dia dengan Adam kan kawan baik.

Adam telan air liur bukan sekali malah berkali-kali.Iqbal dengan muka serius.Aisyah tu isteri aku!jeritnya tapi hanya mampu dalam hati.Tak boleh salahkan Iqbal sebab Iqbal tak tahu tentang pernikahan Adam.

"Kau serius Iqbal?"

"Mesti lah.Nanti aku nak ikut Aisyah melawat Darul Sakinah.Time tu lah aku nak risik-risik dengan keluarga dia."

Sekali lagi Adam telan liur.Rasa tersekat terus.Iqbal ni kalau cakap memang tak main-main.

"Dia dah tahu kau suka dia?"tanya Adam inginkan kepastian.Mana tahu Aisyah pun ada hati dengan Iqbal.Memandangkan perjanjian mereka tinggal sebulan saja lagi.Sudah tentu Aisyah pun sibuk cari pengganti.Bakal janda berhias tu.

Iqbal geleng.

"Aku belum luah perasaan lagi.Tapi kau rasa Aisyah tu dah berpunya ker belum?"

"Ntah isteri orang.."Sengaja Adam menduga.

"Kau ni bukan nak bagi semangat.Aku tak rasa macam tu.Tengok jari kosong saja.Tak ada cincin apa pun.."pangkah Iqbal.

Iqbal ni biar betul.Sampai ke jari Aisyah di tenungnya.Aku sendiri pun tak perasan.

"Tak sabar kau tahu tak.Kau tahu kan aku kalau dah suka tu mesti usaha nak dapatkan.Harap Aisyah boleh terima cinta aku."kata Iqbal dengan penuh yakin.

"Taste kau bukan perempuan macam tu kan.Jadi aku rasa tak sesuai lah kau dengan dia."

"Aku nak buat isteri,Adam.Kalau setakat betina memang aku boleh cari belambak kat kelab sana.Perempuan macam Aisyah tu susah nak dapat tau.Dah dekat sangat.Baik aku cepat sambar sebelum orang lain kebas."sengihnya makin melebar.

Adam dah tak keruan.Semalam Aidil.Hari ni Iqbal pulak.Apa ni semua tertarik denga Aisyah.Aku ni nak campak mana?Aku lagi berhak dari yang lain.Tapi aku..arghh..aku tak boleh!

"Aku nak jadi macam Rasulullah yang di dampingi Aisyah.Muhammad Iqbal dan Aisyah Humaira.Macam sweet saja nama tu.."Aduh..Iqbal dah parah.

Adam lagi lah parah.Parah mendengar nama isterinya meniti di bibir kawan baik nya sendiri.Bukan biasa-biasa malah nama itu terlalu bermakna buat Iqbal.

SAAT pintu rumah di buka.Aisyah seperti biasa akan memberi salam.Terkejut dia bila salamnya di sambut.

Adam rupanya.Awal pula dia sampai.Selalunya malam baru balik.Macam pelik saja dia balik awal.Lupa Aisyah ni kan rumah Adam.Bika-bila masa saja Adam nak balik pun tak payah nak ambil tahu.

Aisyah terus tutup pintu dan menguncinya.Niat nak terus masuk ke bilik.Tapi Adam menahan dengan lagak serius.Masih dengan baju kerja yang dilipat hingga ke siku.

"Tunggu dulu."kat Adam.Aisyah berhenti melangkah.Serius benar muka Adam.Apa yang tak kena pula.

"Duduk sini."arah Adam.Matanya tepat pada muka Aisyah.Aisyah ikut saja arahan Adam.

"Letak tangan atas meja."

Aisyah terus pandang Adam.Pelik.

"Letak saja aku nak tengok.Dua-dua sekali."arahnya lagi.

Adam ni dah macam cikgu pulak nak sport check kuku panjang ke tidak agaknya.

Aiayah dah hairan.Nak buat apa pula.Apa salah aku.Adam perhatikan sepuluh jari runcing Aisyah atas meja kopi itu.

Kosong.

Adam ambil pen yang terselit di poket bajunya.Di ketuk hujung pen ke jari manis Aisyah sebelah kanan.Aisyah berdecit kesakitan.Apa ni main ketuk-ketuk jari pula.

"Mana cincin?kau dah gadai?"dengan mata terbeliak.Saja nak menakutkan Aisyah.

Aisyah geleng laju.

"Err..saya simpan."beritahunya.

"Sekarang pergi ambik aku nak tengok.Bukan boleh percaya.Ntah kau dah jual."

Laju Aisyah masuk ke bilik dan ke luar dengan sekotak kecil berwarna biru berbentuk hati.Aisyah letak atas meja di depan Adam.Adam ambil sambil tak lepas pandang muka Aisyah.

"Kenapa tanggalkan?"tanya Adam.

"Saya...err..saya.. tak layak nak pakai cincin ni.Mahal sangat.Takut hilang sebab tu saya simpan.Tak ada niat lain Tuan Adam."spontan idea keluar.Pada hal Aisyah tak nak pakai sebab tak nak ingatkan apa-apa pasal Adam.

"Aku nak kau pakai balik sekarang."arah Adam sambil matanya tajam menikam mata Aisyah.

Aisyah garu kening yang tidak gatal.Nak pakai balik untuk apa.Lagi sebulan nak pergi dari sini.Tuan Adam ni dah kena amnesia ker.Lupa tentang perjanjian dia yang ntah apa-apa tu.

Perlahan saja Aisyah menolak kotak cincin yang terbuka menampakkan isi yang masih bersinar ke arah Adam.Adam kerutkan dahi.

"Err..Tuan Adam simpan lah.Saya tak boleh pakai.Tak muat.."idea spontan lagi.

Adam kecilkan mata.Tak muat?Gemuk sangat ke jari Aisyah.Tengok tuan badan dengan jari masih sama macam dulu.Tak gemuk pun.Masih langsing elok.Aikk Adam.Kata tak suka tapi bentuk badan Aisyah kau perhati juga.Walau tak nampak sepenuhnya sebab Aisyah akan pakai semua jenis pakaian menutup aurat.

Tengok lah sekarang.Aisyah dengan dress labuh warna hijau pastel.Nampak lembut dan cantik saja.Tudung bawal bercorak yang dirapikan menutup dada.Sangat manis dan tertarik walau hanya berbedak nipis dan sedikit lipstik peach dicalitkan

Sehelai rambut Aisyah pun tak pernah Adam nampak.Nampak sangat Aisyah tak nak berkongsi apa pun dengan Adam.Ehh..kau lupa lagi ker Adam.Kau sendiri yang tak nak kongsi.Jadi kenapa nak harap Aisyah kongsi pula.

Adam tarik perlahan tangan kanan Aisyah.Tersentak Aisyah.Nak tarik balik tak boleh.Adam pegang kemas.Cincin disarungkan semula pada jari manis Aisyah.Elok terletak.Muat sekali.

Adam agak dah.Masa nikah dulu pun elok tersarung.Dia tak lupa lah.Dia yang beli cincin ni walaupun waktu tu kena paksa dengan baba.Gasak saja dia beli ukur guna jari penjual.Dia main agak saja.Masa beli tu memang dia harap tak muat kat jari Aisyah.Tu la niat tak baik sangat kan dah terbalik.

Muat terletak elok.Nampak manis saja jari Aisyah.

"Lepas ni kalau kau tanggal lagi siap!"keras amaran Adam sambil tangan Aisyah masih dalam genggaman tangan nya.

Aisyah tunduk.Pipi tak payah cakap.. merah.Adam tak sedar ker tengah pegang tangan Aisyah.Dah lebih lima minit ni.Perlahan Aisyah tarik tangannya baru Adam tersedar yang dia masih memegang erat tangan Aisyah.

"Jangan tanggalkan.Ingat!"pesan Adam sebelum Aisyah menghilangkan diri ke dalam bilik.

Adam senyum senget.Entah sebab apa.Tapi dalam hati bukan sedikit lega tapi banyak lega.Sekurangnya bila Iqbal nampak cincin di jari Aisyah,dia akan faham sendiri lah..

Adam senyum lagi.

maaf kalau ada typo:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience