41- Akhir

Romance Completed 95763

ENAM BULAN KEMUDIAN.

(J Empire, Tokyo, Jepun – 2 petang)

Jimmy bersandar dikerusi. Dari tadi bibirnya tersengih seperti orang angau. Matanya ralit memandang ke tingkap. Langit petang itu kelihatan cerah. Ditemani awan dan cahaya matahari. Indah. Seindah rentak jantungnya sekarang. Bibir bawahnya digigit sambil tersenyum sendiri.

Pintu pejabatnya ditolak dari luar. Brian melangkah masuk dengan tenang. Baru saja dia mahu membuka mulut menegur Jimmy. Tetapi lelaki itu seperti sedang berada dalam dunianya sendiri. Tersengih-sengih. Kemudian, kepalanya digeleng kecil. Entah apa yang difikirkan. Berangan saja!

“Jimmy.” Dia menyapa sahabatnya merangkap pemilik J Empire. Panggilannya tidak disahut. Jimmy masih lagi ralit memandang ke langit sambil tersenyum. Sekejap matanya terpejam. Kemudian, dibuka semula.

“Jimmy!” Kali ini panggilannya sedikit kuat. Brian berdecit geram. Jimmy masih lagi dalam angannya. Ini mahu bekerja atau mahu berangan? Oh, lupa. Dia kan majikan disitu. Jadi, tiada siapa yang berani menegurnya seperti itu.

Tok! Tok! Tok!

Brian mengetuk meja. Mahu mengalihkan perhatian Jimmy. Nampaknya lelaki itu masih dalam posisi yang sama. Tidak berganjak mahupun terganggu sedikit pun. Parah jika begini. Sebelum ini tidak pernah lagi dia berkelakuan seperti itu.

Dia menapak menghampiri Jimmy. Dia turut memandang ke langit. Tiada apa yang menarik rasanya. Kemudian, dia menjatuhkan semula pandangannya ke Jimmy. Dia mendekati telinganya.

“E-hem!” Deheman kuat itu memecahkan lamunan Jimmy. Pecah berderai seperti kaca.

Jimmy menoleh ke sisi. Bahunya terhinjut sedikit akibat terkejut. Tiba-tiba saja wujud Brian disebelahnya.

“B…bila kau masuk?” Dia mengawal riak mukanya. Kerusinya dipusingkan menghadap meja. Dia mencapai fail yang ada diatas meja. Brian menarik sengih lebar sejak tadi.

“Dari tadi. Kau kenapa senyum sendiri? Mabuk lagi ke?” Dia menghenyakkan punggungnya dikerusi bertentangan Jimmy. Kemudian pandangannya jatuh pada fail yang sedang diselak Jimmy.

“Kau…kau nampak ke?” Tangannya berhenti menyelak helaian kertas. Keningnya terjungkit sedikit.

“Aku belum buta lagi Jimmy. Dua kali aku panggil nama kau, tapi kau tak menyahut pun. Berangan apa?” Brian memeluk tubuh. Dia duduk menyilang kaki.

“Brian. Em…kau percaya tak dengan mimpi?” Teragak-agak dia melontarkan soalan. Brian dilihatnya mengerutkan dahi.

“Mimpi yang macam mana maksud kau?” Kini soalan dibalas dengan soalan. Sepertinya menarik pula soalan Jimmy.

“Alah. Mimpilah.” Dia masih lagi berselindung disebalik kata-katanya. Jarinya diketuk-ketuk pada permukaan meja.

“Yalah. Tapi mimpi yang macam mana? Kau mimpi apa? Apa yang ada dalam mimpi kau tu?” Soal Brian lagi.

“Em…malam tadi aku mimpi jumpa seorang perempuan. I don’t know where. Tempat tu banyak bunga. Ada tasik. Cantik. Seems like we know each other. Tapi yang peliknya aku tak nampak muka dia. Tak…tak! Bukan tak nampak. Cuma kabur. Tapi…” Ayatnya tergantung begitu saja. Dia berjeda seketika cuba mentafsir mimpinya. Dahinya berkerut bagai memikirkan sesuatu.

“Tapi?” Brian menyoal kembali. Tidak sabar mahu mendengar ayat seterusnya.

“Aku rasa macam pernah nampak senyuman tu. Tapi aku rasa tak ada lagi perempuan yang aku kenal senyum semanis dia.” Tengkuknya diusap perlahan. Puas dia memikirkan siapa gerangan perempuan itu.

“Entah-entah perempuan yang kau selalu jumpa dekat pub.” Brian tersengih mengejek. Tidak sudah-sudah mahu memerli dirinya.

“Buang masa aku aje mimpikan perempuan-perempuan kotor tu.” Bibirnya mencebik meluat.

“Tak baik kau cakap macam itu. Dia orang pun manusia juga. Macam kau yang selalu keluar masuk pub. Jangan set pemikiran kau macam tu. Aku tak suka.” Dia menggeleng kecil.

“Ugh! Yalah. Membebel pula kau ni.” Itulah, dasar mulut tidak beradab. Kan sudah terkena.

“Tentang mimpi tu, lupakan aje. Mainan tidur. Jadi, kau tak payah nak berangan sangat.” Brian bangun menghampiri Jimmy.

“Aku sayang kau. Aku tak nak kau terlalu fikir tentang perempuan tu. Jangan bazirkan masa dengan benda yang tak pasti. Banyak lagi hal yang kita kena uruskan dekat J Empire ni. Kalau betul Tuhan takdirkan dia untuk kau, satu hari nanti kau akan jumpa juga dengan dia. Percaya cakap aku, okey?” Rambut Jimmy diusap lembut.

“Oh ya. Sekejap lagi aku nak pergi jumpa Mr. Ryo. Hi-tea dengan dia. Dia jemput kau sekali. Jom?” Bahu Jimmy ditepuk perlahan.

“Ah, malaslah aku! Dasar pembelot! Kau jangan lupa, brian. Orang tua tak guna tu pernah curi kita punya design. Lepas tu, boleh pula dia claim projek design tu dia yang punya. Sama saja macam Drake. Kalau tak kerana dia menghasut Drake untuk bekerja dengan dia, kita bertiga takkan putus persahabatan macam ni. Dia tu tak sedar diri. Kalau tak kerana aku yang ambil projek untuk renovate bangunan dia, mesti orang takkan beli bangunan tu. Apatah lagi dia nak kaut keuntungan besar macam sekarang ni. Kau pergilah sendiri.” Keluhan berat terlepas dari mulutnya. Jelas riak mukanya tidak berpuas hati ketika itu.

“Hey, chill man. Benda dah jadi pun. Tak guna kau berdendam sampai sekarang. Apa yang boleh kita buat sekarang ni, kita cuba perbaiki hubungan bussines dengan dia. Lagipun, minoriti client Mr. Ryo pernah jadi client kita. Mana tahu satu hari nanti kita boleh tarik semula client kita.” Brian cuba meredakan kemarah Jimmy.

“Huh. Kau tu sentiasa baik dengan semua orang, Brian. Sebab itu orang berani pijak kepala kita. Tak nak. Aku tak nak pergi. Kau pergilah. Jangan lupa sampaikan pesan aku untuk dia semoga panjang umur.” Dia tersengih sinis.

“Haih. Terpulang pada kau, Jimmy. Okey. Aku gerak dulu. Nanti apa-apa hal telefon aku.” Sekali lagi Brian mengusap lembut rambut Jimmy. Kemudian, dia menapak keluar dari ruangan itu.

Jimmy menghempaskan punggungnya dikerusi. Kepalanya dipicit. Sakit kepalanya datang semula. Dia memejamkan mata seketika. Panas hatinya masih belum reda.
-----
(Melaka, Malaysia – 7.30 malam)

Sementara itu…

“Abang! Arghhh! Sa…sakit! Huh…huh…huh!” Nafasnya ditarik dan dihembus semula. Anggun Dahlia memegang perutnya yang sedang menunggu masa untuk bersalin.

Pin! Pin! Pin!

Hon ditekan sekuat hati. Banyak pula kenderaan malam itu. Panas hatinya apabila ada pemandu yang tidak memberi kerjasama. Lantas cermin kereta diturunkan. Kepalanya dijengah keluar sedikit.

“Hoi! Ke tepilah! Bagi laluan! Bini aku nak bersalin ni! Ish! Apa pekak ke diorang ni?” Sakit tekaknya menjerit. Ikram Benjamin mencuri pandang ke arah Anggun Dahlia. Risau dia ketika itu. Degupan jantungnya juga menggila sama.

“Sayang! Sabar okey!. Fuh..fuh…fuh! Sekejap lagi kita sampai hospital.” Pedal minyak ditekan. Meternya mencecah ke 180km/j. Punat lampu kecemasan ditekan. Dia terpaksa melalui lorong kecemasan. Peluh jantannya mula terbit didahi.

“A…abangggg!!! Dah…dahlia tak….fuhh….tak….arghhhh…tahan…sakitttt!” Rambut Ikram Benjamin menjadi mangsanya. Ditarik kuat sehingga terteleng kepalanya sedikit.

“Aduhhh!!! Sa…sayang jangan tarik rambut abang! Hei, abang tengah memandu ni!” Sedaya upaya tangannya menepis tangan Anggun Dahlia.

“Tak nak! Sakitttt! Dahlia nak pegang abang!” Air matanya laju mengalir membasahi pipi.

“Aduhh! Sa…sayang! Jangan sampai abang yang terberanak sekali nanti!” Sedaya-upaya dia cuba melepaskan cengkaman pada rambutnya itu. Bagai mahu tercabut semua rambutnya. Jangan botak sudah bila sampai dihospital nanti.

“Dah…dahlia sa…sakitttt! Cepatlah! Mana hospitalnya?! Arghhhhh!” dia menjerit sekuat hati. Riuh-rendah seisi ruang kereta dibuatnya.

Setibanya dihospital, Ikram Benjamin terus memasuki bahagian kecemasan. Beberapa orang jururawat menyorong katil pesakit ke arah keretanya. Nasib baik sebelum tiba dihospital dia sempat memaklumkan pihak hospital tentang Anggun Dahlia. Kalau tidak, mahunya bersalin didalam kereta.

Dia bergegas ke pintu bahagian penumpang. Seorang jururawat berbangsa Cina memapah Anggun Dahlia ke katil.

“Tak apa encik. Biar kami yang uruskan isteri encik. Encik boleh parking kereta encik dulu ya.”
Ujarnya sambil tersenyum. Beberapa orang jururawat yang lain bergegas menyorong katil ke bilik bersalin.

“Terima kasih.” Kemudian dia berlari menuju ke kereta.
-----
Dua jam kemudian, kedengaran suara bayi menangis. Ikram Benjamin menarik nafas lega. Dari tadi dia menemani Anggun Dahlia. Dia meraup muka.

Anggun Dahlia melorek senyum. Terpancar riak keletihan dimukanya. Kini dia sendiri merasai sakitnya ketika melahirkan. Air matanya berjuraian. Dia teresak menahan tangisan. Perasaan itu sukar untuk digambarkan. Perasaan dia sudah menjadi seorang ibu.

“Congratulation on your baby girl, Mr. Ikram.” Bayi kecil itu bertukar tangan. Terketar-ketar tangannya menyambut huluran bayinya. Serta-merta tubir matanya terasa panas.

Bayi itu dibawa mendekati Anggun Dahlia.

“Sayang nak pegang?” Dia tersengih sambil meletakkan bayinya di riba Anggun Dahlia.

“A…abang. Dahlia…dah jadi ibu.” Esakannya semakin menjadi-jadi. Tetapi dalam esakannya terbit sebuah senyuman. Ikram Benjamin menyeka air mata itu.

“Syyy. Ya sayang. We both are parents.” Tangan kanan Anggun Dahlia digenggam erat. Tangan itu kemudiannya dibawa mendekati bibirnya.

Satu kucupan dihadiahkan pada tangan itu. Dia tersenyum. Bahagianya rasa. Bahagia yang dia sendiri tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata.

Dia mengambil bayinya dari tangan Anggun Dahlia. Ikram Benjamin merapati telinga kecil itu.

“Allahuakbar allahu akbar.” Lembut suaranya bercampur sebak. Lafaz iqamat dibisikkan perlahan.

Anggun Dahlia pula dari tadi menyeka air matanya yang semakin laju mengalir. Sakit yang ditanggung tadi serta-merta hilang apabila melihat suasana itu.

Setelah selesai diiqamatkan, Ikram Benjamin meletakkan semula bayinya di atas pangkuan Anggun Dahlia.

“Abang.” Matanya dari tadi ralit memandang muka kemerah-merahan si kecil. Dia tersengih.

“Hm, ya sayang.”

“Kalau Dahlia letak nama anak kita Humairah boleh? Humairah binti Ikram Benjamin.” Matanya terkebil-kebil memandang Ikram Benjamin.

“Boleh. Abang tak kisah. Tapi Humairah tu maksudnya apa?” Tangannya mengelus lembut pipi merah itu.

“Em…Humairah maksudnya kemerah-merahan. Sebab pipi dia merah. Comel. Eii, geram!” rasa seperti mahu gigit saja.

“Abang. Lagi satu, dahlia nak minta maaf sebab tarik rambut abang tadi. Hahaha. Kesian suami dahlia. Sakit eh?” Dia ketawa mengejek.

“Ooo, sayang dah tarik rambut abang lepas tu dia gelakkan pula ya. Sakitlah. Abang ingat sampai hospital mesti abang dah botak. Sebab rambut abang dah tercabut semua sayang tarik. Tapi tak. Alhamdulillah rambut abang masih ada lagi. Walaupun serabut macam ni.” Dia membetulkan rambutnya.

“Sayang. Terima kasih sebab lahirkan anak kita. Terima kasih sebab jadi isteri solehan untuk abang. Abang harap, keluarga kecil kita sentiasa dibawah rahmat Allah.” Dahi Anggun Dahlia dikucup lama.

Terima kasih untuk anugerah terindah ini, Ya Allah. Aku mohon berkatilah keluarga kami.

Share this novel

Nora
2020-06-22 16:57:47 

hahahah macam macam lah haduyy sakit perut gelak tak ingat dunia hahaha

Nora
2020-06-22 16:57:46 

hahahah macam macam lah haduyy sakit perut gelak tak ingat dunia hahaha

Nora
2020-06-22 16:57:16 

siap dengan fuh fuh fuh erkk


NovelPlus Premium

The best ads free experience