Chapter : 22

Action Completed 47676

Mereka berempat berkumpul di ruang tamu. Shira menarik nafas lega kerana anak anaknya masih tidur, kalau tidak huru hara lah rumah ni jawabnya.

Shira memandang tiga orang yang berada di ruang tamu itu silih berganti. Tiba tiba sunyi pulak. Muka serius pulak tu. Risau mak.

"Ehem ehem"Shira berdehem untuk membersihkan tekaknya yang agak kering. Sebenarnya untuk menarik perhatian

"Ermm should we start right now?"tanya Shamir.

Adelia,Shira dan Razin hanya mengganguk kepala tanda setuju.

"Adelia aku nak kau suruh anak buah kau get ready bila Zack dah nak serang kita. Shamir aku nak kau perhatikan gerak geri anak buah kita dan Zack. Sayang,sayang jaga anak je lah dekat rumah"arah Razin.

Shira mencebikkan bibir tanda tidak bersetuju dengan arahan Razin.

"Tak nak. Twin biar mama jaga diorang"Shira membantah.

"Ye lah"

" Aku akan serang Zack dari jauh kalau dia serang kita"sambung Razin.

Mereka bertiga menganggukkan kepala.

Shamir mengeluarkan komputer dari beg galasnya. Dia melihat rakaman yang menunjukkan tempat keberadaan Zack sekarang. Shamir terkejut melihat tempat itu.

Shamir menghulurkan komputer ribanya pada Razin.
Razin menyambut dan melihat video itu.

"What!!!"

"Kenapa bang?"tanya Shira

"Zack ada depan rumah kita sekarang ni. Dia dah suruh konco konco dia jaga depan rumah kita"balas Razin

"Ohhhh"itu sahaja yang keluar dari mulut Shira bersama senyuman sinis dan menyeramkan.

Adelia juga menggangukkan kepalanya. Dia tahu apa yang di rancangkan oleh Shira.

Razin dan Shamir pula dah berkerut dahi melihat dua orang sepupu itu. Pelik betul perangai.

"Ok, kita biarkan je diorang berkampung depan rumah kita sampai sorang sorang mati"kata Shira selamba. Dia menarik tangan Adelia untuk melihat bayi di atas.

Shamir dan Razin dah berkerut. Apa yang diorang rancang sebenarnya. Susah betul lah ada isteri suka berahsia macam ni.

"Wey, Mir kau rasa apa yang diorang rancang sekarang?"tanya Razin

"Mana lah aku tahu. Bini dua dua suka berahsia padan dah jadi sepupu dengan kawan baik"balas Shamir.

Razin membaringkan diri di atas sofa. Dia perlahan lahan melelapkan mata. Sama juga dengan Shamir. Dia sudah tertidur dengan komputer masih kekal di atas ribanya.

Adelia dan Shira turun ke bawah untuk memasak makanan tengah hari. Shira berjalan ke arah Shamir dan melihat komputer riba itu. Shira memanggil Adelia untuk melihat rakaman itu sekali.

Mereka berdua melihah konco konco Zack sedikit demi sedikit sudah tewas. Mereka berdua senyum sini. Main main lagi dengan Shira mendapat lah.

Shira dan Adelia terus berlalu ke dapur sambil ketawa riang. Selepas siap berperang di dapur mereka menghidang makanan di atas meja.

Adelia membasuh kuali yang digunakan sebentar tadi. Shira membantu mengemas barang barang mentah dan di letakkan di dalam peti sejuk.

Shira mengejut Razin untuk makan bersama. Adelia pula mengejut Shamir. Mereka duduk di meja makan dan mula memakan makanan yang dihidangkan.

Shira tergelak apabila melihat Shamir yang memaksa Adelia menyuap nasi untuknya. Terpaksa lah Adelia mengikut arahan itu dengan muka menyampah.

Razin muka dia tak payah cakap. Muka bangun tidur tambah muka mamai. Tengok muka dia pun rasa nak gelak tapi ditahan.

"Hurmmm,diorang masih ada lagi ke dekat sini?"tanya Shamir. Dia memandang ke arah Shamir dan menjungkitkan kening.

Shamir mengangkat bahu tanda tidak tahu

"Dah separuh orang je tinggal. Kita tunggu malam nanti confirm semua dah tak ade"balas Shira bagi pihak Shamir.

"Tapi kita takde serang diorang pun macam mana boleh mati?"tanya Razin lagi.

"Adalah sebabnya. Nanti lah saya bagi tahu kita makan dulu ye"

Seperti biasa Shira dan Adelia yang akan mengemas meja makan. Shira menghidangkan air jus oren untuk mereka berempat

"Ok sayang,tell me"

"Macam ni,sayang dengan Adelia dah plan suruh anak buah saya berlakon jadi konco konco Zack. Separuh anak buah saya separuh lagi konco Zack. Masa diorang jaga pintu rumah kita,anak buah saya akan bunuh diorang senyap senyap. Tak ada orang yang perasan pun"terang Shira panjang. Harap faham lah.

"Oh, buat plan tak habaq"kata Razin. Dia mencuit hidung Shira.

"Dah abang lambat sangat, kan Adelia?"

"Yep"

Mereka menonton tv bersama. Gelak bersama. Shira tersenyum bahagia. Harapannya adalah mereka akan kekal begini.

"Macam mana diorang semua boleh mati macam tu je? Setahu aku tak ada orang serang kita lagi!"jerit Zack. Mukanya kini memerah menahan marah.

"Saya tak tahu boss. Darah dan kesan luka pun tak ada dekat badan diorang semua"balas seseorang.

"Huh, korang semua memang buat kerja lembab sangat. Bende senang je aku suruh. Aku nak korang semua culik anak dia faham!!"jerit Zack lagi.

"Faham boss"

"Dah pergi buat kerja. Meluat aku tengok muka korang semua"

Semua keluar dari markas itu dan menuju ke rumah Shira. Salah seorang mengarahkan Hakim untuk menculik bayi itu.

Hakim mengangguk sambil tersenyum. Sinis!.

Dia menekan airpod di telinga

"Boss, diorang suruh saya culik anak boss"

"Oh,awak buat je macam pecah masuk rumah saya. Nanti saya bagi plan lain"arah Shira.

Hakim sudah bersiap sedia untuk masuk ke dalam rumah itu. Dia perlahan lahan menyelinap masuk melalui satu lubang kecil yang boleh membuatkan dia masuk ke dalam perumahan itu. Hanya dia sorang sahaja yang tahu tentang lubang itu.

Hakim memanjat beranda rumah itu dengan berhati hati.'Huh semput rasa. Dah lah rumah ni empat tingkat. Nasib tak jatuh' bisik hati Hakim

Dia terus masuk ke dal bilik lalu turun ke bawah untuk berjumpa dengan Shira. Terkejut,tergamam,terkaku semua ter.

Adelia hanya senyum manis,dia tahu yang Hakim membencinya selepas Shira menceritakan semuanya.

Hakim tidak membalas dengan senyuman tapi dia membalas dengan jelingan tajam.

"Boss"dingin sekali suaranya

"Kau tak payah buat sara macam tu"kata Shira. Dia menceritakan dari awal hingga akhir dia berjumpa dengan Adelia.

Hakim mengganguk faham. Dia bersalaman dengan Razin dan Shamir.

"Mana anak anak boss?"

"Dalam bilik tidur. Kau duduk je dekat sini buat buat kau dah mati dalam ni supaya diorang tak perasan"arah Shira

Hakim mengganguk.

[1 Minggu Kemudian]

Adini Adelia sudah sah menjadi isteri kepada Azam Mukhriz pada pukul tiga setengah tadi. Mereka berkahwin dengan cinta yang mekar di lubuk hati

Azam tersenyum memandang Adini yang sedang melihat langit malam di beranda bilik. Azam perlahan lahan mendekati Adini lalu memeluk pinggan ramping isterinya itu.

Adini menoleh kebelakang. Dia memberikan senyuman pada. Azam membalas senyuman itu. Adini pandang ke arah langit semula. Dia memengang tangan Azam yang memeluknya.

"Cantik kan langit malam ni?"

"Cantik sangat, tapi bidadari dekat depan saya ni lagi lah cantik, sampai saya terpaut hati. Akhirnya,jadi jugak isteri saya yang sah" Azam tersenyum. Dia mencium ubun ubun rambut isterinya.

"Ye lah tu. Mana lah tahu awak pernah suka orang lain sebelum kenal saya"duga Adini

"Sayang,takdir dan jodoh dah pertemukan kita berdua, tak kira apa cara sekali pun kalau dah jodoh tetap berjodoh ok"

"Ye lah, saya ingat lagi masa first kita jumpa"

"Hahahaha,ye lah. Ganas betul awak masa tu. Saya pun tak sangka yang Adelia tu kakak awak. Akrina kakak sulung awak. Kecik betulkan dunia ni"kata Azam dan memberikan senyuman pada Adini.

"Yep, dah lah jom masuk bilik. Sejuk dah dekat luar ni"ajak Adini.

Mereka masuk ke dalam bilik. Azam membaringkan diri di sebelah Adini.

"Awak nak tahu tak. Hidup saya sebelum saya kenal awak lain. Dulu selalu kene dera dengan kak Akrina. Kak Adelia kene buang keluarga. Bila kak Adelia balik UK semula,kak Adelia lah yang banyak tolong saya. Tapi sekejap je....."

"Kenapa?"

"Kak Akrina hantar saka untuk rasuk kak Adelia. Dan sekarang Alhamdulillah semua kembali pulih"cerita Adini. Dia sudah tidak mahu perkara yang lepas berlaku semula dalam hidupnya. Shira juga sudah banyak kali di hantar cabaran sesusah ini.

Hanya segelintir sahaja yang tahu apa yang telah terjadi pada Shira tentang kejadian tiga tahun lepas. Kehilangan orang yang kita sayang memberi impak yang sangat sedih.

Tetapi Shira Adeline seorang yang tabah. Dia kuatkan semangat dia untuk terus menuju ke akhirnya. Kuat sungguh seorang perempuan yang bernama Shira Adeline.

Adini ada menalefon kakaknya menanyakan tentang Shira. Alhamdulillah setakat ini masih tiada apa yang berlaku pada mereka.

Tidak lama kemudian Adini sudah dikuasai mimpi.

Shira bergegas keluar dari bilik dan menuju ke arah bilik anaknya. Anaknya sudah bangun dari lenanya. Dia menyusukan anaknya.

Dia masuk semula kedalam bilik

CALL -- Shamir

"Hello"

"Waalaikumussalam,ada apa"

"Ok Shira kau kejut Razin dengan anak anak lepastu kau ambik dokumen penting penting"

Shira mengikut arahan Shamir dalam keadaan tergesa gesa. Dia sudah bau asap di dalam bilik anaknya. Dia terus membalut tubuh anaknya.

"Abang,bangun rumah terbakar!!"jerit Shira

Razin terus bangkit dari lena. Dia mengambil anak lelakinya. Di luar Shamir sudah sedia membantu. Dia mengambil Shikir dan Shamira. Razin dan Shira masuk ke dalam semula untuk ambil dokumen penting.

Rumah itu sudah dijilat api. Tiba tiba sebatang kayu terhempas di atas kedua dua badan mereka. Razin memeluk Shira dengan kemas. Mereka mengucap bersama sama dan menghembuskan nafas terakhir mereka di dalam perlukan. Bibir mereka terukir senyuman.

Shamir terus masuk ke dalam rumah dan melihat tubuh kaku Razin dan Shira. Dia terus manarik tubuh itu keluar.

Ambulan datang dan memasukkan mayat mereka berdua dalam ambulan untuk bedah siasat

Shamir dan Adelia sudah menangis teresak esak. Shikir di dalam pelukan Shamir turun menangis. Shamir memeluk Shikir dengan kemas.

"Ya Allah,biy kenapa semua ni terjadi dekat Shira dan Razin?"

"Allah lebih sayangkan mereka berdua"

Di tanah perkuburan islam

"Raz,aku janji dengan kau aku akan jaga Shakir dan Shamira untuk kau. Aku doakan kau dengan Shira tenang di sana

Adelia memeluk tubuh Shamir sambil menangis. Dia memengang batu nisan milik Shira.

Dia baru sahaja mengecapi bahagia,tapi sudah di ambil nyawa.

"Dah dah,Allah uji diorang sebab Allah sayang diorang. Bagilah diorang berehat dekat sana. Dah banyak bende buruk terjadi dekat diorang. Biar diorang tenang di sana"ucap Shamir yang menahan tangis

Kawan dan boss yang sentiasa ada bersamanya sudah bertemu dengan pencipta.

Azam menepuk bahu Shamir perlahan. Dia tahu Shamir sedih begitu juga dengannya.

Adini memeluk kakaknya. Dia mengusap perlahan kepala kakaknya itu.

"Dah,jom balik ada budak tunggu dekat rumah"ajak Azam

Mereka mengganguk dan masuk di dalam kereta.

Tiba sahaja di rumah. Shamir terus memeluk Shakir.

"Uncle janji,uncle akan jaga Shakir dan adik macam anak uncle sendiri"kata Shamir. Dia mencium kedua dua belah pipi Shakir.

"Aunty pon sama"Adelia juga turut memeluk tubuh Shamira.

Mereka berjanji akan menjaga Shakir dan Shamira. Sayang mereka tidak akan berubah. Hanya ajal yang boleh memisahkan mereka.

Share this novel

norsila
2021-10-17 11:19:05 

ok2 dah tukar tajuk smbungan..hehe ok tq.

norsila
2021-10-16 23:01:20 

dah tamat ke lom ni? tk suka kesudahannya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience