Rate

Bab Satu

Romance Series 7445

"kalau tak boleh cakap je sayang. Abang tak marah.. Abang nak Nurin percaya yang abang sayang kat Nurin sampai mati.... Semua yang abang buat ni atas kehendak mama. Mama tak punya waktu lama lagi.. Abang tak mampu nak tolak permintaan dia. Terngiang-ngiang kata-kata Nazri saat kami bertemu empat mata berbincang mengenai hal ini.. serentak perasaan hiba melanda.. ya tuhan, aku tak punya sesiapa lagi... Keriangan 3 tahun lepas bagai lenyap sekelip mata. Direntap, diragut dek kerana alasan tidak dapat memberikan zuriat, Nurin terpaksa redha dengan kemahuan sang suami untuk berkahwin lain. Didesak oleh ibu mertua yang mahukan cucu dengan kadar segera kerana faktor umur menguatkan lagi alasan sang suami.
***********************************************************

"Kau dah fikir masak-masak ke Nurin. Baru 3 tahun la, baru lagi. Aku tak rasa korang bermasalah, mungkin tuhan belum nak bagi rezeki lagi....Kau setuju ke Si Nazri tu nak kawin lain?. kenapa eh si Nazri tu bukan main beriya nak anak. Dia tak kesian kat kau ke!! Tiba-tiba kata-kata sahabat baik ku Rashidah bermain difikiran.. Meluap-luap marahnya... "Aku tak ada pilihan la shida Walaupun hati aku kecewa dengan keputusan Nazri, aku kena redha.. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni"... luah Nurin lemah...
"Hmm.. Aku harap kau bersabar..Aku nak kau kuat Nurin. Kau berpendidikan dan bekerjaya. Tanpa Nazri pun kau boleh hidup sendiri. Sebagai sahabat aku sentiasa doakan kebahagian kau.. Aku sayang kau Nurin."..
Ungkap Rashidah sebak mengakhiri perbualan telefon kami 2bulan lepas..
Semenjak itu aku masih belum menghubunginya lagi untuk bertanyakan khabar..
Rashidah Zainal Abidin, rakan sekuliahku. 4 tahun bersusah payah, pahit getir bersama demi meraih segulung ijazah. Sudah masak benar dia dengan perangaiku... senyum ku sendiri setiap kali teringat kenangan lalu.
***********************************************************

Maniskah bermadu.. mampukah aku bertahan... Usia perkongsian kasih ini masih lagi mentah... Bercelaru mindaku memikirkannya.. Hampir sebulan setengah sudah aku berkongsi cinta hatiku bersama Sakinah. Nama yang sering menjadi sebutan ibu mertuaku. Maduku Sakinah belum pernah lagi kami bersua. Hatiku, jasadku masih belum bersedia untuk berjumpanya.. Dari apa yang ku dengar daripada ibu mertua ku, Sakinah ni cantik dan berkedudukan.. maka baka yang terhasil daripada penyatuan Nazri dan Sakinah nanti pastilah comel dan cantik.. itu yang diangankan Puan Intan, ibu mertuaku.. betapa lukanya hati dan perasaan ku setiap kali nama itu disebut...

**********************************************************

"Abang akan ke Bali minggu depan. Nurin ok ke nanti bila abang tak ada. Abang harap Nurin faham situasi abang".. Perlahan dan teratur Nazri menyusun ayat.. mungkin dah bersedia jika apa-apa berlaku.. bimbang hatiku terluka..

"Abang"... sapaku perlahan saat Nazri berselera menjamah sarapan diatas meja..
"Ya Sayang".. Kunyahan Nazri terhenti saat aku memanggilnya...
"Nurin nak minta izin abang untuk ke Sabah sementara abang tak ada nanti... Nurin pun harap abang dapat faham situasi Nurin".. tunduk Nurin memulakan perbualan.
Nazrin menghela nafas perlahan.. kasih sayangnya kepada Nurin tak pernah berbelah bahagi.. Walaupun rumah tangganya diduga, cintanya pada Nurin tak pernah kurang.
Nazri cuba mencari kekuatan untuk mencari jawapan permintaan Nurin. Masing-masing kelu dan senyap...
Selang beberapa ketika Nazri bersuara..Baiklah..Abang izinkan. Tapi dengan satu syarat.. Nurin kena hubungi abang sekurang-kurangnya dua kali sehari..pinta Nazri bersungguh...
Nurin hanya menganguk perlahan dan senyum kelatnya nampak benar terukir tanpa sedar..
Nazri meraih tangan isterinya..Terima kasih sayang kerana faham situasi abang.. abang sangat hargainya.. tangan Nurin dikucup penuh kasih..
Nurin hanya memandang kosong.. bersediakah aku dengan perjalanan hidup baruku ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience