bab 4

Romance Completed 843443

Pintu diketuk dari luar dan terdengar suara membenarkan masuk dari dalam.
Seorang wanita seksi dan cantik melangkah masuk dengan lemah gemalai dan melebarkan senyum meskipun yang dia hadiahkan senyuman selamat pagi itu tidak melihatnya kerana seakan kusyuk tertunduk ke bawah.

" bos minggu depan geng praktikal sampai" ucap Lili selaku PA kepada Soffian yang telah menjadi pengurus KENTARA HOLDING sejak beberapa tahun lalu penubuhan syarikat itu.

Lelaki yang berusia dua puluh tujuh tahun itu mendongak melihat Lili yang sedang berdiri di depannya.
Dia menyungging senyum ,Soffian merupakan seorang lelaki yang berperibadian cukup membuatkan wanita mana pun akan cair hanya melihat renungannya,sentiasa tersenyum dan menggoda.

" Emm...ini senarai nama dan juga profil mereka,kali ini target kita pada Universiti M dan ada lagi dua kolej lain" Lili menghulurkan satu fail yang mengandungi maklumat para pelatih yang akan datang ke syarikat itu.

" letak di situ dulu,nanti saya akan hubungi bos besar,target kita kali ini mesti bukan calang calang...melihat kepada profil diorang,pointer tinggi semuanya" beberapa helai kertas maklumat diri pelajar itu dibelek rambang.

" ya bos,sekurangnya kedatangan diorang ni akan ringankan beban kerja kita juga kan,mereka masih fresh otak pun masih baru maka tak mustahil akan naikkan target kita beberapa bulan yang akan datang" ucap Lily dengan gembira.

Dia tahu dengan kehadiran graduan untuk membuat latihan industri di syarikat ini pasti akan ada tenaga baru yang berpotensi akan diserap terus dan sekaligus akan menaikkan target perniagaan mereka.

" ya,harap begitulah,tapi kita kena bincang dulu dengan bos besar,ini merupakan cabang pertama yang terbesar miliknya so,apa apa kemungkinan berlaku akan memberikan kesan kepada cabang yang lain juga,sebab dalam beberapa tahun ini syarikat inilah yang paling banyak lahirkan graduan yang mantap" tegas Soffian.

Beberapa tahun ini syarikat milik rakan baiknya itu telah diberikan kepercayaan kepadanya untuk menguruskan semuanya.

Bos besar syarikat itu bukan sahaja rakan baiknya malah begitu percayakan kebolehannya untuk mengelola tugas dan memberikan amanah kepadanya.

Sejak syarikat itu ditubuhkan dia adalah orang pertama yang menjadi pengurus di situ sehingga sekarang.

"ok bos kalau tak ada apa apa saya keluar dulu" Lili memohon diri keluar setelah mendengar deringan telefon milik Soffian berdering.
Dia sebenarnya tidak betah tinggal lama di dalam bilik itu bersama Soffian yang sering melirik ke arahnya,memang selalu nakal mata Soffian,selalu ambil kesempatan dalam kesempitan.
Meskipun ianya berlaku seharian terpaksa berkerja dengan ruangan yang sama dengan Soffian tetap sahaja Lili bertahan kerana itu adalah kerjanya.

Soffian memang kalau dilihat merupakan mata keranjang tetapi cuma melirik sahaja kepadanya tetapi tidak pernah membuat hal di luar batasan.
Memang semua sifat lelaki begitu suka melihat yang indah di depan mata apatah lagi yang suka sendiri pamerkan setiap susuk badan dan terbuka.
Tidak boleh salahkan lelaki semata kerana perempuan yang memberikan peluang itu.
Lili juga salah seorang daripada wanita yang suka mendedahkan tubuh ,selalu berpakaian seksi bukan untuk menggoda tetapi baginya itu adalah penampilan seadanya.
Mungkin kerana tugasnya sebagai pembantu peribadi membuatkannya harus selalu berpakaian kemas dan tentunya seksi.

Bagi pandangan sesetengah orang pasti akan memandang dengan pandangan wanita penggoda tetapi itulah penampilannya sejak mula bekerja dan ternyata tidak ada larangan daripada bosnya itu.

Selagi dia selesa selagi itulah dia akan menampilkan semua.
Janji dia bahagia dengan caranya.

Sofian mengibaskan tangan dan mengangkat panggilan itu.

"hello bos" dia menjawab segera panggilan itu kerana tahu bagaimana sikap bos besarnya yang tidak suka menunggu lama jika dia memanggil.

"ya...ya..ok..jam sepuluh aku sampai" telefon dimatikan segera blazer coatnya diambil dan dipakai.

"Lili,saya ada perjumpaan dengan bos besar,so hari ini batalkan semua oppointment" ucapnya sebelum berangkat keluar dan Lili mengangguk faham.

.....
.......

Selepas menerima panggilan itu Soffian bergegas keluar dari pejabatnya kerana ada temujanji dengan pemilik syarikat tempat dia berkerja itu.

"hei bro ..lama tak jumpa" mereka berpelukan sekadar melepaskan rindu berjumpa sahabat lama.

"duduklah" Soffian melabuhkan punggungnya dan segera memesan minum dan makanan.

"apa cerita perkembangan syarikat ? " tanya lelaki tampan di depannya itu.
Sebenarnya antara mereka berdua tidak banyak bezanya masing-masing punyai ketampanan tersendiri dan pastinya menjadi idaman wanita.
Berbadan sasa,tinggi dan berketerampilan menarik.
Soffian tergelak kecil tidak terus menjawab pertanyaan itu.

"alhamdulillah,so far so good,sesekali tu kau jenguklah kat sana,cuci mata,bos pun kena turun padang kut,bagi motivasi,nasihat kat pekerja ker apa ,ni mentang mentang jadi bos besar serah kan pada aku terus" rungut Sofian .

"aku buzy lagi,banyak benda aku nak kena uruskan ,insyaallah minggu depan aku ke sana,selesai projek mega yang satu ini" dia menghulurkan fail kepada Sofian.

Soffian membuka dan meneliti satu persatu dan tertegun.

"wow,besar ni..budget lagi besar dari yang terdahulu...bertambah kaya kau bro" Sofian berkata dengan gembira.

"alhamdulillah rezeki...sejak beberapa bulan ni memang banyak projek masuk berbanding dengan tahun sebelumnya dan masa juga dah jadi semakin terbatas" balasnya.
Sebenarnya sejak dia menikahi Puteri Arabella banyak tender dan projek dia menangi sampaikan beberapa daripadanya harus dia tolak dan hentikan sementara,mungkin itu yang dinamakan rezeki dalam pernikahan.
"Hei Karl...sebelum aku lupa...minggu depan kebetulan KENTARA HOLDING akan datang budak budak lagi...maksud aku geng praktikal" sebelum terlupa Sofian mengingatkan.

Ya KENTARA HOLDING adalah milik Karl Eusoff dibawah jagaan Soffian kini.

"emmm...good..aku nak kau bimbing mereka macam biasa,kalau ada masa emailkan aku profil mereka"

"yes bos...apa perkembangan kau sekarang?" tanya Soffian yang dia maksudkan adalah hubungan antara Karl dan juga Tania.

"maksud kau antara aku dan Tania?" Karl bertanya balik,faham apa yang dimaksudkan oleh Soffian.

'"ya..mana lah tahu dah ada berita baik...dapat baby ker apa tahun ni" lirih Sofian sambil tergelak.

Karl juga turut tergelak,dalam fikirannya dan impiannya memang tidak selaras .

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka,namun bagi kehidupannya dengan Tania buat masa ini berbeza.

" hei..why?" tanya Sofian membuatkan Karl sedikit terkejut,tadi dia sempat termenung memikirkan pertanyaan sahabatnya itu.

" nothing...biasa aja,hubungan kami ok..tapi soal anak kami dah bincang buat masa ni memang hold dulu" ucap nya dengan nada datar.

Setahun lebih pernikahannya dengan Tania seharusnya sudah dapat berita kehadiran malaikat kecil dalam hidup mereka namun demi kerana Tania dan cita cita besarnya itu Karl terpaksa menahan segala rasa.
Dia juga inginkan detik indah saat suara kecil memanggil namanya dengan gelaran ayah,papa,abah ataupun daddy.

" kelamaan pun jadi reput juga nanti bro,aku faham ni mesti Tania yang tak nak bukannya kau" Sofian tahu macam mana Tania .
Mereka satu kampus dulu dan kisah percintaan antara Karl dan Tania juga dia tahu.
Macam mana perjalanan Karl berusaha mendapatkan wanita itu meskipun terpaksa merebut dari orang lain.

Banyak persaingan kerana Tania merupakan wanita yang menarik dan cantik dan ditambahkan dengan sikap penggodanya.
Karl berusaha keras mendapatkan wanita itu meskipun terpaksa mematahkan hati lelaki lain terutamanya satu nama yang sehingga kini Soffian ingat iaitu Zakir Zaman yang ketika itu merupakan salah seorang kekasih hati Tania.
Namun kerana satu kesalahan yang dilakukan lelaki itu membuatkan Tania berbalik arah dan menjadi dekat dengan Karl sahabatnya itu.
Karl seorang pencinta yang setia ,tetap memilih Tania meskipun ada rintangan dalam usaha dia mendapatkan Tania,tentang keluarga juga dia rela tentang dan akhirnya dia menang kerana berjaya menikahi wanita itu.

Setelah berdiam seketika Karl bersuara lagi
" dia nak kembangkan kerjaya dia dulu dan aku tak nak desak dia ,tak nak keruhkan dan dinginkan hubungan kami,maybe setahun dua lagi aku berikan waktu buat dia" lirih Karl sambil termenung.

" haha...lepas setahun dua lagi apa? kau nak buka cawangan baru? nikah lagi dan tinggalkan dia ? " tanya Sofian sambil tergelak mengejek.

Dia juga kasihan melihat sahabat baiknya itu,kerana buta menilai cinta akhirnya jatuh ke lembah penghambaan ini.
Tania adalah wanita yang Karl cintai sepenuh hati sampai sanggup lakukan apa sahaja,berhabis jutaan ringgit pun sanggup asalkan Tania dapat apa yang dia inginkan.

" kau terlalu menjadi hamba cintanya Karl,takut dia bertambah keras kepala,segala kemahuannya kau turuti tapi kemahuan dan keinginan kau apa yang dia ikut?" Karl hanya mengeluh berat apa yang dikatakan sahabat baiknya itu adalah benar.

Tetapi kerana terlalu cintakan Tania dia seolah buta tentang keadaan sekelilingnya.

Semasa awal pernikahan dulu pun dia selalu berdebat mulut dengan Tania tentang kerjayanya yang selalu keluar kota dan meninggalkan dia sendirian,ada isteri tetapi ibarat sendiri.

Ibunya dan Kakaknya Karina selalu memberikan nasihat agar tidak menikah dengan perempuan sebegitu tetapi dia tetap berkeras untuk menikahi Tania.

Biarpun tidak berapa suka ibunya terpaksa mengalah jua menerima Tania sebagai menantunya.

Pelbagai alasan yang Tania berikan apabila dia mengajak untuk ke rumah ibunya tetapi dia terpaksa akur jua kerana tahu Tania tidak akan betah berada lama di rumah ibunya dan ditambah lagi mulut puaka kakaknya itu.

" kau kalau rasa kesunyian lebih baik pasang sorang lagi,cari isteri no 2 kan senang cerita sekurangnya ada juga teman tidur,teman borak,..." sambung Soffian sengaja ingin menduga Karl.
" dan teman aku luahkan perasaan...." tambahnya lagi.

Bercerita tentang isteri kedua dia juga sudah pun memiliki tetapi hanya setakat menjadi status kedua sahaja tidak lebih daripada itu.

Puteri Arabella wanita cantik dan solehah yang dia nikahi hampir empat bulan yang lalu,tinggal sebumbung dengan mereka namun hanya sebatas itu.

Dia tidak pernah melirik sekali pun Puteri Arabella,tetapi dia tidak pernah lupa memberikan nafkah zahir kepadanya tetapi yang anehnya sehingga kini dia tidak pernah mendapat notifikasi yang Puteri Arabella menggunakan duitnya.

Dia tidak pernah bertanya atau ingin tahu darimana isteri keduanya itu dapat duit untuk keperluan harian sedangkan kad kredit yang dia buat khas untuknya tidak pernah Puteri Arabella gunakan.

"hey bro? kau terfikir apa lagi? kau mampu nikah lebih kan?" Karl memandang ke arah Soffian entah perlu atau tidak dia memberitahu Soffian yang dia sudah pun memiliki seorang lagi isteri.

" ini soal hati Pian..bukan senang nak buat semua itu..", lirihnya.

" apa susahnya ,kau suruh aja ibu dan kak long kau pinangkan gadis cantik,nikah senang kan?"

" kau kata senanglah,yang kau tu sehingga sekarang tak nikah lagi apa cerita kalau perempuan tu mudah nak cari nikah lah"

" aku? nikah yang terakhir sekali aku lakukan dalam hidup aku,aku tak nak terjerat dalam cinta buta macam kau,aku nak perempuan itu akan bahagiakan aku lahir dan batin,seorang perempuan yang akan setia menemani aku saat senang dan susah bukan inginkan aku semata melihat kekayaan atau kemewahan semata tetapi sanggup hadapi badai bersama" ceramah Soffian panjang lebar dengan tangan dan matanya seolah membayangkan seorang wanita yang cantik dan solehah.

Dia tahu dia seorang lelaki yang suka lihat perempuan yang seksi namun untuk dijadikan isteri dia akan memilih yang menutup semuanya.

" tinggi angan angan kau bro,aku harap kau dapat apa yang kau nak,asalkan jangan bini orang sudah" timbal Karl sambil tergelak.

" kalau bini orang pun apa salahnya...asalkan dia nak kan aku" kini mereka tergelak bersama.

Ciri-ciri wanita dalam gambaran sahabat karibnya itu persis seperti isteri keduanya itu,cantik dan solehah namun hatinya tetap kepada Tania saat ini.
Mungkin kerana cinta belum lagi hadir dalam dirinya untuk wanita itu,tetapi jika itu terjadi pastinya akan jadi hal yang lain pula.
Sebenarnya hatinya belum lagi siap untuk jatuh cinta lagi,membahagikan cintanya menjadi dua ataupun tiga.

Setakat ini hanya Tania yang dia cintai dan tidak mungkin akan ada wanita lain yang akan bertakhta di hatinya lagi.

Namun dia juga tidak mampu menyangkal jika tiupan cinta itu akan hadir lagi di hatinya kerana dia juga adalah insan biasa yang bisa khilaf bila masa pun dan jika dikatakan satu kesalahan itu bukan satu dosa jika suatu saat juga dia akan jatuh cinta kepada isteri keduanya itu.

Tidak ada yang mampu menolak takdir tuhan.
Hadir Puteri Arabella sebagai isteri kedua bukan pintanya namun dia terpaksa juga jalaninya dengan hati yang berat .
Dia hanya tidak mahu terus melanggar kemahuan ibunya sahaja kerana pernikahan dia dengan Tania juga dapat tentangan dari ibunya namun kerana terpaksa ibunya merestui jua.

Tapi kali ini dia sendiri seolah tidak mampu lagi untuk menepisnya kerana tidak sanggup lagi untuk hampakan harapan ibunya .

"sedang fikir calon nombor 2? " Soffian menepuk bahu Karl membuatkan dia terkejut.
Betul ingatannya adalah kepada isteri keduanya itu.
Isteri yang dia tidak pernah hiraukan apatah lagi untuk dia sentuh.

"kalau ya pun kenapa? bukan tadi kau kata aku mampu?" Karl kembali mengenakan Soffian padahal apa yang dikatakan oleh Soffian itu betul.

"kau memang layak..bukan sahaja dua,malah empat ...kau kaya...mantap apa lagi nak disangkalkan"

"senang kau cakap...kau sendiri pun masih single"

"macam aku kata tadi,jodoh aku mungkin sedang dijaga orang sekarang ni..." Soffian ketawa besar,entah apa yang dia patut sarankan lagi buat sahabatnya itu,dia tahu Karl tidak sebahagia yang digambarkan ketika ini.

Mereka sudah lama berkawan dan dia tahu macam mana perjalanan hidup kawannya itu,riak wajah dan dari pertuturan pun boleh dia baca apatah lagi dia tahu yang kawannya itu menyimpan rahsia besar daripadanya.

"bro..kalau kau ada masalah tu kongsi jangan pendam"

"mana ada,aku ok..dan rumahtangga aku juga ok..kau jangan risaulah..tak ada rahsia" ucap Karl lirih.

"ok..tapi kalau kau perlukan teman untuk kau curahkan masalah kau aku sedia..kita dah lama kenal bro,aku tahu kau ada problem tapi aku tak akan paksa kau ceritakan...aku tunggu" Soffian menepuk perlahan bahu Karl seolah memberikan semangat kepada kawan karibnya itu.

Karl mengangguk kerana dia tahu lambat laun pasti rahsianya akan terbongkar jua,namun buat masa ini biarlah rahsia pernikahannya dengan Puteri Arabella hanya mereka sahaja yang tahu.
Sebab banyak hati yang kena jaga.
Biar masa menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience