BAB 13

Romance Completed 67139

       ADARA memandang sepi pada dokumen yang berada atas meja kecil di tepi katil miliknya. Rambut hitamnya yang panjang diikat menjadi sanggul dibuka. Dia segera merebahkan diri di atas katil empuk tersebut.

Mata dipejamkan cuba untuk berehat. Mahu melupakan segala-gala yang berlaku pada hari ini. Namun tanpa dipinta kata-kata Aiden kembali menerjah ke dalam kotak mindanya.

“It's not my fault, when fate want us to be together, woman.”

Adara menekup wajah dengan bantal peluknya. Tangannya tak henti memukul bantal tersebut dengan geram. Kaki bergerak-gerak seolah menendang sesuatu di dalam selimut, dia cuba melepaskan rasa geramnya terhadap Aiden pada ketika itu.

“Aku benci kau, Aiden. Benci! Dasar suka ambil kesempatan dalam kesempitan aku. Sengaja nak buat aku merana dalam diam.”

Rungut Adara membebel seorang diri. Tak puas hati dengan Aiden. Ikutkan hati, lelaki itu bagilah masa sebanyak mana pun, dia memang
takkan setuju.

Tapi ini semuanya hanya kerana Iqbal!

Dia akan setuju....

Atau tak?

Argh, dia masih tak boleh keputusan. Adara menjeling tajam ke arah dokumen yang diserahkan oleh Aiden kepada dirinya. Dia melepaskan keluhan berat.

“Kenapa Iqbal tinggalkan Ara?”

Bisik hati kecil Adara apabila matanya jatuh pada cincin pertunangannya bersama Iqbal. Tipulah kalau dia tak terasa sedih apabila memikirkan perkara itu. Tapi nak buat macam mana.

Tiada apa yang dia boleh ubah sekarang. Nasi dah menjadi bubur. Iqbal dah tinggalkan dia tanpa penjelasan sekali lagi apabila mereka bertemu di rumah Aiden.

Adara memandang kosong pada siling bilik, cuba mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan tentang Iqbal yang hilang tanpa khabar berita.

Tetapi kali ini, fikirannya berbalik semula kepada Aiden. Adara memasamkan wajah apabila wajah Aiden berlayar di fikiran.

Masih segar lagi di ingatannya bagaimana Aiden menerangkan kepada dia tentang perkahwinan kontrak yang ditawarkan oleh lelaki itu kepada dia.

“Manipulative.”

Ejek Adara di dalam hati apabila teringat Aiden yang cuba buat dia bersetuju dengan apa sahaja yang dirancang oleh lelaki itu sendiri.

Pada masa yang sama, Adara tersedar sesuatu. Kenapa dia perlu jadi isteri kepada Aiden, kalau mereka boleh saja menjadi business partner seperti yang dikatakan oleh Aiden sendiri?

Adara terdiam sejenak. Memikirkan apa-apa kemungkinan di sebalik perjanjian antara dia dan Aiden. Namun tiada satu pun muncul di fikiran. Aiden bagaikan puzzle.

Apa yang difikirkan oleh Aiden langsung tak dapat di agak. Fikiran dan hati lelaki itu sukar dibaca. Atau dengan kata lain,

Complicated.

Adara menggulingkan mata apabila menyedari  dia leka memikirkan tentang Aiden. Tangannya menampar lembut pipinya cuba menyedarkan diri.

Untuk seketika, Adara terfikir bagaimana mahu menjelaskan kepada Nek Kalsum kalau dia benar-benar menerima tawaran Aiden. Apa dia nak cakap?

“Nek, Ara nak kahwin.”

Macam tu? Mahu masuk hospital lagi Nek Kalsum dengar kata-kata hikmat itu keluar dari mulut Adara. Adara mengeleng kepala. Tak mahu keadaan itu terjadi.

Kini, dia terfikir apa pula reaksi Adila kalau dia menceritakan segalanya kepada kawan baiknya itu. Adara meraup muka apabila terbayang wajah Adila yang mengamuk kalau dia rahsiakan perkara ini.

Sejujurnya, dia takut. Dia takut Adila akan suruh dia lupakan sahaja tentang tawaran Aiden. Sebab dia tak nak lepaskan peluang untuk berjumpa Iqbal semula.

Cakaplah dia apa-apa sahaja. Dia tak kisah. Tapi dia takkan putus asa selagi tak tahu mengapa dia ditinggalkan oleh orang yang dicintai sepenuh hati.

Adara memejam mata. Cuba berlayar ke alam mimpi dengan segera. Mengharapkan semua ini akan berakhir dan sebenarnya hanyalah mimpi semata.

   

       KOT hitam yang tersarung pada tubuh dibuka. Meninggalkan kemeja putih bersama seluar slack hitam saja pada tubuh Aiden. Tangan kirinya menarik tie pada lehernya dengan mudah.

Kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan melegakan otot leher yang terasa tegang. Jelas kelihatan urat-uratnya yang berselirat pada tangannya apabila berbuat demikian.

Aiden mengatur langkah ke balkoni biliknya. Angin malam yang sejuk menerpa wajahnya membuatkan dia melepaskan nafas lega. Tubuhnya disandarkan pada kerusi yang berada di situ.

Rambut hitam keperangan miliknya beralun lembut mengikut rentak angin. Matanya fokus melihat sesuatu di dalam Iphone miliknya. Tak lama kemudian, sebuah nombor ditekan untuk dihubungi.

Sebaik menekan butang loudspeaker, Aiden meletakkan iphone tersebut di sebelahnya sementara dia membuang pandangan pada kepekatan malam itu.

“Yow, what's up?”

Kedengaran suara garau seseorang di hujung talian sebaik disambungkan.

“Dani. Track him.” Arah Aiden tanpa perlu menjelaskan dengan lebih lanjut. Buang masa.

“Dani? Seriously, him?” Tanya pemilik suara tadi dengan nada tak percaya. Takut dia tersalah dengar. Mahu pastikan Aiden maksudkan Dani yang dia kenal atau Dani lain.

“Aryan, yes it's him.”

Jawapan Aiden sudah cukup menjelaskan bahawa Dani mereka katakan sekarang ini adalah Dani yang dia kenal.

“Jangan kata dia khianat-”

“Not yet. Tapi ada possibility he will.”

“Damn.”

Aryan terdiam tak percaya. Dia turut percayakan Dani. Tak sangka orang kepercayaan mereka akan bertindak sebegini.

“Doesn't matter. Just find him.”

Aiden mengingatkan Aryan kembali apabila menyedari talian tiba-tiba senyap.

“Yeah, aku tahu. But, kenapa tak suruh Dayyan?” Tanya Aryan cuba mengelak daripada tugasan Aiden serahkan kepada dia.

“Dayyan busy. Aku bagi kerja lain untuk dia.”

“Aku pun busy-”

“Busy dengan perempuan? Kau ingat aku tak tahu? Do the damn job or else, Aryan Qalish.”

Aryan mengalah. Tahu tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Kalau Aiden kata A, maka tetap A jugalah jawapannya sampai kiamat sekali pun.

“Fine, I do it.”

Aiden berpuas hati dengan jawapan tersebut. Dia lantas berdiri. iPhone dibawa bersama masuk ke dalam bilik. Pintu balkoninya dikunci.

“Bila kau nak datang sini? Ramai nak jumpa kau.” Aiden diam.

“Tak tahu lagi. Aku ada benda nak settle dekat sini. Maybe lepas dah selesai semua aku fly sana.”

Sebaik sahaja jawapan itu diberikan oleh Aiden, suara gedik seorang perempuan kedengaran dari hujung talian.

“Baby, you kata nak main dengan I...”

Aiden mengerutkan wajah. Tangannya pantas mengambil iphone miliknya melihat Aryan yang masih tidak menamatkan panggilan.

That playboy. “Sorry, got to go.”

Suara miang Aryan menyapa pendengaran milik Aiden membuatkan dia mengeleng kepala.

“Stop sleeping around, Aryan.”

“Stop killing around, Aiden. Ciao.”

Panggilan serta-merta ditamatkan. Aiden menjulingkan mata dengan annoyed. Dia membuka butang bajunya satu persatu. Ingin membersihkan diri sebelum masuk tidur.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air. Shower dibuka. Air sejuk itu laju membasahi tubuh Aiden. Kepalanya ditundukkan di bawah pancuran tersebut. Tangannya dilarikan pada rambutnya yang basah.

Matanya dipejam cuba menghilangkan segala yang berada di dalam kepalanya. Dari kejadian Dani yang kembali pada rumahnya tanpa pengetahuan dia sehingga perbualannya bersama sahabat baik, Aryan tadi.

Kini, hanya satu perkara sahaja yang masih berada di dalam kepalanya yang dia tak boleh hapuskan pada ketika ini. Atau sebenarnya bukan perkara. Tetapi seseorang,

Iaitu Adara.

“What's wrong with me?”

      

     “DANI, come on! Enjoy!” Kuat suara Zack kedengaran cuba menandingi suasana bising di dalam kelab malam haram itu. Dani langsung tidak menghiraukan kata-kata Zack.

Anak matanya mencari Ray, pemberi maklumatnya. Dia sendiri tak tahu mengapa lelaki itu membawa dia ke sini. Dia masih tertekan apabila teringat pertemuannya dengan Adara tadi.

“Kau kenapa Dani? Stres je. Kau tak nak try perempuan dekat sini? Boleh hilangkan stres kau. Amacam?”

Cadang Zack sambil mengerakkan-gerakkan keningnya. Mulutnya dimuncungkan ke arah sekumpulan perempuan yang berskirt pendek tak jauh dari mereka berdua.

Dani malas melayan. Dianggap sahaja lelaki bernama Zack itu seperti tak wujud. Entah bagaimana Zack mengenali diri dia pun dia tak tahu.

“Shut up.” Dingin Dani membalas. Tak mahu diganggu.

“Jangan risau, Aiden takkan jumpa kau dekat sini. Dia takkan tahu. Chill, bro.”  Terang Zack.

Dani sedikit terkejut apabila mendengar kata-kata Zack. Tapi dia diamkan sahaja.

“Kalau kau rasa aku risau pasal Aiden, no. Bukan dia.”

Dani pandang Zack. Cuba memastikan jika mereka pernah bertemu sebelum ini sepanjang dia bekerja untuk Aiden.

“Dah tu siapa?”

“None of your business, weirdo.”

Dani bangun ingin meninggalkan tempat tersebut. Sudah tak tahan dengan Zack yang seperti sedang menyoal siasat dia dari tadi.

“Woah, woah okay. I get it. No need to leave bro. Enjoy the night.”

Zack menahan Dani daripada pergi. Dani menghentikan langkah. Mahu duduk semula memandangkan Ray masih tidak sampai lagi.

“By the way, who's the girl? Bagus sangat ke dia layan kau sampai-”

Belum sempat Zack menghabiskan kata-katanya, laju sampai penumbuk Dani singgah pada wajah Zack tanpa amaran.

Naik turun dada Dani menahan amarah di dada apabila mendengar Zack menghina Adara sebegitu sekali di hadapan dia. Zack yang sudah terdorong ke belakang memegang wajahnya yang terasa sakit teramat.

Lelaki itu masih berani tersenyum sinis walaupun bibirnya sudah pecah dek kerana tumbukan padu daripada Dani.

“Sekali lagi, kau cakap tunang aku macam tu. Aku bunuh kau!”

Laung Dani masih tak puas hati. Sekali lagi penumbuknya ingin dilayangkan pada Zack tetapi dihalang oleh Ray yang tiba-tiba muncul.

“Dani, relaks. Relaks!”

“Pergi matilah, bodoh!”

Dani melepaskan pegangan Ray pada tubuhnya dengan paksa. Dia segera menuju ke pintu keluar. Tetapi, tangannya ditahan seseorang.

“Jangan kacau akulah, bangsat! Tak faham bahasa ke?”

Dani menoleh dengan perasaan marah yang meluap-luap. Gerangan orang dihadapannya membuatkan dia tersentak.

“King.”

       KEESOKAN harinya, Adila sudah tercongok dihadapan bilik Adara mahu mengejut sahabat dunia akhiratnya itu. Mujurlah ada Nek Kalsum tadi membuka pintu rumah untuk dia.

Nak harapkan Adara yang tidur lepas solat subuh, memang lambat lagilah dia masuk rumah tersebut. Mahu subuh esok baru dia masuk agaknya.

Tombol pintu bilik Adara dipusing. Daun pintu dikuak sedikit menyerlahkan Adara masih lena diulit mimpi. Adila mengerling jam dinding yang menunjukkan pukul 9 pagi. Nasib hari ini hari minggu.

Kalau tak, mahu kena bebel Adara dengan Encik Khairul lambat masuk kerja. Adila melangkah mendekati Adara. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

Dia menggoncang tubuh Adara dengan perlahan cuba mengejutkan gadis itu. Almaklumlah, orang tua-tua kata kejut orang tidur jangan ganas sangat. Nanti roh dia terkejut. Tak gitu?

Namun masih tiada apa yang berlaku. Adara masih lena. Sah, tidur mati ni. Adila kembali menyelimutkan Adara kerana rasa kasihan.

Nampak macam penat sangat. Buat apa semalam pun dia tak tahu. Alarm Samsung Adara yang memekak dari tadi ditutup oleh Adila dengan rasa menyampah. Bising pagi-pagi buta.

Pandangan Adila jatuh pada sebuah fail dokumen yang berada di sebelah katil milik Adara. Adila rasa pelik.

Sesibuk manapun Adara, dia tahu Adara takkan bawa balik kerjanya ke rumah walau sekalipun. Kawan dia tu lagi sanggup bersengkang mata di pejabat daripada di rumah.

Lagipun perkara kecil je pun kan kalau Adara nak bawa kerja dia ke apa. Bukan Adara bawak laki balik rumah pun. Tapi kalau dah namanya Adila.

Semua benda dia nak besarkan.

Atas sebab rasa busybody mula menguasai diri Adila, gatal sahaja tangannya mencapai dokumen tersebut. Nak tahu jugak kerja apa yang penting Adara perlu bawa sampai ke rumah.

Satu persatu helaian muka surat itu diselak oleh Adila. Setiap perkataan dibaca dengan penuh teliti tak mahu meninggalkan sebarang maklumat sekali pun.

Adila membulatkan mata tak percaya apa yang dibaca olehnya. Mulutnya yang terbuka ditutup dengan menggunakan tangan. Pada mulanya, dia ingatkan itu hanya kontrak perjanjian biasa. Tapi rupanya...

“Kontrak kahwin?!”

Suara Adila terjerit kecil masih tak dapat mencerna perkara itu di dalam otaknya. Suara nyaring Adila berjaya mengejutkan Adara dari tidur.

Adara yang masih mamai terus tersedar apabila menyedari dokumen perjanjiannya dengan Aiden berada pada Adila. Hilang kantuknya tadi. Segar bugar matanya.

Adara terus menutup mulut Adila risau kawannya itu menjerit sekali lagi. Adara membuat wajah merayu kepada Adila untuk terus diam. Adila mengangguk tanda faham.

“Shhh, nanti nenek dengar.”

“Nenek baru keluar pergi pasar masa aku masuk tadi.”

Mendengar sahaja jawapan Adila, Adara melepaskan nafas lega. Dia tak tahu bagaimana nak terangkan kepada Nek Kalsum kalau jeritan Adila didengari oleh neneknya.

Sementara, Adila sudah memandang tepat pada Adara menunggu penjelasan daripada kawan dia seorang ni. Adara tersenyum kekok.

“Aku boleh explain...” Adila pincingkan mata.

“Explain. Now!”

Surprise! I'm back ;) Next chapter coming soon, Happy reading Stay tune ! Loveyou

Share this novel

norsila
2022-01-30 22:53:48 

apolah adara ni..hanya nk tau jwpn napo di tinggalkn..snggup nk kahwin kontrak..tk lojik lah..hnya buat pjanjian samo2 joo..tapi adara tk fikir ke tunangnya akan di dera atau mati...huuu cm daddynya..huuu.


NovelPlus Premium

The best ads free experience