6

Drama Completed 10559

Aku menjahit seluar redza yang lebih.aku terlupa akan tugasku yang satu itu.ku potong lebihan dan ku kecilkan sedikit agar tampak kemas. mesin jahit arwah ibu mula berbunyi. sedang yang lain sudah tidur.tudungku yang kusarung melindungi pencahayaan.aku terkial kial merapatkan dua belah kain itu. tiba ada pancaran lampu suluh menyuruh hujung kain. arash..bila pula dia keluar dari bilik.. aku meneruskan jahitannku.akhirnya siap.. aku mengemas mesin jahit dan merapikan seluar redza untuk dipakai esok.arash yang berada diruang tamu tidak aku endahkan.geramku masih ada.aku mengemas dapur mencuci pinggan disinki.kedengaran suara tv.siap kerjaku aku masuk ke bilik.aku menyiapkan carta platoon pandu puteri dan misi dan visi platoon.rambutku kepit dengan pengepit.pintu diketuk. aku membuka
"kau nak apa"bisikku.tapi pintu yang aku buka sedikit itu ditolak arash kepalaku terhantuk pada pintu dan berbekas didahi. aku menyapu dahiku. dia melihat hasil kerja ku yang separuh jalan.
"kau buat apa ni.. dah malam ni.. aku nak tidur la.. esok sekolah kot"ujar ku.tangannya mengambil artline dan dicoret coret pada kertas manilaku. aku hanya memerhati.
"cantik.. aku tak tahu kau pandai melukis"puji ku
"tengok tangan la"bangganya.dia duduk dikerusi ku.
"kerja aku dah siap sila keluar.. "pintaku.
"aku dahaga"pintanya
"kau nak air apa.. cepat aku bancuhkan"tanyaku
"milo ais"pintanya.aku ke dapur membancuh milo ais yang dipinta lalu aku bawa masuk ke bilikku dimana arash berada.
"nah"mug yang berisi air milo itu aku hulurkan kepadanya.
"dah kan.. boleh keluar.."pinta ku.
"sini kejap"panggilnya
"apa.. "aku mendekatkan diriku padanya.tanganku ditarik. aku berdiri dihadapannya.aku terpana.apa yang dia nak buat pula kali ni.
"iyan minta maaf... iyan sepatutnya siasat dulu bukan tuduh anisa macam melulu."diletakkan telapak tanganku dipipinya.ah sudah.. jantung aku bermaraton semula.
"iyan minta maaf"pintanya
"kalau orang lain tak percayakan anisa takpe tapi bila keluarga sendiri.. anisa betul betul sedih"luahku..eh apa bahasa aku guna ni.. pui pui pui...
"iyan minta maaf.. iyan bersalah... "ujarnya
"ye aku maafkan kau.. tapi kali ni je... kau tolong nasihatkan si farah tu.. cukup cukup la buli aku..aku letih.. "pinta ku
"dia bukan awek iyan"jelasnya
"ah tak kira lah awek kau ke bukan ke... tapi berhenti ganggu hidup aku"arash berdiri. kali ini mata kami bertatapan.. dia tarik tudung yang aku pakai. rambutku beralun melepasi bahuku
"buat apa iyan cari yang lain sedangkan iyan dah ada bidadari yang menanti"rambutku dibelai lembut.. dia buat pulak dahhh.. aku membuka pintu
"sila.."pintaku..arash menghampiri pintu dan dipegang tombol pintu itu. lega rasanya dia mahu keluar.
KETAKKKK
aku terkejut.. dia menutup pintu dan mengunci pintuku.
"kau buat apa.. aku nak tidur dah ni"ujarku
"iyan nak tengok anisa puas puas... selalu anisa bertudung... tapi kali ni iyan nak tengok mahkota anisa yang anisa sembunyikan dari iyan"rambutku dibelai lembut. diusap pipiku lembut.aku ada getar didadaku.aku gusar tapi dalam masa yang sama aku suka akan belaian itu.lampu bilikku dipadam arash.aku gementar. tangannya melingkari pinggangku. terasa hangat nafasnya. Ya Allah ampunkan aku Ya Allah.. rintihku.Ya Allah bantu aku Ya Allah.
"kau jangan buat kerja gila boleh tak"nadaku bergetar.
"bila masa iyan buat kerja gila.. iyan nak belai isteri sendiri tak boleh ke"bisiknya.nadanya juga bergetar.Ya Allah..
tolong aku.. bantu lah hambaMu ini.. aku merintih semahunya.bulu roma ku meremang.belaiannya mengasyikkan.perasaan ku bercampur baur... aku takut tapi aku ingin dibelai begini...
"stop.. stop.. stopp"mulut ku terkumat kamit.
"lagi.. baca mentera apa"dia mengangkat tubuh ke meja. cahaya bulan memancar tepat pada wajahnya.aku menyelak rambutnya.entah kenapa keadaan itu menggodaku. keningnya aku raut lembut matanya.. hidungnya.. bibirnya lembut.
Ya Allah sesungguhnya tiada yang ciptaan yang sempurna melainkan ciptaanMu.dadaku berombak... mata kami bertatapan
"kau boleh tak jangan nak bunuh aku"ujarku
"hah.. iyan nak bunuh anisa buat apa"dia yang membongkok mengadapku kini berdiri tetap dihadapanku.aku lega... segala perasaan tiba hilang seakan beban berat telah pergi
"kau buat macam ni.. selalu.. aku boleh mati... kita dah janji kan takkan paksa dan memaksa kalau belum sedia untuk sesuatu perkara"ujarku
"ya.. iyan tahu.. tapi iyan tak paksa pun.. "dia mengikat rambutku yang terbang ditiup angin.
"memang kau tak paksa aku tapi perbuatan kau tingkah laku kau memaksa aku untuk sentiasa dibelai sedangkan aku belum bersedia"ujarku.
"ok baik..iyan minta maaf..iyan tak buat dah... "dahiku di kucupnya lembut
"tu... "tempik ku..
"itu tanda sayang"ujarnya.tanganku dimainnya.
"iyan nak minta satu permintaan boleh"soalnya
"apa dia"jangan kau minta mengarut ngarut sudah..
"dalam rumah jangan pakai tudung.. luar rumah baru pakai.. sebab semua ni mahram bagi anisa"pintanya.
"aku cuba"ujarku.
"lagi satu permintaan boleh"pintanya
"apa dia.. cepat aku mengantuk dah ni"ujarku
"boleh tak kalau dekat rumah atau pun waktu kita berdua jangan guna kau aku.. panggil iyan.. boleh"aku terdiam
"dekat rumah dan bila kita berdua je.. macam dating ke... kat sekolah takpelah kau aku.. boleh"pintanya.aku diam.. agak berat permintaan itu
"kan ayah dah tegur tadi.. "tanganku di hayun perlahan
"aku cuba"ujarku
"macam ni.. kalau kata dekat rumah atau bila kita berdua anisa silap iyan cium anisa.. sebagai denda"ujarnya
"tak aci la.. "protesku.gila kau buatnya aku tersasul tengah jalan dalam mall kau nak cium aku depan orang ramai...malu siottt
"dah kalau taknak kena cium.. jangan la salah panggil"ujinya.
"dekat rumah dan bila kita berdua macam ni"dipegang daguku. mata kami bertentang.air liurku ku telan kelat.bibirnya menghampiri bibirku.. aku tutup bibirku dengan telapak tangan
"ok.. setuju"ujarku
"apa dia"tanganku diturunkan
"setuju setuju"aku mengah.
"yess.. thank you sayang"dipeluk aku erat. terasa hangat pelukan ini. aku biarkan saja.. selesa dan tenang.dagunya diletakkan dikepala ku.
"dah lah...iyan masuk tidur dulu ya.. sayang tidur tau"sayang...apa pula kali ni...
"sayang.. tidur ya.. selamat malam"ujarnya..dia yang melangkah keluar masuk semula ke bilik ku lalu memelukku. aku membalas pelukkannya. dikucup dahiku lama...aku suka aku sukaaaaa..
gedik hatiku....Astaghfirullah... syoh setan syohhh.
"macam tak nak tidur je"ujarnya.meh tidur sini meh.. aku menepuk katil ku..
"heh tak pe tak pe.. "ujarnya
"iyan"panggil ku. dia menghampiriku. pipinya ku cium. dia tergamam lalu pintu bilik ku aku tutup dan aku kunci.dia masih di pintu mengetuk pintu bilikku perlahan.
"korang buat apa tak tidur lagi ni"tegur ibu
"iyan minum air ibu"tempiknya kedengaran pintu biliknya ditutup....aku menampar pipi ku berkali kali... Astaghfirullah... apa yang aku buat ni. aku malu sendiri.

"angah...adik... bangunnnnn.... "tempikku.. aku mengesat mata. ibu menyiapkan bekal seperti biasa.
"korang buat apa malam tadi"soal ibu
"takde pape ibu... kami sembang sembang je"malu uiittt...
"ye ke... korang bukan boleh percaya.. orang muda sekarang gelojoh"usik ibu.
"takde pape sumpah"ujarku.
"dah kejut suami anisa.. "tegur ibu.. suami... eiuuu.. suami.. berbunga lah pula. pintu bilik arash aku buka
"iyan bangun nanti lambat... iyannnn"aku juga mamai..
"iyan bangunnnm"tempikku
"sayang kita pergi naik moto la.. iyan ngantuk ni.. "rayunya
"jom la dah lambat ni"pujukku.
"ibu kami pergi sendiri naik motor... "tempik arash
"ye lahhh.. kejap lagi ibu kejut lain"tempik ibu. arash menarik aku ke katilnya.tidurku bersambung...
"hoi suami isteri.. bangun dah enam setengah..."tempik ibu.aku terjaga. tangan arash melingkari pinggangku.
"iyan.. dah enam setengah..cepat.. nanti lambat"aku bingkas bangun dan bersiap kesekolah. arash baru selesai solat aku pakai kan tali lehernya dan dirapikan rambutnya.
"ok dah siap"aku mengambil beg
"sayang"panggilnya.aku menoleh.di kucup dahiku. terasa hangat.aku memeluk tubuh itu..
"amboiii.. jadi.. cepat nanti lambat"kami bersalaman dengan ayah dan ibu... lalu turun. motor ex5 itu di hidupkan arash. kami ke sekolah.

"cepat... "aku kalut. arash mengikut ku dari belakang.
"syira"sapaku..
"weiii...nasib baik kau tak lewat.. tadi aku nampak qayyum"ceritanya
"dia datang dulu.. kami lewat sikit.. naik motor"jelasku.
"naik motor:"syira seolah terkejut.
"kami ada urusan lepas sekolah sebab tu kami naik motor"dalih arash. ditarik begku agar berjalan dengannya.
"sayang.. "panggilnya.aku membuat isyarat agar dia diam.
"apa.. "bisiknya
"kata bila dekat rumah je... ni kita dah dekat sekolah"bisik ku
"tapi kita berduakan"bisiknya
"ehemmm"dehem sir rahimi
"assalamuallaikum sir"tegurku.
"hajar.. arash..kenapa dengan korang berdua."soal sir rahimi
"tak sir saya nak ke toilet saya suruh dia masuk kelas dulu"ujar arash lalu berjalan sendirian kearah lain.aku beriringan dengan sir rahimi.

aku masuk ke kelas.arash bersandar di dinding memerhatiku tajam
"pergi mana,baru sampai kelas"soalnya
"ha ah...kau pergi mana baru sampai kelas"soal syira
"aku tolong sir rahimi dekat bilik guru tadi"jelasku.arash masih tidak berpuas hati. pen yang dipegangnya diketuk ke tanganku
"aduh sakit la.. "marahku.
"sebab kau lewat"ujarnya
"apahal pula.. aku tolong sir je pun.. "jelasku
"kenapa dah takde orang lain dia nak minta tolong.. kenapa kau"marahnya
"mana lah aku tahu kau tanyalah dia"marahku
"kalau kau tolak tak boleh"marahnya
"tak boleh"aku tak mahu mengalah
"kau nak menggatal"marahnya
"kau cakap cantik sikit"marahku
"korang ni dah kenapa"soal syirah
"kau diam"tempik kami serentak. semua tertumpu pada kami
"apa"serentak kami.arash memandang ke padang. aku meletakkan kepala ku ke meja. geram. suka hati dia je kata aku nak menggatal... dia ingat aku ni apa.. aku ni isteri dia..
suka hati dia tuduh aku macam tu... ARASH SUFIYANNNN

"hajar..soalan nombor dua.. "nama aku dipanggil. aduii nak jawab apa.. aku dah la bangang bahasa inggeris.
"sir saya tak tahu"bisik ku
"awak garis isi penting"bisik sir rahimi. ditunjuk buku sebagai contoh.
"ehemmmm.. kalau tak tahu bagi orang lain buat la.. buang masa"ujar arash.hantu betul.berani dia malukan aku. aku menggaris mengikut apa yang dikatakan sir rahimi dan pulang ke tempat dudukku. pensil kayu ditangan arash dipatahkan dua. haiiyoo...habis aku...
"seronok berdating dekat depan tadi"bisiknya.aku hanya tersenyum kelat..

"Saya nak kamu cari keratan petikan tersebut.. tulis nama buku dan muka surat berapa.. kamu buat dengan pasangan"ujar cikgu zalina guru bahasa melayu ku
"saya partner dengan hajar cikgu"ujar arash. aku memandang arash.dia tidak mengendahkanku
"aku baru nak partner dengan kau"rajuk syirah
"aku cop dulu.. "ujar arash.kami mula mencari.aku meneliti petikan itu dan mencari pembayang.aku memerhati satu persatu buku dirak.. mataku tertangkap arash yang memerhatikan ku dan bukannya buku..
"cari la cepat.. ishhh... "marahku. dia muncungkan mulutnya minta dicium.
"jangan nak mengada ngada ye.. kita dekat sekolah"bisik ku
"ala.. sekali je.. "dimuncung lagi bibirnya.
"ah malas.."aku mencari buku yang dalam petikan
"sayang"bisiknya
"shuuuttt"aku meletakkan jariku dibibirku
"sayang sini sini.. dah jumpa"bisik nya
"mana"aku hujung rak.
"mana... "aku teruja. dahiku di cium arash...
"kita dekat sekolah kan.. "ingatku
"tapi kita berdua kan sekarang ni"balasnya tanpa rasa bersalah.
"kau ni"pipiku di cium
"kau ni"pipiku sebelah lagi di cium
"ish apa kau ni"terasa bibirku disentuh.aku terkejut.
"kau"aku terkejut.. bibirku dioles lagi.. lembut.. aku membiarkan saja.jantungku berdegup kencang tapi tidak terlalu laju seperti sebelumnya.tanganku diletakkan didadanya. tangannya menekan tanganku.ahhh aku suk aku sukaaaaa.. jerit hatiku.
"yang dua orang dekat belakang tu buat apa.. dah jumpa ke buku"soal cikgu
"dah cikgu.. tengah cari petikan"aku mengesat bibirku lembut.arash kaget.. dia seakan nampak hantu.
"tu.. "ujarnya. aku menoleh. alamakk
"syirah"bisikku..habisss.. aku menarik tangan syirah.
"korang buat apa tadi"dia seakan tersampuk hantu
"syirah.. macam ni..."aduhh macam mana nak cerita
"kami dah kawin"ujar arash slumber. aku memandang arash dengan dahi berkerut
"korang"aku tahu sukar untuk dia menerima berita ini
"ni"kad perakuan nikah kami ditunjukkan arash kepada syirah.
"weii kenapa aku tak tahu.. sampai hati korang"rajuk syirah
"bukan tak nak bagitahu tapi sekarang bukan masa yang sesuai..sebab kita tengah sekolah"ujarku.
"tahniah sahabat... semoga bahagia hingga ke heaven"ucap syirah
"ye ye.. heaven tu apa"soalku
"aduhaiii"mereka berdua menepuk dahi

"kau janji jangan bagitahu sesiapa ya"pintaku
"aku janji... eeeeiiiio... seronok tak ada suami"soal syirah.
"ehem"arash berdehem
"boleh la.. dari takde"ujarku
"boleh la"rajuknya..
"gurau je... seronok la.. ada orang boleh jaga aku.. ada orang sayang aku.. ada orang boleh aku bermanja"arash tersenyum.
"ermm...nak juga.. ayong.. kak ngah... tunggu tau"usik syirah.kami tertawa.
"arash... sorry farah lambat"datang dah..potong mood betul
"langau... syoh.. syoh"halau syirah
"what... arash.. tengok dorang kata dekat i"rengek farah.
"korang diam.. jangan banyak bunyi"ujar arash...
"kalau taknak bunyi.. suruh la langau ni blah.. menyempit dekat sini buat apa"balasku
"kau jangan nak biadap"marah liza
"siapa yang biadap sekarang ni.."marahku
"jom hajar kita blah nanti singa datang jenuh kita"ingat syirah. aku beredar meninggalkan arash dan KEKASIH HATINYAAAAAAA

Bahuku di cuit arash.
"ishhh.. shuutt"bisikku.
"sayang... "panggilnya
"shuutt"aku yang sedang mencari ilham untuk tatarias kelas tidak mahu diganggu.
"assalamualaikum ustaz"ucap kelas.
"hajar.. tu tu"ujar syirah.
"tu la... lama tak tengok.. elok pula ostad ni"kami tertawa
"hari ni kita nak belajar bab rumatangga"kelas menjadi bingar kerana sorakan pelajar.
"ustaz saya apa hukumnya kalau seorang isteri menidakkan hak seorang suami"soal arash.syira dan aku memandang arash
"ai sakan soalan"seloroh ustaz
"macam mana pula jika suami membiarkan isterinya mengauli bukan mahram"soalnya lagi
"apakah hak seorang isteri dan hak seorang suami"soalnya lagi.. dan lagi dan lagi..
"arash kamu nampak macam dah nak kawin sangat ni"usik ustaz
"dah ready ustaz dah jumpa bidadari dah pun"bahu ku di cuit cuit..muka ku terasa hangat.
"eeeuuuu... habis la kau hajar... malam ni malam jumaat oii..ngaummm"usik syirah
"sayang"tanganku dipegang arash.
"ustaz kata berdosa seorang isteri tak menyahut bila dipanggil suami"perli syirah
"ye apa"aku menoleh..
"maaf.. "ujarnya.
"ok.. "aku menoleh lagi
"hajar jom sir rahimi nak jumpa"panggil fahmi
"sibuk la si mata empat ni"marah arash. syira tertawa.
"dia ketua kelas.. suka hati panggil mata empat"tegurku
"tu.. tengok tu.. mata dia ada empatkan"ujarnya lagi.. mata syirah berair dek kerana tawanya yang terbahak bahak
"kau tukang gelak... dah aku pergi dulu.. apa apa nota kau salin nanti aku pinjam ye"pinta ku
"sayang..muah muah"rengeknya.aku malas melayan...
"hajar anisaaaa..jangan kau pergi.. jangan kau pergi.. andai kau hilang lah arah ku.. "dia menyanyi pula dah... sewel dah suami aku. kelas riuh dek sorakan pelajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience