IMTHH - BAB 1 - KAHWIN KONTRAK

Romance Series 5292

Kedinginan angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah mulusnya. Hampir empat hari meluangkan masa bersama cinta hati membuatkan Juliana cukup bahagia dan rasa diri di sayangi dan dihargai.

Keindahan panorama matahari terbit membuatkan Juliana tersenyum lebar. Tangan didepangkan sambil menghirup udara nyaman dengan mata yang terpejam.

"Sayang..." Juliana sedikit terkejut saat dua tangan melingkar pinggang rampingnya seraya leher jinjangnya dikucup penuh sensual sehingga Juliana terbuai dan terpejam mata.

"Ya, abang..." Juliana mengusap kedua tangan suaminya yang merangkul erat tubuhnya.

"It's time, baby. Kemas barang sayang. Nanti kita terlewat." ujar encik suami.

"Sayang tahu." kendur suara wanita itu bersama riak wajah muram.

"Please, jangan buat muka macam tu. Sayang tahukan situasi abang?"

"Sayang faham. Sayang cuma..."

"Please, bagi abang sikit masa lagi. Abang tak boleh nak tunjukkan perubahan Abang. Sayang fahamkan keadaan abang macamana?" cantas encik suami.

"Sayang janji, kita akan spend time together bersama lagi, okey?" rambut panjang Juliana yang menutup sebahagian wajahnya, diselit di belakang telinga.

"Abang janji?"

"Janji, ayang."

"I love you, abang." leher encik suami dirangkul mesra sebelum hidung mereka bertemu dan digeselkan.

"And I love you more, baby." dua ulas bibir mungil wanita cantik itu, dikucup penuh ghairah.

"Abang, please..." rayu wanita itu sebaik sahaja kucupan terlerai.

"I'm really sorry, sayang. It's time. Flight kita, sayang..." keluhan dilepaskan.

"Baby, please?" pujuk rayu sang suami membuatkan dia terlena bagaikan terpukau.

"Fine..." sang suami tersenyum melihat kecomelan si isteri yang muncungkan bibir sambil mengemas barangannya. Percutian empat hari sambil bekerja sang suami digunakan sebaik mungkin untuk mereka berdua memadu asmara selepas sebulan bergelar suami isteri.

Penerbangan yang mengambil masa selama empat jam terasa bagaikan sekejap. Usai tiba di lapangan terbang, Hykarl menghantar Juliana ke bahagian teksi.

"Abang minta maaf sebab tak dapat hantar sayang."

"It's okay, abang. Sayang faham." Hykarl melorek senyuman sebelum dahi Juliana dikucup.

"Abang, bila abang nak balik rumah kita?"

"Abang tak berani janji, sayang." si isteri mencebik.

"Tapi, abang janji yang abang akan selalu hubungi sayang kalau abang tak busy."

"Sayang cuma bimbang abang akan lupakan sayang..." Juliana menekur ke lantai.

"Hei, don't say like that. Abang tak suka. Abang dah janji yang kita akan selalu ada untuk satu sama lain, tapi, dalam keadaan yang berbeza. Sayang fahamkan?" dagu Juliana dipaut. Mata bertentangan.

"Kita bukannya jauh, baby. Kita akan selalu bertemu. Walaupun tanpa suara, kita tetap akan berhubung antara satu sama lain."

"Tapi, sayang cemburu bila tengok abang dengan perempuan lain. Lagi-lagi dengan si Alisa." sang suami tersenyum lebar.

"Cemburu tandanya sayangkan?"

"Tapi, bukan dengan perempuan cengil tu..."

"Abang tak suruh sayang sukakan dia pun. Buat selamba je kalau bertembung dengan dia. Atau, ignore je. Dia pun bukan selalu datang office abang."

"The problem is, kita satu bangunan, abang. Walaupun, kita berlainan company, tapi kita tetap bertemu dalam satu bangunan."

"Honey, trust me, please. Kita dah kenal lebih dari dua tahun. Kita dah berkahwin pun. You should know me better, right?"

"Tapi, kita tak macam husband and wife pun." ada bunyi rajuk pada suara Juliana.

"Juliana sayang, my honeybunch..." bahu Juliana dipaut agar mata mereka bertentangan antara satu sama lain. Mata Juliana semakin pedih akibat menahan air matanya dari terus tumpah.

"Abang minta maaf, baby. Kita dah janji yang kita akan terus bersama selagi kita mampukan? Please, try to understand my situation. Abang tak pergi jauh pun dari sayang." pipi Juliana dielus. Air mata yang bertakung di tubir mata Juliana, diusap penuh kasih sayang.

"Kita dah janji akan tetap bersama walau apa pun berlaku. And, I really need your support. You're my strength, my love, my soul. Abang takkan sesekali berlaku curang. Cukuplah sayang seorang. Alisa hanya isteri di atas kertas. Tiba masanya, kami akan berpisah seperti yang dijanjikan."

"Dan, lepas tu, kita akan bahagia bersama. Tiada lagi gangguan orang lain yang akan mengancam perhubungan kita. Abang cuma minta sayang faham keadaan abang. Itu je..." Juliana lepas keluhan.

"Tapi, sampai bila abang? Sampai bila kita kena terus begini? Menyorok dari dunia luar?"

"Sayang, abang janji, apa pun yang berlaku, abang tetap selalu ada. Tapi, macam yang abang katakan tadi, belum masanya kita nak bagitahu pada dunia yang kita dah sah menjadi suami isteri. Cukuplah hanya kita je yang tahu."

"Papa dan mama abang pun tahukan pasal pernikahan kita ni?"

"Ya, abang." balas Juliana.

"Malah, papa dan mama restu hubungan kita, kan? Begitu juga dengan adik abang. Haifa. Sayang tahu macamana layanan Haifa pada sayangkan?" Juliana menekur ke lantai.

"Kalau family abang tak restu, dorang takkan datang ke majlis pernikahan kitakan?"

"Sayang bukan apa. Sayang cuma risau yang rahsia kita akan terbongkar..."

"Abang faham maksud sayang. Listen here, baby." bahu Juliana dipegang kedua belah sebelum Hykarl memusingkan tubuh si isteri menghadap ke arahnya. Pipi Juliana dielus.

"Kalau betul rahsia kita dah terbongkar, biarlah. Biarkan rahsia tu diketahui semua pihak. Dan, waktu itu, abang sendiri akan bagitahu semua orang yang kita adalah pasangan suami isteri yang sah."

"Abang tak risau kalau Kak Lisa tahu?" Hykarl lepas keluhan.

"Untuk sementara waktu ini, selagi boleh kita rahsiakan pernikahan kita, biarlah ianya kekal rahsia. Abang hanya minta sayang bersabar je." Juliana lepas keluhan. Rambut panjangnya, ditolak ke belakang.

"Please, trust me, baby. Walau apa pun yang berlaku, sayang the only woman in my life. The woman that I love so much." satu kucupan dilabuhkan di dahi Juliana.

"Please don't cry. It's really hurt me..." air mata Juliana diusap penuh kasih sayang. Juliana mendongak. Anak mata coklat Juliana, direnung dalam.

"Abang tak minta lebih. Abang tahu sayang pandai jaga diri dan pergaulan. Cuma, abang minta sangat sayang percayakan abang. Sayang tahukan abang dengan Lisa hanya suami isteri atas kertas? Kami berkahwin atas sebab perjanjian keluarga. Itu je..."

"Sebaik sahaja tamat perjanjian tu, Alisa sendiri akan failkan penceraian kami."

"Tapi, abang tetap tinggal serumah dengan Kak Lisakan?"

"Ya. Kami tinggal serumah dengan parents Alisa. Tapi, kami tak pernah tidur bersama, sayang. Tak pernah. Alisa tidur kat katil, abang kat sofa bed. Itu yang termaktub dalam perjanjian yang Alisa sendiri buat." Juliana terkedu mendengar penjelasan Hykarl.

"Please, percayakan abang. Abang takkan tipu."

"Berapa lama dah abang kahwin dengan Kak Lisa?"

"Almost three years..."

"Three years and abang tak pernah sentuh Kak Lisa?" Hykarl gelengkan kepala.

"Tak pernah, sayang. Itu yang Lisa mahukan. Kami hanya akan berpura-pura mesra di depan family Lisa. Lepas tu, back to normal. Macam orang tak pernah kenal antara satu sama lain."

"Kalau begitu, kenapa tak minta lepaskan je? Mudahkan, dari terus menipu semua pihak?"

"Sayang, apa yang kami lakukan ni lebih kepada kemahuan keluarga. Atok Lisa dan atok abang buat semua ni tanpa persetujuan kami dan sudahnya, yang menjadi mangsa adalah abang sendiri. Kami tak pernah ada rasa cinta walaupun sekelumit, sayang."

"Tapi, sayang rasa pelik. Dah tiga tahun, abang. Takkan takde nafsu langsung?" Hykarl tebak rambutnya ke belakang.

"Sejujurnya, ya. Bohonglah abang sebagai suami tak terasa mahu dilayan sang isteri. Abang bukan malaikat, sampai boleh menolak nafsu. Tapi, takde apa yang mampu abang lakukan melainkan banyakkan berdoa pada Yang Maha Esa agar diberikan kesabaran dan kekuatan iman buat abang agar terus bertahan."

"Kami menghormati permintaan keluarga dan sebab itu, kami berdua buat perjanjian yang hanya diketahui kami sahaja demi kebahagiaan semua pihak. Dan, Lisa dah berjanji bila segalanya selesai, kami akan akhiri perjanjian ini."

"Lagipun, Lisa sendiri sudah punya pilihan hati. Walaupun, abang waktu tu masih dalam dilema, memikirkan kehendak keluarga dan kehendak sendiri, abang terpaksa turutkan. Abang tak mahu kecewakan keluarga yang dah banyak berjasa pada abang."

"Tapi, bagaimana abang boleh bertahan sehingga ke saat ini?"

"Semuanya sebab abang percaya, satu hari nanti, abang akan menemui pelengkap rusuk abang walaupun terpaksa menunggu agak lama."

"Dan, alhamdulillah. Abang dah ada pelengkap rusuk kiri abang sekarang ni, Juliana Binti Jawahir." tubuh langsing Juliana ditarik masuk dalam pelukan sebelum sisi kepala Juliana dikucup.

"Hubby, malulah. Orang tengok ni." Juliana cuba meleraikan pelukan. Malu dipandang orang sekeliling.

"Tahu pun malu. Ingat tak malu tadi..."

"Ish, dahlah. Sayang nak balik. Esok dah kena masuk office."

"Okey, sayang. Abang minta maaf sebab tak dapat hantar sayang ke rumah."

"It's okey. Sayang faham. Nak tangan."

"Buat apa?"

"Nak salamlah. Sayang nak balik."

"Oh, sorry, sayang." Hykarl menghulurkan tangan sebelum disambut Juliana dan dikucup kekura tangannya.

Chup!

Satu ciuman dihadiahkan Juliana ke pipi Hykarl membuatkan Hykarl tersenyum lebar.

"Take care, sayang. Dah sampai, just message abang je, ya?"

"Okey, abang. Sayang balik dulu."

"Hurm..."

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..." teksi yang membawa Juliana berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan Hykarl. Berat rasa hati nak melepaskan si isteri pulang sendirian ke rumah mereka.

Tapi, memikirkan keadaan mereka, Hykarl terpaksa mengalah. Perjanjian antara dirinya dengan Alisa, perkahwinan mereka akan bertahan paling lama hanya lima tahun dan selama lima tahun ini jugalah, Hykarl perlu bersabar walaupun Hykarl berusaha bermati-matian untuk menahan nafsu dan kehendak dirinya.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam. Hah, sampai pun menantu mama ni." ujar Datin Sri Aisyah.

"How's your trip, Hykarl?"

"Alhamdulillah, pa. Semuanya baik-baik, je..."

"So, any good news?" Hykarl simpan senyum.

"Boleh bagi saya duduk dulu, Lisa? I'm exhausted. Saya baru sampaikan?" ujar Hykarl dengan wajah kelat. Begitulah perangai Alisa sekeluarga, spesis tidak tahu sabar.

"Err, sorry." balas Alisa dengan riak wajah selamba sambil menyilangkan kaki.

"Lisa, ambilkan suami tu air." arah papa.

"Eh, Lisa pulak. Bibikkan ada? Suruhlah bibik bawakan air."

"Alisa, Hykarl tu suami Lisa, bukan suami bibik. Hykarl baru balikkan? Tak boleh ke layan suami dengan baik?" bebel mama.

"Tapi..."

"Alisa sayang..." meleret suara papa, Datuk Sri Ahmadiah.

"Fine! Yelah!" bentak Alisa sebelum berlalu dengan wajah marah.

"Maafkan Lisa ya, Karl. Dia penatlah tu..." Hykarl simpan senyum. Inilah sebab kenapa Hykarl mencari Juliana. Walaupun antara Hykarl dan Alisa sekadar isteri atas kertas, Alisa dengan berani, menunjuk perangai kuarang ajarnya di depan semua orang.

Alisa anak bongsu dari tiga beradik dimana dia satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga. Segala kemahuannya dituruti. Malah Alisa tidak pernah diajar untuk menghormati orang lain walaupun orang itu lebih berusia.

Alisa semakin memberontak semenjak dipaksa mengahwini Hykarl lelaki yang tidak dia cintai lantaran terpaksa mengikut kemahuan atoknya atau dia sekeluarga akan kehilangan segala kemewahan hidup yang mereka kecapi sehingga ke saat ini.

Hykarl melepaskan keluhan. Sebaik meneguk segelas air sejuk kosong yang diserahkan Alisa, Hykarl meminta izin untuk masuk ke kamar tidur untuk berehat lantaran rasa lelah selepas mengharungi penerbangan yang mengambil masa selama empat jam.

"Allahuakhbar... Alhamdulillah, leganya dapat baring kat sini..." Hykarl menghela nafas penuh kelegaan bersama mata yang tertutup.

"Hei, Hykarl! Hykarl!" terpisat-pisat Hykarl cuba membuka matanya.

"Hurm... Awak nak apa?"

"Bangunlah!"

"Saya letihlah, Lisa. Penat saya tak hilang lagi..." balas Hykarl seraya meraup wajahnya. Entah berapa lama dia tertidur di sofa bed.

"Masalahnya, dah lewat ni..."

"Dah lewat?"

"Yelah! Dah pukul sebelas, tau tak? You tak nak makan ke? Bibik dah kemas meja makan tu. You nak makan, you suruhlah bibik masak. Tak pun, maggi ada. You letak air panas, makanlah."

Hykarl melepaskan keluhan. Jujur, dia bencikan situasi ini. Berdepan dengan Alisa dan keluarganya adakalanya membuatkan Hykarl hilang sabar.

"Awak tak boleh ke simpan sikit makanan untuk saya? Awak tahukan saya belum makan..."

"Eh, siapa suruh you tidur lama sangat? Ingatkan dah mati tadi..."

"Jangan melampau, Alisa! Hormat sikit saya ni masih suami awak yang sah!"

"Huh! Suami konon... Tak rupa suami pun..."

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran berhadapan dengan manusia munafik ini." doa Hykarl di depan Alisa sambil menadah tangan.

"You sindir I ke, Karl?"

"Terasa ke?" Hykarl tersenyum sinis sebelum berlalu menuju ke kamar mandi.

"Kurang ajar punya jantan! Tak sedar diri menumpang!" bentak Alisa. Hykarl hanya mampu beristighfar menahan sabar. Ikutkan hati, dah lama Hykarl tinggalkan Alisa. Tapi, nasihat mama dan papanya, dijadikan kekuatan untuk Hykarl terus bersabar dan menunggu kontrak perkahwinan yang ditandatanganinya, bakal terlerai.

"Sayang, where are you?"

"Kat kondo. Kenapa ni?"

"I'm starving..."

"Allahuakhbar. Datang sini. Sayang ada masak lauk lebih."

"Okey, baby. Thanks..." inilah yang Hykarl lakukan sejak mula berkenalan dengan Juliana dua tahun yang lalu. Sempat Hykarl hantar pesanan di dalam wassup keluarganya memberitahu yang dia ke rumah Juliana.

Hykarl terpaksa berterus-terang dengan keluarga sendiri segala yang berlaku agar mereka tahu keberadaan Hykarl lantaran keluarganya tahu hubungannya dengan Juliana.

assalammualaikum semua. new novel for my lovely readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience