Bab 5

Short Story Series 1693

Setelah beberapa bulan kemudian, Hazel cuba untuk berkawan dengan Hezree. Selepas habis je kelas, Hezree, Iris dan Hazel akan keluar bersama untuk lunch dan study apa yang patut

Daripada berkawan akhirnya Hezree membuat keputusan untuk menjadikan Hazel sebagai kekasihnya. Hubungan mereka dirahsiakan daripada diketahui orang ramai kecuali Iris. Mereka tidak mahu orang ramai memcemburui hubungan mereka. Dan ianya akan menjejaskan pelajaran mereka nanti.

Lama ke lamaan kemesraan Hezree dan Hazel dicemburui oleh rakan sekelas Hazel yang bernama Amalina kawan kepada cousin di Malaysia. Sejak dari Malaysia lagi Amalina telah syok dekat Hezree. Tetapi tidak dilayan kerana Hezree tau Amalina jenis perempuan macam mana.

Di dalam kelas, semasa Iris keluar pergi tandas. Amalina telah menyerangHazel kerana dia tidak senang melihat layanan Hezree dekat Hazel terlalu baik. Sedangkan dirinya mendapat layanan yang buruk.

Amalina telah pun memberi amaran kepada Hazel " Aku nak kau jangan dekati Hezree lagi!". Hezree tu hak aku sorang je!. "BUKAN KAU." Kecut perut aku dibuatnya Amalina meroyan.

Tetapi... Aku tidak mengikut apa yang Amalina katakan. Dan aku hanya mampu berdiam saja, tidak mahu besarkan masalah. Tiba- tiba Iris muncul lalu Amalina pun berlalu tinggalkan aku dengan Iris." Kenapa minah tu jumpa kau?" Kata Iris kepada Hazel. "Tak ada apa-apa, saja" kata Hazel kepada Iris.

Hazel tidak mahu Iris mengetahui yang Amalina telah pun memberi amaran kepada. Aku termenung dengan kata-kata Amalina sebentar tadi. Hazel berharap semuanya baik-baik saja dan dia cuba untuk berfikiran matang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience