Bab 1

Romance Series 8464

Nur Qawi baru sahaja siap melakukan kerja rumah. Dia berdiri di satu sudut rumah yang luas itu. lalu memerhati semua ruang, agar tidak ada lagi kerja yang ditangguhnya. setelah semua dipastikannya siap. Barulah Nur Qawi masuk ke biliknya untuk berehat.

Kerana terlalu penat tanpa disedari matanya terlelap tapi hanya seketika, oleh sebab ketukan pintu yang kuat dan bertalu-talu membuatkan Nur Qawi terjaga dari lenanya. Lantas Nur Qawi bangun dan bergegas membuka pintu.

"ibu... ibu kenapa cari Qawi?" soal Nur Qawi dengan nada lembut.
"kau dah masak?" soal Datin Roziah dengan dana yang kuat.
"belum ibu.. kenapa tak minta Mak Nah yang buatkan? Qawi penat.. semua kerja rumah Qawi buat" kata Nur Qawi
"kau takkan tak tahu Mak Nah kau tu cuti! pagi tadi balik! Lagi pun petang nanti Mai balik dari kolej. Mia kan suka kau masak." terang Datin Roziah dengan nada yang tinggi dari tadi.
"kejap lagi boleh kan ibu? Qawi penat"
"sekarang! aku tak nak nanti anak aku balik kelaparan pula! Pergi masak sekarang!" Arah Datin Roziah lagi.

Nur Qawi akur dengan keadaan lelah yang masih belum hilang tetap juga dia mengikut kehendak ibunya.

Entah salah apa dia sebagai seorang anak tetapi tidak mendapat layanan yang baik dari ibunya untuknya seperti layanan ibunya terhadap adiknya Maisarah. Nur Qawi akur dengan apa yang dilaluinya.

*********************************************

"Kakak!" Nur Qawi disapa dengan pelukan erat dari Maisarah.
"Mai.. Bila sampai?" soal Nur Qawi dengan riang.
"Tadi.. Mai sampai terus datang bilik kakak. kakak buat apa terperap je dalam bilik? tak rindu Mai ke? soal Maisarah dengan nada manja.

Maisarah seorang adik yang terlalu manja dengan Nur Qawi. Walaupun Maisarah dilayan baik oleh ibu bapanya tetapi keadaan itu tidak membuatkan Nur Qawi merasa iri hati terhadap adiknya itu.

"Mestilah rindu.. Kakak dah lama tak jumpa Mai.." Balas Nur Qawi.

"kenapa muram ni? ibu buli lagi kan?" soalan Maisarah hanya dibalas dengan senyuman hambar. perlahan Maisarah memeluk tubuh kakaknya dari belakang dengan penuh kasih sayang.

"Mai mohon maaf dari pihak ibu. Mai janji.. satu hari nanti Mai akan bawak kakak keluar dari semua ini." kata Maisarah dengan nada yang sayu.

"jangan macam ni." balas Nur Qawi lantas berpaling menghadap Maisarah lalu memeluk tubuh adiknya dengan mesra.

"janji dengan kakak. apa pun jadi satu hari nanti. Mai kena jaga ibu dan ayah! jangan jadi anak macam kakak. jadi anak yang baik untuk ibu dan ayah okey?" sambung Nur Qawi lagi. Di balas dengan anggukan manja Maisarah

"Kakak dah makan?" soal Maisarah sambil meleraikan pelukan.

" belum.. Mai dah makan?" soal Nur Qawi kembali.

"Dah.. dengan ibu dan ayah.. sedap kakak masak tadi.." balas Maisarah dengan senyuman manis.

mereka mula melanjutkan perbualan dengan rncak mengenai pelbagai cerita termasuk pengalaman Maisarah semasa di kolej.

pop! bunyi nada dering dari telefon bimbit milik Nur Qawi menandakan menerima mesej atau wassap dari seseorang. Lalu diperiksa. Rupanya wassap dari kawan karibnya Syima.

"kau free tak?"
" sekarang free je. kenapa?" Balas Nur Qawi .
tidak sampai beberapa minit wassap Nur Qawi dibalas lagi " lepak malam ni nak? aku ambil kau"
"okey" Balas Nur Qawi

"siapa mesej kakak?" soal Maisarah

"Syima.. dia ajak akak lepak malam ni." jawab Nur Qawi lalu meletakkan telefon bimbitnya di tempat asal.

"jadi akak keluar malam ni?"

"ye" balas Nur Qawi ringkas.

"Balik ke tidak?"

"tak tahu lagi.. kalau lewat kakak tidur rumah Syima" jawab Nur Qawi sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience