41

Romance Series 93217

“Hal apa yang awak nak beritahu saya ni, Mona? Macam serius je saya tengok." Soal Aayra sebaik dia memakirkan wheelchair Ramona di bawah sepohon pokok yang agak rendang.

Ramona tidak terus menjawab. Sebaliknya wajah Aayra ditenung sedalam - dalamnya. Di bibirnya terukir sebuah senyuman yang sangat manis. Jari jemari Aayra digapai lalu digenggam erat.

“Terima kasih, Aayra." Ucap Ramona perlahan.

“Terima kasih? Terima kasih untuk apa?" Soal Aayra pelik.

Ramona tersenyum. Dia seperti sudah dapat menjangkakan soalan itu yang akan disuarakan Aayra kepadanya.

“Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang terbaik untuk saya. Alangkah ruginya saya kerana tak mengenali awak dengan lebih mendalam sejak dulu lagi. Keegoan yang saya agung - agungkan selama ini akhirnya telah memakan diri saya sendiri. Bodoh kan saya ni?" Luah Ramona dengan suara yang cukup perlahan. Jika Aayra tidak memasang telinga dengan betul, pasti agak sukar untuk dia memahami setiap butir bicara wanita itu.

Aayra menghela nafas perlahan. Sejujurnya dia agak kurang selesa untuk membicarakan hal ini berulang kali. Bagi Aayra, apa yang dilakukannya itu ikhlas datang dari hatinya. Tidak pernah sekalipun dia menyimpan perasaan dendam terhadap Ramona kerana baginya Ramona punya alasan tersendiri untuk bertindak seperti itu.

“Mona, yang lepas tu biarlah lepas ok? Lagipun saya dah lama maafkan awak. Awak janganlah fikir sangat. Nanti makin bertambah sakit awak. Kasihan baby ni. Dia pun mesti tak suka tengok ibu dia sedih - sedih macam ni. Kan baby?" Ujar Aayra seraya mengusap - usap perut Ramona.

Tanpa disangka, bayi yang berada di dalam perut Ramona itu turut bergerak - gerak sebaik sahaja Aayra meletakkan tangannya di atas perut Ramona. Situasi itu sudah pasti mengundang tawa Aayra dan Ramona serentak.

“See!! Baby pun setuju tau dengan apa yang aunty Aayra dia cakap. I love you, baby!!" Ucap Aayra sejurus itu dia menghadiahkan satu ciuman di perut Ramona.

Ramona tertawa kecil melihat aksi lucu Aayra. Betapa dia merasakan hidupnya sangat bahagia kerana dikurniakan seorang sahabat yang baik seperti Aayra. Bahkan wanita itu juga sangat menyayangi bayi yang dikandungnya itu. Setiap hari tanpa jemu, Aayra pasti akan berbual dengan bayinya. Malah lebih mengujakan lagi, bayi yang dikandungnya itu juga seakan dapat memahami apa sahaja yang dibualkan Aayra. Ini kerana setiap kali mereka berbual, bayi itu pasti akan menunjukkan respon terhadap Aayra.

“Sekarang saya dah tahu kenapa Ezmal betul - betul sukakan awak." Ramona bersuara secara tiba - tiba.

Aayra terkesima. Tubuhnya menjadi kaku. Raut wajah Ramona ditatap sedalam - dalamnya. Dia tercari - cari akan sebuah kebenaran di sebalik kata - kata itu. Namun fikirannya sedikit terganggu. Rasanya dia langsung tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan pendengarannya. Tetapi entah mengapa, untuk kali Aayra merasakan pendengarannya seakan terganggu dengan kenyataan Ramona itu tadi.

“Kenapa? Awak terkejut ye dengar saya cakap macm tu tadi?" Soal Ramona bersama senyuman kecil.

“Err.. Awak main - main je kan, Mona? Pandai ye awak usik saya." Aayra pura - pura tenang.

“Tak, Aayra. Saya tak main - main. Memang itulah kenyataannya. Saya dah lama tahu yang Ezmal tu sukakan awak. Sejak dari mula awak bekerja dengan dia lagi. And for your information, hal ini jugalah yang menjadi punca mengapa saya bencikan awak dahulu." Cerita Ramona tersekat - sekat.

Bagai dipanah halilintar, Aayra langsung terduduk mendengarkan kenyataan itu. Wajahnya berubah pucat. Berkali - kali dia menggelengkan kepalanya tanda tidak mempercayai apa yang diperkatakan Ramona itu. Namun saat melihatkan wajah Ramona yang agak tenang pada ketika itu, Aayra tahu dia tidak berbohong. Serta - merta tubuhnya terasa dingin.

“Ma.. Maa.. Macam mana awak boleh tahu tentang semua ni?" Soal Aayra gugup.

“Firasat hati saya, Aayra. Firasat hati saya yang memberitahu akan segala - galanya. Jika nak diikutkan Ezmal, dia memang tidak pernah menceritakan apa - apa kepada saya. Tapi saya boleh rasakan semua itu melalui cara pandangan Ezmal terhadap awak dan layanannya terhadap awak. Semuanya terlalu jelas Aayra." Cerita Ramona lagi.

“Ta.. Ta.. Tapi, Ezmal kan memang rapat dengan semua staff dia dekat office tu. Bukan dengan saya je dia layan macam tu." Sangkal Aayra.

Ramona tersenyum. Dia sudah dapat mengagak tentang penerimaan Aayra terhadap ceritanya itu sejak dari awal lagi. Tetapi dia tidak mudah melatah. Ramona bertekad. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap akan menceritakan segala - galanya kepada Aayra. Namun dia tidak bermaksud untuk memecah belahkan rumahtangga Aayra. Cuma sebolehnya Ramona tidak mahu menanggung perasaan bersalah itu lagi.

“Pada awak mungkin layanannya sama. Tapi tidak pada saya. Come on, Aayra!! Saya kenal Ezmal tu macam mana. Dia bukan jenis orang yang mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya. Tetapi bila dengan awak, tak sampai seminggu pun dia dah boleh anggap awak macam kawan dia sendiri. Malah lebih mesra dari seorang kawan." Tambah Ramona.

Aayra terdiam. Sejujurnya dia sudah kematian kata - kata. Bibirnya kelu dari berkata - kata.

“Pernah suatu hari tu saya ternampak dia membelek - belek gambar awak di dalam telefon. Seingat saya masa tu korang berdua ada perselisihan faham. Ezmal was quite angry with you at the moment but at the same time, he missed you very much." Cerita Ramona tenang.

Aayra masih diam membisu. Tidak sedikit pun dia berani mencelah.

“When I know about all of this, I keep asking him. Saya desak dia untuk berterus terang. Tetapi Ezmal tetap dengan pendiriannya. He just keep silent until you and Harraz got married. Takde angin takde ribut, tiba - tiba Ezmal ambil keputusan untuk ke Rusia dengan alasan dia nak uruskan syarikat papa kat sana. On that time, I was realized how Ezmal was very disappointed with the marriage between you and Harraz. Niatnya untuk ke Rusia bagi menguruskan syarikat papa itu dijadikan sebagai satu alasan yang kukuh bagi mengaburi mata semua orang." Tambah Ramona lagi. Kali ini suaranya sudah kedengaran sedikit sebak.

Aayra semakin dihimpit kecelaruan. Dadanya terasa sedikit sesak dan agak sukar untuk bernafas. Pelbagai perasaan yang bermain di mindanya kini.

“Bila Ezmal ke Rusia, saya terus mengambil kesempatan yang ada itu dengan menjalinkan hubungan bersama Yasir, iaitu adik kepada Ezmal. Pada saat itu, saya merasakan Yasir lah orang yang paling memahami diri saya. Perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan Yasir, benar - benar membuaikan perasaan saya sehinggalah kami terlanjur. Hari demi hari hubungan kami semakin mesra. Kami hidup bagaikan sepasang suami isteri. Bergelumang dengan
maksiat tanpa rasa berdosa. Tidak cukup dengan Yasir, saya turut menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki lain." Sedikit demi sedikit, air mata Ramona sudah mula membanjiri pipinya. Hatinya menjadi sebak mengenangkan dosa - dosa yang dilakukannya.

Aayra turut tersentuh hati melihat keadaan Ramona ketika ini. Wanita itu seakan - akan sedang meluahkan segala isi hatinya yang terbuku selama ini. Perlahan - lahan Aayra menghampiri Ramona lalu bahu wanita itu dipaut erat. Dia cuba menenangkan Ramona yang sudah mula kedengaran esak tangisnya.

“So sekarang awak faham kan kenapa Ezmal benci sangat dengan saya sebelum ni? Saya memang layak untuk dibenci, Aayra. Orang macam saya ni tak patut dilayan dengan baik. Saya ni jijik, Aayra." Luah Ramona teresak - esak.

“Shhh.. Jangan cakap macam tu, Mona. Yang lepas tu biarlah lepas. Lagipun tiada manusia yang bersifat sempurna di dunia ni. Semua orang akan melakukan kesilapan. Apa yang penting sekarang, awak dah pun dapat pengajaran dari kesilapan - kesilapan lalu awak. Bersyukurlah kerana awak masih diberi kesempatan untuk bertaubat, Mona." Pujuk Aayra.

Ramona menghela nafas lega. Akhirnya dia berjaya meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Wajah tenang Aayra terus ditatap tanpa jemu. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

“Thanks, Aayra. You always there whenever I need someone besides me. You such a good friend I ever had in my life." Puji Ramona ikhlas.

“No biggies, darling! In shaa Allah, selagi saya ada, saya akan cuba bantu awak apa yang termampu."

“Betapa ruginya Ezmal kerana tak dapat memiliki hati wanita sebaik awak, Aayra. Tapi tak mengapa. Saya percaya dengan takdir Allah. DIA menyatukan awak dan Harraz kerana memang sudah tertulis itu adalah jodoh awak. Well for me, Harraz is also a very nice man. He loves you more than anything else. So you both are compatible together." Tambah Ramona lagi.

Aayra tidak memberi sebarang jawapan balas. Sebaliknya dia hanya tersenyum mendengarkan pujian Ramona itu. Namun jauh di sudut hati Aayra, dia turut bersimpati dengan nasib Ezmal. Tidak disangka - sangka, dialah punca utama di atas kekecewaan yang ditanggung Ezmal selama ini. Sungguh dia dihantui dengan perasaan bersalah. Akhirnya satu keluhan berat lahir dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience