Bab 6

Short Story Completed 13053

“Wah! Cantiknya!” pegun Raina. Dia merebahkan badannya di atas katil. Kini, mereka berada di Hotel Concorde La Fayette. Paris,France. Ashraff merebahkan badannya disisi isterinya .

“ Suka?”

“ Suka sangat! Ni lah pertama kali saya jejak ke Kota Cinta ni tau! Patutlah dulu Aina happy gila masa suami dia nak bawak Aina honeymoon kat sini.” Raina bangun menuju ke balkoni.

“Wah! Awak, awak! Marilah sini. Marilah.” Raina menarik Ashraff ke arah balkoni. Ashraff hanya menurut. Kini, jelas kelihatan menara Eiffel yang megah berdiri. Pemandangan menara Eiffel memang sungguh menarik pada waktu malam. Diterangi cahaya yang bewarna keemasan. Raina tersenyum.

“Cantik kan?” Ashraff memandang Raina yang masih ralit menikmati pemandangan menara Eiffel. Kemudian matanya jatuh ke tangannya yang masih dipegang oleh Raina.

“Cantik.” balas Ashraff sambil mengemaskan pegangan tangan Raina. Raina tidak menolak. Mereka sama – sama menikmati suasana yang romantik itu.

          

“ Cepatlah!” gesa Ashraff.

“Tak nak!”

“Alah! Kali ni je.Please……” Ashraff meleretkan perkataan ‘please’. Cuba untuk memujuk Raina. Raina mencuka. Geram dengan Ashraff yang nak dia dan Ashraff bergambar bersama. Dia tak suka bergambar!

“Saya tak minatlah nak bergambar – gambar ni . Rimas!” bantah Raina. Ashraff tidak peduli. Dia meminta tolong kepada mat salleh yang sedang mendongok memandang menara Eiffel supaya mengambil gambar dia dan Raina. Ashraff menarik Raina berdiri disampingnya, pinggang Raina dipeluk. Klik!

“One more, please ” pinta Ashraff. Mat salleh tadi mengganguk dan tersenyum.

“Okey. Say cheese…” Klik! Raina tergamam. Ashraff mencium pipinya! Dia memandang Ashraff yang mengucapkan terima kasih kepada mat salleh tadi .

Ashraff melihat gambar yang baru ditangkap tadi. Ashraff tersenyum tatkala gambar dia sedang memeluk pinggang Raina sambil mencium pipi gebu itu. Tambah pula latar belakang menara Eiffel. Memang cantik.

“Awak saja je ya?”

“ Apa?”

“Tadi…Yang awak cium pipi saya tadi kenapa?”

“Tak boleh ek?” Raina mengetap bibir. Geram dengan Ashraff yang saja buat blur.

“ Tak boleh!” Ashraff hanya senyum.

“Eh! Ada jual aiskrim lah. Awak nak tak?” tanya Ashraff tatkala terpandang penjual aiskrim dengan ven.

“Perisa vanilla tau!” pesan Raina. Sememangnya dia suka aiskrim yang berperisa vanilla. Ashraff meninggalkan kamera DSLR berjenama Canon itu kepada Raina sebelum membeli aiskrim. Raina memerhati langkah Ashraff.

“Raina....” Raina kaku. Dia kenal suara itu! Perlahan – lahan dia berpaling. Dan betul lah sangkaan nya. Ya, memang suara itu milik lelaki yang bernama Farhan!

“Far.....Farhan .” Raina masih kaku memandang Farhan.

“Ina .... Sayang. Maafkan Han...” terdengar panggilan keramat itu terus dia teringatkan si suami. Raina menoleh ke arah Ashraff. Nampaknya Ashraff masih beratur untuk membeli aiskrim.

Patutkah dia meninggalkan Farhan dan menapak ke arah Ashraff? Ataupun terus berhadapan dengan Farhan. Lelaki yang pernah dicintainya. Lelaki yang hampir – hampir menjadi miliknya tetapi melarikan diri di hari pernikahan!

“Pergi!” Raina merenung tajam ke arah Farhan. Farhan cuba mencapai tangan Raina tapi Raina menepisnya.

“Ina, Han…”

“Pergi! Aku tak nak tengok muka kau!” halau Raina. Belum sempat Raina meninggalkan Farhan terlebih dahulu menyambar lengan Raina.

“Raina. Maafkan Han. Han tahu, Han salah. Tapi masa tu Han belum sedia lagi dan sekarang Han dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Kita kahwin ya?” rayu Farhan. Raina tercengang . Kahwin…..Dengan Farhan?

“Kau tahu tak selepas kau lari keluarga aku dapat malu besar? Kau tahu tak yang abang aku mula membenci aku, adik kandungnya sendiri. Disebabkab tindakan bodoh kau tu!” Raina menengking Farhan. Biar Farhan tahu betapa sakit hatinya.

 Aku dah kahwin.” sambungnya . Mata Farhan membulat. Kepala digeleng beberapa kali.

“Ina tipu kan? Han tahu, Raina saja bagi alasan macam tu.”

“Aku datang ke Paris ni ….Dengan suami aku. Kami datang honeymoon kat sini.” beritahu Raina.

“Farhan. Percayalah yang aku dah kahwin. Dan tolong ……tolong lepaskan tangan aku dan pergi dari sini.”

“Baiklah. Han pergi dari sini tapi untuk mempercayai Raina dah kahwin memang Han tak percaya. Dan Ina perlu ingat, walaupun Raina dah kahwin ….Han cuba untuk dapatkan Raina kembali ke pangkuan Han.” ujar Farhan lalu meninggalkan Raina. Raina mengeluh. Tak sangka yang dia akan berjumpa dengan Farhan di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience