6 : Pemusnah Ketenangan!

Drama Series 5510

      KELIHATAN dua orang manusia sedang menyapu sampah di kawasan padang sekolah itu. Seorang dengan muka masam kalah ikan pekasam, seorang lagi santai duduk goyang kaki sambil menyedut air bandung ikat tepi.

Daun-daun kering dan botol plastik disapu dengan kasar bercampur geram! Mana tak geramnya... Sejak tadi lagi hanya dia yang membersih kawasan padang tersebut.

Sorang lagi tu? Hmp, hampeh! Yang kena denda nya berdua, tapi yang tanggung dia seorang!

Peluh membasahi muka cantiknya dikesat. Cahaya matahari menusuk silau mata membuatnya berkerut. Matahari benar-benar terasa di atas kepala.

Bella sudah tak tahan. Berjalan menuju ke arah Aniq yang sedang santai di kerusi, tempat teduh pula tu! Sesedap kau ye! Jaga kau!

Plastik air Aniq dirampas kasar. Jelas terkejut pemuda itu. Air dicampak kedalam tong sampah yang berada satu meter dari mereka.

Bella mencekak pinggang bersama gaya ibu tiri dipamerkan.

"Ewah ewah! Banyak cantik muka kau. Dari tadi aku saja yang sapuh kutip sampah, cuci longkang, cabut rumput. Amboi engkau... Ingat aku nak hadap sangat buat semua benda ni! Kau punya pasal, aku yang terkait sama!" Marah Bella.

Aniq melongo. Melihat air kegemarannya sudah selamat gol dalam tong hijau tersebut.

"Aku tak habis minum lagi tu, gila! Kau kutip balik!"

Bella cekak pinggang. Nafas ditarik dalam-dalam. Gelegak darah saat ini. Agaknya kalau boleh nampak, nampak agaknya asap keluar dari lubang hidung dan telinga. Jantan ni memang mencabar!

"Kau jangan cabar aku lebih. Aku dah lama sabar dengan perangai tak semengah kau ni!" ujar Bella menahan amarah.

"Hish, leceh la perempuan ni. Kalau dah malas, siapa suruh buat. Alaa warden pun tak nampak kita. Nak risau apa? Rilek-rilek sudah la..." Selamba badak Aniq berkata. Membuat Bella makin berasap.

"Kau ni memang... Eii!" Penyapu diangkat tinggi acah hendak pukul lelaki itu. Nasib anak orang saja.

"Werk!" Aniq mengejek dengan muka paling menyebalkan.

Sabar... sabar... anak orang tu. Bella urut dada. Sabar setiap orang ada had juga ya, jangan sampai orang sabar ni tunjuk baran dia. Kalau tak naya.

Hah, lupa nak beritahu. Tahu tak sebab apa Bella dan si Aniq ni dari pagi sampai tengahari ni kerja membersih kawasan sekolah? Denda. Ya denda dari warden disebabkan salah faham semalam. Walaupun begitu, kata warden dia percaya kedua mereka. Mereka bukan lah sejenis seperti itu.

Aniq dan Bella bercinta? Allahu robbi... mengucap ya. Jika berkawan, Bella okay saja dengan sesiapa sahaja termasuk Aniq. Tetapi disebabkan mulut longkang dan perangai tak semengah lelaki itu yang suka membuli juga mempermalunya. Memang mustahil lah mereka berdua ini akan menjadi kawan.

Jadi denda untuk apa? Jawapannya untuk mengajar pelajar untuk ringan tulang membuat kerja-kerja. Juga memberi peringatan kepada mereka supaya lebih berhati-hati untuk tak berduaan di malam hari.

Haih... dugaan apakah ini?

"Hmp... Suka hati kau lah! Malas aku nak kisah." Tanpa pedulikan lelaki itu, Bella meneruskan kerjanya ngutip sampah.

"Yelah, aku buat la ni." Aniq turut membantu. Mengalah kerana kasihan pula lihat gadis tersebut tampak penat.

°°°°°

Di satu sudut padang, berdiri seorang gadis pengawas berbaju unggu. Disampingnya ada Hazim.

"Haih, Aniq Aniq... buat hal betul lah.Tapi biar betul kawan kau yang rambut karat tu kena sekali." ujar Hazim selamba sambil melihat telingkah dua 'pasangan' yang sedang bertekak dipadang. Sempat kerling Ayu di sebelah.

Ayu hanya tersenyum senang melihat ke arah yang sama.

"Dia orang ada apa-apa ke, Ayu? Aku jadi musykil pula tengok. Bella tu dah berapa orang ejas dia, tapi ditolaknya mentah-mentah. Dengan si Aniq... rapat pula." Hazim masih mengorek rahsia dari gadis pemalu itu walau dia tahu tiada apa pun sebenarnya.

Selamba Ayu angkat bahu tanda tak tahu.

"Entah, tak kut. Dia orang kawan saja."

Hazim dah agak, kalau nak ajak bawang memang silap orang kalau pilih Ayu.

"Zim, kau orang buat apa tercegat tengah panas ni?" datang Luth dari arah belakang menepuk bahu rakannya.

Hazim gosok dada. Mau tercabut jantungnya di sapa tiba-tiba begitu. Luth pula jalan macam mana la tak bunyi.

Luth tersengih sambil membetul spek bulatnya. Hensem!

Hazim membalik biji mata. Nak saja hempuk kawannya itu. Tapi tak berani. Hehe...

"Tuu..." Hazim muncung mulut ke arah Aniq dan Bella yang berada jauh dari mereka.

Ayu sudah pamit. Kerana panas berada di bawah terik kini.

Luth lihat ke arah yang dituju. Dia terdiam. Kemudian tersenyum nipis.

"Aku chaw dulu lah, Zim. Ada urusan."

Bahu rakannya ditepuk sekali lalu Luth berlalu pergi. Hazim hanya hantar dengan ekor mata kejap. Bersandar santai di dinding sambil mengulum rumput dimulut.

Si Hazim ni tak kalah hensemnya. Dengan tubuh yang tinggi tapi kurus keding namun tak menutup kekacakkannya sebagai budak kampung. Berkulit agak gelap tetapi rambut yang style. Huh! Kisah pula dia dengan peraturan sekolah.

°°°°°°°

"Penat mak!"

Bella hempas tubuhnya atas katil hingga bergoyang katil.

Ayu sedang menelaah buku. Ifah pula baru muncul seperti baru selesai mandi.

"Asal, La? Nampak penat saja. Baru balik dating kot dengan boyfriend." Ifah tersengih menyakatnya.

"Banyak la kau punya dating. Kalau kau bagi sejuta pun, aku tak nak Aniq Anoq tu. Semengah betul!" luah Bella jelas tak puas hati. Nasib dia masih penat.

"Sorry-sorry, aku gurau saja. Macam ni lah... senang kau jangan layan sangat dia. Makin dilayan makin menjadi. Kan Ayu?" ujar Ifah sempat minta pendapat Ayu.

"Betul tu. Saya kenal Ab- eh! Aniq tu." Ayu sempat tersasul.

"Hmm. Bukan apa... aku..." Bella pejam mata. Tapak tangan ditekup ke dahi.

Bukan dia tak mahu jauhkan diri dari Aniq tapi...

"Argh! Jahat gila! Banga**g betul! Geram saja aku nak ganyang-ganyang muka tak bersalah dia. Lain kali kalau dia muncul lagi, aku sembur air longkang muka dia. Hish!"

Tak semenanya Bella terlepas gelojak marahnya yang ditahan dari tadi.

Ayu dan Ifah saling berpandangan. Nampak tertekan benar sahabat mereka itu. Kasihan pula dengan rambut kusut masainya.

Belakang Bella digosok-gosok tenangkan gadis itu. Mereka tahu gadis itu stres. Si Bella pula yang jarang dimanjakan, mencebik mahu menangis. Berpelukkan lah tiga sekawan tersebut.

Bella kepal penumbuk. Teringat pula ugutan Aniq beberapa kali kepadanya. Mukanya penuh kebencian kepada lelaki itu. Benci?

"Weh, berani kau lawan aku. Aku viral kan gambar kau nangis. Banyak gambar aib kau dalam telefon aku. Haa... jangan main-main."

"Apa pandang-pandang? Suka aku la tu. Post gambar aib kau baru tahu."

"Woi perempuan! Sini! Aku kira sampai tiga, lambat aku post gambar aib kau dalam group sekolah."

"Rahsia kau aku pegang. Kau pun nanti aku nak pegang. Hahaha! Biar tak ada laki suka kau!"

Gigi diketap geram. Terbayang muka lelaki itu. Angin semula dia. Nasib la dalam pelukkan kedua temannya.

Argh! Kenapa la dia dipertemukan dengan Si Pemusnah Ketenangan itu?!

Muka saja helok! Tapi perangai... nauzubillah! Kalah cetan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience