BAB 2
Raid berasa serba salah terhadap Damia tentang perkara yang berlaku semalam. Hendak di telefon takut Damia tak mahu angkat panggilan. Hendak mesej nanti Damia mesti tidak membacanya.
Ting...
Mesej daripada Amelia.
Amelia
Raid, you buat apa harini? I boring lah. Jom bawa I pergi jalan jalan nak?
Raid meraup kasar rambutnya.
Raid
Sorry Amelia. I tengah gaduh dengan Damia. I nak kena pujuk dia dulu. Nanti dah settle I bawa you keluar okay. love you!
Butang send ditekan. Dia perlu berjumpa dengan Damia sekarang ni. Dicapai tuala lalu masuk ke kamar mandi. Setelah 20 minit di kamar mandi, Raid mengenakan kemaja kelabu dan memakai jeans. Rambut diletakkan minyak dan di sikat rapi.
Setelah puas dengan penampilanya itu, dia pergi ke ruang tamu berjumpa Puan Suzy.
“Amboi, segak segak macam ni nak ke mana?” tanya Puan Suzy.
“Raid kena jumpa Mia. Raid nak minta maaf dekat dia. Raid keluar dulu mummy. Malam nanti baru Raid balik tau” jawab Raid.
“Nak jumpa Damia? Nanti Raid bincang balik dengan dia semula okay tentang majlis kamu dua” pesan Puan Suzy.
“Okay mummy!”
Raid masuk ke dalam kereta dan memandu laju ke rumah Damia.
Raid menekan loceng rumah Damia berkali-kali. Namun tiada siapa yang menjenguk ke luar jendela.
Akhirnya, Syamsul juga yang keluar melihat siapa yang datang. Lah Raid rupanya.
“Kenapa ni Raid datang sini?” tanya Syamsul. Pintu pagar dibuka lalu menjemput Raid masuk.
“Saya datang nak jumpa dengan Damia”
"Raid tunggu sini sekejap. Biar papa panggil dia" Syamsul menyuruh Raid tunggu di depan rumahnya. Syamsul bergegas naik ke bilik Damia.
“Mia... Ada orang nak jumpa” Syamsul mengetuk pintu bilik Damia.
“Siapa?” jerit Damia dari dalam.
“Papa tak kenal. Tapi dia kata dia nak jumpa Mia. Mia pergi lah. Lama dah dia tunggu dekat bawah tu” Syamsul memujuk anaknya itu. Dia tidak memberitahu pun bahawa Raid yang datang.
“Ye lah. Kejap lagi Mia turun” akhirnya Damia mengikut kata bapanya. Kalau ikutkan hati malas hendak layan. Namun kerana dia sayangkan akan bapanya itu, dia ikut.
Damia menyikat semula rambutnya yang kusut masai. Dia mencalitkan sedikit liptint dan memakai baby powder supaya wajahnya tidak kelihatan pucat.
Tibanya di luar, dia nampak susuk tubuh Raid. Segera dia pusing berpatah balik. Papa! Kenapa tak cakap Raid datang!
“Awak nanti” sempat Raid menghalang Damia dari terus masuk semula.
“Apa lagi Raid?” tanya Damia acuh tak acuh.
“I'm sorry about yesterday”
“So?”
“Maafkan saya” pinta Raid.
“Okay saya dah maafkan awak. Sila balik sekarang!” dengan spontan Damia meninggikan suara kepada Raid.
Terhinjut bahu Raid. Kuat betul suara Damia. Tarzan ke apa dia ni?
“Sila pulang sekarang Encik Raid. Saya tidak ada masa nak layan awak. Macam tak boleh nak datang esok esok” arah Damia. Ayat belakang tadi dia sengaja memperlahankan suaranya.
“Okay fine. Esok esok saya datang” Raid sengaja gelak.
“Tak kelakar. Dipersilakan balik” Damia membuat tangannya seperti pelayan pesawat di kapal terbang.
Raid masuk semula ke dalam kereta. Telefon bimbit dikeluarkan. Dia menghantar mesej kepada Amelia bahawa lagi lebih kurang satu jam dia akan ke rumah Amelia untuk membawa Amelia keluar berjalan jalan.
---
Amri pulang ke rumahnya. Dia memegang sepucuk surat. Kasut dibuka dan diletakkan di rak kasut. Amri berjalan menaiki anak tangga menuju ke ruang tamu.
Zaleha nampak Amri cuba menyembunyikan sesuatu darinya.
“Apa yang Amri sorok dari mak tu” tanya Zaleha.
Amri membiarkan sahaja soalan emaknya itu tadi. Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik.
“Apa kena dengan Amri tu bang?” Zaleha bertanya kepada Yusri.
“Mana lah saya tahu. Awak pergilah tanya anak awak tu sendiri” jawab Yusri.
Amri duduk di birai katil. Surat tadi dikeluarkan. Hatinya sungguh berdebar ketika itu.
Dia membaca isi yang terkangdung di dalam surat itu. Senyuman gembira mula terukir di bibirnya. Amri menyimpan semula surat tersebut dan menyorokkan di bawah katil tidurnya.
Dia keluar semula dari bilik. Kelihatan wajah Zaleha dengan matanya yang bulat membesar seolah oleh ingin tahu apa yang Amri cuba sorokkan darinya.
“Amri keluar dulu mak. Nak jumpa Izzat”
“Bertuah punya anak. Orang tanya dia, dia tak jawab pun. Sekarang ni pula hendak berjumpa dengan Izzat. Apa lah yang dia sibuk sangat” mulut Zaleha mula berleter.
---
“Hi baby” Raid sudah pun menunggu Amelia di hadapan rumahnya.
“Sorry lah I lambat. I dah tiada baju nak pakai. Tu yang lama nak pilih baju'”
“Ouh takpe baby. Okay let's go. Kita pergi cari baju baru untuk you okay” ajak Raid.
Amelia tersenyum suka. Pantas tangannya memaut tangan Raid masuk ke dalam kereta.
“So how you dengan Damia? Everything okay?” tanya Amelia.
“Tak lagi. Tadi I dah pergi rumah dia and then dia sendiri yang halau I balik. I malas nak bertekak lagi kat situ, so I balik lah. Tapi tak balik rumah, I datang rumah you. You kata nak keluar kan harini” jelas Raid. Dia masih fokus memandu.
Amelia mengangguk tanda faham. Malas hendak ditanya lebih lebih lagi.
Sampai sahaja di shopping mall. Amelia meminta perutnya di isi dahulu. Jadi mereka berdua pergi ke restoran untuk makan.
Aliya hendak keluar dari komples beli belah tersebut. Ikutkan hati ingin makan dahulu. Tibanya di kedai makan, dia ternampak kelibat Raid bersama seorang perempuan. Siapa tu? Damia ke? Tapi tiada pula Damia bagitahu aku yang dia nak keluar dengan Raid.
Aliya mula mengambil gambar secara senyap dari arah hujung kedai. Setelah puas dia beredar dari situ. Tak jadi pula nak makan dekat situ. Baik aku pergi rumah Damia sekarang.
Share this novel