BAB 2

Family Completed 6948

“Adam, awak tunggu kat sini dulu. Saya sakit perutlah, nak pergi tandas. Awak jangan pergi mana-mana tau!” ujar Fitri lalu segera berlari ke tandas sekolah.

Adam berdiri di situ. Da melihat pelajar yang beransur pulang itu. Sekali sekala dia melihat kalau-kalau Fitri kembali.

“Lambatnya…” ujarnya.

Tiba-tiba dia rasa tubuhnya ditolak dari belakang. Dia jatuh tersungkur. Saat itu, dia terdengar suara beberapa orang ketawa kuat. Dia mengangkat wajahnya, melihat siapa yang menolaknya.

“Hahaha, kesian! Tapi apa nak buat, takde sapa yang nak tolong kau! Kau tu anak yatim piatu! Hahaha~” ejek Farid dan kawan-kawannya.

Adam hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu melawan kerana dia sudah berjanji dengan kak Siti supaya tidak akan bergaduh di sekolah. Lagipun Farid dan kawan-kawannya tua darinya memang terkenal dengan sikap suka membuli. Apa yang diharapnya adalah Fitri cepat-cepat tiba disitu!

“Farid, nampaknya ada mangsa barulah sekarang!” ujar salah seorang kawan-kawannya.

“Hahaha, woi, nama kau sapa?” tanya Farid. Adam tidak menjawab.

Farid yang geram kerana pertanyaannya tidak dijawab terus menendang tubuh Adam. Adam terjerit kesakitan.

“Woi, Farid, janganlah main tendang-tendang! Masih kecik budak ni, cakap je dahlah!” ujar salah seorang kawannya.

“Korang diam! Nanti dengan korang-korang sekali aku belasah! Oi, aku tanya ni, nama kau sapa?!” jerkah Farid.

“WOI!” jerit Haikal dan kawan-kawannya.

Farid yang cukup mengenali suara itu, terus beku ditempatnya. Haikal!

“Woii, dia datang seorang ke?” tanya Farid tanpa menoleh ke belakang.

“Tak Farid, matilah kita kali ni! Dahlah kita baru terima amaran! Kalau bapa aku tau, mati aku kali ni!’ jawab salah seorang kawannya.

“Kau ingat bapa kau je ke? Bapa aku tu?? Kenapalah dia ada setiap kali kita buat macama ni?” bebel Farid.

Haikal membantu Adam untuk berdiri lalu memandang tajam pada Farid. Dia pantas mengeluarkan bukunya dan mencatat kejadian itu. Melihat itu, Farid segera cuba memberhentikan Haikal.

“Alah Haikal, takkan ni pun kau nak catat? Aku gurau je la dengan budak ni!” ujar Farid.

Dalam sekolah itu, ramai yang takutkan dia dan kawan-kawannya. Namun begitu, Haikal yang merangkap ketua pengawas dihadapannya ini terkecuali. Sejak insiden kakinya hampir patah kerana bergaduh dengan Haikal, dia sudah takut untuk berselisih dengan Haikal!

“Ohh, gurau? Gurau sampai dia terjatuh macam ni?” sindir Haikal.

“Alah, kali ni je. Kau…kau janganlah tulis, kitorang baru je terima amaran dari pengetua tadi.” beritahu Farid.

“Hah, dah terima amaran tu tak pandai serik-serik ke? Masih lagi ni nak cari pasal! Aku tak kira, kau dah buat salah, ini tugas aku! Dah, lebih baik korang blah sebelum tangan aku ni naik kat muka korang!” marah Haikal.

Mendengar kata-kata Haikal, Farid dan kawan-kawannya segera beredar dari situ. Selesai mencatat, Haikal mengalihkan pandangannya pada Adam yang sedang memerhatikannya. Dia tersenyum.

“Nama?” tanya Haikal.

“Adam…” jawab Adam. Dia kenal Haikal, ketua pengawas sekolah yang terkenal dengan sifat adil, suka menolong dan cerdik. Ternyata apa yang didengarinya sebelum itu adalah benar.

“Lain kali jangan biar dorang buli-buli Adam macam ni. Adam kena berani tau!” ujar Haikal. Adam mengangguk.

“Baik abang Haikal!” ujar Adam.

“Dah, jomlah balik.” ajak Haikal.

“Ah, abang Haikal keluarlah dulu. Adam tunggu kawan ni.” beritahu Adam.

“Girlriend ke??” usik Haikal.

“Bukanlah! Kawan lelaki Adam…” ujar Adam.

“Hah eyalah. Kami balik dulu.” ujar Haikal lalu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience