Bab 28

Crime Series 28563

Aku berlari anak mengejar Qarl.

"Qarl..."

Bayang Qarl semakin menghilang.

"Qarl... Tolong saya. Jangan tinggalkan saya."

Kabus putih yang menyelubungi pandangan mata aku menyukarkan pergerakan aku.

"Saya takut."

Aku tidak dapat mengesan jejak Qarl. Dia hilang begitu sahaja.

"Qarl Lee..."

Langkah aku semakin berat dan berat. Tidak semena, badan aku terjelepuk jatuh ke tanah.

Bayang Qarl terus tenggelam dari pandangan. Dan pandangan aku terus menjadi kelam.

"Anna..."

Bahu aku digoncang kuat.

"Na... Bangun, nak."

Sayup-sayup suara Mak pula menerjah gegendang telinga aku.

Kepala aku terasa berat. Seperti dihempap batu.

"Akak..."

Suara adik beradik aku juga memanggil.

Aku memaksa diri membuka mata. Wajah pertama di ruangan mata adalah Qarl.

"Anna, kau okay tak ni?"

Aku cuba bangun.

"No. Jangan paksa diri."

"Air..."

Tekak terasa kering. Dahaga air.

Mak menghulurkan segelas air kosong.

"Kenapa dengan Anna?"

"Kamu jatuh. Kamu tak ingat langsung ke?"

Aku jatuh?

Aku memandang Qarl. Minta penjelasan.

"Anna jatuh. Tadi, masa mengejar saya dalam kebun, Anna terlanggar batu besar."

Tak pernah aku jatuh dan pengsan di dalam kebun Ayah.

"Nasib baik Anna tak apa-apa. Mujur Qarl ada."

Tapi tadi tu... Aku mimpi... Maknanya betul la apa yang jadi dalam mimpi tu.

Aku kejar Qarl. Dia hilang. Dan aku jatuh. Lalu rebah.

Qarl dari tadi memegang jari jemari aku tanpa menghiraukan pandangan mata Mak yang memandang kami berdua.

Risau benar dia pada aku.

"Mak dah call Ayah. Ayah keluar ke pekan tadi. Kejap lagi Ayah pulang dengan Maman."

"Mak... Anna sakit kepala la."

Rasanya masa jatuh tidak terhentak apa-apa pun.

"Nak Mak picitkan ke? Tapi nanti Anna makin sakit. Tangan Mak ni kasar."

Mak hulurkan minyak angin.

Kepala aku memang tengah berdenyut rancak.

"Takpe, biar saya tolong picitkan."

Aku jadi terkedu dengan keberanian Qarl.

"Lee, makcik percaya kamu. Tolong picitkan dahi Anna."

Mak tak marah ke Qarl sentuh aku? Pelik betul.

Qarl mengangguk.

"Saya pandai mengurut. Dulu, arwah Mama pernah ajarkan."

Qarl memegang tudung aku.

Kalaulah Mak tahu yang Qarl tahu panjang rambut aku paras mana, tentu sekarang kami terus dinikahkan. Memang naya.

Dia terus memicit dahi aku tanpa mengendahkan renungan tanda tanya aku.

Macam mana aku boleh pengsan? Macam tak logik je terlanggar batu besar.

Sepertinya... Dia sedang menipu aku dan Mak.

Kepala aku semakin lega. Tiada lagi rasa berat yang menghempap. Aku rasa malu depan Mak. Dia sangat menjaga aku.

Kenapa Qarl sukakan aku? Aku bukan seperti May. Qarl sepadan dengan seseorang yang sophistikated. Bukannya dengan Anna Adriana yang kolot macam aku.

"Anna, sakit lagi tak?"

Aku menggeleng.

"Mak nak ke dapur. Tadi mak tengah kukus kek pandan. Lee, tolong tengokkan Anna ye."

Mak bangkit. Berlalu ke dapur.

Mirul pula dari tadi terkebil-kebil memandang kami.

"Mirul pun nak masuk bilik. Nak siapkan kerja sekolah."

"Mirul..."

Tak sempat aku nak menghalang dia pergi. Kini aku hanya berdua dengan Qarl.

Aku memandang Qarl tajam. Aku tahu sesuatu telah terjadi tadi. Tapi dia telah menipu semua orang.

"Baik awak jujur dengan saya. Apa yang jadi sebenarnya?"

Tangan dia masih lincah memicit.

"Takkan kau tak ingat?"

Wajah dia masih tenang seperti tiada apa yang berlaku.

Aku cuba perah ingatan mengimbau semula kejadian tadi.

Tadi, aku kejar dia. Lepastu aku terus lupa apa jadi.

Eh kejap. Aku mula teringatkan sesuatu.

"Qarl... Tunggu saya."

Aku menghalang jalan dia.

"Awak nak bunuh siapa?"

"Tepilah. Jangan halang aku."

"Qarl, please... Jangan kotorkan tangan dengan darah. Tak berbaloi."

Perasaan aku jadi kurang enak. Aku taknak kehilangan dia.

"Kau tak tahu pape. Dan, jangan libatkan diri dengan aku."

"Saya merayu... Jangan bunuh sesiapa lagi."

Dia menjeling.

"Anna Adriana, kau dengar sini. Ini dendam lama aku. Aku tak sabar nak balas semula."

"Awak kata awak sayang saya... Kalau macam ni la bukti sayang awak, nampaknya saya bodoh percayakan awak."

"Aku taknak kau terlibat sama. Jadi, jangan masuk campur."

"Tepilah!"

Tangan dia tertolak aku sehingga aku jatuh tertiarap ke atas tanah.

"Anna... Sorry."

Qarl jadi kalut apabila melihat Anna terbaring. Tanpa sengaja, buah rambutan di dalam bakul jatuh bertaburan menghempap Anna.

Terus saja dia mencempung tubuh Anna sehingga ke rumah.

Patutlah kepala aku sakit.

"Kenapa awak tipu Mak cakap saya jatuh terlanggar batu?"

"So, kau dah ingatlah apa yang jadi tadi?"

Iya. Aku dah ingat.

"Aku tak sengaja tolak kau. Maafkan aku, Anna."

"Saya okay."

"Kalau sesuatu terjadi pada kau, aku bersalah. Aku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kau."

Suara dia seperti kesal.

"Aku tak sepatutnya culik kau, sekarang kau dan family dalam bahaya."

Qarl mula menyalahkan diri.

"May takkan lepaskan kau, Anna. Lagi-lagi kalau dia tahu aku cintakan kau."

Qarl menatap aku dengan kesedihan.

"Jadi, awak nak tinggalkan saya?"

Tolong jangan kata yes, Qarl. Saya taknak awak tinggalkan saya.

"Tak. Aku takkan tinggalkan kau. Walau kau lari jauh, aku tetap mengejar."

Aku suka Qarl bila dia jadi Lee. Tetapi sekarang, aku suka Qarl bila dia jadi Qarl.

Nampak garang, tapi sebenarnya sweet.

"Anna... Petang ni aku kena pulang ke Kuala Lumpur."

"Saya nak ikut."

Aku taknak berenggang dengan dia.

"No. You stay here. Kau tak sihat lagi."

"Saya okay. Saya tetap nak ikut ke mana saja awak pergi."

Aku bangun dari perbaringan.

"Apesal kau ni degil sangat?"

"Saya memang degil. Sejenis kepala otak yang sama macam awak."

Dia sengih.

"Mengaku la ni tiru aku."

"Sorry sikit. Naturally, okay."

Aku mencebik.

"Kau rest dulu ye. Aku taknak kau jatuh sakit sebab aku."

"Dah okay."

Aku tak peduli. Aku mahu mengikuti dia pulang.

"Saya ikut ye."

"Tak boleh. Bahaya, sayang."

Apa yang bahayanya, Qarl kan ada. Dia akan selamatkan aku tak kira apa jua yang berlaku.

"Takkan saya nak terperap kat kampung ni tanpa khabar berita."

"Anna, nanti aku update dekat kau setiap hari. Tapi, buat masa sekarang ni kau relaks je."

Nampaknya aku terpaksa akur dengan Qarl. Tak mampu nak pujuk Qarl bawa aku pulang sama.

"Kau tunggu aku... Aku janji yang aku akan okay."

"Janji juga sesuatu dengan saya, boleh?"

"Apa dia?"

"Jangan tembak or bunuh sesiapa lagi..."

Qarl buat dengar tak dengar.

"Cepatlah janji."

Dia tidak mengendahkan pinky promise.

"Macam budak-budak la kau ni. Nak pinky promise bagai."

"Come on..."

Aku memujuk dia.

"Okay, fine. Tapi kalau keadaan tak mendesak aku takkan gunakan kekerasan. Selebihnya, terpulang pada takdir."

Dia menyambut pinky promise aku.

Ini yang aku risaukan. Qarl Lee memang keras kepala. Dia tak suka dengar cakap orang lain.
. .
. Mak membekalkan lauk pauk untuk dia. Sayang betul Mak pada dia.

"Lee... Nanti dah sampai terus panaskan lauk ni tau."

Aku sedih.

Qarl hantar aku pulang ke sini tanpa mahu membawa aku sama ke Kuala Lumpur.

"Baiklah. Saya balik dulu. Makcik dan Pakcik jaga diri baik-baik. Mirul dan Maman jangan lupa tengokkan Kak Anna untuk Abang."

Qarl mengerling aku sekilas.

Aku dari tadi melihat dia dari muka pintu. Tak sanggup biarkan dia pergi.

"Na, taknak cakap pape dengan Lee ke?"

Mak memanggil.

Aku keluar juga akhirnya.

"Anna, take care of yourself. Tunggu saya..."

"Awak pun jaga diri baik-baik. Jangan lupa makan. Saya dah tak boleh masakkan untuk awak lagi."

Aku tertunduk. Mata sudah berkaca. Qarl tinggalkan aku selamat ke pangkuan keluarga.

Dia menghulurkan satu bungkusan putih.

"Ambik ni. Sebagai protection..."

"Apa ni?"

Dia diam tidak menjawab.

Pistol.

"No. Saya taknak simpan."

"Anna, listen. Kau simpan je. Kalau pape jadi, kau tahu kan cara nak guna. Aku taknak benda buruk jadi kat kau. Jaga diri..."

Aku mengambilnya juga.

"If anything jadi dekat aku, Shark ada. Nanti aku minta dia hubungi kau."

Aku tahan air mata.

"Baik-baik, sayang. Apapun jadi, saya tetap sayangkan awak."

Dia menuturkan kata itu lantas masuk ke dalam kereta.

Sekelip mata sahaja, kereta dia menghilang dari tatapan. Dan hidup aku selepas ini bakal sunyi tanpa dia...

Semoga awak selamat, Qarl. Saya sentiasa doakan keselamatan awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience