Chapter 61

Romance Completed 35261

“Kau!!!”

“Sayang, apa awak buat ni?” panik Iskandar Faiz. Dia juga tidak sangka isterinya bertindak agresif.

“Siapa suruh dia datang ke sini? Suruh dia keluar sekarang, abang!” meninggi suara Sofia Amelia. Rasa benci dan marah semakin membara dalam mata dan hati Sofia Amelia.

“Sofi, saya…”

“Kau diam! Keluar dari rumah aku sekarang. Jangan tunjuk muka kau lagi! Keluar!” jerit Sofia Amelia semahu-mahunya. Tidak memberi sedikit peluang kepada Wahidah Tiara untuk memberitahu hasrat dia pergi ke situ.

“Sayang, calm down.” Iskandar Faiz memujuk isterinya. Lengan milik isterinya dipegang kemas.

“Abang, how does she know our house? Abang bagitahu dia ke?”

“Abang… abang…”

“Abang apa? Cepat bagitahu!” Sofia Amelia hilang sabar. Apatah lagi melihat Wahidah Tiara yang masih membatukan diri di situ.

“Tadi Tia call abang. Dia nak jumpa kita. Ada benda dia nak cakap dekat kita. Give her space to talk, sayang.”

“Kenapa nak jumpa kita? Nak buat rancangan untuk pisahkan kita? Tak cukup ke apa dia telah buat, abang? Perempuan macam dia ni kita tak boleh percaya sangat. Silap hari bulan kita pula yang susah.”

“Sayang, can you stop it? Tak baik menuduh. Dengar dulu apa yang Tia nak cakap.” suara Iskandar Faiz naik seoktaf. Walaupun Wahidah Tiara pernah bersalah, tidak semestinya dia masih belum insaf. Apa salahnya mereka memberi ruang kepada Wahidah Tiara untuk memberitahu hajat dia pergi ke rumah Iskandar Faiz?

“Abang, nak salahkan sayang? Nak marahkan sayang? Kenapa abang masih backup dia? Abang masih cintakan dia ke?”

“Ya Allah, sayang. What’s wrong with you? Jangan merepek boleh tak?”

“Is, Sofi, saya minta maaf. Saya tahu kedatangan saya ke sini akan merumitkan keadaan. Tapi dengar dulu mengapa saya datang ke sini. Please give me 5 minutes” Wahidah Tiara merayu sambil melutut. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyejukkan hati Sofia Amelia.

“Tia, bangun. Duduk dulu. Sayang, bawa air untuk Tia.” arah Iskandar Faiz.

“I am not maid. Buat apa abang suruh dia masuk? Suruh dia keluar. Sayang tak suka dia ada dekat rumah kita. And sayang tak ada masa untuk cakap dengan dia.” kata Sofia Amelia tegas.

“Whatever it is, she is our guest. Layan dia baik, Sofia Amelia. Biar abang je bawa air untuk dia. Abang nak Sofi berada di sini. Jangan naik atas, faham!” Iskandar Faiz malas hendak memanjangkan pergaduhannya.

“Tak apa Is. Saya tak nak air. You just stay here.”

Langkah Iskandar Faiz terhenti. Matanya melihat isteri yang berdiri sambil menjeling.

“Sofi, Is, saya minta maaf. Saya tahu selama ini saya jahat. Saya cuba untuk pisahkan kamu berdua. But now I have repented. Trust me. Saya terima qada dan qadar. Saya terima saya dan Is tak ada jodoh. Is milik awak, Sofi. Saya berjanji saya tak akan kacau Is. Saya minta maaf.” merembes air mata Wahidah Tiara. Tersentuh hati Sofia Amelia melihat air mata Wahidah Tiara. Tanpa sedar air mata Sofia Amelia juga bergenang. Namun, adakah hatinya bersedia untuk memaafkan Wahidah Tiara? Iskandar Faiz juga terasa sebak melihat adegan di hadapan mata.

“Bangun Tia.” arah Sofia Amelia perlahan supaya Wahidah Tiara tidak berlutut lagi. Walaupun suaranya perlahan, namun kedengaran tegas.

“Tak, sehingga awak tak maafkan saya, saya tak akan bangun.” ujar Wahidah Tiara degil. Dia mahukan Sofia Amelia dan Iskandar Faiz memaafkan dirinya sebelum dia berkahwin dengan Hafiz.

“Tia, bangun. Jangan lah macam ni. Awak bangun dulu ye. Insha Allah Sofi akan maafkan awak.” pujuk Iskandar Faiz.

“No Is, selagi Sofi tak maafkan saya, saya akan teruskan berlutut. Saya tahu apa yang saya telah buat satu kesalahan besar. Satu dosa besar. Saya cuba untuk meruntuhkan sebuah masjid yang terbina oleh kasih sayang dan cinta. Saya harus menjawab di sana nanti.”

“Aku maafkan kau!”

Perbualan Wahidah Tiara dan Iskandar Faiz terhenti apabila mendengar suara Sofia Amelia. Hati Iskandar Faiz berasa lega. Akhirnya isteri sudah memaafkan Wahidah Tiara.

“Betul Sofi? Betul awak maafkan saya?” soal Wahidah Tiara untuk kepastian. Dia tidak mahu salah dengar.

“Ye. Bangun sekarang.” ujar Sofia Amelia lalu memegang bahu Wahidah Tiara untuk membantu bangun dari melutut.

“Thank you so much sebab maafkan saya, Sofi. Saya berjanji saya tidak akan muncul dalam kehidupan kamu berdua.”

“Cukuplah kau minta maaf dan sedar kesilapan kau. Dalam dunia ini, tiada seseorang pun terlepas dari melakukan kesilapan. Itu firasat. This is human nature. Itu bukan pilihan manusia. Tetapi sedar dari kesilapan yang telah dibuat dan meminta maaf adalah pilihan manusia. Just two options. Either nak minta maaf dan sedar ataupun sedar tetapi sambung buat kesilapan itu walaupun sudah tahu itu satu dosa. The choice is on their hand.” jelas Sofia Amelia tenang. Kali ini tiada lagi rasa marah dan kasar dalam suara.

“Saya sudah berubah Sofi, Is. Terima kasih sebab sudi memaafkan saya. Ini kad undangan ke majlis nikah saya.” Wahidah Tiara menghulurkan kad undangan kepada Iskandar Faiz.

“Alhamdulillah. Saya gembira sebab awak dah nak kahwin. Congrats Tia.”

“Tahniah Tia. Aku harap kau bahagia selama-lamanya bersama dengan suami kau.” ujar Sofia Amelia ikhlas.

“Hujung minggu ni majlis?”

“Ye Is. Pastikan you guys datang.”

“Insya Allah. Kalau tiada apa-apa urusan, kami datang. Awak pun tahu kan kerja saya macam mana. Kalau ada perjumpaan bersama klien, kami tak dapat hadir. Saya bagitahu awal-awal.” tutur Iskandar Faiz.

“Yes, I knew. Jangan risau. Saya faham.”

“Tia, minum lah air. Aku minta maaf. Tadi aku tak dapat nak tahan rasa marah aku. Sebab itu aku serang kau tadi. Aku minta maaf eh.” muncul Sofia Amelia bersama tiga gelas air oren.

“Saya tahu. Tak perlu minta maaf Sofi. Even if I were at your place, I would behave like what you did.”

“Dah, mari kita makan bersama-sama. Saya ada masak kerang masak lemak dan kangkung belacan je. Simple je harini.” pelawa Iskandar Faiz.

“Eh, tak pe Is. You guys carry on. Saya balik dulu.” menolak Wahidah Tiara.

“Tia, sekejap je. Makan lah dengan kami. Lepas ni tak tahu bila kita dapat makan macam ni.” Sofia Amelia turut mengajak Wahidah Tiara.

“Tapi…” Wahidah Tiara berasa serba-salah untuk menolak apabila suami isterinya mengajak tanpa berputus asa.

“Tia, makan sikit pun jadi lah. Dulu awak suka makan masakan saya kan.”

Bulat mata Sofia Amelia. Iskandar Faiz pula baru sedar dia silap cakap. Perlukah dia bagitahu yang Wahidah Tiara suka makan masakannya? Dah nak kena dengan isteri!

“Err, sayang. Sebenarnya…”

“Dah, I don't need any explanation. Tia, kita makan bersama.” tanpa mempedulikan suami, Sofia Amelia menarik tangan Wahidah Tiara dan meninggalkan ruang tamu.

“Sofi merajuk ke?”


***************************

“Penatnya…” Sofia Amelia mengurut perlahan leher yang berasa lenguh itu. Tiba-tiba otaknya memikirkan tentang Wahidah Tiara.

“So Tia, dah nak kahwin. Bakal suami kau kerja apa?”

“Dia CEO of Hafiz interior designing Sdn.Bhd.” jawab Wahidah Tiara.

“Macam pernah dengar je nama company dia.” ujar Sofia Amelia.

“Mungkin ayah awak kenal kot.”

“Mungkin. Tia…”

“Ye Sofi? Kenapa?” Wahidah Tiara pelik kerana Sofia Amelia hanya berdiam.

“Aku minta maaf. Aku pun pernah sakiti hati kau. Aku tak pernah nak rampas Is dari kau. Tapi apa yang telah terjadi itu takdir. Takdir yang Allah sudah ditulis. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku berdoa kau hidup bahagia lepas ni bersama dengan suami kau.” Sofia Amelia meminta maaf kepada Wahidah Tiara.

“Awak tak perlu meminta maaf Sofi. Awak tak salah pun. Macam awak cakap, semuanya takdir. Saya yang gagal untuk memahami selama ini.”

“Dah, kita tak payah cakap pasal benda yang sudah lalu. Kita tutup buku lama. Kita lupa kisah pahit itu. Lepas ini, kita buka buku baru.” ujar Sofia Amelia dengan penuh ceria.

“So, macam mana Is jaga awak? Awak happy tak?” soal Wahidah Tiara.

“Alhamdulillah, aku bahagia bersama Is. Dia jaga aku seperti bidadari. Kalau dia ada dekat rumah, dia tak bagi aku buat kerja. Semua dia seorang buat. Kau tengok tadi kan, Is yang masak, dia yang kemas semua.”

“I am happy to hear it. Sofi, jujur saya cakap. Is is a nice guy. Dia seorang yang penyayang, penyabar dan seorang yang bertanggungjawab. Kadang-kadang dia baran. Baran dia pun kalau lah dia hilang sabar. Tapi tak lama, dia jenis cepat panas, cepat sejuk.” komen Wahidah Tiara. Sudah lama juga mereka berdua dilamun cinta, tak akan Wahidah Tiara tidak tahu personaliti Iskandar Faiz.

“Betul jugak. Kadang-kadang aku yang buatkan dia marah. Tapi tak lah sampai teruk. Last-last dia yang pujuk aku.”

“Take care of him Sofi. Saya tahu awak cintakan dia and Is pun cintakan awak sepenuh hati dia.” Wahidah Tiara tahu bagaimana Iskandar Faiz mencintai Sofia Amelia. Dari segi cara layanan, Wahidah Tiara sudah tahu tahap cinta Iskandar Faiz terhadap Sofia Amelia.

“I am lucky to have you in my life, abang.” bisik Sofia Amelia sambil merenung gambar persandingan mereka yang terletak di atas meja solek.

“Sayang, buat apa tu?” tegur Iskandar Faiz dari arah belakang.

“Hish, abang ni. Terkejut sayang tahu tak!” mendengus Sofia Amelia dan menoleh ke belakang. Matanya tertancap pada six packs suaminya. Kebetulan Iskandar Faiz keluar dari kamar mandi setelah bersihkan dirinya. Tanpa disedari kakinya mengatur langkah mendekati suaminya. Tangan pula menyentuh perlahan bahagian berotot itu.

“Sayang, kenapa ni? Okay tak? Lain macam je abang tengok.” meliuk Iskandar Faiz apabila tangan lembut Sofia Amelia main menyentuh dada sasanya. Iskandar Faiz agak sensitif apabila orang lain menyentuh badannya.

“Abang ni kenapa? Tak boleh berdiri elok-elok ke? Ke sana, ke sini.”

“Sayang ni macam tak tahu pula. Abang kan sensitif kalau orang lain sentuh abang. Sayang pula sibuk mengusap badan abang. Abang tak sampai hati nak menolak. That’s why abang diam.” jelas Iskandar Faiz.

“Kenapa abang terlebih sensitif receptors kat badan abang?” soal Sofia Amelia sambil gelak. Dia terlupa suaminya sensitif.

“Tanya kat tuhan sayang. Tanya abang buat apa? Dah lah, tepi. Abang rasa sejuk ni. Nak pakai baju.” kata Iskandar Faiz lalu membuka almari untuk keluarkan sehelai baju dan kain pelikat.

Perfume jenama Hugo Boss yang terletak di atas meja solek diambil oleh Iskandar Faiz untuk sembur ke badannya sebelum memakai bajunya.

“Abang, jangan!” Iskandar Faiz menghentikan dirinya daripada menyembur minyak wangi apabila mendengar jeritan kecil dari isterinya.

“Kenapa?”

“Abang, sayang tak suka lah abang pakai minyak wangi ini.” mengadu Sofia Amelia.

“Aik? Tak suka? Bukan ke sayang suka wangi perfume ini?” menyoal Iskandar Faiz agak bengang. Minyak wangi jenama Hugo Boss adalah minyak wangi kegemaran Sofia Amelia. Dia yang menghadiahkan Iskandar Faiz semasa menyambut hari genap sebulan perkahwinan.

“Betul abang. Tapi sekarang sayang tak suka.”

“Habis sayang suka minyak wangi brand mana? Cakap kat abang. Abang try beli esok. But for now, I have to wear this perfume. Sebab abang ada minyak wangi jenama ini sahaja buat masa sekarang.”

“No, kalau abang pakai juga minyak wangi ini jangan harap abang dapat tidur dalam bilik ini!” Sofia Amelia memberi amaran. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak gemar wangi itu. Setiap kali dia menghidu wangi Hugo Boss, tekaknya berasa loya.

“Apa ni sayang?” hairan Iskandar Faiz. Semakin dilayan, makin mengada-ngada Sofia Amelia!

“Apa kata abang pakai minyak wangi sayang?” kata Sofia Amelia. Lantas tangannya mengambil minyak wangi Miss Dior.

“Ya Allah, sayang! Abang lelaki lah, bukan perempuan. Abang kena pakai perfume maskulin.”

“Please abang. Pakai perfume sayang.” merayu Sofia Amelia. Air matanya mula bergenang. Terkedu Iskandar Faiz.

“Why are you crying now?”

“Sebab abang tak nak pakai minyak wangi sayang.” balas Sofia Amelia perlahan.

“Yelah, yelah. Abang pakai.” akhirnya Iskandar Faiz mengakur. Disebabkan sayang terhadap isteri, Iskandar Faiz terpaksa melayani semua kehendak pelik isterinya.

“That’s my man! I love you!” satu cium hangat dihadiahkan oleh Sofia Amelia. Tubuh badan suaminya dipeluk erat untuk menghidu bau minyak wangi dan juga bau badan Iskandar Faiz.

“Sayang, abang nak pakai baju lah. Tepi sikit.”

“Tak payah pakai bajulah abang. Jom tidur. Esok kerja kan. I want to sleep hugging you.”

Tanpa ada pilihan Iskandar Faiz mengikuti jejak kaki isterinya ke katil.

“Terpaksalah aku tidur tanpa pakai baju. Dahlah badan aku pun bau perfume dia. Sekarang tak bagi aku pakai baju. Layan je lah. Kalau aku bantah, nanti merajuk pulak. Nasib baik aku sayang!”


*******************

“Umi… umi… jangan tinggalkan Is,umi… jangan!!”

“Abang! Abang! Bangun abang. Kenapa ni? Abang mengigau ni.” Sofia Amelia menepuk pipi suaminya.

“Umi! Umi!” makin kuat jeritan Iskandar Faiz. Peluh mula membasahi dahi Iskandar Faiz. Itu membuatkan Sofia Amelia semakin panik.

“Abang! Bangun!” jerit kuat Sofia Amelia. Jeritan Sofia Amelia berjaya mengejutkan Iskandar Faiz dari terus bermimpi.

“Abang, kenapa ni? Bawa mengucap!”

“Sayang…” Iskandar Faiz meraup kasar wajahnya.

“Minum air dulu abang. Bawa bertenang. Abang mimpi buruk ke?” tanya Sofia Amelia sambil menghulurkan segelas air suam.

Iskandar Faiz hanya mengangguk. Rasa takut masih menyelubungi dirinya. Rasa takut kehilangan ibu yang tercinta.

“Abang, mimpi je kan. Jangan lah nak stresskan diri. Relax.” ujar Sofia Amelia lembut. Walaupun dia tidak tahu apa yang suami telah bermimpi, tetapi dia boleh agak mimpinya mengenai ibu.

“Abang…”

Bunyi deringan telefon bimbit menyebabkan Iskandar Faiz menghentikan dari terus berbicara. Tanpa tengok nama pemanggil, Iskandar Faiz menjawab panggilannya.

“Astaghfirullah hal 'azim”

New chapter is here ! Enjoy reading semua ! Jangan lupa untuk comment and rate. You guys boleh follow ig Kikki untuk tengok teaser dan juga gambar-gambar watak cerita ini. Stay safe ! IG -> miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience