dua puluh enam

Romance Series 207117

Shira dengan senyuman bangganya ber catwalk bersama Khalish melepasi pintu kaca utama syarikat. Ada feeling-feeling laki-bini CEO gituw..huhuhu

Tangan tak lepas dari merangkul lengan si suami, Khalish juga langsung tak menghalang. Malas barangkali.

Shira memerhati sekeliling, sudah dijangka mereka akan menjadi perhatian terutamanya Khalish.

Yang paling attractive sudah semestinya En Schizo yang tampil sangat kacak dan bergaya hari ini dengan pemakaian yang sangat 'menyerlah'.

Mana tidaknya, tak pernah dibuat orang pakai set sut kot bewarna soft pink ke tempat kerja. Selalunya hitam, biru gelap ataupun kelabu saja.

Tapi ini.. yishhh

Shira pada awalnya agak bangga apabila mereka menjadi 'sweet n hot' couple di situ tapi perasaannya tak lama.

Terbit perasaan cemburu yang membuak dalam dirinya apabila mata-mata keranjang para wanita mula mencuci mata melihat Khalish.

Mereka menunggu lif di hujung lobi utama.

"Bang..." Shira yang masih tak lepaskan rangkulan di tangan Khalish memanggil perlahan. Dia rasa terancam..

"Hmm" Dia membalas dingin dengan mata di skrin phone.

"Kita lunch sekali ek nanti? Boleh kan bang?" Shira bertanya manja. Biasalah, sedang menunggu lif, sudah semestinya ramai di sana.

And literally, semuanya memandang ke arah Khalish. Dia cemburu..bukan sikit..cemburu gile!

"Tak."

"Ala.. kenapa pulak? Abang ada nak pergi mana-mana ke?" Shira mencuba lagi.

"Tak."

"Dah tu? Jom lah lunch sekali... Ayang teringin-- sangat nak makan nasi ayam.. please bang.." dia merengek manja. Lengan Khalish digoyangkan sedikit, memujuk.

Malulah dia jika Khalish menolak pelawaannya di khalayak ramai, sebab itu dia memujuk.

Khalish mengeluh berat sebelum memandang ke hadapan. Rahangnya bergerak-gerak sedikit.

Shira yang tak faham situasinya hanya menanti dengan harapan. Khalish mula menatap Shira dengan pandangan kosongnya dan..

"Shut up."

Sentap.

Urghh... rasa seperti ditusuk tombok pada hatinya. Shira terlopong.

'Hishh.. aku dok manja-manja, dia suruh aku diam? Depan orang ramai pulak tu...'

Shira memuncung.

Iyalah kan.. bila si isteri bermanja-manja, tapi disuruhnya diam?

Hati perempuan mana tak sakit woii.....

Shira mendengar kata, dia tak bertanya apa-apa lagi. Pegangan pada lengan Khalish turut dilepaskan.

Serta-merta, mereka bagaikan orang tak dikenali. 'Kau hal kau..aku hal aku..'.

Khalish sibuk dengan phone nya dan Shira pula hanya memandang kosong ke pintu lif yang masih tertutup.

Diam.

Shira sebenarnya protes dengan niat mahu Khalish memujuknya tapi hampa. Lelaki itu tak hiraukannya langsung. Bukan itu saja, mata pun langsung tak berkalih dari phone nya.

Lelaki taguna taguna..

Akhirnya Shira merajuk dan berubah dingin. Wajah cerianya terus berubah cemberut. Langsung tiada seri.

Sebenarnya dalam diri Khalish pula, sudah tak sedap hati apabila Shira tiba-tiba melepaskan tangannya.

Fikirnya Shira akan menggedik dengannya lagi seperti biasa, tapi wanita itu hanya diam saja tak bereaksi. Suara perempuan itu juga tak kedengaran lagi..

Timbul satu perasaan dalam dirinya..

Sunyi.

Dia rasa kosong tiba-tiba walaupun orang ramai di sekeliling,

Semuanya gara-gara Shira diam dengannya.

'Aku cakap ape je tadi.. aku suruh dia diam je kot.. tak kan itu pun nak marah?' fikir Khalish walaupun matanya masih setia pada laporan kewangan di skrin phone.

Apabila dia yakin Shira tak memandangnya, dia mencuri pandang gadis itu dari hujung mata. Dan pantas mengalihkannya.

'Takutlah pulak nak tegur.. garang semacam.' Itulah pemikiran Khalish.

Sememangnya wajah Shira pada tika serius menakutkan. Boleh kecut perut jika bertembung dengan wajah sebegitu.

Khalish meneguk liurnya beberapa kali, bergolak dalam dirinya tentang apa yang perlu dia lakukan. Perlukah dia menegur Shira? Meminta maaf? Atau membiarkan wanita itu reda amarahnya sendiri?

Dia lembap..

Dia tak tahu..

Tiba-tiba pintu lif terbuka, hanya beberapa orang yang keluar dari lif sebelum mereka memasukinya pula.

Pagi itu suasana sudah ke hujung waktu masuk pejabat, jadi keadaan agak crowded.

Ramai pekerja-pekerja yang lain juga memenuhi ruangan isi dalam lif selagi loceng tak berbunyi menandakan melebihi muatan.

Khalish agak terkebelakang dan Shira juga begitu, mereka agak terpisah dalam keramaian.

Sebaik saja lif tertutup, suasana hanya diam saja tanpa sebarang suara. Lif berhenti sekali-sekala di tingkat-tingkat terdahulu.

Dalam perhentian ke aras 8, lif mula bergegar agak kuat. Beberapa orang di dalam lif yang tak menjangkakan hal itu terjerit kecil akibat terkejut termasuklah Shira.

Paparan skrin nombor adalah "Error". Ada yang mengeluh, mengguman perlahan dan mula berbual soal itu. Ada juga yang cuba menghubungi pihak pengurusan syarikat untuk memaklumkan soal itu tapi panggilan terhalang dan tak bersambung.

Semuanya buntu..

Agak lama mereka hanya berdiri bosan menunggu bantuan. Button ring juga tak berfungsi apabila ditekan, semuanya tak menyala.

Shira mengeluh kerana kelenguhan. Mananya tidak, sudahlah sebelah dan belakangnya lelaki. Tak akan dia mahu menonggeng membetulkan lenguhan di tubuhnya pula bukan? Shira hanya tertunduk-tunduk sekali-sekala menahan rasa.

Tak lama selepas itu,

Pluk.

Semuanya gelap tiba-tiba dan pekerja-pekerja perempuan kebanyakannya terkejut dan menjerit agak kuat termasuklah Shira.

Kegelapan di dalam lif bagaikan menutup mata, tak nampak apa-apa. Shira kabut menyelongkar tas tangannya mencari phone sebelum dia terjerit lagi apabila ada tangan yang memegang pinggulnya dari belakang.

"Apa ni sentuh-sentuh?!" marahnya tak boleh dikawal lagi, suara nyaringnya kedengaran memarahi orang di belakangnya.

Memang dia pantang orang-orang luar memegang tubuhnya terutamanya bahagian sensitif, memang teringin heels agaknya.

Beberapa orang yang sudah membuka torchlight di phone menyuluh ke arah kekecohan tadi.

Ada seorang lelaki Iban muda ber name tag DARIEN di belakangnya ditatap tajam Shira.

Lelaki itu kerutkan dahi dan pandang sekelilingnya bagaikan tak tahu apa yang berlaku.

"Kenapa En sentuh saya ha? Dah miang sangat dah?" hantunya sudah muncul. Tak dikisahkan dah mata-mata yang memandang. Shira bertanya keras.

Kedengaran suara-suara halus mula berbisik perlahan.

"Saya tak buat apa-apa..betul.." kedua tangan diangkatkan bagaikan menyerah diri dan dia menggeleng laju.

Sebelum Shira mahu memuntahkan pula cercaannya kerana si dia tak mengaku merabanya tiba-tiba...

"Shira.. stop it." Suara dingin Khalish di sebelah lelaki itu mendiamkan semua suara di dalam lif tadi.

Kepala Shira mula berasap, wajah tak bereaksi Khalish ditatap tajam.

'Sudah la aku kene raba.. kau bukan nak buat apa pun. Aku nak marah jantan ni kau suruh aku diam pulak? Memang taklah!'

Bertambah-tambah amarahnya dengan keadaan itu.

"Abang ni memang-" Shira sudah kegeraman, suaranya keras bertutur sebelum,

"Come here." tangan Shira ditariknya ke arah dia. Sebelum dipeluk bahu si isteri rapat ke dada bidangnya. Kepala Shira hanya separas mulutnya saja.

Speechless.

Shocked.

Tapi masih tak menyejukkan hati Shira. Cahaya merah di bahagian atas lif yang menyala menampakkan wajah Shira yang sudah mencuka. Sebenarnya dia mahu menangis apabila diraba begitu walaupun dari luarannya dia tampak keras dan tegas.

Khalish pula memeluknya tak kena pada waktu. Baru tangan dia yang memeluk bahu Shira mengusap lengan gadis itu, Shira mengalihkan bahunya. Menepis dengan agak kasar.

Hatinya panas dengan kelakuan Khalish. 'Kenapa dia tak pertahankan aku? Tak kisah ke dia lelaki lain menyentuh aku? Langsung tak sayangkah dia pada aku?' Mata Shira mula bertakung.

Khalish agak terasa dengan kelakuan Shira tapi dia teruskan memujuk juga. Lebih mesra.

Shira yang mengiring di tolehkan menatapnya walaupun badan Shira agak keras. Pelik juga Khalish kadang-kadang, Shira berotot mungkin..

Tanpa dipinta, Khalish terpampam sebentar apabila kedua tangan Shira naik memegang sut soft pink di tubuhnya dengan wajah yang menunduk.

Khalish tak berfikir lama terus memeluk pinggang Shira. Kepala si isteri berada di lehernya. Disebabkan kepala Shira menunduk, Khalish meletakkan dagunya di atas bahu Shira. Kelihatan amat rapat.

Suasana kembali seperti biasa dengan semua orang melakukan hal masing-masing. Bermain telefon, berbual dan buat bodoh.

Shira tak mahu mengangkat wajahnya kerana sudah pasti pipinya sudah basah sekarang. Dia mengesat air matanya perlahan tanpa mengangkat wajah. Dia bergeselan pula dengan wajah Khalish di bahu kanannya.

Khalish terdengar esakan tangis kecil Shira sebelum dia mengeluh perlahan. Lelaki di belakang Shira tadi ditenungnya tajam sebelum berbisik.

"Shh..Don't cry. Sebenarnya..." Khalish cuba memujuk Shira lembut. Betul-betul di cuping telinga gadis itu.

"Saya yang buat." sebelah tangannya turun meraba bahagian belakang Shira lembut.

Tersentak gadis itu sebelum pantas mendongak dengan wajah terkejut melihat wajah beku Khalish yang sudah sedia melihatnya.

'Dia yang buat?????' Shira masih tak percaya dengan kenyataan Khalish walaupun sebelah tangan lelaki itu sudah meraba punggungnya dalam kesamaran lampu merah lif itu.

"Suka?" soalan Khalish memalukan Shira. Serta-merta mereka kembali dalam dunia realiti. Tangan kekar Khalish cuba dialihkan daripada punggungnya sambil mata meliar memandang manusia-manusia lain.

"Lepaslah bang.." dia suka sebenarnya..hihihi. MIANG!!

Tapi keadaan mereka tak sesuai betul. Suami Schizo nya itu memang lemah bab-bab begini. No doubt about it.

"Taknak." tangan Khalish masih tak berkalih.

Shira pula sudah cuak apabila tangan suaminya makin meraba agak liar berbanding tadi. Ramasan mula bertukar agak kasar.

"Bang.." panggilannya perlahan tapi lebih tegas, tangan Khalish cuba dialihkan dari memegangnya sambil mata tak berani bertentang dengan mata dingin Khalish. Lemah lututnya nanti.

"Tak.Nak." dia masih kekal dengan jawapannya. Degil!!! Plus...

Gila!!

'Aduhhh.. nak raba pun tak bertempat. Aku tampar tangan tu kang marah, merajuk pulak! Sah Schizo!' Shira bergumam geram dalam hati.

Begitulah keadaan mereka di dalam lif sehinggalah lif dapat dibuka dalam 30minit kemudiannya.

'Nak raba aku sangat kan.. tunggulah.. Aku belasah kau dalam pejabat lunch nanti.. Merane tak sudah.'

Shira mula merencana rancangan barunya dan dia yakin...

Khalish tak akan mampu menandinginya. Muahahaha!!!

*//: Kinda bz ltely cz dh nk strt stdy. So cn't updte daily fr bth nvl, srry fr the long wt.

tq.

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-07-03 10:58:07 

xpe.fhm awak juga ada komitmen lain..sy stia mnunggu..dh jtuh hti kt story2 u..morning jgk..

Mimie Harmiza
2020-07-03 01:36:27 

baik..fham.tq .stia mnunggu .story mkin bestt.night hans


NovelPlus Premium

The best ads free experience