BAB 6

Romance Series 26081

Pada pagi harinya aku terjaga,kerana aku terdengar satu suara yang seperti sedang menunaikan solat.Aku memalingkan wajah aku ke arah suara tersebut dan aku dapat melihat...suami aku sedang menunaikan solat dengan memakai pakaian jubah serba putih bersama songkok putih yang berada diatas kepalanya.

"Assalammu'alaikum warahmatullah....assalammu'alaikum warahmatullah..." Dia memberi salam yang menandakan dia sudah pun habis menunaikan solat.Kemudian dia memalingkan pandangan nya ke aku lalu tersenyum. "Assalammu'alaikum isteri abang....dah bangun pun akhirnya...banyak kali abang kejut tau." Dia berkata, "Hmm? awak solat subuh ya?" Aku bertanya.

"Ha ah...abang ingat nak solat sama-sama dengan sayang,tapi sayang tak bangun pulak." Dia menjawab sambil anak matanya merenung ke arah wajahku ini. "Saya bukan nya taknak bangun tapi...saya cutilah harini..." Aku berkata lalu aku menjeling ke arah wajahnya yang sungguh putih dan perfect itu,aku pun macam...wow!

Hensem juga eh suami aku ni,hehehe... "Ohh sayang cuti....ok fine takdelah rezeki abang kali ini kan...?" Dia berkata. "Apa rezeki-rezeki hah?" Aku bertanya.

"Eh awak ingat yer Pensyarah Khalif...saya ni kahwin dengan awak bukan sebab saya cinta ataupun suka dekat awak,tapi saya ni terpaksa...sebab saya taknak tengok muka mak dengan abah saya tu sedih! so awak jangan nak perasan sangat eh." Aku memandang ke arah anak matanya dengan tajam. "Apa abang kesah kalau sayang cinta ke tak cinta..yang penting abang yang mencintai sayang dengan sepenuh ikhlas hati abang nih..." Dia berkata dan tersenyum sinis. "Ek eleh...ikhlas konon.." Aku menyindir perkataan yang dikeluarkan oleh suamiku itu,tiba-tiba dia datang mendekatiku.Dia menundukkan wajahnya lalu berkata "Nak percaya ke atau nak abang cium sayang~?" Aku terbatuk seketika apabila kata-kata sebegitu dikeluarkan daripada mulut suamiku ini. Dengan mata yang luas terbuka aku memandang ke arah wajahnya.

"Ish awak ni daripada saya ada dekat sini baik saya bangun pergi mandi lagi bagus!" Aku terus bangun daripada katil dan apabila aku hendak memulakan langkah yang pertama untuk menuju ke bilik air,dia terus menarik tanganku.Lalu aku terjatuh di atas katil bersamanya.

"Aik? takkan lah cepat sangat nak pergi mandi...abang tak sempat pun lagi nak bermanja dengan sayang~" Dia memeluk pinggangku dengan erat.

"H...habistu saya nak buat apa!?" Aku menggelabah untuk melepaskan diri daripada pelukkan nya itu. "Baring dekat atas katil ni dengan abang sampai abang puas bermanja dengan sayang~" Dia berbisik di telingaku, dan aku dapat merasakan...dia meletakkan dagunya di atas bahuku dan sambil itu dia memeluk pinggangku dengan erat,seperti tidak mahu aku terlepas daripada pelukan nya itu. "A...awak! kan saya ada kelas harini dekat Universiti!Awak kan Pensyarah saya...takkan awak tak tau!?" Aku berkata sambil itu aku cuba untuk melepaskan diri aku. "Ala...kelas sayang kan bermula pada pukul lapan nanti...so rileklah dulu..." "Amboi...masalahnya..kita sekarang ni dekat kampung saya lagi,so nak pergi ke KL tu jauh!" Aku mencuit pipinya.

"Aduh!" Dia mengaduh sakit. " Ha tulah...apa yang saya cakap awak taknak dengar..." Aku memandang ke arahnya dan tersenyum sinis. "Alah..tapi dari Shah Alam nak ke KL tak adalah jauh mana pun..1 jam je berapa minit je.." Khalif memuncungkan mulutnya.Tanpa berkata apa-apa, dia melepaskan pelukannya daripada pinggang aku lalu dia terus bangun daripada katil dan pergi menuju ke bilik air.Aku bangun daripada katil dan mengeluh kecil, "Haih...aku harap dia tak merajuk dengan aku sebab aku cubit pipi dia kuat-kuat tadi..'' "Aih!? kenapa aku nak hiraukan sangat yang dia merajuk dengan aku ke tak!? lantak dialah nak merajuk dengan aku ke apa...ada nampak aku kesah ke kalau dia merajuk ke tak-"

"Haih...dahlah aku taknak ambil tau yang dia merajuk ke tak dengan aku...itu bukan masalah aku...itu masalah dia,so lantak dialah!" Aku membebel dengan nada yang perlahan agar suamiku yang sedang berada di dalam bilik air itu tidak akan menegur aku kerana aku membebel tentang dia semasa dia berada di dalam bilik air itu.

"Hmph..daripada aku duduk tunggu dia ni..baik aku mandi dekat bilik air dapur tu je senang." Lalu aku bergegas bangun daripada katil dan mengambil pakaian aku untuk menuju ke bilik air dapur.

Selepas sahaja aku selesai mandi dan bersiap,secara tiba-tiba ada orang yang mengetuk pintu rumah aku.Aku kemudian memanggil mak aku untuk membuka pintu..tetapi mak aku tidak bersuara, "Hmm...mesti mak keluar dengan abah ni...pergi beli barang dapur lah tu." Aku kemudian menuju ke pintu rumah aku dan membukanya.Apabila aku membuka pintu tiba-tiba...KPAK! ada seorang wanita berdiri di depan pintu rumahku itu lalu menamparku.

"Hey! awak ni dah kenapa ha!?" Aku bertanya kepada wanita tersebut dengan nada yang terkejut dalam marah. "Kau yang patut aku tanya...kau dah kenapa eh kahwin dengan tunang aku!?" Aku tayangkan muka blur. Lalu aku bertanya, "Siapa tunang awak hah?? setahu saya, saya memang tak main tunang orang ni." Aku berkata dengan selamba. Like- sejak bila pulak aku ambik tunang orang ni??? Lalu perempuan itu membalas "Khalif tu tunang aku!" Perempuan itu berkata dengan nada suara yang ditinggikan olehnya.

"APA!?DIA TUNANG AWAK!?" Muka ku pucat serta-merta. "Yelah..habistu kau ingat aku ni pura-pura ke!?" Dia berkata dengan sinis di dalam kata-katanya. Kemudian Khalif keluar dan bertanya, "Sayang..kenapa ni?" Tiba-tiba Khalif terdiam apabila matanya memandang ke arah perempuan itu, "Aww..baby..dah lama I tak jumpa you tau..." Perempuan itu menolak aku lalu menuju ke Khalif dengan selamba.

"Erdina..kenapa you datang kesini!??" Khalif meninggi kan nada suaranya. "Alah...sayang kenapa marah ni...kan kita nak bertunang dah..."

"Siapa kata yang I nak bertunang dengan you hah!?" Khalif meninggikan lagi suaranya sambil memandang Perempuan yang bernama Erdina itu dengan mata yang penuh rasa benci dan marah.

"Erdina you dengar sini...I dah batalkan pertunangan kita,dah lama dah I batalkan sebab you CURANG dengan I!" Khalif berkata sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah dahi Erdina. "B...bila masa I curang dengan you Khalif!?ni mesti sebab perempuan ni yang bomoh you kan!?" Erdina memandang ke arah wajahku dengan muka yang menunjukkan riak benci. "Eh Erdina! you jaga sikit percakapan you! you dengar sini. Dia isteri I..baik you jangan mengata dia apa-apa lagi! Ok sekarang ni I nak you berambus dari rumah keluarga isteri I ni.BERAMBUS!" Erdina terkejut lalu bergegas keluar dari perkalangan rumahku...tetapi sebelum dia keluar dia sempat lagi menjeling ke arah anak mataku. "Kau tunggu Ayu..kau tunggu..nanti aku akan pastikan yang Khalif tu akan menjadi milik aku semula..kau tunggu!" Dia berkata pada dirinya sendiri dengan penuh rasa geram. Akhirnya Erdina berlalu pergi.

sorry yah guys..saya betulkan sikit bab 6 ni..saya bukan tukar jalan cerita tapi ada saya tersalah letak tanda baca so saya betulkan lah sedikit yer...and enjoy bagi yang baru nak baca novel saya ni!:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience