"Hey, Herien? Bagaimana kamu tahu tentang 'Orang Tambahan'?" tanya Han.
"Harry dah ceritakan semuanya" jawab Herien.
"Sempat lagi kamu ceritakan kepada dia?" tanya Shira.
"Hehe.. Saya tiada apa nak cakap dengan dia jadi saya cakaplah tentang
tu" jelas Harry.
"Sekarang sudah tujuh orang yang tahu tentang 'Orang Tambahan', kita
tidak boleh memberitahu kepada orang lain, sebab mungkin orang yang kita
beritahu itu adalah orang yang kita cari selama ini" kata Han.
"Bukankah Hendry tahu, dimana dia?" tanya Harry.
"Saya tidak nampak lagi dia, harap dia tidak beritahu orang lain tentang
ini" kata Han.
"Shira? Mungkin kamu 'Orang Tambahan' itu?" usik Herien.
Shira terus menumbuk muka Herien sambil berkata, "jangan mengarut!".
"Sakit tak?" tanya Harry
"Diamlah" malu Herien.
************
Sejak dari hari itu, berlakunya peristiwa sehingga Julai iaitu cuti
musim panas. Cuti dimana kelas 4 Biruni akan membuat lawatan ke sebuah hotel
di tepi pantai. Tetapi cuti musim panas akan terjadi satu peristiwa yang
meragut banyak nyawa. Bermula pada tarikh ini..
*2 May 2000*
Risa yang merupakan seorang pelajar kelas 4 Biruni ditemui mati di dalam
kelas. Dia seperti dibunuh, tetapi polis tidak dapat membuat kesimpulan.
Darah Risa berlumuran ke serata meja kelas tersebut. Orang yang pertama
menjumpai Risa ialah Hendry. Hendry yang mengetahui kejadian tersebut
segera melaporkan kepada guru. Dilihat pada darah, sepertinya Risa
dibunuh di hadapan pintu dan diseret masuk ke kelas dan darahnya disapu
ke seluruh meja di dalam kelas tersebut. Kejadian tersebut telah
membuatkan kelas 4 Biruni diberi cuti selama tiga hari untuk membersihkan
darah tersebut. Tiada sesiapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada
Risa ketika itu. Kejadian itu sangat ngeri.
17 May 2000
Dokter Lily yang merupakan kakak kepada Luies dan kawan kepada Han
ditemui mati di dalam lif. Ada yang mengatakan, sebelum dokter Lily
ditemui mati didalam lif, dia berada di dalam lif dengan seorang budak
dan apabila sampai di tingkat yang dituju, ketika itulah dia ditemui
mati dan budak tadi hilang. Dokter Lily mati dibunuh dan darahnya
berlumuran di dalam lif. Lif tersebut terpaksa dilarang digunakan oleh
sesiapa. Han yang mendapat tahu berita tersebut terkejut dan tidak
sangka perkara itu berlaku kepada kawannya yang selalu menjaganya di
hoslital bandar itu. Luies yang merupakan adik lelaki dokter Lily tidak
dapat menerima kenyataan bahawa satu-satunya kakak yang dia ada telah tiada.
*10 Jun 2000*
Berlakunya peristiwa yang pelik. Eric yang merupakan seorang pelajar
yang paling bijak di kelas 4 Biruni, berkelakuan pelik seperti orang yang
kurang siuman dan orang bodoh. Perkara itu berlaku selama tujuh hari.
Selepas tujuh hari iaitu hari kelapan, Eric datang ke sekolah dan
meminta maaf kerana dia tidak hadir selama seminggu tanpa surat dan
kebenaran cuti kerana demam. Jika Eric tidak hadir selama seminggu,
siapa yang datang ke kelas sebagai Eric dalam seminggu tu? Han bertanya
kepada Eric sama ada dia bergurau atau tidak dan dia kata dia memang
demam selama seminggu dan tidak hadir ke sekolah tanpa surat cuti. Yang
pelik siapa yang datang ketika Eric cuti demam ketika itu?
*17 Jun 2000*
Hendry dilaporkan hilang. Semua rakan sekelas berpendapat bahawa dia
sudah mati. Dia hilang selama tiga hari. Dia hanya tinggal di rumah yang
seorang diri saja. Apabila Han, Rin, Shira, Herien dan Harry ke
rumahnya, didapati dia tiada. Setelah tiga hari berlalu, Hendry akhirnya
munculkan diri di sekolah. Apabila ditanya kenapa dia tidak hadir
kesekolah, dia menjawab dia datang ke sekolah dalam tiga hari itu dan
dia tidak pernah ponteng sekolah. Dia kata lagi yang dia, berbual dengan
Han, Rin, Shira, Herien, dan Harry di rumahnya. Setahu Han dan yang
lain, dia, Rin, Shira, Herien dan Harry ke rumah Hendry tetapi didapati
dia tiada di rumah dan terus pulang ke rumah. Jika Hendry datang ke
sekolah pasti semua orang akan perasan dan jika dia berbual dengan Han
dan yang lain dalam tiga hari itu mestilah semua orang akan tahu tetapi
hakikatnya dia tidak datang ke sekolah dalam tiga hari itu. Kejadian ini
sangat memeningkan dan sangat pelik serta tidak tahu apa yang berlaku
sebenarnya.
*22 Jun 2000*
Peter yang merupakan rakan sekelas Han, dilaporkan hilang dan ditemui
tertidur di lorong itu. Peter tidak menyanka yang dia tertidur di lorong
itu. Dia kata yang dia tidak pernah ke lorong itu dan tidur di situ.
Siapa yang sanggup untuk tidur di situ. Dia tidak ingat bagaimana dia
boleh berada disitu, yang dia ingat dia balik daru sekolah dan tidur di
atas katilnya. Dia hilang selama dua hari dan ditemui oleh Hendry di
lorong itu.
*27 Jun 2000*
Lucy yang merupakan pelajar dari kelas dari 4-B ditemui mati lemas di
dalam sungai Bandar Utara. Dokter mengesahkan bahawa Lucy telah
meninggal pada 25 Jun yang lalu. Yang peliknya, pada tarikh tu, Mary
yang merupakan kawan kepada Lucy pergi ke sungai tersebut,
tetapi mereka bersama-sama pulang dari sungai tersebut sampailah di
rumah kerana rumah mereka bersebelahan. Mereka berdua ke sekolah
bersama-sama sehinggalah mendapat berita bahawa Lucy telah mati lemas.
Jika Lucy telah mati dua hari yang lepas, siapa yang selalu bersama Mary
dan bagaimana Lucy boleh lemas.
Semua peristiwa itu berlaku sebelum terjadinya satu peristiwa penting
yang berlaku di sekolah. Peristiwa penting itu akan mengakibatkan ramai
pelajar kelas 4 Biruni maut. Peristiwa itu berlaku sebelum cuti musim panas.
'Orang Tambahan' yang dicari akan dijumpai oleh Han dan Rin serta akan
dibunuh oleh Han dan Rin. Peristiwa itu juga mengakibatkan hancurnya
lorong yang membawa malapetaka kepada kelas 4 Biruni dan semua misteri yang
terjadi di sebalik kematian pelajar kelas 4 Biruni akan di rungkai oleh Han
dan Rin.
Share this novel