Call Girl 47

Romance Series 1321945

Call Girl 47

"sadaqallahul azim"

Farah duduk tersimpul di hadapan satu pusara.Surah yasin di tangannya ditutup dan di simpan di dalam beg samdang. Setelah keluar dari hospital semalam dia menerima panggilan dari pihak atasan memaklumkan pemergian sahabat pejuangannya.

Sunyi.

Lama dia menatap pusara itu, Hanya satu nama yang berlega-lega di fikirannya.

Eiyad.

Lelaki itu berjaya melarikan diri ketika di bawa ke mahkamah untuk ditahan reman. Farah menghelakan nafasnya.

Apa yang berlaku?

Dan kenapa?

"Puan.." Panggilan itu menyentakkan lamunan Farah. Dia menoleh wajahnya kearah suara itu.

"Boleh kita bertolak sekarang?"Soal suara itu. Farah menjatuhkan kepalanya.

"Jom."Ujarnya pelahan.

Farah bangun pelahan-lahan kekotoran di hujung baju kurungnya bersihkan.

"Nanti kalau aku free aku datang jumpa hang dekat sini. La ni hang rehat la puas-puas. Assalamualaikum aku balik dulu na."Ujar Farah pelahan.

Selangkah demi selangkah dia berjalan meninggalkan pusara itu. Permergian sahabatnya perlu di tuntun bela. Itu tekadnya.

.........

Carlos mengenggam erat Iphone di tangannya.
Dia mendengus kasar. Berita yang di terima sangat mengejutkan. Dia mengetap rahang. Ingatkan bila Lelaki itu sudah ditangkap, semuanya sudah berakhir. Tapi ternyata sangkaannya salah.

Sial!

Masih terngiang suara Gib di gegendang telinganya.

"...Pergelutan untuk melepaskan diri dari pihak polis ini sekaligus meragut seorang nyawa pegawai polis, Inspektor Jamil yang mengalami kecederaan di dada. Dia mati dekat tempat kejadian sebab kehilangan banyak darah akibat tikaman itu. Dan Eiyad berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian sekarang dia dalam buruan pihak polis. Please alert, he dangerous"

"Hubby."Panggilan Zahra matikan lamunan Carlos. Iphonenya dicampak ke atas sofa. Laju dia pusingkan tubuh. Mencari wajah ceria Zahra

"Ya sayangku nak apa. Kasih sayang ke?" Tanya Carlos seraya menarik senyum lebar.

Zahra tersenyum. Dia suka melihat Wajah Carlos tersenyum seperti ini. Kacak!. Dan Zahra tersedar sesuatu. Carlos banyak berubah. Lelaki itu sentiasa tersenyum bila bersamanya.

Dan benar Carlos sudah buat dia lemas dalam lautan cinta.

"Sini." Zahra terus menggenggam tangan Carlos sebelum dia menarik lelaki itu agar mengekorinya.

Patuh.

Carlos pun ikut sahaja. Sehingga tiba Taman kecil di tepi mansion itu. Zahra menolak pintu sliding door dan tangan Carlos kembali dia tarik mengikut langkahnya.

"Suprise!" Ujar Zahra penuh ceria.

Berkerut dahi Carlos. Kejutan apakah ini?

Tarikh lahirnya lambat lagi.

Ulang tahun perkahwinan pun belum lagi.

"Suprise apa ni Love?" Tanpa sedar Carlos menyoal.

"Suprise gedik-gedik untuk suami saya." Zahra tersengeh. Tubuh Carlos di dudukan di kerusi batu, Zahra memotong sepotong kek dan di letak kan di dalam pingan.

Carlos tersenyum.

"Sini ."

Tanpa amaran, Carlos terus menarik tangan Zahra sebelum tubuh gadis itu terduduk di atas pehanya.

Terkebil-kebil mata Zahra melihat wajah Carlos. Dagu lelaki itu sudah di labuhkan di bahunya dan tangan kekar itu melingkari di pinggangnya.

"Cepat la suap. Kata suprise gedik-gedik tapi kau tak gedik pun" Ujar Carlos selamba.

Zahra mencebik. Dia memotong sedikit kek mengunakan sudu dan dihulur ke mulut Carlos.

"Aaaaa Sedap tak." Soal Zahra. Dia menantikan pujian jujur dari lelaki itu.

Awal pagi dia sudah membaking di dapur. Orang kata, nak pikat suami kena pikat perut dia dulu tapi boleh pakai ke ayat tu?

"Sedap..Tapi kalau tak suap pakai sudu mesti lagi sedap."

"Habis nak suap pakai apa?" Soal Zahra berkerut dahinya memandang Carlos.

"Macam ni." Carlos mencapai sudu di tangan Zahra lalu dia memotong sedikit kek di atas meja. Sudu itu di suakan di mulutnya.
Tangannya naik memegang kemas leher Zahra terus bibir gadis itu di kucup. Dan kek juga bertukar mulut.

"Hmm sedapkan." lelaki itu berbisik pelahan di telinganya dan hujung bibir gadis itu di jilat bagi membersihkan kotoran di bibir Zahra.

Zahra kaku seketika. Memproses apa yang sedang berlaku sekarang ni. Tetapi bila tersedar wajahnya mula kemerahan menahan malu.

"Aku sayang kau Zahra.. aku sayang kau dengan anak kita.. Kau kena kuat untuk dia." Bisik Carlos pelahan. Ada maksud yang tersirat dalam kata-katanya itu.

.......

Carlos tersenyum nipis saat melihat Zahra yang sedang menyusun bantal dan selimut di atas katil. Seharian gadis itu bersamanya.

"Love."

Zahra memalingkan wajahnya saat Carlos menyapa. Seketika kemudian dia merasakan pelukan erat di pinggangnya. Hangat. Bibir Carlos jatuh di belakang kepala isterinya. lembut sebelum pelukan terlerai.

Carlos melabuhkan punggung di atas katil. Tangan Zahra di tarik duduk di sebelahnya.

Carlos melingkarkan lengannya di sekeliling tubuh Zahra sambil meletakkan kepala gadis itu di dadanya. Kemudian mereka berbaring di atas katil.

"Terima kasih untuk hari ni Love." kata Carlos perlahan. Dia mencium kepala Zahra dan menarik tubuh Zahra lebih dekat.

Zahra hanya diam di perlakukan begitu. Dia suka mendengar degupan jantung lelaki itu. Sangat menyenangkan. Malah haruman tubuh itu juga membuatkan dia berasa sangat nyaman.

Perlahan-lahan Carlos menggerakkan jarinya pada rambut panjang milik Zahra, sesekali dia mencium di sana.

Zahra mendongak ke arah wajah lelaki itu ingin mengatakan sesuatu tetapi dia menutup mulutnya kembali.

"Kau ada nak cakap apa-apa ke?" tanya Carlos nadanya sangat lembut.

Zahra menggelengkan kepalanya.

"Kenapa ni?" Lembut sahaja Carlos bersuara.

"You look different." Ujar Zahra pelahan.
Dia juga tak sangka perkataan itu mampu keluar dari mulutnya.

Carlos ketawa pelahan.

"Hubby, I'm serious." Zahra menatap tajam anak mata Zamrud milik Carlos. Lelaki itu sedaya upaya cuba untuk menyembunyikan senyumannya tetapi gagal.

"Kau tak suka?"

"Suka. Suka sangat-sangat. Thanks for everything hubby i love u so much."Ujar Zahra pelahan dan tangannya naik membalas pelukan Carlos.

Lama mereka berkeadaan begitu menikmati pelukkan hangat bersama sehinggalah Zahra di jemput lena. Momen ini yang mungkin akan menjadi kenangan buat mereka.

Mungkin.

Seketika kemudian telefon di atas meja tepi katil berdering lantang. Mata Carlos terus melekat di skrin telefon. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin.

Diam seketika.

Mata merenung kosong nombor itu.

Panggilan diputuskan dari sebelah sana. dan beberapa saat kemudian, skrin bernyala lagi. Nombor yang sama.

Tanpa berlengah, Carlos terus mengangkat panggilan itu.

"Hello?"Sapanya dulu.

Senyap.

Sunyi.

Tiada jawapan di sana. Carlos diam. Dia menanti suara dari corong telefon. Hanya deruan nafas halus kedengaran berombak tenang.

Lama sebelum ada satu tawa sinis terlepas dari bibir Carlos sangat sinis.

"Dah jauh ke kau lari? Kau ingat kita tengah main Police entry hmm?" Tanya Carlos tenang. Tapi nadanya suaranya sangat sinis.

Tiada balasan di sana.

"Malaysia ni kecil je bro. Kau nak sorok mana?" Ujar Carlos lagi.

Masih sunyi Carlos yakin orang di sana masih mendengarnya.

Carlos senyum senget. Tapi tangan masih melekap telefon di telinga. Sebelah lagi tangan mengusap lembut belakang tubuh Zahra.

"Mesti kau rindu aku kan." Tengku Rafael ketawa lagi. Sarkastik.

Zahra yang rasa tidurnya terganggu memandang pelik Carlos yang sedang ketawa itu. Siapa yang call dia tengah malam macam ni?

Carlos menjeling Zahra dia sengaja bicara begitu.

"Siapa tu?" Serak suara Zahra.

"My friend, Sorry kalau hubby kacau sayang.. mesti sayang letih layan hubbykan? Shhh Sorry love.. tidur dulu ya." Carlos tersenyum memandang Zahra.

Zahra terus memejamkan matanya.

Malu!

Selamba sahaja Carlos kata macam tu, Sedangkan pangilan itu masih di talian.

"Kau berseronok la dulu. Sebab dia akan jadi milik aku." Ujar suara itu perlahan.

Carlos senyum sinis saat ada suara sinis di corong telefon.

"Ambil la dia dekat sini aku tunggu kau bro." Ujar Carlos.

Panggilan diputuskan dari manusia di corong talian dan Carlos terus menarik senyum.

Dia mendengus pelahan, dan tawa sinis kedengan

"hmmm have a nice day kawan." Carlos menjauhkan telefon dari telinga. Skrin telefon yang gelap dipandang seketika sebelum telefon dilempar ke atas meja itu semula.

.........

Farah hanya diam melihat seorang lelaki di sebalik cermin kaca yang besar di hadapannya. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri. Wajahnya agak mendung.

Hmm.

"Awak okey?" Tanya seorang lelaki kepada Farah yang sedang berdiri tegak memandang kehadapan.

Perlahan-lahan Farah menjatuhkan kepala.

"Dia tak tahu mana suspek berada" Ujar Farah soalan lelaki itu di biarkan sepi.

Lelaki itu diam seketika.

"Najwa, Saya rasa baik awak ambil cuti rehat dulu. Tenangkan fikiran awak. Kes ni biar yang lain handle."

Farah diam. Tak tahu kenapa tapi dia tetap nak teruskan. Dia ada rasa something yang tak kena semasa sesi soal siasat tadi tapi apa?

"Aku dah luluskan cuti rehat kau "Sapa satu suara lelaki. Farah menoleh sedikit memandang ke arah suara itu Tuan Omar. yang berdiri di belakangnya.

Sepasang mata milik Farah mencerun tajam memandang lelaki di sebelah Tuan Omar.

Diam seketika.

"Kau orang semua boleh keluar? Aku sendiri yang akan soal dia."Kata Megat Omar tidak bernada.

Farah menjelinga tajam Gib yang tegak berdiri di sebelah Megat omar sempat juga dia mencuri pandang peha lelaki itu. Namun kelihatan seperti biasa.

Dah sembuh?

Cepatnya.

Haish.

"Terima kasih Tuan. Saya minta diri dulu." Ujar Farah perlahan.

Ketika dia melangkah melepasi Gib, Dia dapat mendengar bisikan lelaki itu sepintas lalu.

"Tunggu aku."

>.< I love u

Share this novel

norsila
2022-02-10 16:50:34 

bila gib nk jatuh cinta dgn farah...hehehe cm best joo satukn ..hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience