Wajah putih mulus itu seakan tidak pernah bermasam durja. Wajah itu sering tersenyum. Amani menguja, dia berharap agar senyuman itu terus mekar di situ.
Namun, apa yang lebih penting, dia berharap agar senyuman itu kekal mekar untuknya, selamanya. Tapi apakan daya.
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa. (Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang yang mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.”
Terjemahan ayat 133 hingga 136 dibaca dengan penuh khusyuk. Lantaran membawa hati-hati mereka terasa di awangan. Lagi-lagi apabila Shanon membacakannya dengan perlahan. Satu persatu. Terasa nyaman.
“Ada sesiapa nak share something daripada ayat ni?” wajah manis naqibah itu bersinar lagi. Seperti terangnya bulan di malam hari. Jika malam ini, Shanon lah yang menjadi bulan tersebut, fikir Amani. Hiperbola.
“Dalam ayat 134, Allah suruh kita infak something walaupun waktu susah. Kat sini Allah cakap juga yang kita kena tahan marah dan maafkan kesalahan orang lain.” Amani bersuara.
“Tapi kak, kalau orang tu tahan, tapi dekat bilik, dia cerita dekat kawan dia, boleh tak?” Sya meluahkan persoalan. Seakan membela diri, mungkin?
“Ha, itu maknanya tak tahanlah tu. Sebab akhirnya dia luah jugak dekat orang lain.” Amani betah.
Kadang-kadang persoalan daripada Sya membuatkannya terasa seperti melambatkan proses usrah yang sedang berlangsung. Soalan-soalan itu hanya sesuai ditanyakan oleh budak sekolah. ‘Ok, Sya memang baru habis sekolah. Fine.’ Amani menyalahkan dirinya semula. Kerana tidak cuba memahami situasi pelajar asasi tersebut.
Share this novel