bab 6

Romance Series 423079

“What?!” jerit Wawa apabila dapat pesanan daripada Fariz. Seakan tidak percaya dengan apa yang dibaca.

“Kau kenapa ni jerit jerit.” marah kawan serumahnya, Melina.

“Fariz cancel jumpa aku kejap lagi!” geram dia apabila dengan mudah Fariz membatalkan perjumpaannya. “So?”

“So? Mel dia tak pernah cancel if nak jumpa tau! Why dia buat aku macam ni?”

“And why kau buat dia macam tu?”

“Apa kau ni Mel?” geram Wawa melihat kawannya bertanya begitu.

“See… salah orang kau nampak, salah sendiri tahu pula bagi alasan. Kau lupa ke Fariz tu dah kahwin.”

“He’s my boyfriend!”

“Not anymore lepas kau tinggal dia masa hari nikah haritu.”

“Mel kenapa kau nak backup perempuan tu? Kau….” belum sempat Wawa menghabiskan kata katanya Melina sudah memotong.

“Abis nak backup kau? Eh kau sedar tak aku yang kena tadah telinga masa mummy daddy kau mengamuk hari tu.” lama Melina sabar dengan perangai kawannya. Sepi tiada sahutan. Wawa tahu Melina terpaksa masuk campur urusan disebabkan dirinya.

“Aku nak keluar.” Terus Wawa naik ke bilik dan tidak memandang rakannya. Melina menjeling geram dengan sikap Wawa lepas tangan.


“Nak pergi mana?” soal Ayriz apabila mendengar perbualan abang abang sepupunya.

“Nak pergi wayang. Ada cerita best. Ni nak booking la ni.” Am menunjukkan telefonnya. “Wahhh baby nak ikut!”

“Nak ikut? Pergi tanya…..”

“Ala mama papa mesti bagi punya. Boleh la baby nak ikut.”

“Eh siapa cakap tanya mama papa… tu tanya suami baby…. lupa ke baby tu dah ada suami. Mana boleh nak ikut macam selalu.”

‘Macam selalu? So budak ni memang selalu la ikut abang ii sepupu dia ni? Asal boleh je kan budak ni. Orang lain semua tak bertegur tapi budak ni kemain lagi.’

“Husband….. nak ikut diaorang pergi tengok wayang boleh?” Ayriz menarik tangan suaminya dan di hayun hayun. Tidak cukup dengan itu, dia membuat muka comelnya itu Fariz membenarkan.

“Fariz…. itu salah satu tektik dia…. dia selalu buat dengan mama papa.” saja Andy mengusik. Ayriz membuat muka sambil meletakkan jari ke mulut. Fariz terasa ingin ketawa ketika itu.

“Bolehlahhhh….” pujuk Ayriz lagi.

“Tak boleh.” jawab Fariz pendek. Berubah air muka Ayriz ketika itu. Tangan juga dilepaskan. Abang abang sepupunya seakan mahu ketawa ketika itu namun disebabkan mereka tidak mahu Ayriz mengamuk mereka hanya menahan.

“Sorry baby… kitaorang tak boleh nak bawa.” kata Ayie.

“Baby nak ikut….” rengek Ayriz perlahan.

“Saya tak bagi kan….” saja Fariz ingin mengusik isterinya lagi.

“Tapi kenapa?”

“Suka hati saya lah.” Ayriz sudah membuat muncung. Memang saja Fariz ingin membalas kerana dia tidak dapat keluar dengan Wawa jadi Ayriz juga tidak boleh keluar dengan abang sepupunya. Tiba tiba Ayriz tersenyum dan kembali memandang suaminya.

“Apa senyum?” pelik Fariz melihat wajah isterinya.

“Husband ikot sekali jom.” ajak Ayriz teruja. Namun Fariz hanya mengerutkan dahi.

“Pergi je lah Fariz…. Ayriz ni kalau dia nak tapi orang tu taknak setiap sepuluh minit la dia merengek. Lagi pun bukan ada apa apa pun kat rumah… pergilah.” tegur ayah mertuanya yang daripada tadi mendengar perbualan mereka.

Nampaknya kata putus telah dibuat… Terpaksalah Fariz mengikut.

“See… papa pun bagi. Jomlahhhh…”

“Fine… kita pergi.” Fariz mengalah. Sudah malas dia ingin bergaduh mulut dengan isterinya, tambah tambah bapa mertuanya turut berada di situ.

“Yeayyyy… thankyou husband.” sorak Ayriz teruja sambil mencium cium tangan suaminya. Terkaku Fariz ketika itu. Jantung? Seakan ingin tercampak keluar.

‘Ya allah kuatkanlah iman aku…janganlah terjumpa Wawa… masak aku.’


“Abang Am… seat baby yang mana?” soal Ayriz setibanya dalam wayang. Senang dia mencari kerusi kerana belum ada orang yang masuk.

“Tu belah sana yang ada dua seat je tu.”

“Aik…. abis tempat korang dekat mana?”

“Tempat kitaorang dekat sini.” usik Andy apabila melihat wajah kerut adik sepupunya.

“Lah….. kenapa asing asing pula. Dah lah air pon baby beli tiga je…. Fariz nak minum air apa?”

“Lah korang kan suami isteri, share je la… tu pon jadi masalah. Dah pergi duduk orang dah masuk dah.” Fariz tidak bercakap terus ke tempat duduk yang Am katakan. Ayriz menjeling mereka.

“Sorry. Saya tak tahu pula dorang booking tempat kita dengan dorang lain.”

“Dah masuk dah pun.” jawab Fariz selamba sambil mengambil popcorn dari tangan Ayriz. Ayriz tersenyum.

Lampu sudah pun ditutup namun masih iklan. Fariz masih fokus dengan popcornnya. Ayriz mendapat satu idea nakal. Dia mengeluarkan telefonnya lalu perlahan lahan mengambil gambar Fariz…. tertutup mata Fariz akibat silau.

“Kau buat apa ni? Silau lah.” hilang senyuman Ayriz apabila mendengar ayat Fariz. Dia terus menyimpan telefonnya lalu mata terus menghadap ke hadapan. Fariz berdehem sedikit namun Ayriz mengabaikannya. Baru sahaja niat Fariz ingin memanggil Ayriz namun cerita sudah pun mula… Fariz membatalkan niatnya.

‘Alamak muka dah toya je tu. Abiskan aku kene nanti.’

Sepanjang berada di dalam wayang, Ayriz sedikit pun tidak menjamah popcorn di tangan Fariz. Fariz juga menyedari hal itu. Perlahan lahan dia menghulurkan makanan itu kepada Ayriz. Ayriz memandang kosong lalu memandang ke hadapan kembali.

Habis sahaja cerita, Ayriz terus bangun dan pergi ke arah abang abang sepupunya. Mereka juga memandang pelik. Namun melihat wajah masam Ayriz mereka sudah mengerti dan tidak menyoal.

“Eh kita nak pergi mana? Makan?” soal Andy.

“Haah okay juga tu pergi makan… Fariz kau okay tak?” soal Am meminta pendapat suami sepupunya itu.

“Eh aku okay je. Ikut je memana.”

“Baby nak makan nasi ayam… jom abang Ayie teman baby.” ajak Ayriz. Tidak sempat Ayie ingin memberi jawapan , Ayriz sudah pun menarik lengan baju Ayie.

“Sorry ea Fariz, baby memang macam tu. Harap kau boleh la hadap dia.” Fariz hanya tersenyum sebaris.

‘Selamba dia tarik laki lain macam tu depan aku. Ingat aku tunggul. Aku suami kau tau budak. Eh yang kau sakit hati ni kenapa Fariz.’

Mereka terus berjalan menuju ke kedai yang dipilih oleh Ayriz tadi. Saja Fariz berjalan di belakang. Tiba tiba ada seseorang menegurnya.

“Wawa?” terkejut Fariz apabila berjumpa dengan kekasihnya di tempat itu.

“You cakap you busy. Why you dekat sini pula? Sampai hati you tipu I…. I tahulah I buat salah.” saja Wawa membuat memek muka sedih untuk meraih simpati lelaki itu.

“Eh apa you cakap macam tu pula. I minta maaf okay. I tak ada niat nak cancel kan date kita.” Fariz berasa sedikit serba salah ketika itu.


“Mana Fariz? Bukan dengan korang?” tanya Ayriz apabila tidak melihat kelibat suaminya bersama abang abang sepupunya. Mereka memandang sesama sendiri. Mereka juga tidak menyedari ketiadaan Fariz.

“Aik bukan tadi dekat belakang?” soal Ami. Ayriz mengerutkan dahi.

‘Haish nak merajuk pun tak senang hati.’

“Babylah….tinggalkan dia buat apa?” usik Andy. Masam sahaja wajah Ayriz.

“Korang ni, baby suh jaga kejap je husband baby dah hilang. Kejaplah baby cari.” Ayriz terus bangun dan beredar mencari suaminya. Mereka berpandangan sesama sendiri kemudian tergelak kecil.


“You dah tak sayang I ke Fariz… Why you macam nak mengelak je ni?” Wawa memegang tangan lelaki itu. Fariz memandang sekeliling, takut takut isteri dan sepupunya lihat pula.

“Sayang bukan macam tu, I sekarang dengan family wife I. I tak nak dorang nampak kita macam ni.” Fariz menepis lembut tangan Wawa.

“Biarlah kalau diaorang nampak…. Perempuan tu yang rampas you daripada I.”

“Ouh dia dekat sini rupanya. Berdrama tengah tengah mall ni…. eh perempuan ni selamba pegang tangan husband aku macam tu. Kau sabar kejap.” Ayriz mengomel seorang diri lalu terus berjalan menuju ke arah suamiya.

“Husbandddd!!!!!” panggil Ayriz lembut dan kedengaran merengek manja. Terkejut Fariz diabuatnya sehingga dia menepis kasar tangan Wawa.

“Ay…Ayriz.”

“Husband pergi mana…. penat yayang tunggu. Yayang lapar…. jomlah makan.” sengaja Ayriz bermanja sambil pegang lengan suaminya. Muka Wawa jelas kelihatan bengang. Fariz tersengih. Tiba tiba idea nakalnya muncul.

“Bukan tadi merajuk ke? Lepastu tinggal saya.” merah muka Ayriz ketika itu.

‘Mamat ni aku nak kenakan awek dia, dia kenakan aku pula.’

Lagi bengang Wawa ketika itu. Boleh pula Faiz tersenyum begitu dengan perempuan dihadapannya.

“Sayang!” panggil Wawa sakit hati. Tersentak Fariz kerana terlupa dengan kehadiran Wawa.

‘Mampus aku.’

“Eh sorry hampir hampir terlupa ada orang. You siapa?” tanya Ayriz lembut. Tangannya masih setia di lengan Fariz.

“Tunang Fariz!” Ayriz mengerutkan dahinya dan kemudian ketawa.

“Ouh nice to meet you bakal madu.” Ayriz menghulurkan tangan. Fariz sedikit terkejut dengan perbuatan isterinya. Wawa menjeling perempuan dihadapannya. Ayriz seperti senyum mengejek.

“You tak tahu malukan, rampas tunang orang. Terdesak sangat ke?” pedas kata kata Wawa itu. Semakin kuat pegangan tangan Ayriz. Fariz yang merasakan sudah tidak senang hati.

“Wawa apa ni…. Ramai oranglah jangan buat hal.”

“Apa? Betulkan dia terdesak… Why dia nak kahwin dengan tunang I… tak ada orang lain? Wait, kenapa you nak menangkan dia.”

Muka Ayriz sudah tidak semanis tadi. Ayriz melepaskan lengan Fariz. Fariz yang berada disebelahnya sudah mula cuak. Cincin dijari dicabutnya dan kemudian diberikan kepada Fariz. Terkejut Fariz dengan tindakan Ayriz itu.

“Ayriz?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience