tiga puluh dua

Romance Series 207093

"Sekarang macam mane? Kau setuju tak dengan deal kita?" Si dia bertanya pada wanita di depannya. Kedua tangan disilang pada tubuh sebelum bersandar di sofa. Menatap dengan senyuman sinis.

"Baiklah. Aku setuju dengan plan kau. Tapi.... kau boleh jamin ke Khalish akan jadi milik aku?" wanita itu bertanya padanya pula.

"Itu.. satu risiko yang kau kene tanggung sendiri bila berurusan dengan aku.. Samada jantan tu nak atau tak pada kau.. itu semua tak ada kene mengena dengan aku. It's up to him.. There's nothing we can do about it."

Si dia menjawab selamba bagai tiada apa yang penting pun dalam perjanjian mereka.

"Mana adil macam tu! Kalau dia tak nak terima aku, apa function nye plan ni?! Kau je dapat kebaikan, aku? Haram pun takde!" Wanita itu mula menempek marah dengan perjanjian mereka yang berat sebelah.

"Hey perempuan.. kau jangan berani tinggikan suara dengan aku. Kau faham tak?" suaranya lembut saja tapi tak perbuatannya.

Sanggul di sebalik selendang wanita itu dicekak kuat kebelakang membuatkannya terdongak.

"Aa! Lepaslah bodoh! Sakitlah! Eeiishh!" kedua tangannya naik menahan tudungnya daripada beralih dengan mata terpejam. Sakit..

"Kau dengar sini baik-baik.. kita dah deal. Once you said "aku setuju", kau dah tak boleh patah balik.. itu rules aku. Kalau kau ingat nak batalkan je.. atau bagitahu identiti aku pada sesiapa tentang hal ni.." dengan sekali rentap, selendang di kepala wanita itu tertanggal memperlihatkan mahkotanya.

"Woi!! Lepaskan akulah! Sakit sial!" wanita itu meronta ingin dilepaskan lebih kasar lagi, tapi si dia makin kuat menarik rambut panjang itu.

"Perjanjian kita ni.. aku dah rakam. Kau tahu? Kalau kau berani bukak mulut pada sesiapa.. aku akan bagitahu family kau dan juga jantan tu tentang hal ni. Then, don't blame me if anything bad happen to you after that." dengan kasar rambut wanita itu dilepaskan kasar.

"Fine! Make sure kau pastikan plan tu berjaya! Kalau tak... aku sendiri akan beritahu Shira atau Khalish tentang hal ni!" ujarnya berang, masih berbaur ugutan.

"Eh babi, kau nak lawan aku.. cubalah. Aku tak akan benarkan hidup kau tenang nanti." si lelaki menjawab tenang.

Mereka bertatapan serius tanpa sebarang suara agak lama sebelum wanita itu membuat keputusan terakhirnya.

"Jangan kecewakan aku." kata putus diterima membuatkan lelaki tadi tersenyum girang.

"Kau jangan risau.. aku akan pastikan Shira jadi milik aku. Hanya aku."

~~~~~~~~~~~~~

Khalish dan Shira pulang pada tengahari kerana kedua mereka hanya ambil kerja separuh hari saja.

Sebaik tiba di rumah, mereka terus bersiap untuk pulang ke kampung Khalish di Kedah.

Khalish mandi dan bersiap untuk menunaikan solat jumaat manakala Shira mengemas pakaian mereka.

Shira mula bersiap-siap dan menyediakan pakaian persalinan Khalish. Beg-beg yang telah disiapkan isinya dibawa ke muka pintu agar tak menyusahkan si suami.

Bob juga turut dibawa bersama mereka. Dek penangan Shira, anak angkat mereka itu turut dipakaikan baju bersaiz kecil. Khas untuk kucing.

Khalish pun tak mampu menghalang apabila hujah bernas isterinya keluar mempertahankan ideanya. Hadehhh..

Sebaik saja Khalish siap bersalin pakaian, beg-beg diambil dan dimasukkan ke dalam bonet. Bob diletakkan di bahagian belakang.

"Bang.. Shira excited lah nak jumpa nenek dengan atuk abang.. Tapi.. kenapa waktu kita nikah dengan tunang dorang takde pun? Tak sihat ke?" Shira memulakan perbualan.

"Sibuk." balas Khalish tanpa memandang.

"Ouh.. sibuk.. hem.. tak apalah kalau macam tu. Ni Shira ingat kan bang kita buat kenduri kawin kita dekat rumah nenek abang yang ni nak? Shira lagi suka suasana kampung daripada kita tempah mana-mana dewan.. ape kate abang?" Shira mula teruja seorang diri.

"Taknak." balas Khalish dingin.

"La.. pasai pa tak nak pulak? Orang kawin kene la buat kenduri.. baru syok." Shira masih pertahankan kata-katanya.

"Malas." Dengar saja jawapan Khalish, Shira memcebik menyampah.

"Kalau abang tu semua malas.. itu malas.. ini malas.. tadi orang suruh pi amik toto kat tingkat atas pun malas.. dok hadap phone tu. Entah chat sape tah. Shira jugak la kene pi amik. Ish Ish Ish.." bebelnya.

Khalish buat tuli. Orang macam Shira ni makin dilayan makin menjadi mulutnya. Jadi baik dia berdiam diri saja, dah penat dan bosan nanti.. diamlah tu.

"Bang.. Shira dengar adik kata sana ade air terjun kan? Bolehlah kita pergi mandi nanti.. lepas tu, am.. abang pandai naik moto tak? Kita gi ronda-ronda satu kampung. Yeay! Mesti best!"

Dia sungguh teruja apabila berkaitan pulang ke kampung kerana keluarga Shira semuanya tinggal di kawasan bandar. Jadi.. sekarang sudah punya suami, merasalah dia kehidupan di perkampungan.

"Bang.. dengar tak ni? Bagilah response.. hishhhh.. Bob.. tengok daddy ni tak layan mummy pun." adunya pada Bob di kusyen belakang.

Kucing itu hanya duduk diam di bahagian belakang, enak menikmati angin dari luar kerana Khalish lebih gemar membuka tingkap apabila melalui highway yang berhutan. Sejuk..

Khalish mengeluh, 'Tak penat ke perempuan ni bercakap? Aku yang dengar pun penat..' tergeleng-geleng kepalanya seorang diri tanpa berkata-kata.

"Kutuk orang la tu. Bukan Shira taktau." Khalish menoleh menjeling tajam Shira yang tersengih mengusik memandangnya sebelum kembali pada jalanraya di hadapan.

"Dengar sini."

"Abang nak cakap apa?" Shira bertanya pula, ingin tahu.

"Dekat sana ade pantang larang.. faham?" Khalish bertutur biasa.

Shira mengerutkan keningnya, kurang mengerti.

"Ap.. Apa maksud abang ni?" sudah! Tergagap terus. Shira bab mistik dan ghaib ni memang penakut. Sebab itu dia tak pernah menonton cerita walau versi apa sekalipun.

English, Malay, Indon, Thai.. semuanya dia tak akan tengok.

Melihatkan wajah Shira yang mula berubah dan hilang senyumannya, Khalish tahu rancangannya akan berjaya.

"Sana.. ade penjaga. Kalau dengan orang luar ni, 'bende' tu tak suka sangat." Khalish terus-terusan memberi kata-kata palsu untuk menakut-nakutkan Shira.

"Habis tu.. apa pantang larang dia?" Shira bertanya lagi. Khalish menoleh sekilas.

Bersinar mata itu menanti jawapan. Anime...

'Senang betul nak perdaya budak bandar ni.' desisnya.

"Kene jaga batas pergaulan walaupun suami isteri apabila kat sana. Means..." dia sengaja berjeda sebantar. Ingin melihat reaksi Shira.

"Maksudnya apa bang? Ishhh.. cepatlah sambung, nanti kalau kita sampai sana abang tak habis cakap lagi, takutlah Shira.. cepatlah bang.." lengan Khalish dirangkulnya manja. Mendesak si suami.

"Maksudnya.. tak boleh 'lebih-lebih' macam yang kau selalu buat tu." sengaja ditekankan perkataan itu supaya Shira mudah faham.

Makin berkerut dahi Shira dibuatnya. Cuak habis.

"Mane boleh macam tu..dah la kampung abang tu keras, pastu Shira tak boleh rapat dengan abang pulak.. habis nanti macam mana? Shira takut la.."

Shira mengadu domba pada Khalish yang hanya menokok nambah cerita walaupun memang ada sebahagian dari ceritanya adalah benar.

"Up to you." balas Khalish malas. Dia suka dapat mengenakan perempuan itu. Puas hatinya melihat Shira gelisah. Muahahah..

Dan sepanjang perjalanan, tangan Shira tak lepas dari merangkul lengan kiri Khalish yang memandu.. terutamanya apabila mereka mula memasuki kawasan kampung yang agak jauh ke dalam hutan kelapa sawit.

Khalish mengerling pada Shira yang tertidur beralaskan lengannya.

'Haih.. aku lenguh gila dah ni. Nak tarik.. nanti terjaga perempuan ni. Kesianlah pulak..'

'Hai.. kenapa pulak kau nak kesah pasal dia? Biarkan jela dia terjaga sekalipun.. nanti dia tidurlah balik. Apa susah?'

'Tak boleh macam tu.. lena sangat aku tengok dia tidur. Tak sampai hatilah pulak.'

Khalish berkira-kira, akhirnya dia mengalah. Shira dibiarkan tidur sambil memeluk lengannya.

Tak suka macam mana pun seorang suami pada isterinya, mesti punya sekelumis perasaan sayang walaupun tidak ditunjukkan secara zahirnya.

Khalish masih tak pasti akan perasaannya yang masih samar-samar terhadap Shira. Biarlah hubungan mereka setakat begitu saja dahulu.

*BZ, won't updt fr a fw dys or mre. tq.

Share this novel

Eirwanna Masri
2020-07-14 19:15:00 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience