VS16

Drama Completed 85759

“Evaaa! Bangun!!!”

Haahhh!
Laju Eva mendudukan badan diatas katil!
Jantung rasa nak terkeluar bila dengar jeritan dari Dahlia.
Jemari Eva memisat kasar hujung matanya.

“Evaaa!”

“Aisshhh. Apa mama ni. Pagi-pagi dah telan speaker ke?.”
Eva masih diatas katil. Kali ni cuping telinga digosok laju.
Kepala didongak memandang jam di dinding.
“Baru pukul 7, adess.. bagi la masa untuk rehat sikit.”

Suara Eva terus membebel didalam biliknya tanpa didengar oleh Dahlia yang entah berada dimana.
Jangan ingat suara mama Eva hanya didengar dalam rumah je? Kalau wanita tu buka mulut, selang lima, enam buah rumah boleh dengar!

Jemari ditaut dan ditarik keatas, mengendurkan tubuh yang tak bergerak sepanjang malam.
Tak bergerak?
Eva Natasha lah perempuan yang tidur paling buas. Sepatutnya dia kena tidur kat dalam ‘baby coat’ yang ada pagar kiri kanan, kalau tak memang boleh jatuh katil! Hurggh!

Setelah mendengar tulang rawanya berbunyi menandakan sudah kembali kendur, jari Eva dilurut kesisi. Saat itu juga matanya menangkap sebentuk cincin emas putih bertahtakan sebiji belian putih dari Zcova, inspirasi dari Thea yang telah dibeli dan disarungkan oleh Daim Akli ke jari manisnya.
Terus liur pagi ditelan kelat.
Eva lupa, dirinya sudah berstatus isteri orang, isteri kepada kawan karib sendiri. Isteri kepada lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya dan lelaki itu juga yang membuatkan Eva menaruh perasaan dendam dan marah sejak akhir-akhir ini.
Ibu jari kanan mengelus lembut cincin yang masih tersarung ke jari manis kirinya.
Apa dia nak buat dengan cincin ni? Nak buang? Atau nak simpan?
Tak silap harga cincin ni nak dekat 3000.
Ehley…. 3000 je pun… sekali aku dapat tawaran berlakon, 10 bentuk aku boleh beli lah!
Otak Eva berkira bersiap-sedia untuk mengeluarkan cincin emas putih itu. Perlahan ibu jari dan jari terlunjuk memegang cincin tersebut untuk ditarik keluar…

Tok! Tok! Tok!
“Evaaaa!!! Tak bangun lagi ke?”

Opocot! Terkejut Eva tau!!!
Terus jari dilarikan dan mata menghala kepada pintu yang masih tertutup dihadapan.

Tok! Tok! Tok!

Eeeee.. mama ni!!
Badan Eva diesot kesisi katil sebelum kaki diturunkan dan melangkah menuju ke pintu.
Tombol pintu dipulas dan tersembul wajah Dahlia yang dah bercekak pinggang sambil bibir diketap kuat.

Eva pandang hidung mamanya, kembang kempis mencari nafas, macam dah terkena Hyperventilation attack.
Nak Eva ambik kan plastik ke?
Sebab rawatan bagi kes Hyperventilation adalah bernafas secara teratur dengan menutup hidung dan mulut dengan plastik bagi membenarkan pertukaran Oksigen dan karbon dioksida secara rata.
Eh! Melebih pulak cerita pasal medikal!

Eva tarik nafas, tangan disilangkan kedada.
“Apa hal mama kejut Eva pagi-pagi ni? Eva kan diberi cuti dari shooting untuk 2 minggu ni. Bagi la masa Eva nak rehat mama.”
Seminggu sebelum berkahwin, Madam Jenny dah beri pelepasan kepada Eva untuk berehat selama 2 minggu. Dia tak mahu Eva berjumpa wartawan, takut perkahwinan yang dirancang itu disedari oleh peminat.

“Pagi apanya? Matahari dah naik tinggi Eva oiii! Kau tu bukan bujang lagi! Bini orang dah! Ingat sikit!”
Makin laju hidung Dahlia dikembang kempis, dada pun berombak kencang. Nak marah lebih-lebih, anaknya kini dah isteri orang. Nanti apa pulak kata Daim.

Eva menarik nafas panjang sebelum kembali bersuara.
“Mama, Eva ni bini dalam paper je mama. Bila jauh dari public, tak yah lah nak berlakon lagi. Mama dan papa tahu kan.”

Pak! Satu tamparan wanita bernama Dahlia singgah di tepi bahu kiri milik Eva.

“Auuuwww! Apa ni mama! Sakit lah!”
Tangan Eva menggosok laju tepi bahunya sebelum merengus marah!

“Oh! Masih ada deria sakit rupanya? Mama ingat kau ni dah takde hati perasaan lagi.”

Sekali lagi Eva menrengus saat mata Dahlia membutang kearahnya.
“Dah la mama, bagi Eva sambung tidur sekejap boleh? Eva tired lah mama.”

“No! No! No!”
Dahlia menarik lengan anak perempuannya dan diheret kedalam kamar mandi di bilik Eva.
“Mama nak kau bersiap. Papa dan Im tunggu kat bawah nak breakfast sekali.”

Papa?
Okay lah… papa memang suka makan sarapan kat rumah sebelum turun kerja. Dia cakap takde masakan yang hebat selain masakan isterinya.

Mmmm… siapa sorang lagi mama sebut?
Im?
Hello… buat apa mamat tu datang rumah aku pagi-pagi buta macam ni?
Nak makan sarapan free?
Bukan ke Daim ada café sendiri?

“Cepat basuh muka! Lepas tu breakfast!”

Sekilas Eva memandang Dahlia sebelum menutup pintu bilik airnya. Hati membidik tajam! Lebih-lebih lagi ketika mendengar nama Daim disebut.
Tak suka! Tak suka! Tak suka.

“Im.. sekarang tanggungjawab Eva bukan bawah papa lagi, Im suami dia, Im lebih bertanggungjawab pada anak papa.”

Papa?
Bibir Daim cuba orak senyum, walau sedikit payah. Selama ni yang kat depan dia adalah lelaki yang dipanggil dengan panggilan UNCLE MANSOR, dan sejak pagi tadi , Mansor asyik membahasakan diri sebagai PAPA.
mmm… perlu ke Daim memanggil PAPA jugak?
Perlahan kepala diangguk. Senyum Daim makin melebar, takut dikatakan kurang ajar pulak.

“Ishh! Eva ni tak pernah nak sedar, dah jadi bini pun masih perangai macam budak-budak.”

Kali ni Daim mendongak, tubuh Dahlia yang sedang meletakan jag kaca berisi air kopi diatas meja dipandang.

“Dah la yang.. awak jangan kutuk anak awak lebih-lebih lagi, sebab sekarang ni suami dia ada kat depan kita ni hah?”

Mata Daim melirik pula kearah Mansor. Rasa bahagia mendapat mentua macam Mansor dan Dahlia. Walaupun isterinya adalah Eva Natasha, wanita yang manja dan gedik!.
Hujung bibir Daim terjungkit senyum.
Awal pagi Mansor menelefonnya untuk bersarapan bersama, mujur dia bangun awal. Kalau tak malu juga bila mentua call pagi-pagi.
Seusai membersihkan diri, kaki diatur kerumah Eva walau hati sarat dengan kekacauan yang tiada penghujung.
Semalam, selepas pulang dari Hotel Pullman, hati Daim sedikit gusar mengenangkan babak seterusnya apabila pulang kerumah.

Terima kasih kepada PINTU AJAIB yang menghubungkan pagar rumahnya dan Eva. Maka mereka berdua bebas untuk keluar masuk dari rumah sesiapa pun.
Pagi ni ketika Daim membuka pintu tersebut untuk menuju ke rumah Eva, entah kenapa perasaannya lain seperti 28 tahun yang lalu.
Dulu, ketika langkahnya memasuki rumah Eva, dia membawa status BUDDY kepada wanita itu dan kini status tu sudah bertukar menjadi HUBBY. Oh! Beratnya.

“Hah! Turun pun princess Eva Natasha ni!”

Sekali lagi Daim mendongak, figura Eva yang menuruni anak tangga dipandang. Telinga bergerak-gerak menangkap suara tinggi milik Dahlia.
Bukan dia tak dengar wanita itu membebel pada anak perempuannya tadi. Daim juga dapat menangkap ayat Eva yang menyatakan perkahwinan mereka hanya didalam kertas sahaja.
Pedih!
Namun demi janji, Daim terpaksa tahan.

Saat mata Eva memandang Daim yang sudah duduk menunggu di meja makan, bibir bawah dijuih kasar. Semak je pagi-pagi pandang muka jantan ni!

“Apahal muka kau macam kucing parsi nak beranak je Eva? Duduk cepat.”
Dahlia menarik kerusi kayu jati sebelum menghenyakan punggungnya.
Sakit hati ada, malu pun ada dengan sikap anak perempuan sorangnya tu. Langsung tak hormat suami sendiri!.

Bibir Daim ingin ukir senyum, namun ditarik semula. Boleh pulak mak mentua aku cakap bini aku tu macam kucing parsi nak beranak.
Daim pun tak dapat bayangkan macamana rupa kucing parsi bila nak teran?
Haiii…
Eva yang mengambil tempat dihadapanya, dipandang sekilas oleh Daim.
Saat mata mereka bertemu lagi, Eva angkat kening lantas lidah dijelir keluar sedikit.
Lagi sekali tawa Daim ingin disembur, namun rasa hati ditahan payah.

Kau ni Eva,pagi-pagi dah buat muka cute. Macamana lah urat aku tak menegang?
Dah lah muka cute, tambah lagi gaya ikat rambut ‘highly ponytail’. Ikatan yang tinggi di atas kepala tetapi di bahagian belakang dibiarkan terlepas.
Kalau tak tahan memang Daim dah terkam awal-awal si Eva ni!
Tak salah kan? Dah jadi suami isteri kot.

“Daim, Eva…”

Ketika masing-masing sibuk menyuap pasta yang dibuat oleh Dahlia. Daim dan Eva serentak memandang kearah Mansor.

Sampul coklat yang berada dihadapan Mansor, ditolak perlahan kearah anak perempuannya.
“Ni hadiah dari papa dan mama, sempena perkahwinan kamu berdua.”

Pantas bola mata Eva kebawah memandang sampul coklat yang sudah berada dihadapanya.
Bibir kecilnya melebar senyum.
“Hadiah apa papa? Mesti syok kan?”
Sudu dan garfu diletakan diatas napkin sebelum tangan Eva mengambil sampul coklat dan membukanya.
Hati membuak-buak ingin tahu.
Ketika sampul dibuka Eva mengeluarkan kertas didalamnya, mata menilik sebentar.
“Wahh!! Papa sponsor bercuti di Greece?”

“Bukan sponsor kau sorang Eva! Sekali dengan Daim.”

Sempat Eva juih bibir kepada mamanya sebelum kembali membaca pakej yang dibayar sepenuhnya oleh Mansor.

Daim hanya diam, mulut masih mengunyah pasta di dalam pinggan berwarna putih dihadapannya.
Hati memang berdebar, namun ditahan. Percutian yang ditawarakan oleh bapa mentuanya adalah sebagai bulan madu bagi dia dan Eva.
Tapi wujud ke bulan madu antara mereka?
Jangan sampai bulan madu jadi bulan hantu pulak. Mana tak nya. Masing-masing saling nak tunjuk ego, tak nak mengalah!
Silap-silap hari naik hantu la jawabnya.

“What?! Santorini Island?”
Laju sampul coklat ditangan Eva dilempar kembali diatas meja.

Ketiga-tiga penjamu yang hanya menjadi permehati dari tadi, serentak memadang kearah Eva yang dah menyilang tangan didada. Muka wanita itu dicemberutkan.

“Kau ni dah kenapa Eva? Tadi excited sangat, sekarang ni tak nak pulak”
Dahlia ketap gigi, perangai anaknya semakin melampau sejak dua menjak ni!
Entah kena rasuk dengan Hantu mana pun tak tahu!

Sekilas pandangan Eva mengenai Daim sebelum kembali memandang mamanya.
“Eva boleh pergi tempat lain, tapi bukan di Island bersama Daim!”

Errkk! Dah kenapa Eva ni?
Daim letak sepasang garfu dan sudu yang digunakannya diatas napkin.

Kali ni pandangan Eva kembali tepat kedepan, melawan mata tajam milik Daim Akli.
“Island Im… I.S.L.A.N.D means PULAU! Mana-mana pun pulau kat dunia ni aku boleh pergi, tapi bukan dengan kau!”
Keras kaki Eva menolak kerusi kebelakang, sebelum badannya dibangunkan dan menapak panjang mengira anak tangga ke atas.

Daim terus kaku, air liur diteguk berkali kali.

“Kenapa Eva tu yang”
Mansor menoleh kepada isteri, namun Dahlia turut kedu.

Daim dah jadi serba-salah. Sarapan pagi yang tadinya dah mula menjadi tenang kini kembali tegang.
Pelahan kerusi ditolak kebelakang, sebelum tubuhnya didirikan.
“Err.. Im mintak izin naik atas, tengok kan Eva.”

Dahlia ukir senyum.
“kenapa nak mintak izin pulak Im.. Eva kan bini kau.”

Ah a, ye tak ye jugak kan.. ewah.. buat lupa pulak kau ni Im!
Bibir Daim mengukir senyum, sebelum kakinya turut mengira anak tanggan menuju kebilik Eva.

Tok! Tok! Tok!
Bilik Eva yang berkunci rapat, diketuk berkali-kali oleh Daim.
“Eva.. buka pintu ni, kita bincang dulu.”

Diam..

“Eva…”
Sekali lagi Daim bersuara lembut, yela mama dan papa Eva ada kat bawah tu, takkan nak cakap kasar kot. Walaupun Eva isterinya namun Daim tetap hormat akan mentuanya.
Lagi sekali pintu diketuk, tombol dipulas-pulas, namun pintu yang terkunci masih belum dibuka.
Daim sendiri pun tak pasti kenapa Eva merajuk tiba-tiba sambil menekan ayat ‘ISLAND’ sewaktu bola mata wanita itu menatap wajahnya.
“Eva….”
Daun pintu terus diketuk. Keras kepala juga bini aku ni!

“Im..”

Segera wajah Daim ditoleh ke kanan saat namanya dipanggil oleh Dahlia yang sedang mengoyang-goyangkan sebentuk kunci pada tanganya.

“Ingat dia tu princess ke nak suruh kita tunggu depan pintu sampai dia bukak, baru kita boleh masuk?”
Dahlia mengeleng kepala sambil langkahnya merapat kepintu dan membuka tombol pintu menggunakan kunci ditangannya. Setelah pintu dibuka, kunci itu dihulur kepada menantunya.
“Im pegang kunci ni, mana tahu anak mama tu nak kunci kan diri lagi. Boleh Im pakai kunci tu untuk buka. Huh! Perangai macam budak-budak!”

Daim masih kelu, namun tangannya mencapai kunci bilik Eva yang dihulurkan oleh Dahlia.

“ Im masuk lah, nasihatkan sikit isteri Im yang kepala batu tu”
Tangan Dahlia menepuk lembut bahu menantunya sebelum langkahnya menuju ke anak tangga dan turun ke bawah.

Bibir Daim melepas nafas.
Eh! Eh! Mama Eva ni, boleh pulak dia kutuk bini comel aku tu kepala batu?
Deep!

Tangan menolak daun pintu hingga terbuka luas. Mata Daim melirik belakang Eva yang duduk dibirai katil sambil wajah ditunduk ke lantai
“Eva…”
perlahan nama isterinya dipanggil.

Sepantas kilat badan Eva ditoleh kebelakang.
“Macam mana kau masuk?”
Bukan kau dah kunci pintu ke Eva? Macamana mamat ni boleh masuk?
Daim Cuma mempunyai bengkung merah dalam Silat Gayung Panglima Ulung. Tapi lelaki ini bukan ada sijil untuk menjadi bomoh sampai mampu buka pintu walaupun berkunci. Musykil!

Kaki Daim diatur menghampiri Eva yang dah mula mendirikan tubuhnya.
“Eva.. kau ni dah kenapa? Kalau ye pun kau taknak pergi pulau tu dengan aku, jangan lah sampai tinggi suara kat papa kau.”
Malas diceritakan bagaimana dia boleh masuk ke bilik Eva, yang Daim tahu dia perlu bercakap dengan isterinya.

“Ooo.. jadi kau sedarlah aku memang taknak pergi travel dengan kau?”
Eva peluk tubuh, matanya berani menatap bola mata Daim.

“Aku tak kisah kalau kau taknak pergi mana-mana pun dengan aku Eva. Tapi kau tolak elok-elok lah. Papa kau dah susah payah cari kan tempat untuk kau bercuti. Kalau taknak pergi, kau bagitahulah papa kau, jangan sampai nak lempar-lempar sampul tu, kita tengah makan kan tadi.”
Suara garau Daim masih ‘low pitching’ takut didengar oleh mentua walaupun Hatinya sakit ketika ini.

Eva tawa joker. Kedua tangan masih disilang kedada.
“Sejak bila kau kena ajar aku tentang attitude, Im? Ni rumah aku, kat bawah tu mama dan papa aku. Aku tahu apa yang perlu aku buat, kau tak payah nak ajar aku Im.”

Daim selangkah lagi menghampiri Eva didepanya.
“Ye.. ni rumah kau, kat bawah tu mama dan papa kau, tapi aku ni suami kau Eva.”

“Suami?! In paper je Daim Akli!”
Laju Eva memangkah kata-kata Daim.

“Eva!!”
Daim melepas nafas sebelum tangannya menyuak rambut kebelakang.

“Salah ke apa aku cakap Im?”

“Eva.. tolong jangan mula kan lagi, kita bincang elok-elok, jangan keruh kan keadaan lagi.”

“Keruhkan keadaan?”
Selangkah tapak kaki Eva menghampiri Daim , lantas dada kekar lelaki itu ditolak kasar dengan tangannya hingga Daim sedikit teranjak kebelakang.
“Siapa yang keruhkan keadaan ni dari mula? Siapa?! Kau yang setuju nak kita kahwin sedangkan tujuan kau cuma nak tutup mulut public, bukan sebab kau ikhlas nak bersama dengan aku.”

Sekali lagi dada Daim ditolak keras oleh Eva, namun kali ni kedudukan lelaki itu tidak berganjak.
Eva makin geram bila melihat Daim cuba melawanya.
“Kalau kau tak kahwin dengan aku, keadaan takkan jadi macam ni Im”

“Eva! Kau marah sebab aku setuju, tapi kenapa dari awal kau tak membantah juga?”

Laju Eva dongak kepala, wajah Daim dipandang tajam.
Tiada jawapan untuk soalan lelaki tu.
“Okay! Kita bercerai Im! Hentikan semua ni, baru keadaan akan kembali pulih”
Kaki Eva dibuka laju memintas tubuh Daim untuk keluar. Sebal!
Namun dua langkah selangkah, sebelum kakinya beku saat Daim menarik lengannya.

“Eva..”

Air liur yang tersangkut di hujung tekak diteguk laju oleh Eva saat namanya diseru lembut dari bibir Daim.

Perlahan Daim menarik lengan Eva sebelum memeluk wanita itu dari belakang. Kedua tanganya mengambil kedua lengan Eva sebelum disimpul kedada wanita itu.

Kali ni makin laju Eva telan liur, jantung bagai nak berlumba berdegup. Belakangnya terasa hangat saat menyentuh dada Daim.

“Eva… tolong jangan buat keputusan terburu-buru, kau dengan aku perlu bincang.”

Eva terus kaku. Bukan sebab ayat Daim, tapi kerana pelukan lelaki itu benar-benarnya membuatkan jiwanya jadi kedu.

Daim melepaskan pelukanya saat merasakan Eva tidak melawan lagi. Jemarinya mengengam lembut bahu wanita itu sebelum memusingkan tubuh Eva menghadapnya.
“Eva.. aku takkan ceraikan kau.. tapi tolong bagi aku masa untuk selesaikan masalah ni.”

Wajah Eva mendongak, mata Daim dititip lembut.
“Apa masalah kau sebenarnya Im?”

Halkum Daim bergerak kebawah saat soalan Eva menerkam gegendang telinganya.

“Kau taknak cakap dengan aku apa masalah kau, lepas tu kau mintak aku bagi masa pada kau.”
Eva tarik nafas sebelum menyambung ayatnya.
“Kau tahu tak kau dah seksa aku Im. Mula-mula kau kata taknak kahwin dengan aku, lepas tu tiba-tiba kau setuju tapi dengan syarat. Sebenarnya kau nak apa dari aku Im?”

Aku nak kau Eva… Aku taknak berpisah dengan kau… aku nak jadi suami kau selamanya.. tapi jiwa aku masih tertekan Eva….
Lembut kedua tapak tangan Daim memegang sisi pipi Eva, sebelum menolak perlahan wajah wanita itu memandang bola matanya.
“Aku tak tahu nak cerita macamana pada kau Eva, tapi aku perlukan kekuatan kau sekarang ni..please… jangan kau sebut perkataan cerai lagi”

“Tapi kau seksa aku Im.”
Sekali lagi Eva menekan ayatnya sebentar tadi.

“Aku minta maaf… aku tak pernah terfikir untuk seksa kau Eva.. sebab tu aku minta kita berbincang, jangan bermasam muka lagi. Kita teruskan hubungan ni, kalau kau tak anggap aku suami kau pun, anggaplah aku kawan baik kau. Kita hidup seperti dulu.”

Eva menolak kedua tapak tangan Daim yang masih melekat di pipinya.
Lantas tubuh dipusing dan mengatur langkah menuju ke balkoni biliknya.
“No Im… hubungan kita takkan sama seperti dulu lagi.”

Daim masih berdiri tegak dibirai katil, belakang Eva dipandang tepat.
Muka diraup sekali sebelum bersuara.
“Terpulang pada kau nak anggap aku sebagai apa pun Eva.. tapi aku mintak, kalau kau marah pada aku sekali pun, kau lepaskan pada aku seorang, tolong jangan tinggi suara pada mama dan papa kau. Diorang tak salah Eva. Aku sedar semua ni berpunca dari aku.”

Aku tak marahkan kau Daim… aku pun tak tahu apa perasaan aku pada kau, jiwa aku jadi kelam kabut.
Boleh tak saat ni kau peluk erat aku, kau cakap yang kau cinta kan aku. Itu sudah cukup bagi aku Im. Aku taknak ambil tahu apa masalah kau, aku hanya nak cinta kau Im!

“Eva… kalau kau dah okay, turun bawah, habiskan makanan kau. “

Mata Eva masih memandang ke hadapan, kata-kata Daim dari dalam biliknya, makin membuat hati Eva sakit.
Aarrrgghh! Kenapa kau tak pernah faham aku Im?
“Im!”

Daim yang ingin melangkah keluar, berpaling semula tubuhnya dan kembali memandang belakang Eva yang masih berdiri di balkoni.

“Kau cakap dengan papa, aku takkan pergi ke Santorini Island selagi dengan kau. Sebab aku taknak berdua dengan kau di mana-mana pulau pun kat dunia ni!”

Daim tak menjawab, namun kepalanya diangguk sebelum meloboskan diri dari pintu bilik Eva.
Kaki berhenti di anak tangga teratas, kata-kata Eva sebentar tadi cuba dihadam.
‘Aku taknak berdua dengan kau dimana-mana pulau pun kat dunia ni!’
Apa maksud kau Eva?
Lama fikiranya mencari makna ayat Eva.
Hingga akhirnya dia sendiri teringat akan kata-katanya 10 tahun yang lalu.

‘Walau kita terdampar disebuah pulau sekali pun, aku takkan cinta kan Eva!’

Perlahan nafas ditarik sebelum tangan Daim menggosok belakang tengkuk.
Nampaknya ayat dia 10 tahun lalu masih dipegang erat oleh ingatan Eva.
Peganglah janji aku tu Eva, kerana aku sendiri pun tak pasti boleh ke tidak aku teruskan hubungan kita ini…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience